::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, August 30, 2010

sudah penghujung

Syaaban memberitahu bahawa jirannya Ramadhan telah pun datang bersama isterinya Rezeki serta kedua-dua anaknya si Iftar dan si Sahur. disamping mereka ada tiga cucu Rahmat, Barakah dan Maghfirah. mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki penerbangan Fitri Airlines



tipu kalau ada orang kata masa lambat berlalu. dunia akhir zaman nih, semuanya kan cepat. sudah masuk hari ke 20 berpuasa. entri lepas merekodkan masih ada baki lagi 20 hari, entry kali ini pula memberitahu sudah lepas 20 hari.

sekadar merambang sekitar Ramadhan;

1. ibadah terawikh bonus setahun sekali pada tahun ini disempurnakan di masjid. berbeza dengan tahun-tahun lepas cuma di rumah. sebabnya, saya nih kalau nak sembahyang tuh kononnya nak khusyu' (eh apa konon pulak) memang nak khusyu' betul-betullah. jadi kadang-kadang (ini cerita dulu) kalau ke masjid atau surau orang ramai sangat, bersempit-sempit pastu kene rebut-rebut duduk bawah kipas pun mendatangkan tidak khusyu'. takpun imam baca panjang berjela sangat pun tetiba dari tak ngantuk jadi ngantuk. takpun kalau ade makcik-makcik yang tak reti nak duduk dalam saf elok-elok pun rasa mengganggu solat. itu belum kira kanak-kanak berlarian ke, main mercun ke dan sewaktu dengannya lah.

tapi,

tahun ini kebanyakan terawikh saya di masjid. masalah-masalah yang tersebut di atas kurang berlaku. masjid semuanya selesa. air-cond tahap tiptop sejuk sangat. takde nak bersempit-sempitan pun sebab jemaahnya ntah ke mana. agaknya, memang perempuan kat sini tak keluar rumah even ke masjid untuk solat terawikh yang cuma datang setahun sekali. tapi cuba tengok kat mall, aduh bersepah perempuan-perempuan berpakaian 'all black' yang meleret-leret tuh. imam memang baca panjang berjela, dekat 1 muka ke 1 muka setengah. tapi saya suka sebab suara dia lemak merdu. apa yang tidak membuatkan saya leka dengan bacaan yang sangat panjang itu ialah, saya melihat mashaf ketika solat. jadi macam bertadarus dengan imam lah. aduh, heaven syngguh. paling best, imam nih konsisten satu malam 10 muka surat. so kalau ade hari yang saya skip terawikh tuh masih boleh catch up kat mana dia last berhenti.

2. balik terawikh, bukak tv sambung tadarus dengan imam terawikh kat mekah pula. (takde dah drama-drama nur kasih ke ape ke yang nak mendiskaunkan rakaat terawikh) consistency satu juzu' satu malam. jadi kalau terlewat join pun boleh catch up dia baca kat mana. bezanya kat sini, start malam pertama imam dah baca qunut waktu witir. mendayu-dayu dia baca qunut. doa yang menusuk kalbu. moga-moga Allah kabulkan doa yang saya aminkan dari imam yang membaca qunut setiap malam tersebut.

3. puasa siangnya panjang. tapi tak terasa lapar sangat. dahaga pun sikit-sikit jer. alhamdulillah. bazar ramadhan jangan harap nak ade. jadi nak ape-ape buat sendiri. takpun tunggu iftar rumah kawan-kawan. macam-macam ada. tapi setakat nih saya tak crash kepala sangat memikir menu. sebab setakat nak suap mulut berdua jer, setengah jam sebelum berbuka baru decide menu. takpun, kadang tuh tetiba ubah fikiran berbuka di taman untuk ubah selera. kene pulak dengan ikan segar bakar. sedap jugak sekali sekala tukar style, buat macam arab berkelah dekat park.

[Rayyan; product of singapore+jordan @ Murabba' Park]

[menu iftar; nasi sayidiah, ikan masywi dan roti tames]

[tetamu tidak diundang; kekucing]

4. sekalipun Ramadhan semakin dah nak sampai penghujung, masih terasa seperti baru bermula. dah nak balik dah Ramadhan tuh. rasa sayang jer. berbeza dengan tahun lalu, bila dah penghujung nih selalu diskaun amalan. masa untuk amalan tuh kene kongsi dengan persiapan raya. nak buat kuih la, nak pegi shoping rayalah. semua tuh penghujung Ramadhan nih lah jugak. dah nak akhir-akhir nih sepatutnya kene tambah lebih lagi banyak dari yang awal-awal dulu sepatutnya. itu kisah tahun-tahun dulu la. tahun nih, dah takde chance nak share masa amalan ngan persiapan raya lagi dah. apelah sangat nak disibukkan ke baju raya, kalau setakat raya berdua. adik-adik takde, kemeriahan sepupu dan anak buah pun takde. apelah sangat nak dikejar jualan mega raya, tiada satu pun menarik untuk diborong. kat sini bukannya ada jalan TAR atau jalan Masjid India, uptown bazar larut malam pun bukannya ada. yang ada semuanya mall yang memang bukak sampai larut malam. tapi tak kuasa nak melayan arab yang tiada manners di jalanan tuh. buat sakit otak je tersekat dalam jem dengan diorang yang buta undang-undang.

5. seterusnya, bila dah ujung-ujung Ramadhan nak menyambut raya, persiapan tiada apa-apa. perancangan berhari raya juga belum tahu bagaimana bentuk gayanya. boleh tak kalau tahun nih bulan Syawal tuh kita delete dari kelender sahaja?

ilalliqa' maasalamah



7 comments:

FirJah said...

AlhamDulillah...tenang sgt aku membayangkn kehdupn hg disana.dpt beribadat dgn setenang2nya tanpa gangguan.di msia ni jgn hrpla nak dpt peluang mcm tu.bersyukurlah atas nkmt yg tak terhngga ini.
"Selamat hari raya dari kami"

ila nursalida said...

jah: syukur, Alhamdulillah..ameen

ila nursalina~ said...

kitorg taun nih xmacam taun2 lps sangat.. sbb ibu xnak wat kuih sgt.. so xde aa rasa sgt discount malam2 terakhir tuh.. eheheh.. even skang di tambah plak ngn tadarus berkeluarga.. ko pun di involvekan kan kan..
so puasa taun nih agak kelainan aa sket.. ibu kate.. taun nih xyah wat kuih aa.. kuih banyak plak org bg :P wat banyak2 pun xde nye nak.. org datang xlarat makan kuih daaaa.. :D

ila nursalida said...

ilana: baguslah tuh, sama2lah kita menambah amalan...pesan kat semua orang, jangan lupa doa abah dapat cucu baru..kalau ramai2 doa insyaAllah makbul...

FirJah said...

Amin..InsyaAllah ila.aku pun sntiasa mendoakan utk hg ila.jgn putus asa."Usaha tangga kejayaan"

ila nursalida said...

jah: terima kasih...

Mila@Rimbun said...

best juga puasa dirantau org ni kan.. kat sini jgn harap ler nak lupakan persiapan baju raya n kuih raya tuh.. PAsar ramadhan plak bersepah sana sini, jln kaki jer dr rumah dah sampai.. buffet ramadhan lagii.. mcm pesta makanan plak kan..
tp alhamdulillah, so far akak takde ler ke buffet ramadhan niii.. cuma siang mlm, ada waktu rehat skit jer menjahit.. penat wooo.. huhuhu.. tahun depan takmo ada baju baru lah camnii