::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, February 16, 2011

satu penantian

Kata hatiku selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu
Di saat ku sendiri ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi tentang dikau dan aku
(satu penantian,Dwen)

baru je lepas makan nestum. bile makan nestum je mesti rasa macam lepas demam. kenapa ntah. mungkin kenangan saya makan nestum bila takde selera kot. kalau takde selera selalunye demam. tapi hari nih tak demam pon. tapi makan nestum jugak. nestum tuh bau dia sedap. kalau dulu-dulu makan nestum sambil tengok tv dengan abah. cik ilasya selalu buatkan untuk abah. nestum abah mesti pekat. nestum atuk tak pekat sangat. nasib baik nestum nih pesan ngan kak SJ aritu. dia bawak dari tanah melayu. kat sini nandaaaa...uhuks, (mode: rindu kg halaman).

bila dah lama sangat tak balik, benda yang best boleh jadi tak best. tuh sebab emas tuh bukannye best sangat. balik-balik kite dok terkenang batu jugak. ayat nih adalah terinspirasi dari pepatah orang melayu yang selalu sinonim dengan orang dok luar nih. ala yang sultan pahang cakap kat sasa (read:safi salee) waktu dia berpindah ke liga negara lain tuh. pasal hujan and pasal batu dan emas tuh. sapa tak tahu pepatah tuh, baik resign jadi orang melayu. maluuu seh.

bila lama tak balik, benda dulu yang ko tak pernah heran pon ko boleh jadi heran. setakat nestum, dulu-dulu kadang-kadang kalau tak disebabkan raye pastu ibu buat kuih nestum, alamatnya dok penuh jelah tin nestum tuh. kalau takde sekali sekala nak tengok tv ngan abah sambil makan nestum tuh takdek sapa pon nak heran ke dia. bila dah duduk kat tempat yang tak jual nestum nih haru biru plak ngko mahukan nestum itu. itu pun nasib baik tahu ade yang pualang ke tanah melayu boleh le pesan2 dia bawakkan. kalau jenis yang terkurung tak kenal orang dan tak bertegur sapa lagilah ko kempuanan tak dapat makan nestum.

sebenarnya bukanlah nak sangat cerita pasal nestum nih. cuma nak cerita perihal bila duduk jauh dari tanah laman. banyak benda remeh yang selalu kita tak endah. bila dah takde baru kite perasan kita perlukan ia. saya tak kata duduk luar nih tak best. personally i feel granted being the one yang dipilih untuk berhijrah. yelah, kalau namanya pon hijrah, banyak ler perubahan besar yang berlaku dalam hidup. bila Allah takdirkan penghijrahan rasa syukur pasti ada. cerita pasal perubahan tuh kite coret di lain entri.

bila dok jauh, hubungan dengan yang jauh makin erat sebab Allah kasi rasa rindu. rasa rindu dengan orang tersayang kenkadang susah nak di buat-buat tak endah. kalau dok dekat, tak berjumpa setahun pun tak rindu sangat. tuh sebab ade lagu raye yang suruh anak-anak kota pulang ke desa. sebab derang nih walaupun dok jauh, tapi satu negara takde rasa nak balik jugak tengok orang tua. nih sebab jauh, tangan nak capai pon tak sampai. bila dah jaun nih kenangan2 lalu asyik mengetuk pintu hati. perkembangan hidup orang-orang tersayang pon boleh buat kita rasa sayu. buat insan2 yang ditinggalkan saat masih dalam kain bedung kini sudah pon berlari laju. yang dulu waktu ditinggalkan belum pandai melontar kata kini sudah pandai berbicara. terlepas milestones kehidupan itupun buat hati makin sayu. itu belum fikir yang berusia makin dimamah usia. disebabkan kejauhan ini adakah sempat dahi mereka kita kucup sebelum dijemput pergi. Nauzubillah, harap-harap kesempatan masih ada.

wajah yang dimamah usia,
walau nenek telah tiada wajahnya tetap segar diingatan
dan adik fafa pengganti iras nenek



raut wajah-wajah yang dirindu
aku membesar atas tangan mereka


anak-anak pewaris bangsa dan keturunan
milestones yang ketinggalan dihadap secara berdepanan

yang dahulunya rakan berjimba, kini sudah menempuh alam rumahtangga. sayu hati melihat mereka dalam dress perkahwinan. sayu kerana tidak dapat bersama merai hari bahagia.

kau yang kupanggil kakak

kau yang kuanggap adik

kawan, semoga jadi isteri solehah. new person in your live itu is not the same as what you have before. tapi percayalah, mereka (read: the hubbies) telah dicipta untuk melengkapkan hidup kita. you will discover that, percayalah. all the best in your new future adventure life.

ilalliqa' maasalamah


Tuesday, February 15, 2011

allahumma solli

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


genap 15 hari sudah tiada entri. phew. hari-hari ada membuka blog. hari-hari ada mengadap pc. cuma nandaa hapdet entri. dalam entri terakhir saya catatkan sudah tiada lagi sejuk dingin. ku sangka panas sudah menjenguk datang, rupanya sejuk belum mahu pulang.

ya, saya masih lagi menikmati momen-momen indah berselimut dan berbaju tebal. masih lagi bergigigilan kesejukan hingga tiada entri yang dicoret untuk tatapan. banyak mahu bicara, banyak mahu cerita. hari ini hari libur buat semua yang di sana. tapi buat kami yang di sini tiada liburnya, hari-hari kerja.



kata sesetengah pihak, sambutan maulidurrasul itu bidaah. tapi apa yang saya tahu berselawat ke atasnya dan sentiasa ikut sunnah-sunnah yang digarisi lebih memberi pahala berganda. mari berselawat hari-hari sambil anda cuti-cuti.


Tuesday, February 1, 2011

fi amaanillah

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Hud: 113)


cuaca di sini tidak lagi sesejuk minggu-minggu lalu. suhu sudah semakin meningkat. keadaan yang kata orang sedang-sedang molek, tak terlalu sejuk juga bukan panas membara. namun, saya di sini sedang dibarakan dengan berita krisis yang sedang melanda Mesir.


[Tahrir Square, Mesir]

Alhamdulillah, saya di sini sedang menyaksikan siaran langsung keadaan yang berlaku di perkarangan Tahrir, Mesir di mana puluh ribu rakyat berkumpul sebagai tanda protes mendesak pemerintah Hosni yang tidak Mubarak untuk berundur. perhimpunan ini dipercayai bukanlah diterajui oleh mana-mana parti politik, ianya adalah semata-mata suara dari anak-anak muda Mesir yang mahukan sebuah perubahan berlaku di tanah air mereka.

bagi yang ingin mengetahui latar belakang apa yang terjadi di sana boleh baca cebisan artikel di bawah yang dipetik dari karangan Tuan Guru Haji Nik Aziz,

  • Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

  • Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

  • Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti denganrahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

  • Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

  • Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

  • Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

  • Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

  • Sekian, wasalam.
    Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M






    sumber dan lagi gambar klik sini

    saya berdoa agar rusuhan ini segera berakhir, dan perubahan segera berlaku. wahai pemimpin sedarlah, dengarlah suara rakyat anda. saya dan seluruh rakyat Malaysia kini sedang merisaukan nasib pelajar-pelajar kita di sana. semoga mereka semua selamat dan aman hendaknya.

    fi amaanillah
    wallahua'lam



    Saturday, January 22, 2011

    kala bumi ini dibasahi

    أنا صببنا الماء صبا
    'anna sobabnal ma'a sobba'

    sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan
    ~Abasa,25~


    masih ingat haritu saya cerita, bumi yang saya diami sekarang dibasahi hujan setelah seluruh rakyatnya dari segenap masjid yang ada memohon rezeki berupa air dari langit untuk turun. sesungguhnya Allah maha mendengar doa hambanya, dan dimakbulkan seadanya.

    Alhamdulillah, tanah gersang ini hujan lagi buat sekian kalinya. sejuknya jangan cerita. sebab biasalah kita orang Malaya, mana biasa sejuk. jadi bila sesejuk begini, agak tidak betah walaupun ada sedikit teruja. memanglah nampak macam best di negara orang putih sana, keluar berbaju panas kemudian minum kopi panas sambil baca surat khabar. kalau tengok memang best, tapi kalau sendiri yang lalui macam saya, pasti selalu berdoa, Ya Allah, cukuplah sesejuk yang begini, jangan tambah lagi. bukan tak suka berbaju panas, tapi kalau untuk lepak-lepak santai seorangan di rumah pun perlu berbaju panas berstokin dan bersarung tangan, tak berapa seronok ah, sebab ada batasan kerja. terus jadi alasan malas buat kerja. janganlah nak suruh pasang heater ke pemanas segala, nampak memang macam best, tapi kulit semakin kering, semakin ada keradangan, ada sesapa suka? apepun saya suka juga sesejuk below 10 ini yang bila hempus keluar asap dari mulut walaupun bukan smoker sebab nanti lagi 6 bulan Allah nak bagi sesejuk 50 degree pula. ahah. syukur, syukur.

    sebenarnya mau share gambar-gambar sekitar bila hujan membasahi bumi. macam jakun tak pernah tengok hujan, tapi memang ya sebab di sini nak jumpa hujan sangat susah sekali. mari...

    itu dia, sungai kecil terbina, selalunya kering kontang aje laluan nih


    seperti yang dah selalu cerita, di sini tiada perparitan, jadi bila hujan pasti banjir (in fact; air bertakung sebenarnya)


    pemandangan yang selalunya gersang, hari nih nampak segar

    sekitar empangan, masih tiada menakung air

    sejuk!!

    antara keterujaan iaitu;

    air yang terjun

    turun dari celahan batu

    dan antara cubaan mengaplikasi skill photography yang ada

    freezing cold!

    amazingly nice!


    seronok dapat rakam pemandangan yang jarang-jarang sekali nak jumpa. sebab pemandangan semacam ini cuma wujud paling lama 24 jam sahaja. Alhamdulillah.

    Tuesday, January 18, 2011

    murtabak instant

    As HE promise HE will always be there
    To bless us with HIS love and HIS mercy
    Coz, as HE promise HE will always be there
    HE’s always watching us, guiding us


    hari ini dalam sejarahnya buat winter 2011, hujan turun mencurah-curah tidak henti-henti sejak maghrib malam tadi hingga ke pagi hari ini. malam juga di sulam petir sedikit sebanyak (setakat yang saya sedar je ler). natijahnya, hari yang memang selalunya pun sejuk adalah menjadi bertambah sejuk. makin bercinta nak keluar dari selimut, makin berat nak buat kerja-kerja harian.

    sudah lama saya nak kongsikan resepi mudah ini. makanan kegemaran ramai orang yang berasal sama negara dengan saya. kalau dapat makan time hujan-hujan nih lagi best. buat yang suka makan MURTABAK, tapi malas nak uli tepung, mari saya tunjukkan cara buat murtabak segera. segera dari segi membuat kulitnya sahajalah.


    ini dia kulit murtabak dalam versi sini dipanggil mutobbak. lebih kurang sama nama kan. jadi saya assume ianya benda yang sama. beza kulit mutobbak ini dengan kulit popia, saya kira ini lebih tebal dari kulit popia. rupa paras hampir sama. selain mutobbak, sesuai juga di buat samosa dan yang sama jenis dengannya. boleh didapati di mana-mana pasaraya, dibahagian chiller, sederet dengan keju.

    cara membuatnya dalam versi saya;

    pertamanya, harus sediakan bahan untuk inti dulu. resepinya ada saya tulis dalam versi murtabak ayam tak lama dahulu. sila klik sini

    gambar 1; untuk kali ini, telur dadar di buat dalam bentuk lebih comel kerana kulitnya agak kecil. jadi untuk memudahkan kerja, saya guna egg ring untuk membentuk telur dadar yang membulat cantik. atau boleh juga guna pan yang kecil sesuai untuk sebiji telur.

    gambar 2; telur inti yang dah siap

    gambar 3; leretkan telur di tengah-tengah kulit yang telah dihampar

    gambar 4; lipat 4 segi menutupi keseluruhan telur inti. pecahkan sebiji telur dalam mangkuk berasingan dan pukul sedikit. sapukan telur dibahagian lipatan untuk mengelakkan lipatan terbuka.

    seterusnya, masak di atas kuali tahan lekat (read: non-stick pan) atau kuali yang dilengser margerin dengan api sedrhana. balik-balikkan hingga masak sepenuhnya.

    angkat dan sedia dihidang!

    selamat mencuba...


    Friday, January 14, 2011

    Allah selamatkan kamu

    Allah selamatkan kamu
    Allah selamatkan kamu
    Allah selamatkan suamiku


    he turns older than me today
    HAPPY BIRTHDAY!

    Tuesday, January 4, 2011

    help me!

    being good is commendable,
    but only when it is combined with doing good is it useful



    korang perasan tak?
    (korang kat sini refer to; anda yang selalu datang blog saya dan follow blog saya dari awal). ya saya tahu jumlahnya cuma seciput sahaja, jadi tak perlu bangga ke apa... perasan tak, lately sejak saya duduk menetap kat tempat orang nih blog saya tak berapa hidup. macam segan-segan gitu.

    nak tau tak ape sebab saya jarang update dengan entri-entri terkini dan sensasi tentang tempat dan kehidupan saya di sini. bukan sebab tempat nih tak best atau takde yang best nak dikongsi. penyebab paling utamanya ialah, saya takut ada yang berkecil hati. ini adalah kerana saya risau jika ada sahabat senegara yang tinggal di tempat saya tinggal ini membaca atau mengikuti coretan laman picisan ini. untuk nota, saya anggap kumpulan orang yang datang dari negara yang sama dengan saya adalah seperti keluarga sekalipun (kalau) mereka tidak menganggap saya begitu. saya tidak. sebagai keluarga, pastinya kita tidak mahu ada ahli keluarga lain yang terlepas dari aktiviti keseronokan yang kite lalui kan. sepertimana ibu saya yang pasti akan mengalirkan airmata saat terkenang anak-anaknya yang tidak cukup korum sedang anak-anak lain menjalani aktiviti yang berbaur keseronokan. tetapi golongan yang saya anggap keluarga ini bukan dengan makna keluarga yang sebenarnya. ianya adalah sebuah jalinan persahabatan yang bagai aur dengan tebing bukan bagai air dicincang takkan putus. (oke, faham ke peribahasa ini?) jadi sekumpulan dua kadangkala tidak terlibat sama. secara sengaja atau tidak sengaja. sebagai contoh;

    1. andaikata saya letak gambar dan bercerita aktiviti hujung minggu saya di sini, contohnya gambar jalan-jalan bersama sekumpulan golongan orang. kumpulan lain (mungkin) akan kecil hati kerana mereka tidak dijemput sama menyertai aktiviti.

    2. andaikata saya letak gambar dan bercerita tentang sekumpulan orang datang bertandang ke rumah saya, ada kumpulan lain (mungkin) akan terasa hati kerana mereka tiada dalam jemputan sedangkan saya agak rapat dengan mereka.

    3. andaikata saya letak gambar dan bercerita tentang sekumpulan orang yang bersama-sama dengan saya untuk sesuatu acara, ada kumpulan lain (mungkin) akan terasa hati juga kerana mereka tidak terbabit acara tersebut.

    apa yang menjadi masalahnya, mereka yang berkecil hati itu will never project their feeling. so that saya susah nak memberi justifikasi mengapa mereka tidak dapat ikut serta. ataupun, saya khuatir juga, keterbukaan ini menjadi jerat pula...arrrgh!


    jadi bagaimana ya? saya sangat ingin berkongsi kisah dan pengalaman di tempat orang ini. tapi penghalang yang satu itu sangat lah besar bagi saya. kerana menjadikan hati seseorang kecil amat perit seperti mana yang biasa saya rasai sepanjang penghidupan di sini. perlukah kita privacykan sahaja blog ini? sahabat, bantu boleh? tolong jangan komen sebagai anonymous okey...

    Sunday, January 2, 2011

    coretan 2010

    The Past. Its Done.
    Its Unchangeable. Move On
    .

    tahun baru sudah pun menjenguk diri. hari demi hari berlalu, akhirnya tersingkap sudah lembaran sebanyak 365. pelbagai memori diukir, pelbagai kenangan tercipta. setiap satunya mengandungi sejarah tersendiri. hari demi hari yang terlepas, semuanya memberi impak berbeza. berakhirnya tahun, bermula pula tahun yang baru.

    2010 mencatat sejarah di mana saya menjadi insan yang berbeza. 2010 mengajar saya erti hidup berkelana. jauh dari sanak saudara dan keluarga. mengenal lebih banyak hati, menyelami lebih banyak budi. saya semakin keluar dari dunia kesenangan yang sebelumnya. untuk permulaan, banyak yang saya tidak betah walau sedikit demi sedikit sudah saya cuba untuk menerima. syukur Allah kurniakan saya teman hidup paling sabar dan paling tabah yang tidak pernah jemu mendorong saat saya jatuh tersadung. saat paling payah untuk saya belajar adalah mengenal hati-hati manusia baru dalam hidup yang pada saya segalanya tidak sempurna.



    quotation adopted from Sam Keen, Love and Be Loved

    namun, 2010 telah mengajar saya bahawa melihat ketidaksempurnaan orang lain adalah punca hilangnya rasa bahagia. jika saya masih mengharap segala yang sempurna dari setiap manusia yang saya kenali, hidup pasti tidak pernah lengkap, hati pasti tidak akan bahagia. lebih banyak memberi adalah kunci. sedangkan secara sedar memang saya tahu, tiada siapa pun yang sempurna termasuk diri saya sendiri. mengapa diharap kesempurnaan, harapkan sahajalah kesejahteraan dan penolak ansuran. 2010
    mendidik saya menjadi lebih sabar, lebih rendah diri, lebih tabah dan lebih cekal hati. meletakkan kekurangan manusia di belakang dan memandang kebaikannya sahaja, saya percaya ia menjadikan hati lebih tenang. 2010 turut mendekatkan saya lebih hampir dengan Tuhan. saat saya banyak diuji dengan ujian. ujian kesenangan juga ujian kesusahan.

    2010 di tempat orang menguatkan lagi cinta saya dengan yang tersayang. dialah teman bual, dialah teman gurau, dialah teman bercakaran. 2010 selepas 3 tahun diambang perkahwinan, membuatkan kami lebih kenal satu sama lain. dengan 1000 satu mehnah dan badai rumah tangga melanda, kami selesaikan seperti pasangan biasa. 3 tahun berlalu yang masih sama, kami masih berdua. sedikit cemburu mendengar berita sahabat-sahabat menimang cahaya mata, namun disudut hati merasa bahagia bila sahabat juga bahagia. moga untuk kami, habuannya akan sampai jua,InsyaAllah. minta teman-teman lain juga panjangkan doanya. Amiin.

    moga pelajaran 2010 akan terus berkekalan membawa pengharapan sinar buat 2011. membuat catatan keinsafan pada bulan masihi bukan bermakna saya lupa yang islami, cuma secara praktisnya catatan masihi lebih banyak digunapakai dalam kehidupan sehari-hari.