::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, November 9, 2011

aidiladha 1432

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Dan bagiNya segala puji-pujian


Hari ini berakhir sudah hari besar bagi umat Islam yang mengerjakan rukun islam kelima. Mudah-mudahan syurga balasan bagi mereka dengan haji yang diterima, InsyaAllah. Bagi kami ketibaan musim haji menjadi perkiraan jangka umur penghijrahan hidup tempat orang ini. Ini adalah kali ketiga kami bertemu dengan Zulhijjah.

Untuk rekod dan nota, sepanjang musim haji jabatan kerajaan bercuti dan banyak juga syarikat-syarikat bukan kerajaan ditutup. Secara purata kebanyakan permis ditutup lebih kurang 9 ke 11 hari. Untuk cuti yang panjang ini kami tidaklah pulang ke kampung halaman. Kalau kosnya murah memang dah balik, tetapi memandangkan kosnya menipiskan poket, kami batalkan sahaja niat pulang bercuti.


Tiga hari pertama percutian, kami ke "Bandar Bercahaya" tempat persaudaraan pihak Muhajirin dan Ansar. Menziarahi maqam penghulu agung yang sangat dikasihi dan tidak lupa juga peluang untuk memohon doa di kawasan taman syurga di Masjid Nabawi. Jarak sejauh 800km mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan darat dengan kenderaan. Jalanraya tidak sesak, segalanya lancar dan laju.


Madinah Al munawwarah sedikit sesak pada musim begini. Manakan tidak, untuk mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji semuanya bertumpu ke Madinah untuk merayakan hari kebesaran agama. Makkah Al-mukarramah dihadkan hanya kepada jemaah yang mengerjakan haji. Jadi pada musim sebegini sejenis pas khusus diperlukan untuk masuk ke kawasan kota Makkah Al-Mukarramah.



Percutian yang berbaki selebihnya hanya kami habiskan di rumah berehat-rehat santai berduaan. Sekarang sudah hampir musim sejuk. Petandanya, pendingin hawa tidak lagi diperlukan pada siang hari mahupun malam, serangga dan nyamuk sudah sering membuat lawatan rasmi dan udara semakin mendinginkan.


Sekian dulu, sampai nanti kita kongsikan pula cerita musim dingin ya!


No comments: