::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, June 18, 2009

durry-an

...~oh kome
doroyan dah berbunge...~

perasan tak phrase di atas? dipopularkan oleh MR.OS satu ketika dulu. penyanyi, pelakon juga (kini) adalah hos rancangan pagi TV9 "Apekehey nyer". sangat sinonim dengan loghat peraknya yang sangat menghiburkan. berbalik kepada frasa lirik lagu tersebut, menyebut perkataan durian di situ, tetapi itu bukan lagu tema durian. durian selalunya femes di perak (mengikut pengamatan saya), kini terkenal seleruh asia. buah-buahan tempatan yang membanggakan, kini musimnya kembali lagi. kebanyakan orang meminati buah berduri ini, ramai juga yang tidak senang dengan baunya yang sangat kuat. suami saya refer baunya sebagai perfume yang melazatkan.

buat kenalan rapat yang mengenali, mereka sedia maklum keluarga saya punyai sebuah dusun yang dipenuhi dengan pelbagai pokok buah-buahan. paling banyak, durianlah. hampir 60 batang, menurut mr.soulmate yang menginterview datuk saya. dusun yang berusia belasan tahun ini di usahakan oleh ayahanda saya, atuk saya dan beberapa ahli keluarga lain. menjadi paksi pertemuan keluarga dan aktiviti kekeluargaan lain yang menarik. dengan ketinggian yang agak tinggi di atas bukit, suasananya sangat mendamaikan dan malamnya sangat mendinginkan. hinggakan abah saya yang luvly itu telah membina teratak keduanya di sini didiami secara tetap bersama isteri (ibu saya) juga dua adik saya yang lain. keluarga bapa saudara saya (adik abah) juga menetap tinggal di sini. dusun ini bertempat di batu 11, jalan gombak berdekatan dengan pusat taman rekreasi yang sangat popular zaman 80-an Mimaland (kini telah di tutup dan tidak beroperasi lagi).


bunga durian


bercerita sedikit tentang perkembangan pokok durian. selalunya, kita cuma dapati buah durian yang telah tersedia di dalam bakul untuk dijual di pasar malam atau pagi. ini dia bunga durian. sebagai pokok buah yang bermusim, ia mengambil beberapa fasa sebelum buahnya yang lazat (bagi penggemar durian) dapat dinikmati. saya kurang arif faktanya, tapi sedikit sebanyak saya tahu. ia mengambil masa lebih 4 bulan untuk membuahkan hasil selepas bunganya berputik. seperti pokok lain, selepas berbunga dan apabila bunga telah gugur mula lah proses berbuah. buah durian tidak sama dengan buah pokok lain yang masaknya harus dipetik, durian tidak perlu dipetik kerana ia akan gugur dengan sendirinya apabila dah cukup masak. tapi mind you, ia juga boleh gugur muda dengan angin kuat atau diganggu gugat oleh haiwan seperti monyet atau kera atau yang seumpanya. bergantung juga kepada cuaca untuk menentukan jadi atau tidaknya pokok durian berbuah lazat dan lebat.

sekitar di dusun

adik saya, dan sepupu-sepupu saya juga ibu saudara dan bapa saudara saya yang sedang hapily searching for the durry sambil menerangkan (menebas) kebun. selain durian, di dusun kami terdapatnya rambutan, manggis, pulasan dan beberapa buah-buahan tempatan lain. letih ohhh memandangkan geografinya yang berbukit. lantas memenatkan, tapi pasti menyihatkan.


ada juga petua orang tua-tua, untuk durian yang gugur muda, gantungkannya semula. nanti apabila cukup masak ia akan gugur sendiri. sepertinya yang kami lakukan dalam gambar (kecil) atas sebelah kanan. durian selain dimakan begitu sahaja, enak juga dimakan bersama pulut santan, atau dijadikan serawa durian dan dimakan dengan roti jala. hmmm yummy. atau yang terbaru, serimuka durian juga sangat sedap. saya namakan sebagai serimuka diraja. sempena warna kuning diraja yang dibuat menggunakan raja buah.

nak resepi serimuka diraja ke? ianya sama dengan resepi sebelum ini, cuma instead of gunakan pewarna hijau dan daun pandan, kita tukarkan kepalanya dengan pewarna kuning dan perasa durian. begini ya:)

untuk badan (bahagian bawah)
1. kukus 2 cawan pulut yang direndam selama 2 jam dengan 2 cawan santan pekat. (campurkan santan dengan 2 sudu garam)
2. kukus lebih kurang 15-20min, angkat dan tekan padatkan pulut
3. kukus lagi 5 minit

untuk kepala (bahagian atas)
1. 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair di masukkan ke dalam bekas
2. masukkan lebih kurang 8-10 ulas durian dan ramas di dalam santan
3. masukkan 3per4 cawan tepung gandum dan 1per4 cawan tepung jagung dan gaul sebati.
4. masukkan satu cawan gula ( kurangkan sedikit kalau sudah manis dengan durian) dan secubit garam untuk rasa lemak
5. masukkan bancuhan ke dalam pengisar/ blender bersama sebiji telur dan kisar lebih kurang 1-2 minit.
6. tuangkan bancuhan ke atas pulut tadi.
7. kukus lagi 15-20 minit dan siap.
8. sejukkan sebelum dihidang.




ummmm yummy!serimuka diraja

nak makan durian segar dari dusun? jom ramai-ramai ke dusun kami. sedap hingga menjilat jari dan kuku. betul!! jom arrr

ps to adik saya di kelantan: adik, ko tanak balik ke? sementara stok masih ada. balik cepat!



No comments: