::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, October 12, 2011

Allah tahu apa kita mahu

When someone comes into our life, god sent them for a reason
Either to learn from them or to be with them until the end

Umum sudah tahu sangat, apa yang berlaku kepada kita sekarang, dulu dan akan datang adalah perancangan Allah yang paling baik untuk kita. Umum pun tahu sangat, tiada benda yang berlaku secara kebetulan. Baik benda buruk, mahu pun benda baik, walau sebesar zarrah sekalipun ianya berlaku atas takdir Allah. Takdir yang Allah dah set siap-siap sejak kita di alam roh lagi. Ada yang susah nak percaya, tapi tolonglah percaya setiap yang berlaku bukan kebetulan. Semuanya suratan.

Umum tahu saya pulang ke tanahair bulan lalu. Umum juga sudah tahu masa saya di sana sungguh suntuk. Memang tak sempat nak puas bila buat satu-satu perkara. Tapi its better than nothing. Saya dapat peluang berada dalam lingkungan keluarga kedua-dua belah pihak. Pihak saya dan pihak mr.soulmate. Juga punya ruang dan peluang untuk masa bersama sanak saudara dan rakan-rakan. Tapi yang menjadi isunya tidak puas. Cuti panjang, tapi dek kerana banyak yang peerlu buat dan ramai yang perlu jumpa semuanya sekejap-sekejap sahaja.


Nak cerita pasal perihal Allah dah tentukan yang terbaik buat kita tadi. Al-kisahnya saya mengomel juga pasal ketidakpuasan rasa pulang ke kampung halaman dengan jumlah hari yang banyak tapi masa jadi singkat itu. Takdirnya seperti yang dirancang, keluarga saya yang terdiri dari Atuk, Abah, Ibu, Makwe, Itam dan Maktam berkunjung ke tanah suci menunaikan umrah menggunakan visa lawatan istemewa. Selesai menunaikan umrah dan ziarah, rombongan keluarga ini ke tempat saya pula. Sekalipun saya tidak bersama mereka di Mekah dan Madinah, Alhamdulillah semuanya selamat dan lancar. 5 hari berbaki sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur, rombongan tiba di kediaman saya pula. Yeahaa!



Keseronokan bersama keluarga sepertinya bayaran semula ketidakcukupan masa kepulangan tempoh hari. Syukur sungguh. Saya dapat masak bersama ibu, masak bersama itam dan maktam. Makan semeja yang saya rindukan dengan Abah, Atuk, Ibu dan lain-lain. Kesempatan itu juga sempat kami bawa mereka keluar berjalan-jalan, menikmati sedikit keseronokan di bumi orang ini. Saya juga dapat bercerita dan bersembang-sembang dengan ibu, dapat berkongsi ceria dan riang tawa dengan semuanya. Pemberian Tuhan yang saya rasa tiada tandingannya. Siapa pernah menduga, bermesra dengan keluarga yang sepatutnya dapat dinikmati di tanah air sendiri, rupanya digantikan dengan cara yang lebih berkualiti dan memorable. Itulah takdir Allah. Allah tetap beri, walaupun bukan dalam bentuk yang kita sangka dan duga. Segalanya diluar jangkaan.





Kami cuma berkesempatan membawa mereka merasai keindahan berkelah gaya orang tempatan di sini. Perkelahan yang tanpa ada air terjun juga pohon rendang mahupun pantai. Perkelahan yang wujud cuma ditemani debuan pasir halus seluas mata memandang. Ada lagi beberapa tempat yang tidak sempat dikunjungi. Maklumlah, warga-warga emas yang kesihatannya terganggu, jadi pergerakan juga agak terbatas. Menikmatinya dengan gaya yang berbeza, membuatkan kami rasa syukur atas nikmat tuhan yang tak terhingga. Jika pada tahun-tahun sebelumnya kami menikmati perkelahan begini rupa hanya berdua atau ditemani rakan-rakan senegara, kali ini ianya sungguh bermakna dalam lingkungan keluarga sendiri yang datangnya jauh beribu batu.


Arabian Picnic

Arabian Dinner

Hence, kepulangan mereka saya hantar dengan deraian air mata. Kediaman saya sepi seperti sediakalanya. Tiada lagi hilai tawa bersama keluarga tercinta. Tiada lagi hiruk pikuk dan gelak ketawa. Tambah menghibakan, sentuhan nasihat Abah yang saya rindukan sekian lamanya diabadikan saat Abah meninggalkan lapangan terbang. Tanyalah pada semua adik beradik saya, siapa yang tidak terkesima dengan nasihat dari Abah. Walau sekadar pesan supaya menjaga diri dengan baik di tempat orang, dan menyatakan rasa bangganya secara terang-terangan sudah cukup membuatkan airmata saya mengalir tiada hentinya. Sedangkan sekadar mendapat ungkapan "terima kasih atas segalanya" mengundang takungan air dicelah kelopak mata. Sebetulnya bukan kata-kata itu yang terlalu menusuk kalbu,cara mana ia di lontarkan dan siapa yang mengucapkannya adalah perkara yang mengundang hiba. Belum lagi Atuk yang acapkali mengungkapkan "panjang umur kita jumpa lagi". Kepulangan mereka saya hantar dengan rasa sayu. Sekalipun cuma 5 hari, tapi saya cukup puas bersama mereka. Terima Kasih Allah kerana beri saya ruang dan peluang memenuhi kehendak saya yang tidak kesampaian bulan lalu. Syukur, Alhamdulillah. Sekalipun habis air dilautan, ungkapan Syukur saya pasti tidak akan cukup. Terima kasih, Tuhan. :)


Tuesday, October 4, 2011

silver lining

Every cloud has a silver lining
Apabila kamu adalah seorang yang peramah dan mudah senyum, kamu juga sering dilihat sebagai seorang yang periang. Dalam keramahan mu itu kamu rasa ingin tahu banyak perkara. Kamu jadi mudah berbual lalu kamu banyak bertanya. Tapi kamu tahu, bila kamu banyak bertanya (walaupun hanya sekadar untuk memecahkan suasana yang sepi) ada orang yang tidak selesa? Mereka berkemungkinan membaca kamu sebagai busy body. Ada juga yang nanti akan lebel kamu sebagai  terlalu ingin tahu~ acquisitive. Itu juga sebabnya ramai yang anggap kamu sebgai masih mentah. Banyak sangat tanya, banyak sangat berbicara dan banyak sangat nak tahu. Macam budak kecil.

Seperti kanak-kanak kecil yang tidak tahu, mereka sering buat silap. Mereka senang tersalah langkah. Akibatnya pasti akan dimarahi oleh yang tua. Kanak-kanak sering menangis bila dimarahi, akan rasa kecil hati bila ditegur. Diri ini adalah budak besar yang masih kecil. Berkarekter periang, ramah dan mudah mesra. Sering buat silap dan selalu tersalah langkah. Hidup dengan orang besar yang memang besar, sering ditegur dan sering dimarahi. Being a kid, rasa sedih itu tetap ada rasa sesal itu tetap timbul.

"there is something good even in an unpleasant situation"

After all, saya syukur tercampak di negeri ini. Masih ingat lagi kebimbangan saya saat mula-mula mendapat berita untuk ke mari? Ya, saya terlalu takut keluar dari zon selamat. Zon di mana saya bukan lagi budak kecil yang serba benda tidak tahu, yang serba tidak mengerti. Zon yang semuanya bagus, indah dan selesa teramat. Berbeza dengan kini, zon saya adalah tempat baru, orang sekitar yang baru dan pengalaman kehidupan yang baru. Jadi perlu banyak saya betulkan dan perlu banyak saya diperbetulkan. Sekalipun hati selalu kaca bila tersalah dan membuat salah namun saya percaya kehidupan di sinilah yang Allah takdirkan untuk hati saya lebih kental, untuk jiwa saya lebih utuh supaya saya menjadi manusia yang lebih manusia di lembaran kehidupan mendatang. 

Jumpa lagi,
Ilalliqa' Maasalamah