::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, January 4, 2011

help me!

being good is commendable,
but only when it is combined with doing good is it useful



korang perasan tak?
(korang kat sini refer to; anda yang selalu datang blog saya dan follow blog saya dari awal). ya saya tahu jumlahnya cuma seciput sahaja, jadi tak perlu bangga ke apa... perasan tak, lately sejak saya duduk menetap kat tempat orang nih blog saya tak berapa hidup. macam segan-segan gitu.

nak tau tak ape sebab saya jarang update dengan entri-entri terkini dan sensasi tentang tempat dan kehidupan saya di sini. bukan sebab tempat nih tak best atau takde yang best nak dikongsi. penyebab paling utamanya ialah, saya takut ada yang berkecil hati. ini adalah kerana saya risau jika ada sahabat senegara yang tinggal di tempat saya tinggal ini membaca atau mengikuti coretan laman picisan ini. untuk nota, saya anggap kumpulan orang yang datang dari negara yang sama dengan saya adalah seperti keluarga sekalipun (kalau) mereka tidak menganggap saya begitu. saya tidak. sebagai keluarga, pastinya kita tidak mahu ada ahli keluarga lain yang terlepas dari aktiviti keseronokan yang kite lalui kan. sepertimana ibu saya yang pasti akan mengalirkan airmata saat terkenang anak-anaknya yang tidak cukup korum sedang anak-anak lain menjalani aktiviti yang berbaur keseronokan. tetapi golongan yang saya anggap keluarga ini bukan dengan makna keluarga yang sebenarnya. ianya adalah sebuah jalinan persahabatan yang bagai aur dengan tebing bukan bagai air dicincang takkan putus. (oke, faham ke peribahasa ini?) jadi sekumpulan dua kadangkala tidak terlibat sama. secara sengaja atau tidak sengaja. sebagai contoh;

1. andaikata saya letak gambar dan bercerita aktiviti hujung minggu saya di sini, contohnya gambar jalan-jalan bersama sekumpulan golongan orang. kumpulan lain (mungkin) akan kecil hati kerana mereka tidak dijemput sama menyertai aktiviti.

2. andaikata saya letak gambar dan bercerita tentang sekumpulan orang datang bertandang ke rumah saya, ada kumpulan lain (mungkin) akan terasa hati kerana mereka tiada dalam jemputan sedangkan saya agak rapat dengan mereka.

3. andaikata saya letak gambar dan bercerita tentang sekumpulan orang yang bersama-sama dengan saya untuk sesuatu acara, ada kumpulan lain (mungkin) akan terasa hati juga kerana mereka tidak terbabit acara tersebut.

apa yang menjadi masalahnya, mereka yang berkecil hati itu will never project their feeling. so that saya susah nak memberi justifikasi mengapa mereka tidak dapat ikut serta. ataupun, saya khuatir juga, keterbukaan ini menjadi jerat pula...arrrgh!


jadi bagaimana ya? saya sangat ingin berkongsi kisah dan pengalaman di tempat orang ini. tapi penghalang yang satu itu sangat lah besar bagi saya. kerana menjadikan hati seseorang kecil amat perit seperti mana yang biasa saya rasai sepanjang penghidupan di sini. perlukah kita privacykan sahaja blog ini? sahabat, bantu boleh? tolong jangan komen sebagai anonymous okey...

18 comments:

Anjesurihati said...

U buatlah blog lain supaya diaorang tak dapat mengikuti apa yang u tulis.. susah sangat ke nak wat aktiviti kat riyadh ni tanpa orang tau.. buat saja u tulis saja kalau u tak buat salah ok no problem keep up your good jobs. Kami ibu-ibu riyadh menghargai usaha you merapatkan hubungan kita semua disini ok :)

Kalau u rasa tersisih ke apa ke dont worry kita semua ada bersama dengan u dan menyokong u ok :) cepat cepat dapat baby tau so kita boleh berkongsi cerita dan pengalaman.

ila nursalida said...

anje: eh? siapa nih? kite kenal?dari riyadh juge?auch!ayyooo
1)ok kalau nak tukar link, kesian gak kat yg follow, tetiba dah change link plak kan..
2)bab baby tuh, its not my job..semua urusan langit. tunggu aja DIA kabulkan...
3)thanks btw...

Anjesurihati said...

Ni kak ani lah duduk dekat exit 11, yang baru datang tu.. tak ingat ke yang orang panggil anje anje tu. Ingat kan ila ingat ada kita jumpa sekali kat mutiara lah.

Nanti next activity informlah. Akak baru lagi kat sini so nak gak join join aktiviti. Suami ila keja ngan embassy kan? kalau mintak dia sain dokumen boleh tak? Nanti akak sms kan no akak kat ila akak ada nombor hp ila hari tu amik dengan kak nora.

Anyway embassy takda wat aktiviti apa ke. Come on la wat la aktiviti banyak. Dapat juga kita berkumpul bersama ok :) push lah management tertinggi buat aktiviti lah. Takkan suami ila tak leh suarakan pendapat kita kan dia pun officer kat sana bukan. Kalau takut kami boleh cakapkan jumpe duta biar suami ila uruskan perjumpaan ok.

nafastari said...

Oh, rupanya masalah ini ada di mana2! Saya fikir di tempat saya saja... Haha.
Ila, tidak mengapa. Dulu saya berfikiran begitu juga, sehinggakan ada satu ketika saya hampir putus asa untuk menulis lagi. Mereka bercakap yang bukan2 di belakang saya tentang apa yg saya tulis, hingga sampai di telinga saya. Tapi selepas itu saya immuned! Saya sudah tidak kisah lagi tentang apa yang orang kata bercakap mengenai saya dan Mawar, kerana saya fikir saya wajib mempunyai hidup sendiri. Hidup yg saya tentukan. Ke mana saya ingin pergi, dengan siapa saya ingin berkawan, siapa yang saya ingin jemput ke rumah saya, biarlah saya yang tentukan sendiri. Saya sudah kuat dan mandiri sekarang! Lagi pun orang yg bersamalah itu sudah tiada di sini! Hehe...

ila nursalida said...

kak ani/anje: macammana pulak akak boleh sampai blog saya? maaflah, saya tak berapa ingat plak akak yang mana satu.bnyk makn semut nih..hehe) so far aktiviti yang recent ade kat ibu-ibu riyadh group. anyway, welcome to riaydh kak! bab yang nak dapatkan signature tuh, boleh insyaAllah nt akak sms saya ya...

nafastari: dalam konteks saya, belum ada apa2 yg sampai ke telinga. and i'm afraid of that. hehe kire prevention laa. itu sebab saya avoid dari awal. kan saya kata, (takut ada). tapi tulah takut tak adil untuk sesetengah pihak especially org kg yang rindukan saya.

Anjesurihati said...

ni akak dapat link ila dari http://lechevalierdaurora.blogspot.com. ila kenal dia ke? nanti akak add ila kat fb yewh. Haah akak nak wat signature legal document. Nanti akak nak datang embassy leh la set up meeting akak dengan hubby nak jumpa duta ok. Akak nak cakap bagi behalf orang orang kita kat sini orait :) nanti akak cakap la ila banyak bantu orang kat sini dapat juga credit for your husband nanti ok. Tolong sokong kita orait.

dandelion kiss said...

kehidupan setiap manusia ada privasinya dear. kita hendak bergaul dengan siapa, bertemu dengan siapa, keluar dengan siapa bukan hak yang melihat untuk berkata-kata. jujur, bila suami dan keluarga tahu kita berada di mana, itu lebih penting.

kita bukan malaikat yang mampu memuaskan hati banyak pihak sedangkan hati kita rasa tersiat. buat atau lakukan apa yang kita rasakan sesuai, menjaga hati orang tetapi bagaimana pula orang lain menjaga hati kita.

ini bukan payback, tapi ini berkenaan kita enjoy atau tidak dengan kehidupan kita.

have fun!

ila nursalida said...

k.anje: kak, boleh bg ur phone no tak? sent to bestforever_007@yahoo.com

ian: u r true dear,tapi kan...tapi...ish ish

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

rasa mcm payah jer kehidupan kak ila kat sane.... tapi azie dulu enjoy jer hehehehe... tak kesah le org nak cakap ape...

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

hehhehe... bukan nyer tak amik kesah ape org cakap tapi mmg kite kena jaga pergaulan kita... tapi kita manusia biasa takkan mampu untuk memuaskan hati org lain... prinsip azie dulu kita sama2 manusia punya akal yang bijak yang dikurniakan ALLAH oleh itu kita bijak dalam mempertimbangkan sesuatu perkara...tak timbul masalah "kecik ati aku ko tak jemput aku pergi rumah kau" kalau kita berfikir secara matang dan rasional...

ila nursalida said...

azie: so far, mmg talde sesapa pon lagi yang berkata...akak cuma risau.n my life sini tersgt happy...

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

alhamdulillah :) buat baik dibalas baik....tpi betul la azie tak penah plak terfikir bende2 mcm ni... tp baru teringat pernah jgk rasa kecik2 ati ni hehehehe...tapi mase tu mgkn sebuk ngan baby so pergerakan agak terbatas sket...

~Zila Zul~ said...

ila saya tak kecik hati. dun worry eh. hehehehe. saya mmg suka berkurung dlm rumah je. kak fina ajak pg eotw pun saya tak pg hehehe

ila nursalida said...

zila: :D

Anjesurihati said...

Salam, ila u dapat tak no akak? akak dah sent dah takda reply pun.????????????

By the way akak dan beberapa lagi nak jumpa duta. Nanti ila ikut sekali tau. ok? sebagai sokongan kepada kami orait. Nanti akak bincang dengan yang lain. Next perjumpaan kita akak akan utarakan menda ni ok dengan yang lain.

ila nursalida said...

tak dapat...can u privately msg me to the email bestforever_007@yahoo.com atau akak kate ade no saya kan..?

ila nursalida said...

saya tak dapat lagi no nye..plis, kak ani/anje

inxps said...

Saudari Ila, pedulikkan apa yang orang nak kata selagi apa yang kita buat, kata, tulis itu benar. OK-ok, kebenaran pun perlu berpada-pada, tapi kalau sampe menyesakkan dan membungkamkan diri sendiri, menyemputkan dan menghampeskan perasaan kawan2 yang selalu melawat blog ini, sedangkan apa yang dilakukan itu adalah dalam batas dan lingkungan keperluan diri, usahlah dipedulikan kata2 orang itu sumer. Hidup bukan untuk menongkat langit, kita bukan diutuskan untuk memuaskan hati semua orang. Jangan sengaja tak tentu pasal nak cari pasal, sudah.. Teruskan berkarya.