::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, August 23, 2011

pulang

langit yang biru sedang melambai

sehingga saat entri ini di tulis, saya sudah pun berada dengan selesanya di perantauan selama satu tahun sepuluh bulan. wau lama sungguh nih. rekod terlama saya berada jauh dari keluarga. jadi untuk menamatkan rekod ini, tiba masanya saya kembali ke kampung halaman menghirup udara segar Malaysia. bukan pulang untuk selamanya, sekadar percutian sambil lebaran.

doakan kami selamat sampai juga selamat kembali.
minnal aaidin wal faizin, selamat hari raya!

Sunday, August 21, 2011

resepi

practice make perfect

saya nak berkongsi resepi Ramadhan hari ini. sepanjang Ramadhan ini, kiranya agak banyak kali jugaklah saya buat menu ini. bila permintaan tinggi, produksi pun meningkatlah kan. bila latihan memberi impak kesempurnaan, makanya daripada tak pandai menjadi bertambah pandai. resepi yang ingin dikongsikan ini amat mudah. tapi sebelum tuh kene hafal tricknya dahulu.

bahan-bahan;
1) cecair (santan atau susu segar atau air)
2) tepung gandum
3) telur

sukatan;
nisbah 1 cecair kepada 3/4 tepung gandum
1 biji telur
contoh; 1 cawan cecair, 3/4 cawan tepung dan 1 biji telur, (kalau mahukan bancuhan lebih banyak, gandakan nisbah bahan)

dengan asas resepi tersebut, kita boleh pelbagaikan menu mengikut citarasa dan kemahuan.

menu 1; kuih cara manis

#langkah 1; ambil 3-4 helai daun pandan, kisarkan dengan bahan cecair dan tapis untuk dapatkan patinya
#langkah 2; campurkan pati pandan dengan telur dan tepung
#langkah 3; aduk sebati sehingga tiada ketulan tepung kelihatan-untuk pemudah cara gunakan mesin pengisar (blender)
#langkah 4; panaskan acuan kuih cara yang telah dilengser mentega dengan api sederhana kecil .
#langkah 5; tuangkan bancuhan ke dalam acuan
#langkah 6; letak setengah sudu kecil gula di tengah-tengah setiap bancuhan (seimbangkan gula mengikut tahap kesihatan)
#langkah 7; tutup acuan dengan tudung periuk dan biar seketika (sekitar 2 - 3 minit) sehingga masak (warna berubah dari asal)
#langkah 8; cungkil dengan hujung garfu atau lidi besi untuk keluarkan kuih dan hidang secara berpasangan.


{tambahkan pewarna hijau untuk impak greener}

menu 2; roti jala pandan dan serawa durian


#langkah 1; ambil 3-4 helai daun pandan, kisarkan dengan bahan cecair dan tapis untuk dapatkan patinya
#langkah 2; campurkan pati pandan dengan telur dan tepung
#langkah 3; aduk sebati sehingga tiada ketulan tepung kelihatan-untuk pemudah cara gunakan mesin pengisar (blender)
#langkah 4; panaskan kuali leper dengan api sederhana kecil
#langkah 5; tebarkan bancuhan menggunakan acuan roti jala atau menggunakan botol mayonis bermuncung tiga
#langkah 6; biarkan sekitar 2-3 minit sehingga masak, angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa kesukaan.

serawa durian atau juga dikenali dengan kuah durian membuatnya adalah sangat mudah mengikut versi saya.
##ambil beberapa ulas isi durian, masakkan dengan santan dan gula. tambahkan sedikit tepung jangung untuk kepekatan. jika sukar mendapatkan durian biji, panaskan 100gram lempuk durian, tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga larut dan tambah gula jika perlu. kacau sehingga lempuk mencair dan tidak bergentel##

sekian perkongsian

Tuesday, August 16, 2011

partially gone

orang memberi kita merasa
orang berbudi kita berbahasa


masa sungguh cepat berlalu. sudah sampai pertengahan Ramadhan. nak balik dah dia lagi 15 hari. aduh, sedih pulak rasa. dan pada hari yang ke 15 ini saya tumpas pada biologi diri. kalau kat kampung halaman dulu termnya known as ABC (Allah Bagi Cuti). bila tertumpas nih, sedih tak dapat terawikh tapi still dapat catch up tadarus macam biasa. Alhamdulillah. buat yang tak tahu sila maklum ya, walaupun tumpas biologi diri yang menghalang kita dari puasa dan solat, tapi kita masih boleh mengaji tau. sila rujuk entri di sini yang saya dah tulis tahun lepas mengenai perkara ini. paling sedih, umrah memang takleh nak buat la sekalipun date telah dibook dan tiket dah dibeli :(

selepas selesai separuh purnama bulan yang mulia ini, Iftar jamaie yang dirancang juga telah berjaya dengan selamatnya. iftar jamaie pertama dengan jumlah kehadiran seramai hampir 50 orang berjalan dengan lancar. iftar jamaie kedua sekitar 20 orang juga alhamdulillah selesai. semoga pahalanya di terima seperti yang dijanjikan, insyaAllah.

Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


Ramadhan tahun ini mengeratkan hubungan saudara dengan rakan-rakan di sini. terasa ukhuwahnya bertambah erat. terasa penerimaannya lebih indah berbanding tahun awal saya di sini pada mula-mula dahulu. semakin mesra, semakin erat. sekalipun kami bukanlah biologically related, tetapi ukhwah islamiyah yang terjalin seolah-olah mengalir darah yang sama dalam badan setiap seorang dari kami. sungguh, saya amat terharu. hikmahnya bertemu dan berpisah kerana Allah. bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. walaupun ajal menjadi nokhtahnya, kerana doa seorang sahabat yang bersaudara itu terlalu istimewa biarpun tanpa ada bayangnya di depan mata. hadiah indah dari Allah, di buan Ramadhan yang mulia. syukur Alhamdulillah.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Kareem

"Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari", Al-baqarah 295

Lama sungguhlah saya tiada kesempatan menulis-nulis di ruangan ini. meski tidak ramai yang menjenguk, melainkan hanya sedikit sahaja, namun dari sedikit orang yang mendapat manfaat dari ape yang saya tulis ini, harapnya adalah saham akhirat untuk saya. kebanyakan blogger picisan termasuk saya bila tiba waktu yang sangat lama tidak ada entri baru akan menyalahkan kekangan masa menjadi penghalang. tahukah kita sebenarnya, Allahlah yang menciptakan waktu bagi kita. kadangkala waktu dirasakan sangat cepat berlalu.kadang pula rasa sangat lambat berputar. seperti firmannya, dalam surah al baqarah ayat 259 yang bermaksud...

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

apa yang dapat difahamkan, Allahlah yang menentukan masa bagi kita. dia yang menjaga masa kita. sedangkan kita tertidur yang sebenarnya selama seratus tahun boleh rasa macam sehari sahaja atau setengah hari. begitulah kita dengan masa yang umpama mata pedang itu. kalau kita tidak menjaganya dengan baik, dia yang akan memancung kita. Allah sampai bagi perumpamaan dekat orang tuh, suruh dia tengok keldai dia yang dah sampai jadi tulang, takkan baru satu hari. itulah bukti kekuasaan Allah. dia telah mengatur setuap sesuatu untuk kita, semuanya sudah tertulis hatta walau sehelai daun yang gugur pun adalah di dalam perancanganNya. sugguh lah kita nih kerdil sangat. Astaghfirullah. Allah sebut dalam ayat 59 surah al-araf;

dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata


begitulah sebenarnya, Allah sudah atur segala sesuatu untuk kita. di mana kita letak tanda syukur, di mana kita letak tanda terima kasih atas segala sesuatu yang diatur untuk kehidupan kita ini? saya kini sedang bersyukur atas nikmat sedikit sibuk yang saya lalui kebelakangan ini. saya sedang sibuk dengan sedikit urusan yang akan saya ceritakan mungkin selepas tamatnya kisah penghidupan kami di sini suatu hari nanti.

menyebut perihal Ramadhan, ini adalah tahun kedua kami berpuasa diperantauan. saya sudah betah, tidak macam tahun lalu yang ade sedikit homesick. sekalipun diberitakan tentang perihal kaum keluarga yang sedang ria berbuka puasa, bersahur dan bertadurus beramai-ramai di tanah air sana, hati saya tidak goyah sangat. saya cool sahaja berpuasa dan berbuka tanpa meraka. saya sudah dapat terima bahawasanya saya sudah ada keluarga saya sendiri dan tempat saya di sini di sisi suami. dunia saya sudah berbeza. saya bukan lagi dalam lingkungan crib selesa mereka seperti dahulukala.

puasa kami di sini diuji dalam keadaan cuaca sungguh panas sehingga kadangkala mencapai 50 darjah selsius pada siang hari. namun Allah tak uji saya teruk sangat sebab saya banyak berada di rumah sahaja. rumah saya lengkap dengan mesin penyejuk udara. jadi walau puasa di musim panas, saya rileks sahaja. kasihan pada soulmate dan rakan-rakan lain yang keluar bekerja membelah mentari dalam keadaan mereka berpuasa, moga-moga amalan mereka mendapat pahala berlipat kali ganda. waktu berpuasa juga menjadi semakin panjang kerana waktu siang lebih panjang berbanding malam. kami sahur seawal jam 3.30 pagi, matahari mula terbit jam 4.00 pagi dan terbenam pada jam 6.40 petang. seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, waktu isya' sepanjang Ramadhan telah dilewatkan 30 minit dari waktu sebenar. yakni, terbitnya cahaya merah diufuk langit pada jam 8.10 malam tetapi azan berkumandang menandakan waktu isya' adalah pada jam 8.40 malam. lazimnya, terawikh di kebanyakan masjid di sini hanya lapan rakaat tetapi mengambil masa sekitar satu jam. imam biasanya akan membaca satu muka surat atau lebih dari mushaf Al-Quran. pulang dari solat terawikh saya berkesempatan pula menyemak bacaan tilawah quran langsung dari masjidil haram melalui siaran langsung di kaca televisyen yang berakhir jam 11.30 malam. kemudian kami menikmati sedikit moreh, lebihan dari hidangan berbuka (jika masih ada) dan barulah aktiviti harian biasa bermula. biasanya saya tidak tidur sambil menunggu waktu sahur. cuma tinggal lagi sejam dua kalau tidur nanti takut terlajak pula. waktu yang berbaki itu kadangkala digunakan mengemop lantai, mengemas rumah dan aktiviti rumah tangga yang lain.

selamat menjalani ibadah puasa semua, semoga amalan kita diterima. semoga Ramadhan kita lebih baik dari yang sebelumnya, InsyaAllah.

ilalliqa' maasalamah

Posted via Blogaway