::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, November 15, 2011

sebuah catatan

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali gerak dosa menghiris hati


Antara sedar atau tidak, dua tahun sudah pun berlalu. Rasa sungguh tidak percaya. Satu tahun lalu pada tarikh seperti hari ini(selepas penat menghitung bulan dan hari) saya berada di Padang Arafah, memohon doa kekuatan dari Allah agar kehidupan di bumi asing ini dipermudahkan. Makbul doa saya, kehidupan saya setahun selepas itu memang di permudahkan.


[pemandangan keindahan]

Masakan tidaknya, saat tibanya detik tahun kedua ianya berlalu tanpa sebarang kiraan. Semuanya semakin selesa dan semakin mudah. Kini saya lebih selesa di tempat ini. Homesicknya sudah kurang. Hati yang selalu kaca sudah jadi kristal. Berseri dan bersinar. Saya sudah mula faham dan hadam matematik di tempat orang. Apa yang boleh dan apa yang tidak. Di mana harus mula dan di mana harus berhenti. Di tempat mana perlu bersuara di tempat mana lebih baik diam. Saya faham bagaimana mencari kawan, bagaimana menentu lawan. Bagaimana mencipta bahagia dalam sengsara. InsyaAllah, kalau saya ditakdirkan berpindah lagi ke tempat baru, pengalaman semalam benar-benar boleh menjadi iktibar.


[musim sejuk]


Jika diberi pilihan mahu kekal lebih lama atau mahu pulang untuk kebaikan (read: back for good) saya tidak pasti mahu pilih yang mana satu. Dua-duanya mahu. Saya mahu pulang untuk lebih dekat dengan keluarga, mahu melihat bagaimana orang tua meniti usia emas mereka di hadapan mata saya dan mahu melihat bagaimana orang muda meniti usia kedewasaan mereka. Tapi saya juga mahu kekal tinggal di sini untuk mencipta lebih banyak kenangan,lebih banyak pengalaman dan lebih banyak belajar erti kehidupan sebenar. Diberi peluang untuk berada jauh dari tanah asal pada saya ialah satu keberuntungan yang besar. Ianya diibaratkan sebagai sebuah penghijrahan yang sama seperti Nabi dan para sahabat lakukan. Mereka tetap rindu pada kota Makkah dan sanak saudara yang ditinggalkan. Namun begitu mereka selesa dan gembira bersama saudara-saudara Ansar di Madinah. Ianya satu penghijrahan yang telah dimulakan dengan niat yang suci bagi membina kehidupan yang lebih harmoni dan pastinya hijrah itu menuntut kesabaran dan ketabahan diri yang tinggi.


[musim bunga]


[ musim
peralihan dari sejuk ke panas;~sand storm~]

Jika kamu diberi peluang seperti saya, tapi masih belum pasti mahu menerima ataupun menolak, istikharahlah. Hanya Allah sahaja yang tahu aturan hidup kamu di mana mudahnya. Antara perkara yang mungkin boleh kamu ambil kira selain dari imbuhan bayaran bulanan, mungkin juga imbuhan pulang ke negara asal. Adakah ditanggung atau apa. Jika ditanggung sebanyak mana dan kekerapannya. Semak juga kalau ada sebarang bentuk perlindungan diri seperti insuran misalnya. Ini penting bila berada di negara orang. Kalau semuanya berbaloi, itu mungkin petanda keizinan Allah yang mengatur terbaik buat hambanya. Kalau sebaliknya, kita sendirilah yang tentukan keputusannya.



[musim bersukan]


[musim buah]

Ya tuhan, untuk tahun yang lebih seterusnya di tanah orang ini atau di tanah asalnya hamba atau di manapun jua hamba, tentukanlah yang terbaik sahaja buat hamba, Ameen.

2 comments:

princesssaf said...

i know how u feel..i feel the same way. happy 2 years surviving in saudi heh :)

ila nursalida said...

Safiya: heh,we are in the same boat kan..u tooo happy 2 years of surviving!hows baby's doing?when he'll popup?take care