::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, January 30, 2009

holiday on ice

“Life is a terminal condition.

So do the best you can with the time you have left.”
- Gerry Leeds


maaf, saya lama tidak menghidang santapan untuk kunjungan anda semua yang selalu menjenguk.nieways, thaks for dropping by. sebetulnya ada perancangan untuk pergi bercuti, tetapi kita cuma mampu merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik dari semuanya...jadi, tanpa percutian terancang, ini aktiviti kami sepanjang tempoh berehat dari kesibukan pejabat dan kerja..



sabtu, 24 jan 09
lokasi: rumah ayah bonda

saya dan mr.soulmate, ke halaman kedua ayahbonda memulai hari cuti. sekadar aktiviti biasa di the save zone planet, pastinya aktiviti makan-makan dan beramah mesra bersama mereka yang ada. saya buatkan sebiji kek untuk adinda saya, lewat harilahirnya tempoh hari.
juga pastinya untuk melepas rindu pada si kecil ini
sudah besar dia, dah pandai pegang botol susu sendiri...eiii comel!!

ahad, 25 jan 09
lokasi : sekitar, muar johor dan melaka

kami menemankan adinda ipar saya, ke majlis resepsi sahabatnya, di bakri muar, johor. lantaran tiket sudah habis dijual, jadi dia membodek mr.soulmate menghadiri a.k.a 'menghantarnya' ke majlis tersebut

saya sukakan kek itu. pertama kali saya lihat 3 jenis kek berlainan disatukan dalam satu hidangan

seterusnya, kami menghadiri resepsi ke 3, sahabat se'sidang' mr. soulmate lewat kursus DPA dahulu. nadia yang lebih selesa dengan panggilan nad

ketibaan kami sudah agak lewat, lihat tu, semua telah di kemas simpan. tapi masih ada hidangan buat kami. nad juga telah bertukar persalinan, namun beliau tetap manis, cantik dan ramah mesra seperti selalu

isnin 26 jan 09
lokasi: rumah kekanda mr.soulmate

kakak ipar saya k.sina, berpindah rumah. kami menyertai mereka sekeluarga membanting tulang menguruskan hal-hal perpindahan dan pembersihan rumah lama dan rumah baru. sebagai buah tangan saya bawakan spegethi carbonara sebagai hidangan. kemudian nanti, kita kongsikan resepinya ya!. spagethi adalah hidangan yang agak jarang menjadi santapan mereka. jadi untuk tips, bila kita bawakan sesuatu yang agak jarang atau rarely menjadi hidangan, kesedapan rasa agak kurang diadili.hehe nak selamatlah ni... ()*wink*wink*

selamat tahun baru cina buat mereka yang menyambutnya!!

selasa, 27 jan 09
lokasi: halaman kedua ayah bonda

tanpa perancangan awal, apabila petang menjengah diri, kebetulan mr.soulmate mengajak ke teratak kedua ayah bonda saya, katanya ingin menyahut cabaran jantung sihat bersama adik-adik saya. having fun with them for the healthy life

itulah dia adik-adik juga sepupu saya yang bersama-sama menyahut cabaran jantung hebat mengisi waktu senggang petang walaupun sekali-sekala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mengganggu permainan

sekian dulu, sampai nnt jumpa lagi
selamat hari jumaat, juga selamat bercuti hari wilayah (kepada sesiapa yang berkenaan)

No comments: