Riwayat daripada Aisyah RA : "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan".
-Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.-
-Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.-
saya ingin kongsikan sedikit hadith dan perkara berkenaan hari Asyura
::10 Muharram:: , yang jatuhnya pada hari ini 7 Januari 2008. credit dari emel yang dihantar oleh seorang sahabat, mari kita manfaatkannya.
- dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
- Antara kelebihannya;
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya
- pahala 10,000 malaikat
- dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid,
- dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.
- Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar,
- Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
- menjadikan laut pada hari Aasyura,
- menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
- menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,
- lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,
- Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
- Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
- menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,
- Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
- Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,
- Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
- dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Membezakan puasa Islam dengan puasa Yahudi
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
Sejarah Islam di hari Asyura
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Semoga dengan sedikit info ini akan meghijrahkan kita dan menggerakkan hati kita untuk menambah amalan walaupun kita sedang sibuk dengan tugasan harian
Dari pihak saya, info ini adalah sebagai menyahut Sabda Nabi,
Ballighu anni walau ayah
sampaikanlah daripadaku walau satu ayat
selamat beramal!!
No comments:
Post a Comment