::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, March 20, 2011

ros goyang

~THE FLOWER SHAPE COOKIE~

suatu ketika dulu, makwe saya (read: panggilan untuk makcik paling sulung dikalangan orang perak) sangat pakar buat kuih ini. kuih ros ikut bahasa buku. arwah nenek saya cakap nih kuih goyang. mungkin sebab waktu masak kuih nih aktiviti menggoyang diperlukan. bukan goyang pinggul, tapi goyang acuan. especially waktu nak tanggalkan dia dari acuan. goyang-goyang sikit, baru release.



selalu kalau waktu raya mesti makwe akan buat. banyak jugak sebab dapat tempahan kan. bertin-tin. mostly saudara mara dan jiran-jiran sekitar yang akan tempah. waktu tuh mana ade fesbuk bagai. order secara dalam talian lagilah takde. memang dari mulut ke mulut aje promosinya. bila taste bud mencapai tahap satisfied, tempahan semakin meningkat berkat rekomen kawan-kawan dan saudara mara. saya tak ingat plak ade ke takde kenangan bersama makwe buat kuih nih. ape yang saya ingat, bila makwe dah meningkat usia, dia tak buat dah. kuranglah sejenis kuih raya yang terdapat dalam balang kami. kalau nak makan kene beli kat kedai yang mostly tidak sesedap versi makwe punye. menyesal pulak tak belajar ngan makwe zaman dulu tuh. eceh, kalau ade peluang pun waktu tuh saya takkan belajar punye. ape barang...lagi syok main kejar-kejar dari belajar buat kuih. yelah zaman 20tahun lepas, ape kojenye aku nak belajar masak.



saya tak pernah buat kuih nih. tapi biasa makan. jangan bimbang, kat sini pon saya dapat makan kuih nih jugak tau. hilang kempunan. this version, bunga ros dia lebih kembang dari tempat asal kita. mungkin versi international kot. so kasi kembang lebey sikit. i believe this is asean food juga, sama sekali bukan arabian kind of desert. kepada yang sama kawasan dengan saya, kuih ros boleh didapati di SEEFA SEAFOOD, atau CHIANGMAI RESTAURANT (arouba street), atau THE VILLA RESTAURANT (arouba street). those restaurant tempat kita hilangkan rasa rindu masakan ala malaysia tuh la. buat-buat tak tau plak you all nih. memang kita tak selalu nampak sebab dia jual kat bahagian cashier nun. kite mana pernah pegi bayar kan. bukan sebab tade duit hokay, sebab cashier di bahagian single section. biasanya kita kat family section kan... SR 5 each. taste wise, sangat tidak menghampakan. memang boleh buat hilang rindu.



~ilalliqa' maasalamah;

p/s: for those yang datang for recipe, saya tiada dapat kongsikan resepinya ya. gambar je ader.

Wednesday, March 16, 2011

yang pasti terjadi-;~al-haqqah~

Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya) Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. Al-Haqqah

lama blog kekosongan tanpa entri. saya sedang fikir entri apa sesuai. saya ada banyak cerita-cerita senang dan suka untuk dikongsi. tetapi satu demi satu musibah yang melanda membuatkan saya rasa tidak sesuai dan stop dulu untuk bercerita perkara suka-suka dan dunia.

memula rasa terkesan dengan pemergian jay nafastari. terganggu fikiran kalau berada di tempat mawar. tidak sekuat dia buat masa ini. itu sebab bukan saya yang diuji. selepas reda keresahan dan kemurungan, Jepun pula dilanda tsunami. sedih melihatkan keadaan mereka. kuasa Allah yang menjadikan gelombang laut begitu kuat sehingga mampu menyapu bersih rumah-rumah yang terpasak di bumi, bangunan, kenderaan dan segalanya. dibawa hanya sebegitu sekali lalu. MasyaAllah, memang gerun. dari pandangan atas, kelihatan semua benda itu seperti mainan. masih bersyukur, kerana bukan saya juga yang di uji. Alhamdulillah, tapi takut.

takut kerana, kalau saya yang diuji dengan dua ujian besar seperti yang diuji ke atas Mawar dan komuniti Jepun itu, apa yang ada untuk saya tunjuk kepada Allah bahawa saya seorang hamba yang taat? adakah nasib saya begini nanti, Alhamdulillah.

"Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya) Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!" ~al-haqqah;19-24~


atau saya menerima nasib begini nanti, Nauzubillah

"Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku. (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim;Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah" ~al-haqqah ;25-37~


petanda-petanda kiamat sudah semakin banyak, bersediakah kita atau masih meleka-leka? tunaikanlah kewajipan dengan sempurna, sebelum kita dijemput pergi olehNya sedangkan banyak lagi tugasan yang belum terlaksana.


Tuesday, March 8, 2011

moga amanlah dan bahagia dikau di sana

syukur kadangkala lebih tinggi makamnya dari sabar

baru saya rasa erti berkabung yang sebenar. pernah dulu masih segar diingatan, permaisuri raja negeri Selangor mangkat, jadi kami kene berkabung. waktu tuh yang perempuan kene pakai tudung hitam, lelaki kene lilit songkok dengan reben putih. waktu tuh saya masih kecil, tak faham pun kenapa kene berkabung bila ada yang meninggal atau kalau peringkat raja kita panggil mangkat. berberapa hari lepas termasuk hari ini, saya rasa seakan berkabung dengan kehilangan seorang kenalan, walaupun saya tidak pakai tudung hitam dan suami tidak melilit songkok dengan reben putih.

Berkabung

dulu saya pelik kenapa sampai satu negara nak kene berkabung. setahu saya berkabung sebab nak tunjuk kita rasa sedih dan rasa kehilangan bila ada yang pergi meninggalkan kita. tapi waktu tuh saya berpendapat cukuplah cuma ahli keluarga dan kerabat aje yang berkabung takyahlah sampai satu negara dan cuti bagai kan. sekarang saya rasa, walaupun bukan ahli keluarga saya yang pergi, walau bukan kerabat saya yang dijemput Ilahi, walhal bukan sahabat rapat pun yang mengadap Rabbul Jalil tetapi kemurungannya saya tetap rasai. rasa tidak percaya dia sudah tiada, rasa seperti mimpi dia sudah pergi. hari-hari saya menjenguk ke dinding facebooknya, hari-hari saya buka laman nafastarinya seakan-akan mengharap akan ada posting terbaru dari beliau. MasyaAllah. Subhanallah.Innalillah. Astaghfirullah.

Dia yang pergi itu cuma rakan kenalan biasa. tetapi dia sungguh luar biasa. peninggalannya sangat terkesan di hati saya dan sahabat-sahabat lainnya. sedang saya yang bukan siapa-siapa dengan dia, sudah begini rasa murung, bagaimana insan-insan terapat dengan arwah? saya rasa bagaikan sukar untuk terima kenyataan bahawa tempoh peminjaman Tuhan atas seorang kenalan telah tamat tempohnya. belum puas saya bersahabat dengannya, belum puas menatap tulisannya di nafastari, belum puas menatap foto2 indah dia di tempat barunya. belum cukup puas, sudah harus dipulangkan semula dengan rasa berat kepada pemilk yang sebenar. tidak terbayang bagaimana si kecil Nada yang mungkin tercari-cari ayahnya. tidak terbayang bagaimana tabahnya adik Aini menghadapi detik-detik sukar begini.
Ya Allah, bantulah hambamu itu menghadapi cabaran hidup ini ya Allah. Kau tabahkanlah hati mereka Ya Allah. Kurniakanlah keberkatan dalam hidup insan-insan yang arwah tinggalkan Ya Allah. Bimbinglah mereka YA Allah, pimpinlah mereka ke jalan yang engkau redhai, Amiin


Allahu Akbar, Allah Maha Besar. hanya Dia lah yang menentukan perjalanan kehidupan ini. tiada siapa yang dapat menduga jangka hayatnya akan lama atau sebentar sahaja di dunia. masih saya terkenang, ada suatu masa beberapa bulan lalu, saya diamanahkan untuk mengendalikan suatu program Mukhayyam Tarbawi untuk anak-anak penduduk Malaysia di sini. sebelum saya mengenali peserta di hari program, terdahulu saya telahpun mengenali mereka di luar program yakni pada hari-hari biasa. segelintir peserta walaupun datang ke program dengan aurat tertutup penuh, tetapi di luar program saya amat mengenali mereka bukanlah seperti diri meraka di hari program. jadi, dalam salah satu sesi yang saya kendalikan saya menyentuh kepada peserta isu perubahan diri secara islami. rata-rata mereka sedar akan kehendak tuntutan cara berpakaian Muslimah, namun mereka memberi jawapan belum bersedia berubah secara total. masih mahu mengibar rambut pada agin lalu dan masih mahu mendedah lengan pada udara. jawapan mereka masih belum bersedia. mungkin mereka merasakan mereka masih muda, masih semuda 12 atau 13 tahun. tapi tuntutan itu sudah jatuh wajib ke atas mereka.

saya kesal dengan jawapan belum bersedia itu. tahukah mereka mati itu akan menjemput bila-bila masa? ia tidak menunggu persediaan yang rapi. ajal itu akan tiba bila sampai waktunya, tidak menunggu usia cukup tua. mati itu akan datang bila-bila. kenapa mahu tunggu sehingga bersedia. pada saya, bagi yang perempuan bila sudah ada teman yang setia datang setiap bulan (read: reach puberty), sudah wajib rasa bersedia menutup aurat mengikut landasan syariatnya yang betul. ibu bapa, tolonglah observe pakaian anak-anak anda. supaya nanti anda tidak gentar berhadapan dengan hari pertemuan dengan Tuhan.

owh, berbalik dengan cerita berkabung tadi. pada saya tiada salahnya kita meratapi yang pergi. agar datang insaf di hati kita akan tiba giliran kita pula suatu hari nanti. menziarahi yang pergi dijemput Ilahi itu satu tuntutan agar terbit rasa simpati dan keinsafan diri. dengan teknologi yang canggih buat masa kini, ziarah tidak terhad dengan kunjungan ke rumah. memanfaatkan teknologi dalam konteks ziarah bagi menghiburkan ahli keluarga juga adalah memadai. saya rasa bangga melihat sekumpulan kecil rakan arwah yang menyediakan tabung dana untuk keluarga anak-anak arwah, juga yang sudi menghulur bantuan buat mereka. perginya dia sebagai menguji kita bagaimana kita prihatin dengan nasib yang menimpa saudara seislam kita.

buat akhirnya, kepada yang masih bersedih dengan kehilangan arwah, mari kita sama-sama renungkan sebuah klip ringkas daripada ulama' tersohor Dr Asri Zainal Abidin seperti di bawah;



luangkanlah sedikit masa kita menghayati butir bicara beliau, moga-moga kita memperoleh ketenangan hati dan merelakan dia pergi dengan Aman. Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Saturday, March 5, 2011

telah tiba saat waktu

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa



saya tidak tahu mahu bermula dari mana. awal Mac, saya dikejutkan dengan sebuah berita pemergian seorang kenalan. kenalan yang bukan setakat kenal hye-hye bye-bye. kenalan yang suatu ketika dahulu pernah bersama-sama dalam kerjasama pasukan kebajikan minggu suaikenal (read: Taaruf Week IIUM). kenalan yang kami (read: saya dan soulmate) sama-sama sifatkan sebagai seorang yang lemah lembut, sopan dan baik hati. sebelum kami berhijrah ke sini, beliau terlebih dahulu berhijrah sebagai pegawai di Islamabad, Pakistan. melalui jaringan rangkaian sosial kami sering berhubung. kadangkala saling bertukar cerita keadaan di tempat masing-masing, kadangkala juga sekadar bualan ringan.

masih segar di ingatan, Allahyarham secara peribadi meminta nombor kami di sini untuk beliau hubungi ketika beliau dan keluarga datang berziarah setahun yang lalu. sayang, dengan kesempitan waktu yang ada, kami tidak dapat bertemu. beberapa bulan selepas sekembalinya beliau dari ziarah, beliau sempat memberitahu bahawa isterinya mengandungkan anak kedua cambahan hasil dari tanah suci lantas anak tersebut diberi nama Marwa sempena nama salah sebuah bukit ibadah di sini. kami bersyukur atas limpahan rezeki sahabat ini. kami juga tumpang sama-sama gembira. seterusnya, kami sering bertukar cerita melalui tulisan-tulisan beliau di blog dan catatan-catatan beliau di jaringan sosial yang ada. dengan kemudahan teknologi yang serba ringkas dan mudah, hubungan yang jauh dan renggang terasa menjadi rapat dan dekat.

tetapi kini sudah tiba waktunya Allahyarham meninggalkan kita semua kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan sedemikian rupa. pinjaman Allah hanya diberi setakat 29 tahun. 29 tahun adalah angka yang sangat singkat. namun begitu, sebelum akhir hayatnya Allahyarham telah dibahagiakan dengan cinta seorang isteri dan kasih dua orang cahayamata. MasyaAllah. Allahyarham juga telah melalui fasa berjaya dalam pelajaran di peringkat tertinggi lantas melayakkan beliau menyandang jawatan besar dalam kerjaya. Allah Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menetapkan dan menggariskan segala sesuatu dalam ilmu pengetahuannya yang Maha Luas yang tiada dapat tercapai dek akal kita memikirkannya.

Siapa dapat tahu akhir hayatnya di atas stereng kereta disebabkan seekor kuda? siapa dapat menyangka akhir hayatnya 10km dekat dengan rumahnya sedang dia tinggal beribu batu jauh dari tanahairnya? siapa dapat menyangka jangka hayatnya tamat di negara yang aman sedangkan banyak sisa-sisa hari dihabiskan di negara bergolak di mana bom meletup merata-rata? sesungguhnya kalau mati itu dapat dijangka, nescaya tiada seorang pun yang lalai dari tikar sejadah dan zikir sepanjang masa.


perginya seorang sahabat ini sebagai peringatan kepada kita semua yang ada. tidak semestinya mati di saat tua. tidak semestinya ajal mampu diduga. perginya sahabat ini sebagai mengingatkan kita manfaatkan masa yang ada dengan amal yang baik. manfaatkan waktu yang singkat bersama yang tersayang seadanya daya usaha. tunjukkan rasa cinta kita, kongsikan rasa kasih kita dengan semua. kepada keluarga Allahyarham Wan Ahmad Fadzil terutamanya isteri beliau adik Aini Nurbaya serta anak-anak, sesungguhnya ujian ini didatangkan kepadamu kerana kamu mampu. Allah tidak pernah menzalami hambanya. tabahkanlah hatimu adikku, kuatkanlah dirimu demi anak-anakmu. sekiranya ada kelapangan berziarah lagi ke sini dan kebetulan kami masih lagi di sini, hubungilah kami, InsyaAllah kami dapat membantumu dan kita dapat bertemu sepertimana yang pernah terancang oleh Allahyarham suamimu.

“Ya Allah! Ampunilah Allahyarham Wan Ahmad Fadzil bin Wan Mohd. Angkatlah derajatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk berilah penggantinya bagi orang-orang yang ditinggalkan sesudahnya. Dan ampunilah kami dan dia wahai Tuhan seru sekalian alam. Lebarkan kuburannya dan berilah penerangan di dalamnya.”


kepada sahabat-sahabat sekalian, pemergian Allahyarham yang suka kita panggil Jay terkesan di hati kita semua. Jay seorang yang sangat baik, kita doakanlah kemudahannya di alam barzakh. sama-sama lah kita berdoa agar ingatan ini tidak hanya setakat waktu ini dan pudar ditelan zaman. kini, saat pemergiannya masih segar dan kuburannya masih merah berpusu-pusu ucapan takziah dan al-fatihah untuknya dan keluarga. pintalah pada Allah agar ingatan kita tidak pudar pada anak-anak dan keluarganya, seusai waktu berputaran dan saat itu pasti adik Aini Nurbaya, Naada dan Marwa memerlukan sokongan kita semua.


Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

(sudirman hj Arsyad, salam terakhir)