::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, February 22, 2009

pengembaraan bermula

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari



yaeay! we managed for the movie. geng pengembaraan bermula. tiket jam 9.50 malam di salah sebuah pusat membeli belah "satu yang utama". tiba seawal jam 7.50pm, beli tiket, solat, makan dan jalan-jalan sementara menunggu waktu beredar..

had this for the dinner;

rupa agak menyelerakan, tapi rasa can't give any star lah :(

meh kita cerita sikit pasal the movie...
sedikit sebanyak sinopsisnya berbunyi begini,

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya…

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

[ di petik dari sini]

::lagi sinopsis penuh di sini::

my sweet humble opinion goes like this;

1. satu filem animasi Malaysia yang hebat. i would say, "Wajib Tontonlah". sokonglah industri filem kita.

2. dari segi pembikinan dan hasil kerja, saya (tumpang) bangga sebagai rakyat Malaysia

3. dari segi jalan cerita, saya agak kurang bersetuju kerana ia memaparkan jalan cerita yang berbaur keganasan (i mean fighting--> gaduh2 n lawan2). saya personally sedikit tidak menyukai dan merasakan ia tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak (since target audience majoritinya ialah kanak-kanak) mungkin boleh di baseline'kan dengan filem animasi lain such as madagascar or bee movie ( tiada sebarang unsur keganasan kan), malah tetap menghiburkan

4. masih lagi tentang jalan cerita, fokus jalan cerita harusnya kepada yang lebih positive, seperti dalam siaran sitcom ( kerana elemen positive itu sungguh kecil di sini ) such the scene of sedihnya berpisah dengan haiwan aneh yang baru mereka kenal itu

5. agak boleh dipuji dengan watak dalam cerita yang menggabungkan semua bangsa (Melayu, Cina , India) di Malaysia ( bagus, bagus, bagus!)

6. agak sedih kerana watak upin dan ipin itu tidak terlalu major. w'bagaimanapun their character sangat melucukan dan menghiburkan. jadi saya suke!

7. itu sahaja ulasan saya...suke suke suke!(the triple syndrome)


No comments: