::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, November 22, 2011

red sand dune

tidaklah diciptakan sesuatu itu dengan sia-sia~Alquran

sejak dari pagi tadi sejuk je. hari pun mendung. ikutkan news, akan hujan hari ini. tapi sampai sekarang, masih belum hujan lagi. saya suka juga musim sejuk nih, tapi kurang gemar. suka sebab banyak aktiviti menarik boleh buat. kurang gemar sebab sejuk kena pakai proper walaupun di rumah.



red sand dune

kalau petang-petang musim begini, kami selalu ke padang pasir. berdasarkan updates dari gambar kawan-kawan, atau hasil carian google tempat menarik di sini, jadi kami membuat lawatan singgah. senang bila berdua sahaja, jadi bila terlintas jer difikiran, terus bersiap dan gerak. selalunya ambil masa 15 minit untuk buat keputusan. most of the time, terjah saja. kali ini di red sand dune. arah jalan ke mekah, sekitar kawasan dirab.


subhanaAllah, masyaAllah
bila tinggal ditempat orang, pandai-pandailah explore mencari hiburan dan tempat menarik. takkan nak terperap jer kan. walaupun sekadar padang pasir, tetapi ianya sungguh mengujakan kerana tidak sama dengan tempat asal kita. sungguh terpesona memandang. sungguhlah Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.


pasir halus
pasirnya sungguh halus. sehalus pasir pantai. ditambah pula dengan angin yang berhembus lembut, memang sungguh mendamaikan. kat sini, kalau budak-budak nak main pasir memang tiada siapa yang nak marah. mainlah sepuasnya. kawasan ini ramai anak muda bertandang menghabiskan waktu yang mereka ada. kebanyakannya datang dengan kenderaan empat roda. selalunya mereka race dan drift di sini. sebuah kepuasan barangkali. ya, anak muda. begitulah.


race dan drift
deretan pickups dan pacuan empat roda sedang menunggu giliran untuk race bersaksikan penonton lain dikalangan rakan-rakan.



sebuah pickup sangkut
ya, mind you pasir ini sangat halus dan hanya sesuai untuk kenderaan pacuan empat roda 4x4 sahaja. pickup nih sebab dia ringan, jadi sangkut juga. tetapi mujurlah mereka yang di sini semuanya baik hati, jadi ada yang datang membantu memberi pertolongan dengan segera.


giliran kami

sebetulnya, kenderaan kami hanya diletakkan di pinngir sahaja. tidak masuk ke tengah pun. tapi entah bagaimana saat mahu bergerak pulang, ada seperti yang tersangkut. kami turun dari kenderaan, nampaknya nasib kami serupa dengan pickup tadi. seperti yang saya sebutkan sebelumnya, Alhamdulillah anak-anak muda di sini cukup prihatin dan mudah membantu. mujur ada mereka ini. pada mulanya, angin tayar dibuang terlebih dahulu dan mereka akan membuat percubaan untuk keluar dari sangkutan. apabila beberapa percubaan tidak berjaya, kita tolak ramai-ramai. yeay! Alhamdulillah.


sekitar pemandangan yang indah SubhanaAllah



barefoot dan sunset
saya selesa berkaki ayam sahaja di atas pasir halus ini. lebih mudah berjalan dan mendaki. tapi saya pakai stokin, jadi pasir-pasir halus itu tidak melekat dicelahan jari saat mengharung pasir pendakian. matahari sudah hampir tenggelam, jadi mari kita pulang.


lepat pisang

experience is your best teacher

anda merasakan diri anda tidak pandai memasak? jangan risau. perkahwinan adalah medan dan jalan penyelesaian. pasti akan pandai. tak payah kursus tak payah pergi kelas. confirm akan pandai. kalaupun tidak sampai tahap boleh masuk mastercep, kelak akan tahu memasak juga. kalau nak
thrill lagi skil memasak anda itu, tinggal lah jauh dari ibu bapa, takpun jauh dari negara asal. tempat yang mana sukar untuk anda dapati pasar malam yang ada jual makanan tempatan negara anda.

saya cakap nih betul-betul berdasarkan pengalaman. sebelum kahwin tak pandai, dah kahwin tetiba aik..!jadi pandai. sebab kita berusaha untuk itu. internet ada, teknologi juga sudah mudah. cari aja resepi apa anda mahu, semuanya tersedia di depan mata. kalau bukan kita yang kena ke dapur, siapa lagi? selepas kahwin anda akan pasti tahu memasak apa sahaja sekurang-kurangnya supaya tiada sesiapa di dalam rumah anda akan kebuluran. apabila tinggal berjauhan dari tempat makanan tempatan negara anda mudah ditemui pula, skill memasak anda akan meningkat secara aik..! juga. sebab, kalau dah terliur, kena buat jugaklah sendiri. mahu harap siapa lagi.


ini buktinya. horror kan lepat pertama saya. pasti ada yang kata, "alah lepat jer pun apalah yang susah sangat". tapi kalau tak pernah buat, asyik tengok je memang susah pun. ibu saya buat lepat sekelip mata. sekejap sahaja sudah menjadi. itulah bahananya, bila zaman bujang dan dekat dengan keluarga tak nak ikut serta aktiviti di dapur. kalau ikut pun separuh jalan jer.hahah.padan muka aku. nak tahu kenapa saya buat macam nih? sebabnye daun pisang saya tuh tak cukup sifat. maklumlah bila daun pisang adalah satu aset yang bernilai, jadi penggunaannya kita optimumkan. bila daunnya tak cukup besar, saya konon-konon bungkus lagi secara melintang pulak sebab takut isinya terkeluar. hahah. inilah padahnya orang tak tahu matematik me
lepat. dia bukannya akan menggelembung terkeluar isi ke apa. saya yang paranoid.huh.


pastu bila buka nak makan, baru saya sedar kesilapan saya. baru saya ingat, selalunya kalau makan lepat, bukak kulit dia sekali jer macam buka kulit pisang. terus nampak isi kan. lepat saya, punya lah kelam kabut nak makan sebab buka kulit, isi tak jumpa-jumpa. punya lah balut macam hantu bungkus.hihi.


sepatutnya apa yang kita perlu untuk membalut lepat, daun pisang yang mencukupi. kalau boleh segi empat yang lurus. maksud saya takde senget-senget. tak surelah ukuran sepatutnya berapa. tapi mesti segi empat la. letak inti di tengah-tengah, ratakan memanjang. kemudian, lipat bahagian atas dan bawah bawa ke tengah. kemudian lipat bahagian kiri ke kanan ke arah bawah (selit di bawah). begitu sahaja. seeoloknya layur dulu daun pisang nih supaya ianya lembut. mula-mula lap dulu permukaan daun dengan kain lembap, buka api dapur sederhana kecil, lalukan daun di atas api sehingga nampak daun agak layu. tapi jangan sampai terbakar pula (ini saya memang arif sebab
part nih jelah yang saya selalu tolong ibu).



apapun, memang menjadi lepat saya dari segi rasa, walaupun rupa parasnya hancus. jadi, moral of the story sila tuntut ilmu dengan orang tua selagi masa dan peluang masih ada. kalau dah terlepas peluang, jangan risau teknologi alam maya membantu. sila klik di video bawah untuk tatacara membuat lepat dan resepinya. yang penting jangan takut mencuba. "experience is your best teacher".

selamat mencuba!

Wednesday, November 16, 2011

dunia blog

Dalam perjalanan ini menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui


Dalam pejam celik, semuanya pantas berlalu. Masa kalau dah pergi melepasi kita, memang macam mata pedang. Tercantas begitu je tak boleh nak patah balik. Saya dah dua tahun kat sini. Dah nak masuk lima tahun menyertai dunia blog. Dalam pada ber'blogging' nih macam-macam ups dan downs nya. Bila ghairah tuh syok bukan main, bila down tuh memang rasa nak quit. Nak tutup aje blog dan delete. Huh!

Masih ingat lagi, saya mula blog sejak selepas kahwin. Waktu tu blog tengah up kot. Waktu tuh jugak, facebook tak berapa femes. Cuma ada friendster dan myspace. Zaman tuh social networking nih baru tengah nak naik. Jadi kebetulan jugak, baru lepas kawin tengah feel love- on-air (sekarang pun masih) tapi duduk jauh plak dengan suami. So blog tu jadi tempat ala-ala meluah perasaanlah jugak. Waktu tuh jugak, baru lepas habis degree, member-member lak semua dah mula bawak haluan masing-masing.


Mula-mula menulis di blog guna multiply journal. Masih ade lagi site tuh. Tak padam pun. In fact, multiply boleh link plak dengan blogger. So kalaupun entry ditulis dari blogger, secara automatic nya dipost jugak ke multiply. Pastu bertukar ke blogger selepas setahun sebab blogger lebih mudah orang nak tinggalkan komen dan lebih presentable pada mata saya. Awal-awal kemunculan di blogger tuh giat gak godek sana sini. Cari template best-best, pastu dengan background lagi. Untung jugak banyak site yang offer template theme, template background berserta dengan tutorialnya sekali. Tapi sekrang features dekat blogspot dah mudah sangat. Just in one click je nak style macamana, background macammana semuanya ada dah kat situ. Tak yah nak download template dari website lain dah.

Bila dah dalam dunia maya nih, macam-macam ragam blogger boleh kenal. Ada yang kita kenal secara maya sahaja, ada yanga kita kenal jugak secara dua alam. Maya dan realiti. Kalau yang kita kenal di alam realiti nih sometimes ada bias nya. Sebab kita kenal dia siapa. Misalnya, dia tulis something yang macam dia tuh innocent sangat, tapi dalam dunia sebenar, she/he is not. Bila dia tulis tuh, dalam hati kita yang baca nih mula nak judge yang bukan-bukan sebab kita kenal dia sebenarnya siapa. Tapi kadangkala, untuk blogger yang kita dah kenal nih, senang untuk kita track perkembangan kehidupan dia sekarang. Di situlah manfaatnya teknologi canggih yang kita ada nih. Kalau ikut macam dulu, mustahillah seseorang tuh nak hantar telegram kat semua kawan-kawan dia yang ada semata-mata nak bagitahu kehidupan dia sekrang yang dah kahwin, dah ada anak, anak dah nak kahwin dan sebagainya.



Saya suka blogger yang tidak syiok sendiri. Syiok sendiri pada pandangan saya ialah blogger yang perasan diri dia best. Entry memang best giler. Tulisan semua legend. Gambar superb. Blog dia macam dah jadi addicted blog. Follower ribu-ribu. Komen ratus-ratus setiap entry. Tapi....dalam ratus-ratus komen tuh satu pun tak berbalas. Sedih weh, kalau tinggal komen tuan blog seems macam tak nampak jer. Nak-nak pulak follower tuh tanya macam-macam likes tips or pandangan. Jawab lah weh...Ko sedap-sedap pancing orang datang baca entry ko, tapi bila orang tanya ko tak layan. Sian kat orang weyh. Saya tak tahulah nak kata mungkin blogger hebat nih rasa dia hebat sebab ramai orang follow dan sebab ramai orang suka entry dia dan komen entry dia., so dia buat booo layan jerk. Busy mungkin jugak nak layan satu-satu komen yang ada. Mungkin. Yang herannya, follower tuh tak plak serik nak mengkomen dan memuji si tuan punya blog nih. Asal ada entry baru mesti komen walaupun sekadar nak kata, "waaah hebatlah akak". Tuh jer. Dan akak tuh pun cam biasalah buat derk jer. Bayangkan kalau dalam situasi sebenar, ape perasaan kita, bila cakap orang buat derk jer. Geram kan. Owh, macam teremo pulak. Frankly speaking saya memang tak pernah join komen kat bloger hebat nih. Sebagai bloger picisan, saya rasa terguris plak dengan sikap bloger hebat nih. Saya rasa simpati bagi pihak follower blog hebat yang seakan-akan datang tak jemput balik tak dihalau tuh. Kenapa mereka tidak dihargai? Saya rasa kesian.


Aik, entry saya macam takde hala tuju pulak. Memula cerita sejarah blogging, pastu tetiba emosi. Berhenti sahajalah di sini.uks!

Tuesday, November 15, 2011

sebuah catatan

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali gerak dosa menghiris hati


Antara sedar atau tidak, dua tahun sudah pun berlalu. Rasa sungguh tidak percaya. Satu tahun lalu pada tarikh seperti hari ini(selepas penat menghitung bulan dan hari) saya berada di Padang Arafah, memohon doa kekuatan dari Allah agar kehidupan di bumi asing ini dipermudahkan. Makbul doa saya, kehidupan saya setahun selepas itu memang di permudahkan.


[pemandangan keindahan]

Masakan tidaknya, saat tibanya detik tahun kedua ianya berlalu tanpa sebarang kiraan. Semuanya semakin selesa dan semakin mudah. Kini saya lebih selesa di tempat ini. Homesicknya sudah kurang. Hati yang selalu kaca sudah jadi kristal. Berseri dan bersinar. Saya sudah mula faham dan hadam matematik di tempat orang. Apa yang boleh dan apa yang tidak. Di mana harus mula dan di mana harus berhenti. Di tempat mana perlu bersuara di tempat mana lebih baik diam. Saya faham bagaimana mencari kawan, bagaimana menentu lawan. Bagaimana mencipta bahagia dalam sengsara. InsyaAllah, kalau saya ditakdirkan berpindah lagi ke tempat baru, pengalaman semalam benar-benar boleh menjadi iktibar.


[musim sejuk]


Jika diberi pilihan mahu kekal lebih lama atau mahu pulang untuk kebaikan (read: back for good) saya tidak pasti mahu pilih yang mana satu. Dua-duanya mahu. Saya mahu pulang untuk lebih dekat dengan keluarga, mahu melihat bagaimana orang tua meniti usia emas mereka di hadapan mata saya dan mahu melihat bagaimana orang muda meniti usia kedewasaan mereka. Tapi saya juga mahu kekal tinggal di sini untuk mencipta lebih banyak kenangan,lebih banyak pengalaman dan lebih banyak belajar erti kehidupan sebenar. Diberi peluang untuk berada jauh dari tanah asal pada saya ialah satu keberuntungan yang besar. Ianya diibaratkan sebagai sebuah penghijrahan yang sama seperti Nabi dan para sahabat lakukan. Mereka tetap rindu pada kota Makkah dan sanak saudara yang ditinggalkan. Namun begitu mereka selesa dan gembira bersama saudara-saudara Ansar di Madinah. Ianya satu penghijrahan yang telah dimulakan dengan niat yang suci bagi membina kehidupan yang lebih harmoni dan pastinya hijrah itu menuntut kesabaran dan ketabahan diri yang tinggi.


[musim bunga]


[ musim
peralihan dari sejuk ke panas;~sand storm~]

Jika kamu diberi peluang seperti saya, tapi masih belum pasti mahu menerima ataupun menolak, istikharahlah. Hanya Allah sahaja yang tahu aturan hidup kamu di mana mudahnya. Antara perkara yang mungkin boleh kamu ambil kira selain dari imbuhan bayaran bulanan, mungkin juga imbuhan pulang ke negara asal. Adakah ditanggung atau apa. Jika ditanggung sebanyak mana dan kekerapannya. Semak juga kalau ada sebarang bentuk perlindungan diri seperti insuran misalnya. Ini penting bila berada di negara orang. Kalau semuanya berbaloi, itu mungkin petanda keizinan Allah yang mengatur terbaik buat hambanya. Kalau sebaliknya, kita sendirilah yang tentukan keputusannya.



[musim bersukan]


[musim buah]

Ya tuhan, untuk tahun yang lebih seterusnya di tanah orang ini atau di tanah asalnya hamba atau di manapun jua hamba, tentukanlah yang terbaik sahaja buat hamba, Ameen.

2



TODAY, WE ARE TWO...


years here!

Thursday, November 10, 2011

sajian tradisi

Sajian tradisi
Warisan zaman berzaman

Dalam entri kali ini saya nak kongsikan respi mudah sajian tradisi orang lama. Tapi itulah, walaupun mudah kalau tak pernah cuba mungkin jadi susah juga. Saya nak kongsikan resepi lempeng tepung. Kalau disebelah barat mereka panggil pancake. Sesuai untuk hidangan minum pagi atau petang. Kalau dah bosan dengan menu cucur tepung, menu ini boleh menjadi pengganti.


Bahan-bahan;
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar / air
1 sudu teh garam

Cara membuatnya;

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar -blender-. Kisar sampai sebati

2. Sediakan kuali tahan lekat~ non stick pan~, lengser dengan planta dan panaskan seketika dengan api kecil
* Non stick pan penting untuk mendapatkan permukaan lempeng yang cantik dan sekata*

3. Tuangkan satu atau dua senduk bancuhan (bergantung kepada saiz kuali dan ketebalan yang dikehendaki) di tengah-tengah kuali

4. Gelekkan kuali supaya bancuhan rata penuh

5. Biarkan seketika sehingga bancuhan masak sebelah dan balikkan.
* apabila bancuhan sudah tidak melekat pada kuali petanda lempeng sudah masak*

6. Masak sebelah lagi.

7. Angkat dan hidangkan.



Sesuai di makan dengan gula merah, sambal bilis, susu pekat manis atau apa sahaja mengikut kehendak dan selera masing-masing

Selamat mencuba!

Wednesday, November 9, 2011

aidiladha 1432

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Dan bagiNya segala puji-pujian


Hari ini berakhir sudah hari besar bagi umat Islam yang mengerjakan rukun islam kelima. Mudah-mudahan syurga balasan bagi mereka dengan haji yang diterima, InsyaAllah. Bagi kami ketibaan musim haji menjadi perkiraan jangka umur penghijrahan hidup tempat orang ini. Ini adalah kali ketiga kami bertemu dengan Zulhijjah.

Untuk rekod dan nota, sepanjang musim haji jabatan kerajaan bercuti dan banyak juga syarikat-syarikat bukan kerajaan ditutup. Secara purata kebanyakan permis ditutup lebih kurang 9 ke 11 hari. Untuk cuti yang panjang ini kami tidaklah pulang ke kampung halaman. Kalau kosnya murah memang dah balik, tetapi memandangkan kosnya menipiskan poket, kami batalkan sahaja niat pulang bercuti.


Tiga hari pertama percutian, kami ke "Bandar Bercahaya" tempat persaudaraan pihak Muhajirin dan Ansar. Menziarahi maqam penghulu agung yang sangat dikasihi dan tidak lupa juga peluang untuk memohon doa di kawasan taman syurga di Masjid Nabawi. Jarak sejauh 800km mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan darat dengan kenderaan. Jalanraya tidak sesak, segalanya lancar dan laju.


Madinah Al munawwarah sedikit sesak pada musim begini. Manakan tidak, untuk mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji semuanya bertumpu ke Madinah untuk merayakan hari kebesaran agama. Makkah Al-mukarramah dihadkan hanya kepada jemaah yang mengerjakan haji. Jadi pada musim sebegini sejenis pas khusus diperlukan untuk masuk ke kawasan kota Makkah Al-Mukarramah.



Percutian yang berbaki selebihnya hanya kami habiskan di rumah berehat-rehat santai berduaan. Sekarang sudah hampir musim sejuk. Petandanya, pendingin hawa tidak lagi diperlukan pada siang hari mahupun malam, serangga dan nyamuk sudah sering membuat lawatan rasmi dan udara semakin mendinginkan.


Sekian dulu, sampai nanti kita kongsikan pula cerita musim dingin ya!


Tuesday, November 1, 2011

november cinta

Life doesn't get easier
You just get stronger

Tinggal lagi 2 bulan tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. cepat sungguh masa berlalu, fakta yang semua orang memang tahu. kali ini saya nak kongsi resepi. adaptasi dari blog saudari ayin, yang banyak kali menegaskan resepi tuh mudah sangat membuatnya.

Here there goes, PATTY DAGING CINTA


Kata puan ayin, mudahnya nak buat patty burger nih hanya perlu ada daging / ayam, serbuk roti, dan telur. resepi dari puan ayin saya modifikasi sedikit namun asasnya masih sama.

1. Kisarkan 600 gm daging di dalam food processor hingga hancur. jangan susah hati kalau tiada mesin pengisar itu, beli sahaja daging cincang di pasaran.

2. Letak bahan perasa serba sedikit mengikut kegemaran seperti; serbuk lada hitam, garam, serbuk paprika, serbuk ketumbar, serbuk bawang putih, sos tiram dan yang lain-lainnya apa yang disukai. *tidak semestinya perlu letak semua. yang mesti perlu ada ialah rasa, itu yang penting*

(saya telah melakukan kesilapan dengan memasukkan bahan-bahan rempah sebelum dikisar terlebih dahulu, jadinya terasa berketul-ketul dan sangat sengsara jbila tergigit ketika makan. sila jangan tiru!)

3. Masukkan 2 sudu besar serbuk roti dan 1 biji telur yang dipukul sedikit, dan kisar sehingga kesemuanya sebati menjadi doh.*kalau tiada mesin food processor gaulkan kesemuanya dengan tangan sehingga mesra*

4. Bentukkan mengikut kesukaan, dan bekukan dalam peti sejuk lebih kurang satu jam atau lebih supaya semua rasa bersatu dan mesra.


5. Masak menggunakan kuali tahan lekat menggunakan api kecil sehingga daging well done.*saya sapu planta pada permukaan patty sebagai egen tahan lekat.*

(kata ayin, waktu masak tuh tak perlu berangan seperti abang jual burger tepi jalan yang tekan-tekan daging waktu masak. tak perlu kerana nanti daging jadi kurang juicy.


6. Hidangkan dengan roti burger atau mengikut kesesuaian citarasa.

selamat mencuba!