::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, May 29, 2011

esok, insyaAllah

siapa tahu apa akan jadi esok

lama sungguh tiada entri. sekejap sahaja akan masuk pertengahan tahun. untuk kesekian kalinya saya mahu berentri secara rambang.

1. apa lagi mahu dikatakan selain ianya adalah peingatan dari Allah bila segala yang kita hajatkan tidak menjadi nyata. walaupun sekecil-kecil perkara, semuanya berlaku dalam ketentuan Allah. masih ingat lagi ayat ini yang pernah saya bacakan dahulu. dari surah al-kahfi ayat 23

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan) : Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, esok hari



Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

dua pengajaran penting yang terang-terang Allah dah beritahu dalam ayat nih, jangan cakap "esok aku nak buat benda nih". takboleh. tapi jadi boleh kalau tambah InsyaAllah. pastu bila tiba-tiba terlupa sesuatu, ingatlah Allah, sebut nama Allah. moga-moga Allah beri petunjuk dan beri hidayah.

disebabkan ini, budaya menyebut insyaAllah menjadi lali di bibir kebanyakan umat islam.di tempat saya berada sekarang, lagi sungguh-sungguh dan selalu mereka menyebut kalimat insyaAllah ini. namun apa yang menyedihkan kalimat ini hanya sebagai menanam tebu di tepi bibir sahaja bak kata orang melayu. mereka tegar menyebut insyaAllah, namun dengan perkataan itu mereka mudah sahaja memungkiri janji-janji mereka dengan sengaja. tanpa usaha untuk merealisasikannya. hinggakan, dikalangan sahabat yang bukan islam kalimat insyaAllah ini menjadi sebagai kalimat yang tiada bergunanya.

sebelum anda semua salah faham apa yang saya tuliskan, saya datangkan dahulu satu situasi yang lazimnya berlaku di sini.
perbualan antara A (pembeli) dan B (penjual);

A: tokey, bila boleh siap benda yang saya tempah nih?
B: Besok, InsyaAllah.

Esok hari si A datang.

A: dah siap tokey?
B: Besok, InsyaAllah.

Dan begitulah hari seterusnya berlarutan perkataan Besok, InsyaAllah sehingga sebulan atau 2 bulan lamanya.

jadinya, pada yang bukan islam mereka merasakan kalimat agung itu hanyalah semata-mata alasan untuk mengelak. sehingga kalimat itu menjadi sesuatu yang negatif bagi mereka. pernah suatu ketika, saya dan sahabat bukan muslim berbual dan saya memberi janji yang di ikuti kalimat InsyaAllah ini. lantas si sahabat membalas, "dont say InsyaAllah, coz you won't do it." see, nampak tak bagaimana kalimat ini telah diburukkan oleh segolongan orang sehingga ianya menjadi negatif bagi segolongan yang lain. lantas, saya cuba memahamkan sahabat bukan islam tadi sesungguhnya apa yang kita ingin lakukan mesti disertai dengan InsyaAllah atau dengan keiizinan tuhan kerana dia yang menentukan segala sesuatu.

aik, entri rambang sudah jadi panjang. jadi cukup dulu satu perkara. nak merambang yang lain, tapi rasa malas pula.

nota kaki: jangalah jadi Muslim yang mencemar nama baik islam

3 comments:

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

kak ila entry rambang ni best
kebetulan plak mmg azie ada niat nak bertanya tentang hal ni. Mase dgr program Islam agamaku kat radio IKIM.fm, topik pasal nak berdakwah dgn non-muslim ni. Mcm kak ila ckp la, kalau kita berurusan dgn non muslim ni, bila kita janji nak buat sesuatu diiringi dgn kalimah InsyaALLAH mesti diorg rasa mcm tak best, in the end diorg mcm xminat dah nak berurusan dgn kita... Mcm mana kak ila terangkan pd sahabat non muslim kak ila tu ek?

ila nursalida said...

azie: bila akak berjanji dengan diiringi insyaAllah, then she(nonmuslim) replied negatively. akak cuba explain kat die..i said, we need to say this for God (allah) yang tentukan what will happen next. n bagi contoh kat dia beberapa perkara yang walau dirancang macammana sekalipun, kalau god is not will on that, benda tuh takkan jadi. akk bagi contoh which related to me ( how much i put an affort to have baby, tapi disebabkan Allah belum nak bagi,so belum ada lah lagi). dia setuju dengan statement tuh..heheh

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

ok thanks kak ila, lepas ni tak boleh ragu2 nak ucap kalimah tu depan non-muslim. InsyaALLAH....