::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, November 30, 2011

jamak hujan

Rukhsah itu untuk kesenangan dan kemudahan ummat

semalam hujan seharian. dari pagi sampai malam. jadinya cuaca sejuk sesejuknya. lantai macam freezer. kalau tak pakai stokin atau sliper, mau rasa macam jalan atas ais. pagi ini sudah cerah kembali. dah nampak matahari. angin pun segar aje. syukur Alhamdulillah.

sesuatu yang tidak sama dengan di tempat asal saya, kalau cuaca buruk sebegini contohnya hujan ataupun ribut pasir sekolah-sekolah digazetkan cuti. bagi adik-adik yang saya kenal belajar di universiti di sini mengharap hujan berlanjutan hingga ke hari ini sebab nak terus bercuti supaya peperiksaan pertengahan semester dapat ditangguhkan. hahah, sweet..,teringat zaman saya belajar dulu pun kalau menjelang mid term exam jer mesti berharap exam ditunda.


bila sejuk, idea juga membeku. sekian.

oh lupa, nabi dulu pernah buat jamak solat bila hari hujan. bukan sebab takut atau hujan itu sendiri tapi kerana rukhsah yakni kesenangan bagi ummat.

Dipetik dari laman Ustaz Maszlee berkenaan Jamak kerana “Hujan”

Mazhab Syafii merupakan mazhab yang paling kuat berpegang dengan pendapat ini. Bagaimanakah caranya melakukan solat “jamak” kerana hujan , ia mempunyai syarat – syaratnya dan caranya yang unik seperti berikut :

1) Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

2) Waktu yang dibenarkan untuk di
"jamak"kan solat ialah pada waktu Zohor yang di"jamak"kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di"jamak"kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

3) Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

4) Hujan yang menyebabkan solat boleh di
"jamak"kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

5) Ada juga di kalangan ulama Syafiiyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal jauh dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafii sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)

(Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140)

Sandaran bagi pendapat mereka ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di (Hadis riwayat al-Jamaah (semua ulama hadis yang terkemuka) kecuali al-Bukhari dan Ibnu Majah).

Dalam riwayat Muslim dan al-Tarmizi disebutkan tambahan : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

No comments: