::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, October 28, 2009

for the journey

Nature gave us one tongue and two ears
so we could hear twice as much we speak

what we are currently immerse in to!


mungkin sedikit bekalan kala merindukan air tangan masakan tanahair. sekalipun kami berdua betah sahaja untuk makan apa yang asalkan halal di tempat orang, namun kalau sudah meleleh air liur dan termimpi-mimpi nanti, siapa mahu bantu?


juga termasuk pesanan daripada perwakilan-perwakilan lain yang telah sedia berada di sana. hampir setiap malam, seusai mr.soulmate pulang dari tempat kerja we are heading out searching for the stuff. impaknya, saya dan mr.soulmate keletihan lantas house mate saya itu lewat bertolak ke tempat kerja dan sampai juga lewat. heh.



menyenaraikan semua barangan yang dibeli untuk tujuan rekod atas permintaan pihak penganjur, dan sesi 'clearance' rumah adalah suatu perkara yang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi, kerajinan dan jatidiri yang mantap apabila melakukannya secara solo. heh. melihatkan keadaan rumah yang dah macam nih, kalau ada sesiapa yang berniat nak membuat lawatan akhir, lupakanlah yer. sedang serabut dan kelam kelibut disegenap penjuru rumah. masih banyak yang perlu untuk diselesaikan nih. saya undur diri dulu,yeah.

will be moving out to my parent palace, since there is a week to go to our 'seven eleven' date!


Thursday, October 22, 2009

sperma, ovum dan hot fm

Our greatest pain is when we stop freely giving of ourselves
John Gray

salam semua pembaca. saya kini sedang santai di rumah. dah lama dah santainya. dengan title penganggur terhormat berijazah. jangan salahkan saya tidak keluar bekerja, jangan salahkan saya tidak membantu suami mencari nafkah keluarga. hanyanya takdir yang menentukan saya tidak perlu untuk bekerja sehingga saat ini. saya cuma sedang berlengah-lengah di rumah. membuat beberapa perkara yang perlu berkaitan rumah tangga. cukuplah, bak kata orang domestic engineer lah saya ini.

terdahulu, saya baca blog arin bercerita tentang sperma dan ovum. baca tajuk macam menggerunkan, bila baca isi baru faham. dan saya setuju dengannya. kemudian, baca blog bie wanmai pula. menceritakan ketiadaan motivasi selepas sepanjang-panjangnya bercuti. perihal menaikkan motivasi, dia bercerita pasal cerita yang sama dengan arin iaitu tentang sperma dan ovum. eh samalah! rupa-rupanya mereka dapat dari sumber yang sama. hot fm am krew punya cerita.

patut sangatlah hot fm dapat anugrah rangkaian radio media terbaik. baca selanjutnya di sini. buktinya buat dua sahabat saya ini. motivasi mereka dibantu oleh rangkaian radio prima ini. ini testimoni hebat nih. hot fm am krew juga biasanya menjadi peneman mr.soulmate yang mengharung 50km sehari untuk ke pejabatnya. at least, ade jugak modal dia balik nanti untuk bercerita dengan saya tentang kisah pagi di hot fm setiap hari.heh.

thanks and congratslah to hot fm. berkenaan dengan sperma, setakat ini tiada lagi yang berjaya menembusi ovum saya. owh, mencipta johan seharusnya makan masa, tenaga dan usaha yang gigih. kita dilahirkan sebagai johan sejak dari mula, jadi kenapa mahu mengalah pula bila sudah sampai tahap ini? berbanggalah dengan diri sendiri. walau siapapun kita, kitalah juara.


Tuesday, October 20, 2009

begedil

Distiny is not a matter of chance, it's a matter of choice;
it's not a thing to be waited for, it's a thing to be achieved.
William Jennings Bryan


sudah lama tak kongsi resepi. hari ini mari kita review sama-sama resepi
begedil.

apa yang kita perlukan adalah,
1. kentang yang telah dibuang kulit dibelah empat (jika kecil) kalau besar belah lapan. digaul bersama garam secukup rasa dan digoreng separa empuk

2. isi ayam direbus dan diracik isinya. boleh juga masukkan bersama beberapa kepingan lobak direbus bersama. tambah garam secukup rasa ke dalam air rebusan.


3. beberapa biji bawang kecil dihiris nipis, dan digoreng sehingga garing. a.k.a bawang goreng

4. daun sup dan daun bawang diracik halus

5. satu biji telur diasingkan kuning dan putihnya

cara membuatnya,
1. mula-mula sekali tumbuk ubi kentang dengan hirisan lobak yang direbus menggunakan lesung batu tangan. tumbuk sehingga lumat

2. kemudian masukkan ayam yang diracik dan tumbuk lagi sehingga agak lumat

3. keluarkan hasil campuran kentang kedalam mangkuk dan gaulkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang (saya tidak masukkan daun sup dan daun bawang sebab ketiadaan stok). perasakan dengan sedikit lada hitam dan lada putih.

4. masukkan sebiji kuning telur dan gaulkan sebati (kuning telur berfungsi untuk meng'gam'kan bancuhan agar mudah dibentuk). kemudian, bulat bulatkan bancuhan mengikut kesukaan anda. sesetengah orang suka leperkan setelah dibulatkan. kepada anda, terpulanglah.
5. panaskan kuali dengan minyak separa penuh. celupkan bebola kentang dengan putih telur dan goreng sehingga warna keemasan dan angkat. siap!

begedil versi saya diadaptasi dari resepi asal keluarga. silalah cuba. hmmm yummy!

p/s: untuk begedil daging, gantikan ayam dengan daging

Friday, October 16, 2009

the new comer

rabbi la tazarni fardan
wa anta khairul warisin

(doa nabi zakaria untuk memeperoleh zuriat)

new comer has come on 14th oct 09.
my new niece. we have already love you, my little dear!



anak pemberi rezeki ini sangat baik. mudah jer ibu dia bersalinkan dia. al kisah, kakak ipar saya sepatutnya due (mengikut kata doktor) pada 24hb oct nanti. tapi pada 14 hb oct, kesakitan ibunya sedikit sebanyak sudah terasa. menjangkakan lambat lagi tarikh due, kakak ipar saya mengganggap itu kesakitan biasa. sebagai orang yang berpengalaman, dia rilek jer berbaringan di atas katil biliknya menahan sakit. abang saya pula, dengan senang hatinya meninggalkan isterinya di rumah. tiba-tiba, abang saya dapat emergency call dari kakak ipar saya mengatakan dia sudahpun tumpah darah. di rumah. adik saya yang di rumah ketika itu memang cuak gile, dan cuma dapat membantu sedikit sebanyak sahaja sementara menanti kepulangan abang. apa lagi, abang saya kelam kabut balik dan terus bawak kakak ipar segera ke hospital. sesampainya di hospital, kakak ipar saya yang dah tak mampu berjalan terus ditolak dengan wheel chair dan terus bersalin di PAC room. tak sempat dah ke labour room. what the hectic. natijahnya, si comel ini pun lahir.


sekecil comel orangnya dengan berat 2.4 kg, mulus sangat tangan dan kakinya. alhamdulillah.

apa lagi, atok dapat cucu perempuan baru. memecah rekod makciknya (uhuhu, selepas 19 tahun tiada baby perempuan dalam rumah), baby girl nih dapat gelang dan rantai pemberian atok dan nenek. selaras dengan tuntutan agama, kita disunatkan menggembirakan pasangan yang mendapat kelahiran anak baru. pasti abang dan kakak ipar saya tambah gembira.

comelnye dia... susah nak tunggu dia buka mata. pampers dah ada isi pun dia boleh tdo jer...mata sepet ikut ibu, idung kemek ikut abah..ahhhaaha

abang dhiya' dah dapat adik baru. bila kita panggil dia abang, dia sibuk cari abahnye, ingat orang panggil abah dia. kelaka ler kamu nih dhiya'. jaga adik baik-baik tau



Wednesday, October 14, 2009

my everly happy day

The tassel's worth the hassle!

alhamdulillah atas perancangan yang Allah susun untuk saya dan suami. selesai sudah kegembiraan hari raya. saya diberi lagi peluang kegembiraan majlis graduasi. minggu lalu pada ten ten (read: oct, 10) hari graduasi saya. ini convocation saya kali ketiga, selepas dua sesi pada tahun-tahun sebelum ini. terdahulu, pada 2006 saya menerima ijazah sarjana muda pertama dalam Islamic Revealed Knowledge, Fiqh kemudiannya ijazah sarjana muda kedua pada 2007 dalam Human Sciences, Psychology dan kali ini ijazah sarjana dalam Educational Psychology.

zaman belajar, pada saya kawan-kawanlah insan paling istimewa. mereka lah penyumbang dari segi moral, inspirasi dan kekuatan dalam menghadapi segala tekanan dan cabaran.

mereka antara rakan-rakan baik yang banyak membantu sepanjang saya melayari bahtera ilmu mengikut sesi masing-masing. saya tetap rindu dan tetap kenang mereka sebagai insan-insan yang terpenting dalam kamus kehidupan belajar saya.

[klik gambar untuk resolusi lebih baik]

berbeza pula, apabila umur meningkat dewasa, status pula telah berubah, suami sebagai soulmate banyak memain peranan dalam memberi sokongan moral dan mengambil langkah memahami diri saya demi dual tugas yang saya galas sebagai pelajar dalam masa yang sama menjadi suri dalam hidupnya. keluarga pula, terutama ibu dan abah memberi sepenuhnya sokongan kewangan dan sokongan lainnya bagi menampung seluruh perbelanjaan dan pembinaan diri saya sepanjang dunia saya bergelar pelajar. terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan untuk mereka.

[klik gambar untuk resolusi lebih baik]

akhirnya, saya berjaya juga menamatkan pengajian hingga ke tahap ini. terima kasih buat semua yang membantu.

buat sahabat-sahabat semua, good luck on all you do! wish you good luck with flying colors on your future career and pathway.

mereka ini sahabat, mereka ini juga teman. thanks for the love we share, and thanks for the care given. buat semua yang banyak membantu, terima kasih saya ucapkan. tanpa kalian, saya tidak mampu berada di mana saya berada sekarang. thanks a lot dear!


Tuesday, October 6, 2009

catatan lebaran

Selamat Hari Lebaran
Minal Aidin Wal faizin
Mari Bersalam-salaman

Saling Bermaaf-maafan


Kita Berkumpul Semua

Bersama Sanak Saudara

Tak Lupa Kawan Semua
Jumpa Di Hari Bahagia

lama tiada update kan. sedikit sibuk dengan kekangan waktu sempena aidilfitri. kisah aidilfitri bermula pada hari raya pertama bersama keluarga mentua di pagi harinya. menjelang tengahari berarak pula ke rumah ayah bonda. adik beradik dan saudara mara sedang menunggu di sana. sebagai rekod, di hari raya pertama mr soulmate standby as officer incharge. tapi mujurlah tiada kes, jadi kami menjalankan aktiviti lebaran dengan riang ria. di rumah mentua, untuk julung kalinya sejak kehadiran saya dalam keluarga ini, kami merakamkan gambar kenangan bersama-sama. sementelah semua telah ada berkumpul berhari raya bersama bonda.



seterusnya di hari raya kedua dan ketiga saya dan suami mengikuti rombongan keluarga mentua yang telah sedia di melaka menziarah sanak saudara di sana. bertemu dengan ahli keluarga sekitar ayer itam, muar, tampin dan tanjung kling.

hari ke empat giliran kami pula menerima tetamu. tetamu pertama ke teratak indah kami pastinya keluarga dari pihak saya. hidangan tengahari tersedia untuk para tamu tersayang. paling seronok, hidangan nasi kepal dari itam. melihat cara membuatnya, mungkin ada yang hilang selera. tapi bagi kami, keenakannya tiada tandingan. bak kata orang, hasil air tangan..yummm lazat amat!. sampai 3 kali saya tanak nasi. it's so much fun. kemudian kami berangkat pula ke rumah ucu di kepong.





catatan di hari kelima, kami ke shah alam rumah mummy. hidangan nasi ayam resepi asli keluarga, sangat menambat selera hidangan tengahari yang dinikmati awal petang. kemudiannya disambung pula dinner dengan dish istimewa bagi saya, sambal ikan sardin. selesai makan malam, saya, soulmate dan bonda berangkat ke ipoh menziarah keluarga di sana. raya ke enam, kami di rumah ibu saudara saya di chemor menyambut kehadiran cucu barunya, anak kepada sepupu saya. syukur alhamdulilah. lebaran ke tujuh adalah catatan perjalanan sekitar saudara mara di perak termasuk rumah abang ngah, ayah ngah, dan saudara mara ibu di parit.

lebaran seterusnya, mencatatkan siries kunjungan dan berbalas kunjungan ke halaman sanak saudara dan sahabat handai lainnya. lebaran kali ini adalah bermakna setanding lebaran tahun yang lain-lainnya. setiap satunya tersemat memori dan kenangan terindah. mungkin atau tidak akan jumpa lagi tahun hadapan? insyaAllah.

and now, the date was officially confirmed, will be busy till then, will be tersedih till the moment it passed by...:(

Thursday, September 24, 2009

salam aidilfitri 1430

salam aidilfitri
minnal aidil wal faiizin



have a great blessing
have a nice happy hari raya!

ps: will update later,
this is a short break entry while visiting during hari raya at my mummy palace



Monday, September 14, 2009

.c.i.n.t.a.

kebaikannya disyukuri
kekurangannya diredhai

saya ingin berbicara mengenai cinta. mungkin ianya agak kejiwangan, namun percayalah saya tidak akan membawa anda ke alam yang penuh fantasi, malah ianya realiti semata-mata. ingat lagi, pernah saya kongsikan bahawa saya ada miliki tiga buku koleksi terbaik dari blogger islamic terkenal, Ustaz Hasrizal? dikesempatan kali ini ingin saya kongsikan beberapa intipati menarik yang saya adaptasi dari buku beliau melalui membacaan saya dan kongsikan dengan anda semua.


AKU TERIMA NIKAHNYA, dengan tagline

pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms?


(1) dalam membina rumahtangga dan mencari pasangan, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna.
kesempurnaan tidak ada pada manusia. setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya. mencari yang paling sempurna pasti tidak akan diketemui sampai bila2. kita ini manusia, pasangan kita juga manusia. jika kesempurnaan yang kita cari, maka kekuranganlah yang menjadi fokus. apabila kita terlalu fokuskan kekurangan, maka perbalahanlah yang sering berlaku tambah pula dengan rasa tidak puas hati yang sangat menebal dan jauh dari rasa bahagia.


(2) kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. penentunya ialah kualiti.
walaupun tinggal sebumbung tapi hakikatnya tidak bersama. ianya berlaku apabila seisi rumah hanya membuat aktiviti masing-masing. nafsi-nafsi. ketika berada di rumah, waktu yang ada tidak dihabiskan dengan diluangkan bersama-sama. susahkah jika waktu makan seluruh isi keluarga berada bersama di meja makan? susahkah sewaktu masuknya waktu maghrib semua telah berada di rumah dan bersedia di atas sejadah untuk berjemaah bersama? susahkah jika isteri memasak suami menghidang makanan? isteri menyapu suami mengelap? jadi keberadaan seluruh isi rumah dapat dirasai bersama. seperti nabi Ismail sering ditinggalkan bapanya nabi Ibrahim, namun nabi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. mereka bertemu kerana Allah, berpisah jua kerana-Nya. isteri yang sering mmenghalang suamiya keluar berjuang akan memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. namun perginya suami atas dorongan isteri ialah pemergian yang dibayangi kepulangan.

(3) kita selalu tidak rasioanal dan realistik semasa kita romantik
lumrah alam, mula-mula kita suka dan sayang apabila sudah lama, perasaan tersebut semakin berkurang dan pudar. sudah menjadi kebiasaan pada awal perhubungan atau awal alam rumahtangga, semuanya dirasakan bagai manis belaka dan indah semuanya. masuk tahun berikutnya, perasaan itu seakan pudar dan hilang sedikit demi sedikit. tiada lagi ungkapan sayang setiap hari, tiada lagi belaian cinta setiap masa. mudah terjadi, suami mula pandai marahkan isteri. isteri pula menjadi tertekan dengan warna sebenar suaminya. namun begitu, atas dasar tanggungjawab kepada isteri mahupun anak-anak, bahtera rumahtangga itu dilayari jua. diharungi bersama walau dengan sedikit badai melanda. ianya adalah proses biasa sebenarnya. dengan rasa tanggungjawab itu lantas hubungan suami isteri selamat dan terus memanjat usia matang untuk tahun berikutnya. hubungan itu selamat kerana ianya berlaku dengan ikatan sah perkahwinan bersaksikan Tuhan berlandaskan syariat. perkahwinan itu sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. pada hari air pasang, cinta memainkan peranan. pada hari air surut maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.


(4) hubungan tidak perlu dimulakan jika tiada kemungkinan hubungan tersebut akan dinaik taraf menjadi perkahwinan dalam masa terdekat

ini mungkin nasihat untuk adik-adik belia remaja yang masih dibangku pengajian tinggi atau buat mereka yang masih berusia muda. jika anda menghitung tarikh menamatkan zaman bujang anda masih jauh, janganlah sesekali anda mencuba menjalin hubungan dengan mana-mana kaum lawan jenis anda. tidak perlu untuk itu. buat pertimbangan sebaiknya. komitmen 'atas angin' yang tidak diikat dengan sebarang tanggungjawab yang digariskan oleh perkahwinan hanya akan berakhir begitu sahaja disebabkan kecelaruan emosi dek pasang surut angin perasaan atau lebih mudah ditakrifkan sebagai kejemuan.

setakat itu dulu perkongsian buat kali ini. saya tinggalkan anda dengan definisi cinta (kecil) dan CINTA (besar).

cinta(kecil): kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta.

CINTA (besar): terbit daripada naluri dan fitrah manusia. lahir dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta.

pilihlah, pilihan di tangan anda!