::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, May 11, 2011

roda dan bumi

Jangan hanya memandang duri di tangkai mawar
tetapi pandanglah kelopaknya yang merekah indah


hidup ini memang tersangatlah macam roda. bulat macam bumi. bila roda, sifatnya mesti bergolek. bila bergolek pulak mesti ada yang kat atas, mesti ada yang kat bawah. kalau bumi pulak berputar. dan putaran itu kadangkala ada bahagian yang terkena cahaya matahari dan ada bahagian yang kena cahaya bulan. yang di atas rasa seronok, yang di bawah rasa terhimpit sakit. yang kena cahaya matahari bersinar terang, yang kene cahaya bulan selalunya malap. itu analogi hidup. semua orang tahu semua orang faham.

hidup saya juga sama. kadang rasa best, rasa gembira, rasa seronok. kadang rasa tak best rasa hampes, rasa menyampah. kalau masa rasa best tuh memang lah senyuuuum memanjang. kalau sampai masa tak best, mula lah berkerut-kerut dan mucung. saya percaya semua orang sama. semua orang pernah lalui. alkisahnya bila saya rasa tak best yang paling latest, rasa serba tak kena. obviously rasa nak mengamuk, rasa nak keluar dari tempat saya sekarang. mula merengek-rengek dengan mr.soulmate, nak keluar jalan-jalan, nak gi makan luar (walau tak lapar, sanggup offer belanja dia lagi), nak buat something hapeening, tapi tak tau nak buat apa. seperti biasa, mr soulmate diam saje. buat macam takde ape yang berlaku. pastu terfikir nak meluahkan perasaan nih kepada sesiapa sahaja asal boleh.

akhir sekali, sebagai terapi saya ke rak buku mencari sesuatu yang mungkin tepat dengan jiwa yang sedang bergelora. tangan mencapai buku ini.


lantas, terus sahaja saya selak mana-mana bahagian. tangan terus mencapai bab permata 6 mukasurat 68. tajuk nya berbunyi, CINTA DAN MARUAH ADA DI DALAM RUMAH ANDA. patutlah selalu ada yang mengatakan, home sweet home. rumah adalah tempat paling manis. kemudian isi kandungannya sedikit sebanyak berbunyi begini;

sentiasalah berada di rumahmu kecuali kerana urusan yang penting. di dalam rumhlah tersimpah segala rahsia kebahagiaan anda. sesungguhnya wanita murahan adalah mereka yang sering keluar ke pasar tanpa ada kepentingan.


akhir bab di bahagian nota kaki pedoman hidup pula tertulis;

tidak usahlah memberitahu orang lain tentang kesusahan anda melainkan kepada mereka yang dipercayai dapat membantu dengan buah fikiran dan nasihat ke arah kebahagiaan.


haaa tuh dia. rasa terpukul bila baca. spontan, dengan sekali kilas Allah tunjukkan jawapan keresahan saya. sibuk sangat nak keluar ke sana sini. sibuk sangat nak share dengan seluruh alam dengan sesiapa sahaja apa yang terbuku dihati. perasan atau tidak, setiap tindakan kita walau sekecil-kecilnya dia adalah gerakan hati dari Allah sebagai menjawab jawapan pada permintaan kita setiap kali dalam solat, "ihdinassiratol mustaqim" itu. ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang lurus. subhanallah. syukur Allah masih ada untuk saya, selamanya.

dalam saya diam dan terkedu, mr.soulmate panggil saya duduk dekat dengannya dan suruh saya baring, menonton televisyen bersama dan tangannya mengusap lembut kepala saya. uhuh, roda saya sudah berada di atas, bumi saya sedang diterangi sinar matahari. Alhamdulillah, semuanya syukur Ya Allah!.

4 comments:

FiLa said...

sweetnya mr soulmate akak..hihihihi..tu la kak ila, fila pon mcm akak jgk..kdg2 tu tensen sgt2..mood nie upside down..lbh2 lg ddk sorang2 sbb husband fila ddk johor..lepas miscarriage aritu lg la x tentu arah...kdg2 nangis sorang2,dok termenung, sedih la..rasa mcm nak share semua perasaan tu kat semua org bg phm tp fila segan..sbb tu suka pendam je sorang2..tp bila baca apa yg akak post nie mmg terkesan la di hati..thanx a lot akak...

ila nursalida said...

fila: sharing is caring kan..chill yer..banyak2 bermujahadahlah dengan sabar

~Zila Zul~ said...

ila... hmm... sedih la.sebenarnya tempat perempuan ni mmg eloknya dalam rumah je kan. suka baca...

ila nursalida said...

np sdh pulak?