::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, December 17, 2011

gerhana bulan

pada tanggal 10 december 2011 yang lalu, berlakulah tanda kebesaran Allah yang maha berkuasa iatu kejadian gerhana.gerhana yang berlaku ialah gerhana bulan.Gerhana bulan terjadi apabila sebagian atau keseluruhan penampang bulan tertutup oleh bayangan bumi. kejadian ini berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan karena terhalangi oleh bumi.sumber dan petikan lanjut di sini.

dari rakaman siaran kaca televisyen Al-Haram

dalam bahasa arab, gerhana bulan disebut Khusuf, manakala gerhana matahari pula dipanggil Kusuf. Berlakunya gerhana sebagai petanda betapa besarnya kuasa Allah, yang mampu membalikkan hatta cahaya bulan dan matahari. namun begitu, gerhana bukanlah petanda kemurkaan Allah swt, tetapi ia juga mampu menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Fenomena gerhana bukan sahaja berlaku pada zaman ini, ianya telah wujud sejak dari zaman nabi SAW lagi. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

siaran langsung solat sunat gerhana dari Masjidil Haram

Tatacara solat khusuf;
i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Berdasarkan hadis :


عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

selanjutnya baca di sini dari laman web mufti perak.

dalam kesejukan, kami juga tidak melepaskan peluang merakamkan gambar rembulan saat fenomena gerhana berlaku. manalah tahu, ini peluang terakhir kami sebelum berjumpa lagi dengan fenomena ini pada masa akan datang.

canon 1000D, lense 75-300mm, tripod

percubaan pertama, hanya dengan konsep trial and error, saya mencuba menggunakan mode appature dengan bukaan f/5.6. untuk mengelakkan banyak noise saya rendahkan iso kepada 200. untuk shutter speed saya cuma bergantung kepada kamera menentukannya dengan meletakkan skala exposure pada arah lebih +1. hasilnya bulan lebih nampak bercahaya dan kelihatan lingkaran kesan gerhana.


canon 1000D, lense 75-300mm, tripod

selepas beberapa cubaan, kami masuk ke rumah semula. sambil itu baru saya terfikir untuk membuat kajian hasil carian setting terbaik untuk paparan gerhana. saya menjumpai setting shoot rembulan. biasanya dimulakan dengan f/11, shutter speed 25/1000 dan iso 100. hasilnya rembulan lebih jelas termasuk lorekan pada bulan sekali.

canon 1000D, lense 75-300mm, tripod

akan tetapi dengan setting sebegini, saya berpendapat ianya lebih sesuai untuk shoot paparan bulan, tidak untuk gerhana. dengan setting ini, cahaya gerhana yang melingkari bulan agak kurang kelihatan. saya lebih suka dengan setting bukaan appature yang besar untuk shoot gerhana.

sekian, untuk perkongsian dari saya yang masih baru.

Saturday, December 10, 2011

Kasturi

~KUIH KASTURI/ RENGAS~

kuih rengas biasanya dipanggil juga dengan nama kuih kasturi. atau mudahnya orang panggil kuih kacang. ianya diperbuat daripada kacang hijau. saya ada kenangan buat kuih nih. mula-mula buat tak cukup manis sebab dok asyik tambah tepung sebab lembik. kali ini versi ulangan selepas cubaan yang tak menjadi 2 tahun lalu, Alhamdulilllah.



apa yang saya kenal pasti dari kesilapan lalu, saya rendam sekejap sangat. dalam setengah jam jer. bila rendam sekejap,dia susah nak kembang atau pecah. pastu merebus pulak letak air agak banyak. kalau nak ikut apa yang ibu kata, rebus sampai kering. masalahnya lambat benar nak menunggu keringnya dah tuh lembik ajer. adeh.


kali nih saya dah ade resepi dari kak An. Alhamdulillah, jadi pun. camni resepi dia.

2 cawan kacang hijau
2 cawan air

1 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan gula pasir
1-2 sudu besar gula merah- ikut citarasa manis
sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak


apa yang kita perlu buat ialah,

1. kacang hijau seelok-eloknya rendamlah lebih kurang semalaman. ini bermakna, kita hidup lebih terjadual. untuk hari ini dah ada menu hari esok. jadi sebelum tidur, rendam dulu kacang tersebut.

2. esoknye bila bangun pagi, toskan kacang bilas-bilas sikit dan masukkan dalam periuk. masukkan dalam 2 cawan air untuk merebus kacang tersebut. kalau saya kat sini rebus kacang guna air botol sebab air paip bukan sumber minuman.

3. rebuslah dengan api yang sederhana, jangan besar sangat kang hangus pulak. rebus dalam lebih kurang 10-20 minit sehingga kacang nampak macam dah pecah. kalau nak lagi hancur kacang tuh, tambah air lagi kalau rasa tak cukup. bergantunglah ye, ikut kesesuaian selera masing-masing. kalau boleh jangan tinggal je periuk bila air dah mula mengering. kang kalau tak sedar, hangus pulak. tapi kalau nak mudah, kata kak An guna pressure cooker. saya takde lagi alat bantuan memasak nih. masih dalam senarai menunggu.

4. bila air dah nak kering tuh kacau-kacaukan selalu. kemudian masukkan gula dan kelapa parut. kalau takde kelapa parut boleh guna kelapa kering. biasalah kalau bukan di negara pokok kelapa mudah ditemui melainkan hanya pokok kurma, jadi guna kelapa kering a.k.a desinated coconut sahaja.

5. masak sampai keseluruhan air mengering dan kacang serta kawan-kawannya yang lain menjadi kental. tutup api dan alihkan kacang ke dalam dulang atau pinggan besar. ratakan sepenuhnya dalam pinggan/ dulang tuh dan sejukkan. masuk peti ais pun boleh. tapi kalau dah winter rumah pun macam peti ais, pandai-pandailah kan nak letak mana. janji kacang-kacang tuh boleh set. tak perlu sampai beku pun. letak di bahagian chiller memadai sejam ke dua jam sahaja.


6. ok, jemput makan...eh belum lagi. jemputkan satu sudu, kepal-kepalkan dan leperkan. sebenarnye terpulanglah nak bentuk ape. tapi bila bentuknye lain boleh letak nama lain. sediakan tepung salutan, celup dan goreng dalam minyak dalam sehingga keemasan. siap.

tepung salutan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
air secukupnya
sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam
*campurkan semua bahan dan pukul hingga sebati menggunakan whisk atau tangan*


selamat mencuba!

Monday, December 5, 2011

Asyura

Sebaik-baik puasa sesudah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (Muharram) &
sebaik-baik shalat sesudah shalat wajib adalah shalat malam
(HR. Muslim, 1163)

Pada awal penentuan tarikh hari pertama tahun hijrah pada tahun ini, saya dapati ianya sedikit berbeza dengan ketetapan yang dilakukan di tempat asal kediaman saya. Menurut akhbar tempatan, siaran berita dan paparan siaran langsung dari siaran Al-haramain, ianya jatuh lebih awal satu hari dari tempat asal saya. Menentukan tarikh awal muharram adalah penting bagi mengenal pasti hari besar, yakni hari Asyura.



[Rasulullah SAW bersabda, Puasa pada hari kesepuluh (Muharram), Aku berharap Allah mengkaffarah (mengampunkan) dosa-dosa kecil setahun yang lalu]

Secara umumnya di kalendar juga tercatat seperti yang sama. Awal sehari dari tempat asal saya iatu pada 26 November 2011, hari Sabtu. Akan tetapi dalam keghairahan menanti hari yang dinanti dengan ganjaran pengampunan dosa setahun, ulama' muktabar dan pihak mufti menyatakan pengesahan bahawa hari Asyura itu a.k.a 10 Muharram itu ditukar yakni akan jatuh lewat satu hari dari perkiraan asal mengikut jatuhnya tarikh awal Muharam. Senang cerita, jadi sama pulak dengan tempat asal saya. Ianya digazetkan di dalam surat khabar utama bagi memberitahu kepada seluruh rakyat tarikh sebenar untuk berpuasa Asyura. Ini bermakna, puasa pada 10 Muharram ini adalah satu event besar bagi umat sejagat. Seraya dengan itu juga paparan tarikh pada rancangan siaran langsung Al-haramain juga bertukar secara tiba-tiba. Kekeliruan terjadi disebabkan keraguan penentuan jumlah hari pada bulan lepas (zulhijjah) samada 29 atau 30 hari. Ulama' mengambil hadith "فإن أغمي عليكم فعدوا ثلاثين " (iaitu jika tidak jelas keadaan langit, maka cukupkanlah ia 30 hari). Apa yang menjadi kemusykilan saya, kenapa bila sudah berlalunya awal Muharram baru mereka nak ragu-ragu?

Allahutaala Alam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui punca kesilapan ini. Bagi kita, turutkan sahaja perintah waliyyul amri (pemerintah) setempat. Seperti yang disebutkan dalam hadis sahih yang lain, hari Asyura ini juga menjadi kebanggaan kaum Yahudi dan Nasrani diatas kemenangan nabi Musa dan kaum bani Israel menentang Firaun. Kisah selanjutnya boleh baca di sini. Rasullullah memerintahkan agar berpuasa kerana katanya "Aku lebih berhak daripada kamu untuk berpuasa" seperti yang terkandung dalam hadis,

قال النبي صلى الله عليه وسلم{ ما هذا؟ } قالوا يوم صالح نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى) فقال: أنا أحق بموسى منكم فصامه


[Apakah ini?, Mereka menjawab; “Ini adalah hari yang baik, Allah telah menyelamatkan pada hari ini Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka (Fira’un) maka Musa berpuasa. Lalu Nabi bersabda; “Aku lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa, maka Nabi berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa”.]

Sahabat pernah menyuarakan kegusaran berpuasa pada hari ini yang kemungkinan disamakan dengan kaum laknatullah itu. Rasulullah menjawab,



[Daripada Ibnu Abbas berkata; “Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; “Ya Rasulullah sesungguhnya ia adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Nabi bersabda; “Maka jika tahun akan datang insyaallah kita akan berpuasa Tasua’ (9 Muharram)”. Ibnu Abbas berkata : “Maka belum sempat datang tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat”.]

Jadi ketahuilah kita bahawasanya, sunnah mengamalkan puasa hari Asyura itu pada 9 & 10 Muharram, di mana kita berharap keampunan dosa dari Allah seluruh yang dilakukan setahun yang lalu. Ianya juga bersempena kemenangan Nabi Allah Musa yang berjaya menentang Firaun yang derhaka.

Mari kita bersihkan hati kita dan berpuasa. Untuk keterangan dan rujukan lanjut sila klik sini dan di sini.

p/s: saya selalu terkeliru rupa bubur asyura yang macam puding warna kelabu atau yang macam bubur lambuk~sila bantu siapa tahu

Wednesday, November 30, 2011

jamak hujan

Rukhsah itu untuk kesenangan dan kemudahan ummat

semalam hujan seharian. dari pagi sampai malam. jadinya cuaca sejuk sesejuknya. lantai macam freezer. kalau tak pakai stokin atau sliper, mau rasa macam jalan atas ais. pagi ini sudah cerah kembali. dah nampak matahari. angin pun segar aje. syukur Alhamdulillah.

sesuatu yang tidak sama dengan di tempat asal saya, kalau cuaca buruk sebegini contohnya hujan ataupun ribut pasir sekolah-sekolah digazetkan cuti. bagi adik-adik yang saya kenal belajar di universiti di sini mengharap hujan berlanjutan hingga ke hari ini sebab nak terus bercuti supaya peperiksaan pertengahan semester dapat ditangguhkan. hahah, sweet..,teringat zaman saya belajar dulu pun kalau menjelang mid term exam jer mesti berharap exam ditunda.


bila sejuk, idea juga membeku. sekian.

oh lupa, nabi dulu pernah buat jamak solat bila hari hujan. bukan sebab takut atau hujan itu sendiri tapi kerana rukhsah yakni kesenangan bagi ummat.

Dipetik dari laman Ustaz Maszlee berkenaan Jamak kerana “Hujan”

Mazhab Syafii merupakan mazhab yang paling kuat berpegang dengan pendapat ini. Bagaimanakah caranya melakukan solat “jamak” kerana hujan , ia mempunyai syarat – syaratnya dan caranya yang unik seperti berikut :

1) Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

2) Waktu yang dibenarkan untuk di
"jamak"kan solat ialah pada waktu Zohor yang di"jamak"kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di"jamak"kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

3) Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

4) Hujan yang menyebabkan solat boleh di
"jamak"kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

5) Ada juga di kalangan ulama Syafiiyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal jauh dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafii sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)

(Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140)

Sandaran bagi pendapat mereka ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di (Hadis riwayat al-Jamaah (semua ulama hadis yang terkemuka) kecuali al-Bukhari dan Ibnu Majah).

Dalam riwayat Muslim dan al-Tarmizi disebutkan tambahan : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

Monday, November 28, 2011

Resepi ibunda

yang menjadikan bumi sebagai tempat menetap bagimu
dan menjadikan jalan-jalan di atas muka bumi untukmu agar kamu mendapat petunjuk
~az-zukhruf,10~

semakin hari semakin sejuk sekarang nih. siang-siang tuh mendung sahaja, macam nak hujan. kadangkala hujan jugak, tapi sedikit sangat dan sekejap sangat. suhu kadangkala serendah bawah 20 darjah, kalau malam mahu cecah juga bawah 10. so far belum minus lg.

kebiasaannya bila masuk musim sejuk nih, siangnya semakin pendek. maghrib dah masuk seawal jam 5.00 petang. sejuk-sejuk begini perut senang sangat lapar. tapi malas jer kalau nak ke dapur. pastu nak menyentuh peralatan dan pinggan mangkuk semuanya sejuk. kalau nak basuh pinggan lagila, beku jari jemari. memang ade heater, tapi setakat nak basuh mangkuk satu atau nak basuh tangan je, nak menunggu air heater jadi panas memang berjanggut.

nih resepi mudah waktu dingin begini. memang mudah sangat. orang bujang boleh buat, budak kecik boleh buat, kalau tukang masak pro lagi boleh buat. pejam mata jer. kalau arwah nenek kata, gelek kelingking jer.


SUP AYAM IBU
Didihkan 2 cawan air dalam periuk
Masukan 1 biji ubi kentang yang dibelah lapan/enam
(Sambil itu bersihkan dan potong ayam mengikut saiz kegemaran)
Apabila kentang separuh empuk dan air sudah mendidih masukkan potongan ayam
Kemudian masukan 1/2 inci halia
yang dihiris halus
Tambah air lagi (jika perlu) sehingga meneggelamkan keseluruhan ayam
Masukan 1 biji lobak merah yang dipotong seinci-seinci dan 2 tangkai cili api yang diketuk
Tunggu sehingga sup mendidih, ayam dan kawan-kawannya cukup empuk
Masukkan 6-7 urat suhun
Perasakan dengan garam
Siap!

p/s:Kalau mahu lebih kick boleh juga tumis bawang merah yang dihiris halus dalam kuali berasingan sehingga garing dan tuangkan ke dalam sup berserta minyaknya sekali.
Kalau suka dan ada dalam stok, taburkan daun bawang dan daun sup (saya selalu skip part ini)


Memang cara membuatnya mudah sangat. tiada perlu rempah segala. wajib ada hanya halia dan ayam. itu sahaja. saya tidak tahu bagi orang lain, tapi kalau ikut tekak saya dan suami serta anak-anak ibu yang lain, kami memang suka Sup Ayam Simple ini.

Thursday, November 24, 2011

kasihmu amanahku

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

blog ustaz hasrizal tentang suami isteri di sini memberi saya momentum untuk menulis tentang sesuatu yang saya dah lama nak luahkan tapi tidak tahu bagaimana kerana meluahkanya bak kata ustaz, ibarat membuka pekung di dada dan seakan-akan mengaibkan insan yang paling disayangi di mata umum. pasti tidak akan berlaku sebegitu, insyaAllah.

setiap rumahtangga pasti ada goyahnya. kalaupun bukan kerana perkara besar, perkara kecil dan remeh juga boleh menjadi penyebabnya. ibarat kata pepatah, pantai mana tidak dilanda ombak, bumi mana yang tidak pernah dilanda bah. sebegitulah rumahtangga ini, mana ada yang tidak pernah gegar. sebagai pasangan yang masih lagi bertatih membina mahligai bahagia, kadangkala timbul rasa hairan, bagaimana mungkin untuk bahtera ini dilayari lebih lama puluhan tahun kalau baru setahun jagung inipun asyik bercakaran. tapi itulah, sedangkan lidah yang rapat dan bersatu dalam mulut lagikan tergigit dek gigi, inikan pula sang suami dan isteri. saya suka frasa ini yang di petik dari tulisan ustaz, "seburuk mana pun kelakuan suami kepada isteri, dan seteruk mana pun perangai isteri kepada suami, akhirnya mereka kembali kepada sebuah damai, kerana mereka adalah SUAMI ISTERI". tahulah saya jawapan atas kedamaian selepas badai yang kadangkla melanda, ianya hanya kerana kami adalah pasangan SUAMI ISTERI. memang sudah begitu fitrahnya.


jadi kalau ada pengantin newbie yang membaca tulisan saya ini, jangan risau kalau sering bercakaran dengan pasangan anda. ianya hanyalah salah satu proses memahami other side pasangan anda yang sebelum ini tersembunyi. sekalipun anda telah mengenali pasangan lebih lama berbanding jangkamasa umur perkahwinan (semasa), namun diri mereka sebelum bertukar status adalah amat berbeza. anggaplah ia hanya satu proses pemantapan ikatan cinta kalian berdua. kemanisan hidup berumahtangga itu kata ustaz akan dirasa bukan kerana ianya bermula dengan rasa manis, tetapi kemanisan itu dirasai selepas segala badai yang melanda dapat ditempuh dengan jayanya.

saya kongsikan lagu kegemaran saya dari kumpulan inteam. ya, saya tahu lagu ini sudah lama tapi saya masih suka. harap anda juga suka. kerana ia ada makna. kalau bukan bagi anda, setidak-tidaknya bagi saya.


sekian, ilaliqa'

Tuesday, November 22, 2011

red sand dune

tidaklah diciptakan sesuatu itu dengan sia-sia~Alquran

sejak dari pagi tadi sejuk je. hari pun mendung. ikutkan news, akan hujan hari ini. tapi sampai sekarang, masih belum hujan lagi. saya suka juga musim sejuk nih, tapi kurang gemar. suka sebab banyak aktiviti menarik boleh buat. kurang gemar sebab sejuk kena pakai proper walaupun di rumah.



red sand dune

kalau petang-petang musim begini, kami selalu ke padang pasir. berdasarkan updates dari gambar kawan-kawan, atau hasil carian google tempat menarik di sini, jadi kami membuat lawatan singgah. senang bila berdua sahaja, jadi bila terlintas jer difikiran, terus bersiap dan gerak. selalunya ambil masa 15 minit untuk buat keputusan. most of the time, terjah saja. kali ini di red sand dune. arah jalan ke mekah, sekitar kawasan dirab.


subhanaAllah, masyaAllah
bila tinggal ditempat orang, pandai-pandailah explore mencari hiburan dan tempat menarik. takkan nak terperap jer kan. walaupun sekadar padang pasir, tetapi ianya sungguh mengujakan kerana tidak sama dengan tempat asal kita. sungguh terpesona memandang. sungguhlah Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.


pasir halus
pasirnya sungguh halus. sehalus pasir pantai. ditambah pula dengan angin yang berhembus lembut, memang sungguh mendamaikan. kat sini, kalau budak-budak nak main pasir memang tiada siapa yang nak marah. mainlah sepuasnya. kawasan ini ramai anak muda bertandang menghabiskan waktu yang mereka ada. kebanyakannya datang dengan kenderaan empat roda. selalunya mereka race dan drift di sini. sebuah kepuasan barangkali. ya, anak muda. begitulah.


race dan drift
deretan pickups dan pacuan empat roda sedang menunggu giliran untuk race bersaksikan penonton lain dikalangan rakan-rakan.



sebuah pickup sangkut
ya, mind you pasir ini sangat halus dan hanya sesuai untuk kenderaan pacuan empat roda 4x4 sahaja. pickup nih sebab dia ringan, jadi sangkut juga. tetapi mujurlah mereka yang di sini semuanya baik hati, jadi ada yang datang membantu memberi pertolongan dengan segera.


giliran kami

sebetulnya, kenderaan kami hanya diletakkan di pinngir sahaja. tidak masuk ke tengah pun. tapi entah bagaimana saat mahu bergerak pulang, ada seperti yang tersangkut. kami turun dari kenderaan, nampaknya nasib kami serupa dengan pickup tadi. seperti yang saya sebutkan sebelumnya, Alhamdulillah anak-anak muda di sini cukup prihatin dan mudah membantu. mujur ada mereka ini. pada mulanya, angin tayar dibuang terlebih dahulu dan mereka akan membuat percubaan untuk keluar dari sangkutan. apabila beberapa percubaan tidak berjaya, kita tolak ramai-ramai. yeay! Alhamdulillah.


sekitar pemandangan yang indah SubhanaAllah



barefoot dan sunset
saya selesa berkaki ayam sahaja di atas pasir halus ini. lebih mudah berjalan dan mendaki. tapi saya pakai stokin, jadi pasir-pasir halus itu tidak melekat dicelahan jari saat mengharung pasir pendakian. matahari sudah hampir tenggelam, jadi mari kita pulang.


lepat pisang

experience is your best teacher

anda merasakan diri anda tidak pandai memasak? jangan risau. perkahwinan adalah medan dan jalan penyelesaian. pasti akan pandai. tak payah kursus tak payah pergi kelas. confirm akan pandai. kalaupun tidak sampai tahap boleh masuk mastercep, kelak akan tahu memasak juga. kalau nak
thrill lagi skil memasak anda itu, tinggal lah jauh dari ibu bapa, takpun jauh dari negara asal. tempat yang mana sukar untuk anda dapati pasar malam yang ada jual makanan tempatan negara anda.

saya cakap nih betul-betul berdasarkan pengalaman. sebelum kahwin tak pandai, dah kahwin tetiba aik..!jadi pandai. sebab kita berusaha untuk itu. internet ada, teknologi juga sudah mudah. cari aja resepi apa anda mahu, semuanya tersedia di depan mata. kalau bukan kita yang kena ke dapur, siapa lagi? selepas kahwin anda akan pasti tahu memasak apa sahaja sekurang-kurangnya supaya tiada sesiapa di dalam rumah anda akan kebuluran. apabila tinggal berjauhan dari tempat makanan tempatan negara anda mudah ditemui pula, skill memasak anda akan meningkat secara aik..! juga. sebab, kalau dah terliur, kena buat jugaklah sendiri. mahu harap siapa lagi.


ini buktinya. horror kan lepat pertama saya. pasti ada yang kata, "alah lepat jer pun apalah yang susah sangat". tapi kalau tak pernah buat, asyik tengok je memang susah pun. ibu saya buat lepat sekelip mata. sekejap sahaja sudah menjadi. itulah bahananya, bila zaman bujang dan dekat dengan keluarga tak nak ikut serta aktiviti di dapur. kalau ikut pun separuh jalan jer.hahah.padan muka aku. nak tahu kenapa saya buat macam nih? sebabnye daun pisang saya tuh tak cukup sifat. maklumlah bila daun pisang adalah satu aset yang bernilai, jadi penggunaannya kita optimumkan. bila daunnya tak cukup besar, saya konon-konon bungkus lagi secara melintang pulak sebab takut isinya terkeluar. hahah. inilah padahnya orang tak tahu matematik me
lepat. dia bukannya akan menggelembung terkeluar isi ke apa. saya yang paranoid.huh.


pastu bila buka nak makan, baru saya sedar kesilapan saya. baru saya ingat, selalunya kalau makan lepat, bukak kulit dia sekali jer macam buka kulit pisang. terus nampak isi kan. lepat saya, punya lah kelam kabut nak makan sebab buka kulit, isi tak jumpa-jumpa. punya lah balut macam hantu bungkus.hihi.


sepatutnya apa yang kita perlu untuk membalut lepat, daun pisang yang mencukupi. kalau boleh segi empat yang lurus. maksud saya takde senget-senget. tak surelah ukuran sepatutnya berapa. tapi mesti segi empat la. letak inti di tengah-tengah, ratakan memanjang. kemudian, lipat bahagian atas dan bawah bawa ke tengah. kemudian lipat bahagian kiri ke kanan ke arah bawah (selit di bawah). begitu sahaja. seeoloknya layur dulu daun pisang nih supaya ianya lembut. mula-mula lap dulu permukaan daun dengan kain lembap, buka api dapur sederhana kecil, lalukan daun di atas api sehingga nampak daun agak layu. tapi jangan sampai terbakar pula (ini saya memang arif sebab
part nih jelah yang saya selalu tolong ibu).



apapun, memang menjadi lepat saya dari segi rasa, walaupun rupa parasnya hancus. jadi, moral of the story sila tuntut ilmu dengan orang tua selagi masa dan peluang masih ada. kalau dah terlepas peluang, jangan risau teknologi alam maya membantu. sila klik di video bawah untuk tatacara membuat lepat dan resepinya. yang penting jangan takut mencuba. "experience is your best teacher".

selamat mencuba!