experience is your best teacher
anda merasakan diri anda tidak pandai memasak? jangan risau. perkahwinan adalah medan dan jalan penyelesaian. pasti akan pandai. tak payah kursus tak payah pergi kelas. confirm akan pandai. kalaupun tidak sampai tahap boleh masuk mastercep, kelak akan tahu memasak juga. kalau nak thrill lagi skil memasak anda itu, tinggal lah jauh dari ibu bapa, takpun jauh dari negara asal. tempat yang mana sukar untuk anda dapati pasar malam yang ada jual makanan tempatan negara anda.
saya cakap nih betul-betul berdasarkan pengalaman. sebelum kahwin tak pandai, dah kahwin tetiba aik..!jadi pandai. sebab kita berusaha untuk itu. internet ada, teknologi juga sudah mudah. cari aja resepi apa anda mahu, semuanya tersedia di depan mata. kalau bukan kita yang kena ke dapur, siapa lagi? selepas kahwin anda akan pasti tahu memasak apa sahaja sekurang-kurangnya supaya tiada sesiapa di dalam rumah anda akan kebuluran. apabila tinggal berjauhan dari tempat makanan tempatan negara anda mudah ditemui pula, skill memasak anda akan meningkat secara aik..! juga. sebab, kalau dah terliur, kena buat jugaklah sendiri. mahu harap siapa lagi.
ini buktinya. horror kan lepat pertama saya. pasti ada yang kata, "alah lepat jer pun apalah yang susah sangat". tapi kalau tak pernah buat, asyik tengok je memang susah pun. ibu saya buat lepat sekelip mata. sekejap sahaja sudah menjadi. itulah bahananya, bila zaman bujang dan dekat dengan keluarga tak nak ikut serta aktiviti di dapur. kalau ikut pun separuh jalan jer.hahah.padan muka aku. nak tahu kenapa saya buat macam nih? sebabnye daun pisang saya tuh tak cukup sifat. maklumlah bila daun pisang adalah satu aset yang bernilai, jadi penggunaannya kita optimumkan. bila daunnya tak cukup besar, saya konon-konon bungkus lagi secara melintang pulak sebab takut isinya terkeluar. hahah. inilah padahnya orang tak tahu matematik melepat. dia bukannya akan menggelembung terkeluar isi ke apa. saya yang paranoid.huh.
pastu bila buka nak makan, baru saya sedar kesilapan saya. baru saya ingat, selalunya kalau makan lepat, bukak kulit dia sekali jer macam buka kulit pisang. terus nampak isi kan. lepat saya, punya lah kelam kabut nak makan sebab buka kulit, isi tak jumpa-jumpa. punya lah balut macam hantu bungkus.hihi.
sepatutnya apa yang kita perlu untuk membalut lepat, daun pisang yang mencukupi. kalau boleh segi empat yang lurus. maksud saya takde senget-senget. tak surelah ukuran sepatutnya berapa. tapi mesti segi empat la. letak inti di tengah-tengah, ratakan memanjang. kemudian, lipat bahagian atas dan bawah bawa ke tengah. kemudian lipat bahagian kiri ke kanan ke arah bawah (selit di bawah). begitu sahaja. seeoloknya layur dulu daun pisang nih supaya ianya lembut. mula-mula lap dulu permukaan daun dengan kain lembap, buka api dapur sederhana kecil, lalukan daun di atas api sehingga nampak daun agak layu. tapi jangan sampai terbakar pula (ini saya memang arif sebab part nih jelah yang saya selalu tolong ibu).
apapun, memang menjadi lepat saya dari segi rasa, walaupun rupa parasnya hancus. jadi, moral of the story sila tuntut ilmu dengan orang tua selagi masa dan peluang masih ada. kalau dah terlepas peluang, jangan risau teknologi alam maya membantu. sila klik di video bawah untuk tatacara membuat lepat dan resepinya. yang penting jangan takut mencuba. "experience is your best teacher".
selamat mencuba!
2 comments:
aishh awat lepat pisang ila ni nampak menarik je eks.. akak buat lepat mesti warnanya kelabu asap gitu.. yg ni mcm lepat ubi plak dah
k.mila: jenis pisangnye kot.ntah saya pon pelik gak nape tak jadi warna ala-ala hitam kelabu macam ibu saya buat.hahah.
Post a Comment