::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, November 24, 2011

kasihmu amanahku

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

blog ustaz hasrizal tentang suami isteri di sini memberi saya momentum untuk menulis tentang sesuatu yang saya dah lama nak luahkan tapi tidak tahu bagaimana kerana meluahkanya bak kata ustaz, ibarat membuka pekung di dada dan seakan-akan mengaibkan insan yang paling disayangi di mata umum. pasti tidak akan berlaku sebegitu, insyaAllah.

setiap rumahtangga pasti ada goyahnya. kalaupun bukan kerana perkara besar, perkara kecil dan remeh juga boleh menjadi penyebabnya. ibarat kata pepatah, pantai mana tidak dilanda ombak, bumi mana yang tidak pernah dilanda bah. sebegitulah rumahtangga ini, mana ada yang tidak pernah gegar. sebagai pasangan yang masih lagi bertatih membina mahligai bahagia, kadangkala timbul rasa hairan, bagaimana mungkin untuk bahtera ini dilayari lebih lama puluhan tahun kalau baru setahun jagung inipun asyik bercakaran. tapi itulah, sedangkan lidah yang rapat dan bersatu dalam mulut lagikan tergigit dek gigi, inikan pula sang suami dan isteri. saya suka frasa ini yang di petik dari tulisan ustaz, "seburuk mana pun kelakuan suami kepada isteri, dan seteruk mana pun perangai isteri kepada suami, akhirnya mereka kembali kepada sebuah damai, kerana mereka adalah SUAMI ISTERI". tahulah saya jawapan atas kedamaian selepas badai yang kadangkla melanda, ianya hanya kerana kami adalah pasangan SUAMI ISTERI. memang sudah begitu fitrahnya.


jadi kalau ada pengantin newbie yang membaca tulisan saya ini, jangan risau kalau sering bercakaran dengan pasangan anda. ianya hanyalah salah satu proses memahami other side pasangan anda yang sebelum ini tersembunyi. sekalipun anda telah mengenali pasangan lebih lama berbanding jangkamasa umur perkahwinan (semasa), namun diri mereka sebelum bertukar status adalah amat berbeza. anggaplah ia hanya satu proses pemantapan ikatan cinta kalian berdua. kemanisan hidup berumahtangga itu kata ustaz akan dirasa bukan kerana ianya bermula dengan rasa manis, tetapi kemanisan itu dirasai selepas segala badai yang melanda dapat ditempuh dengan jayanya.

saya kongsikan lagu kegemaran saya dari kumpulan inteam. ya, saya tahu lagu ini sudah lama tapi saya masih suka. harap anda juga suka. kerana ia ada makna. kalau bukan bagi anda, setidak-tidaknya bagi saya.


sekian, ilaliqa'

2 comments:

Chah said...

As salam. Selamat berhijrah pd tarikh ini. Luv ur writing n the stories... :)

ila nursalida said...

chah:tq