tidaklah diciptakan sesuatu itu dengan sia-sia~Alquran
sejak dari pagi tadi sejuk je. hari pun mendung. ikutkan news, akan hujan hari ini. tapi sampai sekarang, masih belum hujan lagi. saya suka juga musim sejuk nih, tapi kurang gemar. suka sebab banyak aktiviti menarik boleh buat. kurang gemar sebab sejuk kena pakai proper walaupun di rumah.
red sand dune
subhanaAllah, masyaAllah
bila tinggal ditempat orang, pandai-pandailah explore mencari hiburan dan tempat menarik. takkan nak terperap jer kan. walaupun sekadar padang pasir, tetapi ianya sungguh mengujakan kerana tidak sama dengan tempat asal kita. sungguh terpesona memandang. sungguhlah Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.
pasir halus
pasirnya sungguh halus. sehalus pasir pantai. ditambah pula dengan angin yang berhembus lembut, memang sungguh mendamaikan. kat sini, kalau budak-budak nak main pasir memang tiada siapa yang nak marah. mainlah sepuasnya. kawasan ini ramai anak muda bertandang menghabiskan waktu yang mereka ada. kebanyakannya datang dengan kenderaan empat roda. selalunya mereka race dan drift di sini. sebuah kepuasan barangkali. ya, anak muda. begitulah.race dan drift
deretan pickups dan pacuan empat roda sedang menunggu giliran untuk race bersaksikan penonton lain dikalangan rakan-rakan.sebuah pickup sangkut
ya, mind you pasir ini sangat halus dan hanya sesuai untuk kenderaan pacuan empat roda 4x4 sahaja. pickup nih sebab dia ringan, jadi sangkut juga. tetapi mujurlah mereka yang di sini semuanya baik hati, jadi ada yang datang membantu memberi pertolongan dengan segera.giliran kami
sekitar pemandangan yang indah SubhanaAllah
barefoot dan sunset
saya selesa berkaki ayam sahaja di atas pasir halus ini. lebih mudah berjalan dan mendaki. tapi saya pakai stokin, jadi pasir-pasir halus itu tidak melekat dicelahan jari saat mengharung pasir pendakian. matahari sudah hampir tenggelam, jadi mari kita pulang.
No comments:
Post a Comment