::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, December 8, 2009

tak perlu judge kalau tak tahu

dont judge a book by it's cover
english proverb

entri ini sedang saya siapkan dalam kesuntukan masa yang saya sedang ada. eh,kenapa pula suntuk nih. eheh, haruslah diberitahu, masa saya adalah sedikit sedang di occupied sekarang. yelah, kalau tak bagitahu karang ada plak yang claim saya ni melepak sahaja di rumah setiap masa. dengan bukti tubuh badan yang semakin sihat nih. manusia kan, tak pernahnye puas hati. kang kalau saya bekerja sepenuh hati sepanjang masa, disuruhnya berhenti kerja pula dan tumpukan kepada keluarga dan rumahtangga. ateee,kalau saya tak wat kerja plak digeramnye sebab asik berehat sepenjang masa tidak seperti dia yang sibuk teramat sangat mengalahkan menteri.


yelah, nak bagitahu nih, saya udah mula bekerjaya, eh cam tak sesuai sebut kerjaya. sebab saya bukan memiliki profession pun. saya cuma mengikut kehendak kerajaan yang menuntut para-para spouse yang suami mereka berkhidmat di kedutaan untuk turut serta dengan aktiviti perwakilan di kedutaan. itu sahaja kerjaya saya pada ketika ini, setakat ini (kerjaya akan datang akan diupdate dari masa ke masa). selain kerjaya sebagai domestic engineer yang saya sedang lakukan sebelum ini tetap terus dijalankan dengan jayanye.huh. jelas ya, saya ada aktiviti tersendiri, bukan goyang kaki sahaja menggemukkan badan oke!.

pernah saya nyatakan dahulu di sebuah enrtri yang ini, bila kita kenal seseorang hanya melalui catatan peribadinya di blognya, itu hanya 10% dari kehidupan sebenarnya dia. jadi jangan judgelah hanya melalui apa yang telah anda baca. banyak lagi yang anda tidak tahu tentang dia.

masih belum percaya saya sudah punya kerjaya? mari kita semak jadual hidup saya sepanjang minggu ini. tapi ingat ya, ini baru 10% dari jadual kehidupan. tidak perlu judge apa-apa.

sabtu 5 dec 09
saya dan suami menghadiri jemputan resepsi dari kedutaan Thailand di thuwaiq palace, diplomatic quarter Riyadh. resepsi ini bukannya resepsi perkahwinan. resepsi sempena sambutan hari kelahiran raja Thailand kalau tak silap saya. alah, macam hari keputeraan agung kita tu laa yang selalunya kita cuti pada 2nd june tuh. jadi dikedutaan, mereka raikanlah dengan acara resepsi. untuk gambaran, majlis yang dinamakan resepsi ini dikenal sebagai (pada kacamata saya) majlis makan berdiri. selepas mendengar sedikit remarks dari penganjur, ade acara makan-makan dan beramah mesra antara tetamu yang hadir. suprisingly, majlis ini berlangsung sambil semua orang berdiri. makan berdiri, minum berdiri bersembang pun berdiri. tiada kerusi atau tempat duduk la. untuk yang sedang sarat mengandung ataupun bertulang belakang rapuh, mmg parah gak menghadiri resepsi begini.

ahad 6 dec 09
my first time ever having an official meeting bersama perwakilan di kedutaan Malaysia, Riyadh. meeting ini terdiri dari ahli perwakilan yang hanya ada 4-5 kerat sahaja yang dipengerusikan oleh 1st women embasy, mak duta. mesyuarat membicarakan tentang tugas-tugas yang harus dilakukan sempena Asean Tournament yang mana embasy Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara sepak takraw dan Asean Night yang akan di adakan di kedutaan Indonesia. Mostly tugas perwakilan adalah menyediakan makanan untuk kedua-dua majlis tersebut (harap maklum, kami yang 4-5 kerat ini yang akan bersama membanting tenaga memasak tau!).

isnin 7 dec 09
disebabkan tugas merai jemputan dengan masak-memasak itu, kami membeli belah lah barangan dapur di pasar borong. oitt, bukan pasar borong Selayang lah. ini pasar borong yah. best jugak pasar borong nih. harganya lebih murah dari pasaraya euromarche tempat saya selalu menghabiskan duit suami membeli barangan keperluan dapur dan keperluan hidup lainnya.

selesai membeli semua barangan, kami pulang ke rumah perwakilan menjalankan tugas seterusnya. nak tahu ape dia? haaa potong atau siang ayam. jangan terkejut tau, ini pertama kali saya menguruskan hal-hal berkaitan siang ayam. korang memang lah biasa tugasan camnih. kalau jenis macam saya nih yang bila beli ayam jer mesti suruh org jual tuh siap potong dan buang kulit terus waktu kat malaysia dulu, memang aktiviti ini dikira mencabar minda dan keringat tau. bukan sekor dua, tapi dua puluh ekor. itupun nasib baik mak duta dah bawak balik lagi 10 ekor. saya selesaikan 20 ekor itu seorang sahaja dalam masa sejam. eheh, tipu jelah saya buat berdua dengan isteri pak man, mak siti. heheh.

selasa 8 dec 09
ini jadual hari ini lah. pukul 10.00 pg nanti ade lunch kat kedutaan Vietnam. ini lunch aka meeting aka ade farewell sikit untuk sapa ntah yang dah nak balik. sekalipun jemputan adalah untuk semua ahli AWC (Asean Women Circle) sahaja, saya sebagai orang baru yang tidak mendapat kad jemputan pun, tetap dijemput hadir. uhuhu, terima kasihlah sebab jemput saya sekali. flattered sekejap. uhuh

rabu 9 dec 09
dijadualkan untuk esok, kami ke rumah perwakilan untuk menyediakan persiapan untuk hal-hal upacara sepak takraw tournament pada hari berikutnya. bila jadi tuan rumah banyak lah tugasannya. yang wanita nak siapkan hal berkaitan masak memasak, lelaki pula aka staff kedutaan juga mempunyai tugas mereka tersendiri yang tidak kurang sibuknya.

khamis 10 dec 09
eh hari famili in laws saya berangkat ke family day di Cameron Highland. eh eh tiada kene mengena ngan jadual hidup saya di sini. anyways, u all selamat berseronok ya. abang korang aka suami saya nih ade pertandingan takraw pada tarikh ini. mewakili team Malaysia lah..ahah, nih bidan terjun. korang doakan aje team Malysia menang, walaupun harapannya adalah sangat tipis.uhuh. dan pada tarikh ini juga saya meramalkan akan menjadi super duper sibuk. but we'll see. kita kan cuma mampu merancang.

jumaat 11 dec 09
end of the hectic week. rest day for family day. tiada lagi sebarang perancangan setakat ini. ia dinamakan TBD activiti (to be determined).

itu dia entri suntuk yang rasanya macam singkat tapi panjang berjela. sepatutnya ada gambar nak dikongsi. tapi tak sempatlah. saya nak bersiap untuk lunch event di kedutaan Vietnam nih. uhuhu.

sampai nanti
ilalliqa' maassalamah

Saturday, December 5, 2009

sejuuuuk,grrr

One kind word can warm three winter months
Japanese proverbs

sewaktu membuat bacaan rambang tentang tempat yang saya diami sekarang sebelum menjejakkan kaki ke sini, seperti tidak percaya catatan dalam bacaan saya itu mengatakan tempat saya ini mengalami iklim bermusim. sekarang kerpercayaan itu terpadam setelah saya melalui dan merasainya sendiri di sini.

sangkaan 'summer' sepanjang tahun itu rupanya tidak benar sama sekali. masakan tidak, kami di sini sedang berperang dengan winter dan angin kering. perang rasa sejuk dan menggeletar. impaknya, kulit terasa lebih kering, jari kaki dan tangan seakan membeku. yang lebih terkesan, mr. soulmate sudah mula batuk, hidung berair dan kadangkala sukar untuk tidur kerana hidung tersumbat. pity him. saya, alhamdulillah masih boleh bertahan. doakan kami dapat bertahan dalam perubahan cuaca ini.

soulmate; bibir mula merekah, hidung sudah mula sneezing, acchooum!..

sekalipun tiada salji yang menghias laman, dalam cuaca sesejuk 17-15 darjah celcius ini kadangkala hujan pula turun membasahi bumi. walaupun sedikit dan mungkin tidak selebat yang berlaku di tanah air, namun mampu juga membanjiri beberapa kawasan. definisi bajir di sini pada hemat saya adalah ditakrifkan sebagai takungan air di beberapa kawasan lantaran perparitan yang tidak begitu mencukupi dan kawasan rendah berlembah.

mana mungkin terdapat saluran air atau perparitan yang baik di sini kerana kurangnya kekerapan berlakunya pengaliran air ke bumi seperti hujan. penerimaan hujan di sini agak berbeza dengan warga Malaysia. bagi kita, hujan adalah perkara biasa. penduduk di sini merasakan hujan sebagai suatu keajiban. mereka bersorak riang tika hujan turun. di jalanan, mereka membunyikan hon kereta tanda gembira turunnya rahmat dari langit itu. tidak kurang juga yang cuak barangkali apabila hujan turun (sekalipun hanya renyai2) dengan menyalakan lampu kecemasan yang bisa mengelirukan pemandu lain. hurgh....blurgh..

satu lagi alasan peningkatan berat badan (barangkali), di musim dingin ini selera makan itu sering sahaja terbuka. anehnya, selera itu saat jam bergerak menunjuk arah 10 malam, minta sesuatu yang mampu menghangatkan tubuh badan. sudahnya, dari satu bungkus bihun segera Pama untuk dua orang menjadi dua bungkus untuk dua orang. huuuhhuhh. sabar jelah. kalau tak di layan kang, berkeroncong pula.ehh, maafkan ajelah peningkatan berat badan saya yang tiada tanda untuk surut lagi buat masa ini.ngeee...

sekian lah dulu
ilalliqa' maassalamah



Friday, December 4, 2009

masih cuti cuti

we must embrace pain and burn it as fuel for our journey
Kenji Miyazawa

warga Saudi masih lagi dalam mood cuti hari raya. tapi tak tahulah saya mereka ini berhari raya bagaimana. ntahlah, tanpa ketupat, rendang, lemang, takbir raya yang syahdu dan mendayu saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka menyambut kemeriahan berhari raya. apa yang dapat saya perhatikan, shopping mall di sini sangat banyak, dan kemeriahannya terasa saat malam menjenguk tiba. setakat yang saya dimaklumkan, warga Saudi hidupnya ibarat kalakatu, hanya di malam hari.

siang hari tidak banyak kedai yang dibuka. kalau ada pun dibuka setakat dari pagi seawal jam 9 hingga zohor. kemudiannya ditutup semula hingga selepas asar. dalam cuti yang masih berbaki sempat juga saya dan suami ditemani rakan sekerjanya yang juga baru 6 bulan berada di sini bersiar-siar ke tempat menarik yang ada di sini dengan kaedah ~mainredahajelaaa~. sungguhpun ada buku panduan dan peta, ianya tidak banyak dapat membantu. sudahnya, niat nak mencari tempat lain, tempat lain yang kami jumpa.

kuwaity souq

di Kuwaity Souq ini terdapat banyak kedai perabot dan barang-barang hiasan juga barangan perkakasan dapur. segala queen anne (buffet set yang cantik), pinggan mangkuk, peralatan mesin dan sebagainya mudah didapati di sini dengan harga yang mungkin agak berpatutan. kami tak jelajah semua kedai, hanya dua tiga buah sahaja, selebihnya dilawati dengan hujung mata sahaja.

berhadapan dengan Kuwaity Souq, adalah Souq Tayyibah. sewaktu kami melalui kawasan ini, kebanyakan kedai masih belum dibuka. di sini terdapat banyak bazar jualan untuk abayah dan barangan pakaian yang lain. berkunjung di malam hari pada ketika lainnya, kemeriahannya jelas terasa di sini. mudahnya membeli di bazar (souq) berbanding dengan shopping mall, di bazar ada sistem bargain yang menarik minat para pembeli dan pilihan yang pelbagai ada di sini.

dirrah

perancangan asalnya, kami bercadang ke suatu tempat namanya Malaz. di sini khabarnya terdapat Malaz Restoran yang dikendalikan oleh golongan india muslim (read:mamak). hajatnya, ingin makan roti canai dan teh tarik sebagai sarapan pagi. sudahnya, cari punya cari jalan ke Malaz tidak diketemui, kami sampai ke Dirrah. Dirrah juga punyai bazar seperti di Souq Tayyibah. tempat jualan abayah dan berbagai jenis pakaian lain.

perut sudah mula berkeroncong ketika sampai di Dirrah. mencari kedai makan di selusur kaki, tidak kami temui. sudahnya cuma jumpa ala-ala coffe house yang bukan untuk dine in. kami lapik perut dengan falafil dahulu dari restoren Al-Ku

al-ku fast food restaurant

falafil, twistwed roti pita dimakan dengan french fries, telur rebus, tomato dan seakan masalodeh

sedang kami makan, azan zohor berkumandang dan kedai-kedai pun mulai ditutup keseluruhannya. untuk makluman, pada setiap waktu solat, peniaga berhenti berniaga dan berpusu-pusu ke masjid atau surau menunaikan solat berjemaah. kami yang sedang makan di luar kedai juga kelam kabut menghabiskan makanan dengan segera. kami juga bersegera untuk solat dan meninggalkan kawasan dirrah.

akhirnya, dalam perjalanan pulang, sempat juga saya capture beberapa pemandangan bangunan rumah-rumah kediaman warga tempatan di sini. di sini konsep rumah tamannya di panggil compound. kebanyakan rumah dipagari dengan tembok tinggi dan tersergam indah ibarat istana pada kaca mata saya. setiap kawasan compound biasanya dilengkapi dengan swimming pool, gym dan pejabat urusan pentadbiran. kebiasaanya setiap compaund terdiri daripada lebih kurang 8 ke 10 buah rumah. setakat yang saya maklum, satu kawasan compound dimiliki oleh seorang pemilik.

adakalanya juga, terdapat kawasan compound yang dikawal ketat oleh pihak pengawal dan mempunyai beberapa prosedur untuk lawatan. namun begitu, terdapat juga compound yang tidak mempunyai kawalan ketat dan bebas dilawati oleh sesiapa sahaja.


setakat ini sahaja dahulu catatan untuk kali ini. ianya agak tidak berapa detail sebab saya malas nak berpikir secara detail, eheh. ikut suka lah kan. sebab cuaca yang sejuk membekukan jemari mulus saya ini menaip secara lebih detail dan lebih berjela, saya undur diri dulu.

illalliqa' maassalamah


Monday, November 30, 2009

Lewat ini ku rasakan Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya Dalam bayang kegelapan

Bahang Nur Kasih di Malaysia sudah sedikit berakhir, namun bagi saya di sini baru lepas bersedihan menonton (kesaorangan) episod akhir kisah tersebut. Sekalipun saya sudahpun membaca sinopsis penuh rancangan ini, namun menonton jalan ceritanya beserta cinematographynya yang super duper superb, mampu merangsang manik2 jernih gugur dari celah kelopak mata..T____T



nak edisi penuh yang cepat lagi laju, cuba tengok dari sini, drama nur kasih. entah kenapa, saya rasa sayu sangat tengok episod akhir nih. setiap babak menyayat hati. tahniah saya ucapkan buat krew nur kasih bermula dari penerbit, pengarah, pelakon, make up artis dan semuanyalah. congrats to all of you.

okey, tamat sudah catatan untuk nur kasih. entri ini saya tulis untuk kisah aidil adha saya dan suami di perantauan. tidak banyak kisahnya, cuma sedikit sebanyak perkongsian silaturrahmi dengan saudara islami malizi yang ada di sini. kunjungan dari rumah ke rumah. tapi setakat nih saya berkunjung dua rumah aje. ramai juga yang tiada di riyadh nih, lantaran mereka ke mekah menunaikan fardhu haji.

bermula sehari sebelum raya, kami ke rumah pak man dan keluarga membantu menyiapkan hidangan hari raya esoknya. majornya, kami membantu mencucuk daging dan ayam untuk dibuat satay. pada hari kejadian, seawal jam 5.45 pagi mr.soulmate telah pun keluar solat aidil adha bersama rakan sekerjanya. saya tidak turut serta kerana bimbang keadaan di tempat baru. seusai solat aidiladha, teknologi memainkan peranan mendekatkan kami yang kejauhan dengan tanah rantau dipagi hari raya.

kemudian, kami membanting tulang di rumah pak man lagi membakar satay pula dan menyediakan segala hidangan untuk jamuan tetamu yang bakal hadir. seusai solat zohor, tetamu pun sampai. dikalangan tetamu yang hadir ada dari rakan-rakan senegara dan rakan-rakan dari kedutaan brunei. cukuplah sekadar memeriahkan hari raya, kami berkongsi-kongsi cerita dan beramah mesra.




[yang mr.soulmate dukung itu, azimah zahrah yang ditainggalkan ayah dan bondanya kerna menunaikan haji dimekah. auntie tuti dari brunei menjaadi baby sitternye]

hari berikutnya, hari sabtu kami tiada ke mana-mana, cuma duduk berdua di apartment (sewaan) bercinta. eheh. hari ahadnya pula ke rumah seorang lagi teman sekerja mr.soulmate atas jemputan makan tengahari sempena aidil adha. pulang dari rumahnya, sempat berjalan-jalan dan menjamu mata di al faisaliyah mall, riyadh.


[tempat mainan kanak-kanak di al faisaliyah mall, riyadh]

setakat sekarang nih, tak banyak tempat yang dapat kami lawati atas keterbatasan kami untuk berjalan. kami belum punyai kenderaan sendiri,yet kami juga belum tahu selok belok jalan dan tempat menarik yang ada di sini. meskipun cuti yang berbaki masih panjang, namun untuk memanfaatkannya sebaik mungkin, ada keterbatasan yang diluar bidang kuasa kami untuk menghalangnya T__________T.

sekian, ilalliqa' maasalamah


Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha

“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur maka aku akan tambahkan nikmat kepadamu.”
(Ibrahim : 7)


buat saudara, keluarga, rakan-rakan dan teman,
Salam Aidil Adha dari kami, semoga antum semua dilimpahi barakah hendaknya


menurut sejarah, Aidil Adha adalah sempena memperingati korban Nabi Allah Ibrahim ke atas anandanya Nabi Ismail. Demi kepatuhan keuda-dua hamba Allah itu tadi, korban itu dengan kuasa Allah diganti dengan khabar yang gembira. Ianya diganti dengan sembelihan lain sebagai korban.

Ternyata demi memperingatinya, seluruh dunia menjalankan ibadah sembelihan sebagai korban. Namun demikian bukanlah sembelihan itu yang menjadi mercu tanda pengorbanan. Perngorbanan dilihat dari segi keredhaan dan kereleaan hati yang suci menjalankan ibadah tersebut hanya kerana Allah Ta'ala.

Bertepatan juga, untuk ibadah korban pada kali ini, saya dan suami mengorbankan segala emosi dan perasaan berjauhan dari tanah air, keluarga dan sahabat-sahabat yang tercinta. Sebuah pengorbanan yang kalau dilihat dengan mata kasar adalah sangat enteng dan remeh. Namun jika diselami dengan perasaan, pengorbanan itu dirasakan amat berat sekali. Demi ketaqwaan dan kepatuhan, pengorbanan yang dilakukan diredhoi dan direlai dengan hati terbuka dan tabah.

Mana mungkin seorang ibu untuk tidak merasa sedih sedang selalunya saat menjelang hari raya ada seorang anak menghulur tenaga membanting tulang bersamanya. Kalaupun tidak memberi sumbangan sebesar gunung, namun kehadirannya bersama tetap dirasa. Mana mungkin seorang anak yang manja dengan abah, yang mesra dengan ibu, yang rapat dengan atuk tidak merasa sedih apabila tidak dapat bersama-sama dikalangan mereka saat takbir bergema. Mana mungkin seorang kakak kepada adik-adik boleh merasa gembira apabila menunaikan solat Aidiladha tanpa kebersamaan adik-adik manjanya. Mana mungkin semua itu dapat dilalui kalau tanpa hati yang tabah dan tanpa rasa kerelaan yang tinggi.

Sebagai akhirnya, saya dan suami memanjatkan doa kepada Allah agar dengan pengorbanan rasa dan emosi ini, diampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan dan dosa-dosa pada hari mendatang. Kami bersyukur atas apa yang dikurniakan, lantas dengan kesyukuran ini akan ada lagi nikmat Mu yang datang tidak bertepian dan bersempadan. Amin.

wa ilallliqa' maassalamah


Tuesday, November 24, 2009

keinginan makan

When you find peace within yourself, you become the kind of person who can live at peace with others
- Peace Pilgrim

sebelum ni ade cakap ngan mr.soulmate teringin pulak nak rasa nasi arab tuh camner. dah alang-alang dok sini, nak juga rasa selera berbeza. cukuplah dah dua kali melepas rindu tanah air dengan makan ikan stim, sayur campur chop soy, tomyam dan sebagainya di restoran thai-pinoy dan restoran chinese indian cuisine haritu. puas dah. lepas dah rindu. kalau setakat ikan sardin yang dinamakan kegemaran tuh pun dah lepas dah. cuma teringin nak makan masak lemak ayam, tak pe boleh postpone lagi tunggu mortar and pestel (read: lesung batu) kite sampai dari kontena nanti dulu.

dalam dok sebut2 nasi arab tuh, tetiba pada waktu yang kebiasaannya suami akan telefon dari pejabat memberitahu dia akan pulang sebentar lagi dan bertanyakan khabar sudah makan atau belum, dikhabarkan juga tidak perlu masak balik nanti. haruslah ade keraguan terdetik, kenapa ya? jawapnya ada bekal spesel nanti akan dibawa pulang. hoooray!



nasi arab rupanya ;)

alhamdulillah. katanya, dia pergi makan dengan kawan-kawan sepejabat dan dibelanja oleh salah seorang dari mereka dan tuan yang membelanja itu dengan baik hati membungkuskan untuk saya sekali. kata tuan punya 'treat' itu, restoran yang mereka kunjungi itu hanya khas untuk lelaki dan tidak untuk wanita, jadinya supaya saya tidak kempunan (sepertinya dia dengar pula keinginan saya), lantas dia bekalkan untuk saya juga. ya Allah, baiknya kawan sepejabat suami saya itu. moga Allah berkati dan tambah lagi rezeki dia. Amiiiin.

saya lupa nak ambil gambar penuh hidangan ini. setelah kenyang baru teringat. itupun sudah satu perempat saya makan selepas perut saya tidak dapat menerima lagi kemasukan yang lain2. hidangan sebanyak ini mungkin boleh makan tiga kali kenyang untuk perut perempuan melayu sebuncit sekecil saya ini. hidanagn ini disertai dengan 1/4 potong ayam grill, ulam gir-gir (dikatakan khasiatnya setanding tongkat ali dan kacip fatimah, wallahua'lam) yang seakan bentuk ulam pegaga tetapi sedikit besar, bawang mentah dan tomato (yang tidak termasuk dalam bekalan untuk saya).

untuk keenakannya, it taste good. dimasak dengan beras basmathi hingga lembut. sedap la bagi saya. walaupun lembut tapi agak kering la untuk tekak orang melayu yang sukakan hidangan agak basah. kalau BIL saya si khairi tu makan, harusnya dia mintak kat pak arab tu kuah, tak pun dia tuang sedikit air masak dalam nasik tu macam yang dia biasa buat di rumah mak. eheh.

menurut mr. soulmate, katanya di kedai, hidangan ini dihidangkan dalam dulang bulat. waaa, memang besar tu. agaknya begitulah saiz hidangan biasa masyarakat di sini. kalau saya ada, mesti dah ambik punya gambar hidangan dalam dulang tuh. eh, sedulang hidangan tu per head tau, bukan makan ramai-ramai. mr.soulmate kata, dia cuma mampu habiskan 3/4 sahaja dari hidangan dan kekenyangannya terasa sampai ke malam. dasyat!. kalau hari-hari makan camtu, memang tertuplah pintu kurus buat kami berdua di sini. argggh tidak mahu lah. ngeh

sedikit pemandangan indah di depan al-andalus servis apartment, tempat yang kami diami sementara ini

di malam yang sejuk sementara menunggu untuk keluar berjalan-jalan menikmati keindahan malam dan keluar berbelanja barang dapur yang sudah menyurut


tadaaa~,
ilalliqa' massalamah

Monday, November 23, 2009

dalam blues rindu

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara menebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku tertulis namamu
~rindu serindu rindunya, spoon~

dunia sekarang sudah sangat maju kan. sapa kata tak maju. kalau dulu, pakai telegram, sekarang dah tak pakai dah. sekarang dah pakai internet. dunia tanpa sempadan kan. sampaikan saya rasa riyadh ngan gombak tu dekaaaat jer.

hari-hari boleh jumpa orang kat gombak. hari-hari boleh berbicara dan bercerita. itupun kalau orang gombak semuanya free dan tak busy. saya boleh bersembang face-to-fece dengan lovely dolly semua. comel lah you all semua. macam bersembang dekat-dekat pulak.

sejak dah berjauhan ni teknologi mendekatkan kita. buat apa pencipta teknologi mencipta teknologi kalau kita tak gunakan semanfaatnye? setakat sekarang kita ade messenger untuk hantar mesej cepat kalau nak low cost selain sms. boleh jugak skype kalau nak chat guna suara sambil tengok muka. terubat rasa rindu. kalau tak, takkan saya boleh nampak ibu saya kesat mata dia sambil senyum-senyum dan pretend takde apa-apa sambil berborak dengan saya dan suami?

yang si kecil-kecil comel tu pulak bukan main suka dapat tengok muka kita dekat full screen laptop kat sana. ingatkan kita dekat agaknya sampai tanya bila nak balik nih?. buat apa kat sana, kenapa tak tidur lagi. sebab waktu bersembang tuh waktu di sini masih siang, tapi yang di sana sudah hampir tengah malam. pelik pulak dia bila kita kata kat sini masih siang jam 5 hingga dia kata jam tu salah. aahhhaaa. kenapalah korang nih semua comel sangat?

itupun saya belum dapat kesempatan nak berbicara dengan family baru saya. dengan MIL yang saya panggil mak, dengan anak-anak saudara saya yang comel-comel dan manja-manja. dengan SIL yang selalunya sporting ngan saya walau umur mereka sebaya ibu saudara saya. tapi ruggedkan boleh panggil kakak. teringat pulak kalau saya datang rumah mereka pasti akan dikerumuni dengan yang kecil-kecil comel itu dan akan tanya "acik tak bawak kek coklat ke?" gara-gara kek coklat saya habis licin sebelum sempat mereka menjamah sepuasnya pada suatu ketika jamuan makan dahulu. alahai korang memang comel laaaa.

dalam hati saya rasa syukur. masih lagi boleh berhubung dengan mereka2 itu yang saya sayang walau pun jauh. camna kalau dah jauuuuuh sangat tapi tak leh berhubung dah? seriyes sangat sedih. dan tambah sedih kalau bila tengok jam di dinding dan terimbau pulak waktu-waktu camnih apa aktiviti kita waktu di rumah sendiri dulu.

terbayang pulak pagi2, nyah bekukan lauk untuk masak tengahari. pastu dah sampai waktu makan, makanlah dengan ria sekalipun hanya bertemankan seorang atuk. syukurlah masih punyai atuk, seorang lelaki yang sekalipun ada garis2 tua diwajahnya, tetap dipandang hensem. tetap rasa suka bila dapat tengok atuk tersenyum. tetap rasa ria bila atuk cakap masak kari tengahari haritu sedap. pastu buat kek pulak setiap hari dah macam orang nak bukak bakeri. bila dah malam, goreng bihun laa, makan KFC laaa takpun makan je lauk tengahari tadi.

sekarang ni, hari-hari tunggu suami pulang dari kerja, makan, dan jalan-jalan di malam yang sejuk. sebab sekarang kan musim sejuk. sedangkan siang pun sejuk, malam lagilah sejuk. badan dah mula nak naik ruam-ruam segala. kenapa pergi farmasi haritu lupa nak beli calamine lotion yang waktu kecik2 dulu ibu selalu suruh sapu kalau rashers ke ape ke. kenapa la lupa nak beli calamine lotion yang waktu si ana kecik2 dia gi telan ubat tu ingat air yang sedap? kenapa la lupa....takpe nanti bila jalan-jalan ngan suami kita gi beli. baru la ibu bangga jadi nurse sebab anak dia tak lupa ubat yang ibu selalu bawak balik dari hospital secara free.

saya selamat dan tenang di sini. suami saya jaga sepenuh hati. cuma saya rindu semua yang di sana. kenapa ek sudah rindu-rinduan? musim adaptasi agaknya. harap semuanya sihat-sihat aja ye sayang. saya rindu dan saya sayang kamu semua.mmmuahmmmuahahaaa.

Sunday, November 22, 2009

ceritera saudi II

Life is just a chance to grow a soul
- Powell Davies

kita sambunglah sedikit lagi perkongsian kisah di tempat baru saya ini. juga ada sedikit selang seli dengan ilustrasi apartment yang saya duduki (upon request BIL; khairi jasin).

ramai juga yang bertanya apakah aktiviti saya sementelah suami pergi bekerja. jawapannya mudah, saya cuma stay at home; alone. aktiviti saya berkisar pada televisyen, internet, dan sedikit house chores. tetapi ini mungkin kerana saya masih baru. masih belum kenal tempat dan masih belum punyai ramai kawan bersosial.
jangan tanya tentang kebosanan, ya saya ada sedikt bosan.

[gambaran awal masuk; meja makan dan ruang tamu pertama. pintu masuk untuk ke ruang tamu kedua dan kawasan bilik-bilik]

meskipun di sini wanita tidak keluar berseorangan, namun saya percaya jaringan sosial saya akan terbina suatu hari nanti. kerana, saya pasti akan punyai kawan dari kalangan perwakilan Malaysia lainnya nanti. cumanya buat masa ini, kedutaan sedang bercuti untuk memberi laluan Hari Raya AidilAdha. bila akan ada aktiviti perwakilan nanti, mungkin dunia aktiviti saya sedikit berubah. we'll see.

rancangan televisyen
setakat di tempat saya menginap sekarang, televisyen dilengkapi dengan satelite decoder. dengan itu, saya berpeluang menikmati sedikit rancangan dari negara jiran seperti dubai dan oman disamping siaran tempatan KSA. juga terdapat siaran MBC (saya kira seperti ASTRO, pada hemat saya) yang menyiarkan layar-layar barat disertai dengan sari kata bahasa arab. dengan kemampuan saya memahami serba sedikit bahasa penjajah (Malaya), saya berupaya memahami plot cerita. disamping itu, dengan sedikit kemampuan membaca bahasa syurga, saya dapat sedikit mempelajari bahasa syurga melalui sarikata yang ditulis dan bahasa pertuturan yang dituturkan di layar.

dikediaman tetap nanti, jika kami punyai satelit yang lebih besar, kemungkinan untuk mendapat siaran rancangan televisyen Malaysia agak tinggi. seperti yang ada di rumah pak lokman, mereka sedang berbahagia dengan rancangan siaran RTM 1 dan 2. arghh heavennye! walaupun dahulunya saya bukan fan of RTM tv, tapi bila dah jauh nih dapat tengok RTM TV pun dah boleh kurangkan Home (Malaysia) Sick saya nih!uhuhu

[ruang tamu kedua; tempat kami menonton dan melayari internet ; agak messy setelah diubah tempat letak untuk keselesaan penggunaan utiliti secara maksimum]

jika saya inginkan sedikit hiburan ringan, saya beralih kepada rancangan kartun. ada yang telah dialih bahasa kepada bahasa arab, ada juga yang kekal dengan bahasa asal (bahasa inggeris). antaranya aladin disney (alih bahasa), donald duck (alih bahasa), pooh (bahasa asal), barney (bahasa asal; anje aku teringat kat ko lak bile tgk citer barney nih), handy mandy (alih bahasa), tom and jerry (bahasa asal) dan lain-lain lagi.

dari siaran tempatan KSA, terdapat siaran langsung solat maghrib dan isya' dari madinah dan kota mekah. terus rasa rindu ingin ke sana segera. atau juga saudi sport memberi peluang kepada saya menonton rancangan lumba unta selain bola sepak dan sebagainya.

internet
sebetulnya dari apartment yang saya sewa ini pada hemat saya ada jaringan internet tanpa wayar. tapi kami lupa menanyakan servis tersebut lalu kami dapatkan satu broadband dari syarikat telekomunikasi tempatan, STC (saudi telecomunication). harganya pada hemat saya sedikit mahal berbanding Malaysia. dari segi kemampuan, setakat ini saya sangat berpuas hati. jarang sekali terputus tiba-tiba. alhamdulillah setakat yang saya guna ini ianya agak stabil. tidak tahulah nanti bagaimana.

[dapur; lengkap dengan microwave oven, peti ais dan dapur masak elektrik]

broadband yang saya sedang gunakan ini dibayar dahulu sebelum guna (prepaid). pakej yang ditawarkan tidak bergantung pada speed per second. ianya bergantung kepada penggunaan space internet yang digunapakai. sebagai contoh yang saya gunakan adalah 1GB internet space untuk sebulan. penggunaan akan terputus selepas sebulan penggunaan atau selepas habis space internet yang digunapakai. maksudnya jika dalam masa dua minggu saya telah mencapai had penggunaan maksima, jadi jaringan internet tidak dapat dihubung lagi. ada lagi pakej lain seperti 5GB atau unlimited. berbezalah dengan Malaysia yang mana setiap pakej dibezakan dengan speed yang ditawarkan.

kenderaan
di sini, kenderaan dijual dengan harga sedikit murah berbanding Malaysia. kebanyakan kenderaan yang menjalar di jalan raya semuanya berkuasa besar. sukar didapati kereta berjana kuasa enjin yang kecil di bawah 3000cc. berita baiknya di sini harga minyak murah sekali. semurah 40 sen seliter (haruslah wajib murah kan, dah negara pengeluar minyak terbesar). mr.soulmate sampai jadi rambang mata dalam membuat pilihan jenis kenderaan apa yang akan dibeli untuk kegunaan sepanjang berada di sini. setakat entri ini ditulis, belum ada sebarang keputusan dibuat.

[bilik air dan hand washing tub berdekatan dengan meja makan di ruang hadapan]

mata wang
Saudi Riyal (SR) adalah matawang yang diguna pakai. secara kasar, pengiraan matawangnya lebih kurang Ringgit Malaysia (RM). saya tidak ingat berapa anggaran tepatnya perbandingan RM dan SR.

sungguhpun begitu, saya dapat rasakan perbelanjaan kos hidup di sini adalah lebih tinggi berbanding Malaysia. barangan keperluan asas juga dijual dengan harga yang agak tinggi berbanding di Malaysia. bayangkan satu tin kecil susu pekat berharga SR 7 setin. Power Root Cafe yang saya tunjukkan di entri sebelum ini satu pek SR 20++. tapi mungkin kerana itu barangan import, no wonderlah sedikit mahal berbanding negara asalnya. telur ayam (bewarna putih) sebiji 50 sen, bawang merah sekilo SR 5, bawang putih sekilo SR 13, ubi kentang sekilo SR 6, cili api india sekilo SR 5.50 dan macam-macam lagilah. pada hemat saya, harganya agak mahal. harus berdikit-dikit dalam berbelanja dan berjimat cermatlah jika ingin kumpul duit dan dapat pulang ke tanah air segera.uhuks!.

[bilik tidur utama]


ilalliqa' maasalamah
ketemu lagi nanti!