::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, December 5, 2011

Asyura

Sebaik-baik puasa sesudah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (Muharram) &
sebaik-baik shalat sesudah shalat wajib adalah shalat malam
(HR. Muslim, 1163)

Pada awal penentuan tarikh hari pertama tahun hijrah pada tahun ini, saya dapati ianya sedikit berbeza dengan ketetapan yang dilakukan di tempat asal kediaman saya. Menurut akhbar tempatan, siaran berita dan paparan siaran langsung dari siaran Al-haramain, ianya jatuh lebih awal satu hari dari tempat asal saya. Menentukan tarikh awal muharram adalah penting bagi mengenal pasti hari besar, yakni hari Asyura.



[Rasulullah SAW bersabda, Puasa pada hari kesepuluh (Muharram), Aku berharap Allah mengkaffarah (mengampunkan) dosa-dosa kecil setahun yang lalu]

Secara umumnya di kalendar juga tercatat seperti yang sama. Awal sehari dari tempat asal saya iatu pada 26 November 2011, hari Sabtu. Akan tetapi dalam keghairahan menanti hari yang dinanti dengan ganjaran pengampunan dosa setahun, ulama' muktabar dan pihak mufti menyatakan pengesahan bahawa hari Asyura itu a.k.a 10 Muharram itu ditukar yakni akan jatuh lewat satu hari dari perkiraan asal mengikut jatuhnya tarikh awal Muharam. Senang cerita, jadi sama pulak dengan tempat asal saya. Ianya digazetkan di dalam surat khabar utama bagi memberitahu kepada seluruh rakyat tarikh sebenar untuk berpuasa Asyura. Ini bermakna, puasa pada 10 Muharram ini adalah satu event besar bagi umat sejagat. Seraya dengan itu juga paparan tarikh pada rancangan siaran langsung Al-haramain juga bertukar secara tiba-tiba. Kekeliruan terjadi disebabkan keraguan penentuan jumlah hari pada bulan lepas (zulhijjah) samada 29 atau 30 hari. Ulama' mengambil hadith "فإن أغمي عليكم فعدوا ثلاثين " (iaitu jika tidak jelas keadaan langit, maka cukupkanlah ia 30 hari). Apa yang menjadi kemusykilan saya, kenapa bila sudah berlalunya awal Muharram baru mereka nak ragu-ragu?

Allahutaala Alam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui punca kesilapan ini. Bagi kita, turutkan sahaja perintah waliyyul amri (pemerintah) setempat. Seperti yang disebutkan dalam hadis sahih yang lain, hari Asyura ini juga menjadi kebanggaan kaum Yahudi dan Nasrani diatas kemenangan nabi Musa dan kaum bani Israel menentang Firaun. Kisah selanjutnya boleh baca di sini. Rasullullah memerintahkan agar berpuasa kerana katanya "Aku lebih berhak daripada kamu untuk berpuasa" seperti yang terkandung dalam hadis,

قال النبي صلى الله عليه وسلم{ ما هذا؟ } قالوا يوم صالح نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى) فقال: أنا أحق بموسى منكم فصامه


[Apakah ini?, Mereka menjawab; “Ini adalah hari yang baik, Allah telah menyelamatkan pada hari ini Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka (Fira’un) maka Musa berpuasa. Lalu Nabi bersabda; “Aku lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa, maka Nabi berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa”.]

Sahabat pernah menyuarakan kegusaran berpuasa pada hari ini yang kemungkinan disamakan dengan kaum laknatullah itu. Rasulullah menjawab,



[Daripada Ibnu Abbas berkata; “Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; “Ya Rasulullah sesungguhnya ia adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Nabi bersabda; “Maka jika tahun akan datang insyaallah kita akan berpuasa Tasua’ (9 Muharram)”. Ibnu Abbas berkata : “Maka belum sempat datang tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat”.]

Jadi ketahuilah kita bahawasanya, sunnah mengamalkan puasa hari Asyura itu pada 9 & 10 Muharram, di mana kita berharap keampunan dosa dari Allah seluruh yang dilakukan setahun yang lalu. Ianya juga bersempena kemenangan Nabi Allah Musa yang berjaya menentang Firaun yang derhaka.

Mari kita bersihkan hati kita dan berpuasa. Untuk keterangan dan rujukan lanjut sila klik sini dan di sini.

p/s: saya selalu terkeliru rupa bubur asyura yang macam puding warna kelabu atau yang macam bubur lambuk~sila bantu siapa tahu

No comments: