::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, May 7, 2011

bila jauh di mata

andainya ada diantara kita nanti
berubah hala serta memungkiri janji

sekali lagi hujung minggu kami digembirakan dengan tetamu dari teman-teman yang berjuang fi sabilillah. mereka saya rujuk kepada barisan pelajar malaysia dari universiti tempatan di sini. setiap kali mereka datang berkunjung kami rasa terhibur dan berharap agar momen-momen indah hujung minggu itu tidak akan berakhir. insyaAllah, bersama golongan ini moga-moga keberkatan penuntut ilmu Ilahi dapat ditumpang sama.

kenapa kami rasa sangat gembira dan terhibur saat mereka datang bertandang? jauh dari keluarga adalah menjadi penyebab paling utama. mereka telah kami anggap ahli keluarga. kediaman kami sepertinya kediaman mereka sendiri. mereka bebas beraktiviti di kediaman kami, mereka tidak segan berhalaqah bersama kami. mereka tidak berat tulang membantu, mereka tidak lokek berkongsi cerita. mereka mengenangkan hujung minggu kami yang dikelilingi sanak saudara. mereka mengingatkan kami saudara mara, mereka mengenangkan kami kepada rakan sebaya. dengan beza umur yang tidak jauh ketara, hubungan kami sudah seperti keluarga.


keluarga [baru] kecil kami di sini, tidak sama dengan yang selalu dan biasa;
tetapi memadailah seadanya


saat terkenangkan aktiviti makan-makan hujung minggu diteratak ayahbonda;
diganti di sini dengan aktiviti yang serupa

dari keluarga jiran terdekat yang ada

suka saya menyebut, apabila berjauhan dengan keluarga, adik beradik dan saudara mara, kemudian pula mendapat pengganti yang hampir serupa dengan mereka adalah sesuatu yang amat berharga. syukurlah kalau kamu tinggal berjauhan dengan keluarga, tapi dapat sering berhubung di alam maya. syukurlah kalau kamu tinggal jauh dengan sanak saudara tapi masih mampu berborak seperti biasa. syukurlah walau jarak memisahkan, mereka masih punya banyak masa seperti dulu untuk selalu bergurau senda. syukurlah kalau kamu tinggal di luar negara tetapi kampung halaman itu terasa seakan dekat sahaja.

tidak ada yang membahagiakan selain dapat selalu berhubung dengan keluarga tercinta. menurut salah satu teori psikologi komunikasi interpersonal "jarak, masa dan wang ringgit bukan penghalang bagi merapatkan dan mengekalkan hubungan erat yang telah terjalin". mudah cakapnya demi sebuah cinta dan kasih sayang, seseorang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan cintanya. ironinya, apa sahaja alasan yang dicipta sebagai alasan untuk menghalang akrabnya perhubungan adalah tidak logik sama sekali. yang pentingnya hati. walau terhalang dengan sejauh mana sekalipun, dalam era serba canggih ini teknologi bisa mendekatkan. alasan sibuk atau tiada masa untuk berhubung juga seakan tidak boleh diterima pakai. sedangkan status di facebook acapkali dikemaskini, tetapi bertanya khabar dan bertukar berita dengan yang dikejauhan seakan masa itu sangat mencemburui. pokok pangkalnya tanya saja pada hati. mungkin kini pepatah melayu sudah bertukar bunyi "jauh di mata, jauh di hati".


No comments: