::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, November 22, 2009

ceritera saudi II

Life is just a chance to grow a soul
- Powell Davies

kita sambunglah sedikit lagi perkongsian kisah di tempat baru saya ini. juga ada sedikit selang seli dengan ilustrasi apartment yang saya duduki (upon request BIL; khairi jasin).

ramai juga yang bertanya apakah aktiviti saya sementelah suami pergi bekerja. jawapannya mudah, saya cuma stay at home; alone. aktiviti saya berkisar pada televisyen, internet, dan sedikit house chores. tetapi ini mungkin kerana saya masih baru. masih belum kenal tempat dan masih belum punyai ramai kawan bersosial.
jangan tanya tentang kebosanan, ya saya ada sedikt bosan.

[gambaran awal masuk; meja makan dan ruang tamu pertama. pintu masuk untuk ke ruang tamu kedua dan kawasan bilik-bilik]

meskipun di sini wanita tidak keluar berseorangan, namun saya percaya jaringan sosial saya akan terbina suatu hari nanti. kerana, saya pasti akan punyai kawan dari kalangan perwakilan Malaysia lainnya nanti. cumanya buat masa ini, kedutaan sedang bercuti untuk memberi laluan Hari Raya AidilAdha. bila akan ada aktiviti perwakilan nanti, mungkin dunia aktiviti saya sedikit berubah. we'll see.

rancangan televisyen
setakat di tempat saya menginap sekarang, televisyen dilengkapi dengan satelite decoder. dengan itu, saya berpeluang menikmati sedikit rancangan dari negara jiran seperti dubai dan oman disamping siaran tempatan KSA. juga terdapat siaran MBC (saya kira seperti ASTRO, pada hemat saya) yang menyiarkan layar-layar barat disertai dengan sari kata bahasa arab. dengan kemampuan saya memahami serba sedikit bahasa penjajah (Malaya), saya berupaya memahami plot cerita. disamping itu, dengan sedikit kemampuan membaca bahasa syurga, saya dapat sedikit mempelajari bahasa syurga melalui sarikata yang ditulis dan bahasa pertuturan yang dituturkan di layar.

dikediaman tetap nanti, jika kami punyai satelit yang lebih besar, kemungkinan untuk mendapat siaran rancangan televisyen Malaysia agak tinggi. seperti yang ada di rumah pak lokman, mereka sedang berbahagia dengan rancangan siaran RTM 1 dan 2. arghh heavennye! walaupun dahulunya saya bukan fan of RTM tv, tapi bila dah jauh nih dapat tengok RTM TV pun dah boleh kurangkan Home (Malaysia) Sick saya nih!uhuhu

[ruang tamu kedua; tempat kami menonton dan melayari internet ; agak messy setelah diubah tempat letak untuk keselesaan penggunaan utiliti secara maksimum]

jika saya inginkan sedikit hiburan ringan, saya beralih kepada rancangan kartun. ada yang telah dialih bahasa kepada bahasa arab, ada juga yang kekal dengan bahasa asal (bahasa inggeris). antaranya aladin disney (alih bahasa), donald duck (alih bahasa), pooh (bahasa asal), barney (bahasa asal; anje aku teringat kat ko lak bile tgk citer barney nih), handy mandy (alih bahasa), tom and jerry (bahasa asal) dan lain-lain lagi.

dari siaran tempatan KSA, terdapat siaran langsung solat maghrib dan isya' dari madinah dan kota mekah. terus rasa rindu ingin ke sana segera. atau juga saudi sport memberi peluang kepada saya menonton rancangan lumba unta selain bola sepak dan sebagainya.

internet
sebetulnya dari apartment yang saya sewa ini pada hemat saya ada jaringan internet tanpa wayar. tapi kami lupa menanyakan servis tersebut lalu kami dapatkan satu broadband dari syarikat telekomunikasi tempatan, STC (saudi telecomunication). harganya pada hemat saya sedikit mahal berbanding Malaysia. dari segi kemampuan, setakat ini saya sangat berpuas hati. jarang sekali terputus tiba-tiba. alhamdulillah setakat yang saya guna ini ianya agak stabil. tidak tahulah nanti bagaimana.

[dapur; lengkap dengan microwave oven, peti ais dan dapur masak elektrik]

broadband yang saya sedang gunakan ini dibayar dahulu sebelum guna (prepaid). pakej yang ditawarkan tidak bergantung pada speed per second. ianya bergantung kepada penggunaan space internet yang digunapakai. sebagai contoh yang saya gunakan adalah 1GB internet space untuk sebulan. penggunaan akan terputus selepas sebulan penggunaan atau selepas habis space internet yang digunapakai. maksudnya jika dalam masa dua minggu saya telah mencapai had penggunaan maksima, jadi jaringan internet tidak dapat dihubung lagi. ada lagi pakej lain seperti 5GB atau unlimited. berbezalah dengan Malaysia yang mana setiap pakej dibezakan dengan speed yang ditawarkan.

kenderaan
di sini, kenderaan dijual dengan harga sedikit murah berbanding Malaysia. kebanyakan kenderaan yang menjalar di jalan raya semuanya berkuasa besar. sukar didapati kereta berjana kuasa enjin yang kecil di bawah 3000cc. berita baiknya di sini harga minyak murah sekali. semurah 40 sen seliter (haruslah wajib murah kan, dah negara pengeluar minyak terbesar). mr.soulmate sampai jadi rambang mata dalam membuat pilihan jenis kenderaan apa yang akan dibeli untuk kegunaan sepanjang berada di sini. setakat entri ini ditulis, belum ada sebarang keputusan dibuat.

[bilik air dan hand washing tub berdekatan dengan meja makan di ruang hadapan]

mata wang
Saudi Riyal (SR) adalah matawang yang diguna pakai. secara kasar, pengiraan matawangnya lebih kurang Ringgit Malaysia (RM). saya tidak ingat berapa anggaran tepatnya perbandingan RM dan SR.

sungguhpun begitu, saya dapat rasakan perbelanjaan kos hidup di sini adalah lebih tinggi berbanding Malaysia. barangan keperluan asas juga dijual dengan harga yang agak tinggi berbanding di Malaysia. bayangkan satu tin kecil susu pekat berharga SR 7 setin. Power Root Cafe yang saya tunjukkan di entri sebelum ini satu pek SR 20++. tapi mungkin kerana itu barangan import, no wonderlah sedikit mahal berbanding negara asalnya. telur ayam (bewarna putih) sebiji 50 sen, bawang merah sekilo SR 5, bawang putih sekilo SR 13, ubi kentang sekilo SR 6, cili api india sekilo SR 5.50 dan macam-macam lagilah. pada hemat saya, harganya agak mahal. harus berdikit-dikit dalam berbelanja dan berjimat cermatlah jika ingin kumpul duit dan dapat pulang ke tanah air segera.uhuks!.

[bilik tidur utama]


ilalliqa' maasalamah
ketemu lagi nanti!


No comments: