~my love, my friendship is based on trust~
saya sedang mengomel-ngomel sendirian di dalam hati sepanjang hari ini dan hari sebelumnya tentang fakta diri saya. kadangkala memikirkan yang positive dalam diri ini, tetapi kebanyakannya mengomel tentang keburukan diri sendiri. lantas, saya merasa self esteem saya pada ketika ini sangat rendah. while checking recent update on my blog, tetiba saya dapati saya telah pun di-Tag oleh sahabat sekolah rendah saya, pn.marliza. juga cik ian, memilih untuk menjadi follower blog saya. ah!! saya jadi suka, lantas self esteem yang menurun tadi, naik semula...**wink**wink..
panduan permainan Tag ini begini:
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
before I start, saya mohon kemaafan lah dari tuan punya tag andai ada beberapa my list of facts are same with you. it doesnt mean that i've no idea other than which same as yours, it just coincidence that i'm holding the same fact too..ya!
1. saya seorang yang emotional. pada saat dan ketika (kebelakangan) ini, i'm quite emotional. it is in the sense that, apabila saya rasa tersentuh hati, saya cepat melenting. blushing dan merah telinga. kemudian saya rasa ingin mengamuk. dan get rid of it dengan cara yang kadangkala adalah nonsense. juga membuat keputusan melulu kesan daripada emosi yang mempengaruhi state rasional saya.
2. saya seorang yang sensitif kerana saya rasa saya selalu perlukan perhatian. tetapi saya selalu menafikannya. hinggakan trait pertama yang mr. soulmate komenkan tentang diri saya while proposing me (suatu ketika dahulu) adalah.."awak ni manja lah..."..eii ye ke?
3. saya sayang orang keliling saya yang memberikan comfort zone kepada saya. orang2 itu pastinya, mr.soulmate saya, ibu bapa saya, adik beradik saya juga sahabat2 juga rakan2 saya.
4. lantas apabila comfort zone people saya membuatkan saya berkecil hati saya akan rasa tersisih dan akhirnya merasakan diri saya tiada lagi gunanya. the useless me...sob..sob:=(
5. saya membina perhubungan cinta dan persahabatan di atas tiket kejujuran. apabila saya kira kejujuran yang dibina ternoda, saya sangat kecewa. perasaan kecewa itu membuatkan self esteem saya jatuh merudum teruk. dalam keadaan sebegini, ia mampu menjejaskan tahap kesihatan saya.
6. 5 fakta tentang diri saya yang pertama, kesemuanya berbaur negative. bagaimana usaha saya untuk tune minda menjadi positive akan berjaya?
7.saya (sedang) in the battle of kicking away my fat from my body. kerana none of kenalan lama/baru yang saya jumpa mengatakan saya kini reducing my weight. pasti anda semua percaya kalau saya katakan, sesiapa yang jumpa saya sekarang mengatakan saya makin kurus adalah pembohongan yang nyata kan...suatu ketika dulu, tulang pipi saya jelas kelihatan...kini tidak lagi :)
8. saya sangat sukakan aktiviti air. tidak kira laut atau sungai, kedua-duanya saya suka. tapi saya cepat mabuk di laut..*sigh
9. saya juga seorang yang aktif berpersatuan lewat waktu pengajian dahulu. biasanya saya lakukan apa sahaja untuk persatuan saya. paling bermakna, saya jumpa teman hidup saya juga dalam persatuan ini.
[ untuk rekod: pencapaian tertinggi, saya presiden persatuan ini. sesi sebelumnya, saya setiausaha sewaktu suami saya menyandang jawatan presiden persatuan. sehingga kini, saya sayang persatuan beruniform ini]
10. saya masih belum bersedia kehilangn orang-orang di comfort zone saya. terutama ibu bapa saya juga suami saya.
11. saya bukan seorang yang pandai memasak meskipun nenek dan bapa saya sangat pakar dalam bidang ini. tapi saya sedang berusaha ke arah itu
12. saya suka bertemu kembali dengan sahabat lama juga mengekalkan perhubungan itu dalam apa cara sekalipun
13. berbasikal menjadi kegemaran saya. saya pernah menyertai (menganjurkan) aktiviti berbasikal ke pantai timur sewaktu zaman pengajian dahulu
14. saya gemar memberi sokongan moral kepada sesiapa yang dekat dan rapat dengan saya. untuk rakan blogger yang saya jarang dan susah jumpa, saya suka tinggalkan komen saya di blog mereka. saya juga suka kalau diperlakukan sedemikian
15. saya tidak suka orang yang tidak menjawab soalan yang ditanya. juga saya tidak senang dibiarkan dalam keadaan tertanya-tanya. saya sukakan kepastian untuk semua perkara
16. saya suka dan komited melakukan perkara-perkara yang saya suka. saya akan berusaha mendapatkannya seboleh yang mungkin. pada saya, usaha adalah tangga kejayaan. juga saya berpegang, you can if you want...hendak seribu daya, tak hendak takleh nak kata apa lah..
17. saya nak tambah satu lagi. saya seorang yang berterus-terang. jarang berahsia. tapi saya boleh simpan rahsia...cumanya, bila benda itu rahsia bagi saya, saya takkan bagi hint untuk rahsia itu. sebab saya rasa tak sampai hati nak kecikkan hati org yang teringin nak tahu dan korek rahsia saya. jadi bila ianya rahsia, i keep it secret..u can count on me laaa...
dalam tak sedar, saya selesai menyatakan 16+1 fakta tentang diri saya. saya nak tahu fakta mereka-mereka ini pula. ini kerana, mereka semua inspirasi saya, jadi saya ingin sangat tahu tentang mereka.
they are:
::bie::asma'::firjah::k.ummie::ika::mardeque::ash::ummi fathi::cik ian::ikhwan::
saya cuma mampu tag 10 orang, lagi 6 saya serahkan kepada anda yang saya tidak sebutkan nama, tetapi baca entri ini dan berkenan membuatnya..percayalah saya sangat hargainya...
No comments:
Post a Comment