yang menjadikan bumi sebagai tempat menetap bagimu
dan menjadikan jalan-jalan di atas muka bumi untukmu agar kamu mendapat petunjuk
~az-zukhruf,10~
semakin hari semakin sejuk sekarang nih. siang-siang tuh mendung sahaja, macam nak hujan. kadangkala hujan jugak, tapi sedikit sangat dan sekejap sangat. suhu kadangkala serendah bawah 20 darjah, kalau malam mahu cecah juga bawah 10. so far belum minus lg.dan menjadikan jalan-jalan di atas muka bumi untukmu agar kamu mendapat petunjuk
~az-zukhruf,10~
kebiasaannya bila masuk musim sejuk nih, siangnya semakin pendek. maghrib dah masuk seawal jam 5.00 petang. sejuk-sejuk begini perut senang sangat lapar. tapi malas jer kalau nak ke dapur. pastu nak menyentuh peralatan dan pinggan mangkuk semuanya sejuk. kalau nak basuh pinggan lagila, beku jari jemari. memang ade heater, tapi setakat nak basuh mangkuk satu atau nak basuh tangan je, nak menunggu air heater jadi panas memang berjanggut.
nih resepi mudah waktu dingin begini. memang mudah sangat. orang bujang boleh buat, budak kecik boleh buat, kalau tukang masak pro lagi boleh buat. pejam mata jer. kalau arwah nenek kata, gelek kelingking jer.
SUP AYAM IBU
Didihkan 2 cawan air dalam periuk
Masukan 1 biji ubi kentang yang dibelah lapan/enam
(Sambil itu bersihkan dan potong ayam mengikut saiz kegemaran)
Apabila kentang separuh empuk dan air sudah mendidih masukkan potongan ayam
Kemudian masukan 1/2 inci halia yang dihiris halus
Tambah air lagi (jika perlu) sehingga meneggelamkan keseluruhan ayam
Masukan 1 biji lobak merah yang dipotong seinci-seinci dan 2 tangkai cili api yang diketuk
Tunggu sehingga sup mendidih, ayam dan kawan-kawannya cukup empuk
Masukkan 6-7 urat suhun
Perasakan dengan garam
Siap!

p/s:Kalau mahu lebih kick boleh juga tumis bawang merah yang dihiris halus dalam kuali berasingan sehingga garing dan tuangkan ke dalam sup berserta minyaknya sekali.
Kalau suka dan ada dalam stok, taburkan daun bawang dan daun sup (saya selalu skip part ini)
Memang cara membuatnya mudah sangat. tiada perlu rempah segala. wajib ada hanya halia dan ayam. itu sahaja. saya tidak tahu bagi orang lain, tapi kalau ikut tekak saya dan suami serta anak-anak ibu yang lain, kami memang suka Sup Ayam Simple ini.
4 comments:
blh masu masterchef nih
sabiq: belum sampai tahap mastercep lagi nih...jauh sangat mcm langit ngn bumi
Wushhh hirup panas 2 dlm cuaca sejuk2....
Chah:so true...
Post a Comment