segebu apam
semanis kek
secantik bintang berkilauan
semanis kek
secantik bintang berkilauan
sempena berpuasa hari asyura yang lalu, saya terasa seperti di bulan ramadhan pula. bangun seawal jam 4.30pagi menyediakan sahur santapan bersama. seterusnya, menjelang waktu petang, saya mula berkira-kira untuk masak apa, dan apa yang lebih istimewa dari biasa. mencari2 resepi desert yang sesuai (menggunakan bahan yang sedia ada di dapur dan mudah disajikan). akhirnya, melalui sebuah buku resepi kuih muih yang pernah saya beli, saya jumpakan resepi ini.
nama kuihnya, apam hitam manis, tapi bila dah siap, rasanya seakan kek...eh! kenapa tak rasa macam apam ya? tapi yang pentingnya, mr.soulmate saya menyukainya! kepada yang ingin mencuba, mari kita kongsikan resepinya...
250g gula
50 ml air
220g planta (saya guna butter)
3 biji telur (dipukul kembang)
160ml susu cair
1 sudu kecil esen vanila
280g tepung protin rendah (saya gunakan tepung gandum)
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
10g kastard
cara membuatnya,
1. masak gula dengan api kecil hingga cair dan keperangan
2. campur air dan planta, kacau hingga pekat dan sebati -->sejukkan
3. dalam mangkuk berasingan, masukkan telur, susu cair dan esen vanila
4. kemudian masukkan gula yang telah dimasak dan dicairkan dengan planta
5. masukkan campuran tepung dan soda bikarbonat,serbuk penaik dan kastard
6. gaul semuanya hingga sebati dan licin
7. sapukan planta/minyak ke dalam acuan supaya tidak melekat
8. tuang separa penuh (3/4) ke dalam acuan (saya guna acuan bintang,)
9. dan kukus dengan api besar selama 15 minit
10. sedia dihidang
hasilnya,

No comments:
Post a Comment