::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, November 28, 2008

friends with love

"ku benar benar cinta ku benar benar sayang
tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
ku benar benar cinta ku benar benar sayang
suluhkan gelita kalbuku terang"



saya ingin meyambung kembali perbicaraan tentang sahabat dan kawan. sahabat dan kawan adalah antara senarai terpenting dalam hidup saya. teringat kembali, suatu ketika dulu sewaktu mr.soulmate itu sebelum dia bergelar suami, saya pernah katakan begini kepadanya;(ala-ala MoU)

antara kita berdua, ada awak dan kawan-kawan saya. apabila terjadi konflik untuk memilih 'priority state', saya terpaksa memilih kawan-kawan saya yang lebih utama. ini adalah kerana, saya percaya kawan-kawan saya mampu untuk membantu saya lebih berbanding awak. sebagai contoh, sakit pening dan demam saya, hanya kawan-kawan yang dapat picitkan.awak hanya cuma mampu memandang, kerana syariat membataskan untuk awak melakukan lebih dari itu ke atas saya.

Mr. soulmate juga rupanya berpendapat begitu. dia juga percaya bahawa kawan adalah lebih penting daripada saya sebelum saya menjadi isteri beliau yang sah. pernah suatu ketika, mr.soulmate ini berkecil hati dengan sahabatnya gara-gara meninggalkan beliau berbuka puasa sendirian lantaran sahabatnya itu memenuhi kehendak kawan perempuannya.(read: sebelum ini mereka telah berjanji berbuka bersama) huh, pity him. juga saya amat berkecil hati jika dipinggirkan kawan-kawan hanya kerana seorang insan yang belum pun ada sebarang ikatan sah dengannya. kerana saya percaya hubungan kawan itu tak akan putus selamanya. jadi harus disuburkan selalu.






catatan ini adalah semata2 pendapat dan pengalaman peribadi saya. sila abaikan catatan saya jika ianya tidak bersesuaian dengan anda. pada ketika itu saya memerlukan mr.soulmate untuk berkongsi masalah dan meluah rasa. sebagai seorang different counterpart, saya dapat melalui pancaroba hidup dari pandangan mata kaca seorang lelaki. saya sangat mengkagumi dia kerana dia menghormati "space" saya bersama kawan-kawan begitu juga saya menghormati "space" beliau bersama kawan-kawan. kami tidak akan mengganggu masa-masa indah kami bersama insan bergelar sahabat dan kawan.

perlu juga diketahui, hubungan 'teman tapi mesra kami' memang telah dipersetujui untuk berakhir dijinjang pelamin sejak mula lagi. jadi, kami tidak pernah risau kehilangan waktu untuk bersama. kesempatan waktu yang kami tinggal untuk berada bersama di dalam lingkungan kawan-kawan telah kami manfaatkan sepenuhnya. dalam erti kata lain, jarang sekali kami mengenepikan kawan-kawan hanya semata untuk menikmati masa berdua. kerana kami percaya, masa untuk berdua akan tiba suatu hari nanti. dan ia lebih manis untuk dikecapi kemudian hari dengan ikatan yang sah dan keberkatan ilahi.

tetapi kini, semenjak detik kami di ijab kabulkan, mr.soulmate adalah ultimate priority dalam hidup saya. segala yang saya lakukan dan usahakan kini hanya untuk dia. tiada lagi yang lebih bermakna dalam hidup melainkan dapat bersama dengan dia. hari ini tanggal 28 november,2008 usai sudah tempoh kursus beliau dan esok, mr.soulmate akan kembali kepangkuan saya.

kepada kawan-kawan dan sahabat yang menceriakan hidup saya sepanjang 20 hari ketiadaan mr.soulmate di sisi, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan rasa penghargaan. kepada fathiah dan ija, terima kasih atas luangan waktu kalian bersama saya. kepada zaliah dan suraya juga saya ucapkan terima kasih atas perkongsian masa bersama sewaktu kita membeli belah di KL tempoh hari. kepada jah, ton dan imah terima kasih juga atas kunjungan dan lawatan kalian semua. kepada bie juga, terima kasih di atas sokongan moral sepanjang ketiadaan mr.soulmate di sisi. hadirnya kalian dalam hidup saya memberi sinar dan seri yang tak kunjung padam...terima kasih semua...dan selamat pulang mr.soulmate..*sigh~~

No comments: