::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, November 21, 2009

ceritera saudi

In between goals is a thing called life, that has to be lived and enjoyed.
- Sid Caesar

masuk hari ini genaplah seminggu kami meninggalkan tanahair. saya berada di sini membawa sepenuh cinta menemankan sang suami yang bertugas di sini. dan sebakul cinta juga ditinggalkan di tanahair untuk ibu, abah, atuk, pakcik makcik dan adik-adik seluruhnya sahabat handai dan teman seperjuangan.

berada di tempat orang tiada serupanya dengan tempat sendiri. tempat orang punyai istimewanya tersendiri (harus sebut istimewa untuk menjadikannya lebih positif dan dihayati sepenuh hati). terlalu banyak untuk dikongsi tentang rantau ini. jika tidak keseluruhannya saya coretkan buat kali ini, kita akan kongsikannya lagi di lain entri bila waktunya sampai nanti. saya mungkin lama di sini, jadi usah risaulah.


pertama-tamanya, saya dan suami selamat di sini. negara ini aman. tidak saya dengar dalam berita sebarang kisah pencerobohan atau letupan di hotelnya (macam kisah adam (nurkasih) di mumbai). alahai tiada kesempatan tengok nurkasih live (saya sempat menonton ulangan sahaja di drama nur kasih tv). ramai yang sedang berpusu-pusu ke negara ini tetapi bukan di daerah yang saya duduki ini. saya cuma nak cakap, kami selamat. jangan risau lah!


penempatan sementara

sekarang kami menginap di 'servis apartment'. jangan bayangkan apartment yang saya duduki ini sama macam apartment di Malaysia heh. tak sama. dari segi keluasan dan ketinggian. ketinggiannya hanya setakat dua tingkat. keluasan satu rumah sekadar dua ruang tamu besar (sebagai adat di sini memisahkan ruang untuk tetamu lelaki dan perempuan), dua bilik air, dua bilik tidur dan satu dapur. setiap satu ruang disediakan penyaman udara termasuk di dapur. dinamakan servis apartment kerana ianya adalah sewaan termasuk memberi khidmat seperti hotel. bezanya dengan hotel, apartment ini lengkap dengan segala kemudahan kekeluargaan seperti sofa, televisyen, katil dan alat-alat keperluan dapur. ini bukanlah tempat tinggal tetap kami sepanjang di sini. kami menetap di sini sementara sahaja sehingga menunggu waktu untuk masuk ke kediaman tetap. mungkin makan masa lagi dua hingga 3 minggu atau mungkin sebulan lebih. segalanya bergantung kepada urusan pejabat di Malaysia dan urusan masuk dengan tuan punya rumah.


cuaca
sekarang adalah musim sejuk. ya, sejuk betul. cuacanya sejuk ditambah pula dengan keadaan anginnya yang kering dan berdebu. kalau di Malaysia kita bercuaca lembap, di sini kering. debu adalah sinonim dengan kawasan sahara ini. sewaktu pesawat mendarat, apa yang dapat dilihat cumalah pemandangan berwarna coklat yang sangat luas. dengan sebab itu, laundry amat mudah dikendalikan di sini. baju-baju yang ingin dikeringkan cuma perlu disidai di dalam rumah. jangan ada pula yang inginkan panas matahari dari luar, nanti habis pula jemuran dipenuhi dengan debu. jangankan baju amat mudah kering walaupun di dalam rumah, kulit badan juga cepat menjadi kering kontang. sudahnya, mr.soulmate juga terpaksa menjadi remeh seperti wanita untuk berlosyen dan berkrim setiap masa tidak kira ketika keluar bekerja ataupun tetap diam di dalam rumah. losyen itu sudah jadi wajib. di sini walaupun ketika cuaca panas menjangkau suhu 55 darjah celsius, peluh tidak ada. kerana tiada kelembapan. jadi mandi seolah-olah bukan kewajipan. cukuplah mandi sehari sekali bagi yang rajin mandi.

masa

masa di sini mencatatkan 6 jam lewat dari waktu Malaysia. jadinya, sedang kami di sini baru memulakan hari pagi, Malaysia sudahpun menginjak tengahari. ataupun ketikamana Malaysia sudah melabuhkan tirai malam, kami di sini baru sahaja selesai waktu senja. sungguhpun begitu, waktu solat adalah dikira lebih cepat berbanding Malaysia. sewaktu entry ini ditulis, waktu Subuh masuk seawal jam 4.50 pagi, Zohor jam 11.30 pagi, Asar jam 2.45 petang, Maghrib pukul 5.00 petang dan Isya' jam 6.30 petang. waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. saya kini sedang menyesuaikan dengan waktu bangun pagi dan waktu tidur. Jam 8.30 malam, mata saya sudah ajak tidur dan jam 5 .00 pagi dia sudah pandai bangun. ini sepertinya sebuah keajaiban jika dibandingkan dengan rutin harian hidup saya di Malaysia suatu ketika dahulu. saya juga sedang membiasakan dengan waktu di mana matahari mula mencanak naik jam 6 pagi dan senja mula menjenguk jam 5.00 petang.


air

sesampainya saya di sini, saya agak hairan apabila saya dapati air paip di sini sedikit payau (kalau ada yang tidak tahu rasa payau bagaimana, ia seperti rasa air zam-zam). kepelikan bertambah dengan memikirkan fakta, mungkinkah di seluruh Saudi bekalan sumber airnya adalah dari air mukjizat 'air zam-zam' itu? rupa-rupanya, menurut Pak Lokman, air paip di sini adalah air laut yang disuling. air paip di sini tidak sesuai untuk diminum. meminumnya, boleh menyebabkan sakit buah pinggang. jadi, orang di sini minum air minuman yang dijual dipasaraya sebagai sumber air untuk minum dan masak. atau bagi yang tinggal di kediaman-kediaman, ada khidmat penghantaran air minuman dari rumah ke rumah. kegunaan air paip hanya untuk mandi dan membasuh.


makanan

tidak sukar mencari makan di sini. segalanya halal. semuanya ada. kalau ada yang risaukan saya akan rindu masakan Malaysia, ouhhh tidak sama sekali. di sini ada terdapat restoran Filipina atau Thailand yang menyajikan masakan Asia yang sesuai dengan selera kita orang Malaysia. Juga ada Indian and Chinese Cuisine untuk sesiapa yang sesekali ingin berubah selera makan. setakat entri ini ditulis, saya belum lagi mengunjungi restoran masakan tempatan sini. masih belum berkesempatan. oh ya, makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan Domino's Pizza juga ada di sini. pasar basah Filipina menyediakan banyak keperluan asas Asia. bahan-bahan masakan seperti serai, lengkuas, kunyit hidup, daun pandan, kelapa parut dan sebagainya banyak terdapat di sini. untuk makan, segalanya ada di sini (musnahlah harapan saya untuk kurus kerana kononnya rindu masakan Malaysia).


teruja apabila melihat barangan Malaysia dipasaran (bangga!) ps; maggi itu terkecuali laaa

dari pasar basah Filipina

sekian, sampai nanti ketemu lagi


Friday, November 20, 2009

1st dish ever

Find something you love to do and you’ll never have to work a day in your life


saya nak bercerita tentang arab saudi, tapi masih dalam draf. kita pending dulu ya entry tentang itu. hari ini hari jumaat. di sini, khamis dan jumaat diisytihar cuti hujung minggu. jadi, saya ada teman di rumah. suke!

semalam, hari khamis kami dijemput oleh pegawai pertama yang berada di sini untuk ke pasar basah Filipina. hmm macam-macam ada di situ. nanti saya lanjutkan cerita tentangnya di entri akan datang. hari ini hari pertama saya memasak sejak seminggu berada di sini. sementelah mr. soulamate juga bercuti dan berada di rumah, bolehlah memasak. sungguhpun kami masih belum ditempatkan di kediaman tetap, namun tempat tinggal sementara ini membolehkan saya menyediakan masakan air tangan untuk suami. dia sudah rindu masakan saya tuh. lalalala

menggunakan bahan sedia ada yang dibekalakan dari tanahair, saya masak sekadarnya. berbetulan juga, sesampainya kami di sini tempohari kami ada berbelanja sedikit barang dapur di pasaraya berdekatan (credit to pak lokman dan isteri kerana membantu) dapatlah juga saya beli sedikit bahan basah asas seperti telur, sayur, minyak, garam, ayam dan lain-lain keperluan.

okey presenting, my first dish sebagai perantau di tempat orang;

sayur campur

nak dikongsikan resepinya ke? mungkin sesuai untuk anak gadis yang baru nak belajar masak kot. untuk yang dah pro, jangan review laa... wat saya malu jer

cara-caranya;
1. tumis bawang putih yang dicincang halus hingga naik bau
2. masukkan sayur campuran (kobis bunga, lobak merah, putik jagung, kacang peas dsb) yang telah dipotong ; saya gunakan mengikut stok yg ada
3. masukkan serbuk perasa dan garam
4. tambah sedikit air dan gaulkan sebati
5. agak dah mendidih dan sayur cukup empuk, angkatlah dan sedia dihidang

tumis ikan sardin

menurut keluarga dan adik-beradik saya, ini makanan kegemaran saya. ahah memang pun. resepinya pun saya buat yang mudah aje

cara-caranya,
1. tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2. masukkan cili kisar @ cili boh dan masak/ tumis hingga pecah minyak atau cili masak
3. masukkan sos ikan sardin
4. tambahkan sedikit air asam jawa sebagai kuah atau 1 keping asam gelugor dan air
5. masukkan ubi kentang yang dipotong empat
6. renehkan hingga kentang empuk
7. masukkan ikan sardin dan perasakan dengan garam dan gula
8. biarkan seketika, setelah mendidih angkat dan hidangkan

optional, boleh masukkan serbuk jintan dan daun kesum jika mahu (tiada dalam stok saya)

dirantau orang, kicap adalah pelengkap makanan.uhu, alhamdulillah


Thursday, November 19, 2009

the journey begun


Life is a pleasure and
We are it's charm

Penerbangan ke rantau orang dari KLIA menaiki pesawat MAS menuju ke Dubai mengambil masa selama 6 jam setengah. Kemudiannya bersambung semula untuk penerbangan ke Riyadh, Saudi Arabia dari Dubai lagi 2 jam selepas mengambil masa transit selama 7 jam.

Setelah sekian lama tidak menaiki pesawat udara, kepala saya menjadi berat dan berpusing. Mungkin juga disebabkan keadaaan cuaca yang tidak begitu baik, menyebabkan perjalanan pesawat tidak begitu lancar. Selepas setengah jam penerbangan, kami didatangi pramugari (cantik) menghantar alat bantuan media disusuli dengan jadual menu makan. Wah..enak sungguh hidangan di atas awan.

[alat bantuan media- haruslah mesti ade cerita melayu kan, sebab MAS]


[hidangan dimulai dengan satay sebagai starter, disusuli dengan appetizer, dan diakhiri dengan main course]

Saya yang agak lapar, tetapi kurang berselera kerana kepala berpusing. Setiap hidangan yang dihantar dijamah sedkit untuk mengelakkan angin di dalam perut. Selesai santapan, saya mula cuba untuk tidur. Tidak lama kemudian, badan terasa seperti mengalir darah panas dari dalam. Pusingan di dalam kepala semakin hebat dan tekanan udara di dalam pesawat terasa sangat rendah.

Saya mengejutkan mr.soulmate yang tampak seakan tidur dengan lena, minta air sickness bag 'beg mabuk udara' tetapi malang sekali, tidak ada di poket hadapan kami. Saya terasa seperti ingin memuntahkan segala isi perut. Dalam beberapa minit, saya masih mampu bertahan. Tapi untuk minit-minit seterusnya segala santapan tadi tidak lagi rela berada di dalam perut saya. Tanpa beg mabuk udara, segalanya dimuntahkan pada beg plastik bekas selimut yang diberi oleh pramugari tadi. Dengan tanpa persediaan, saya muntah dengan banyaknya dan terkena agak banyak juga pada baju dan tudung. ouchhh!yerk!

Saya bangun berjumpa pramugari dengan bekas plastik berisi di tangan. Agak cuak mukanya dan membantu saya di bilik air 'udara' dengan tuala panas. Datang seorang pramgara (hensem) menawarkan teh atau kopi panas. Saya menolak perlahan dan hormat. Mr.soulmate pula datang menghulur bantuan membersihkan pakaian. Selesai urusan, saya kembali ke tempat duduk dan cuba untuk tidur dan rehat semula.

Sesampainya di Dubai, saya segera menukar pakaian yang sudah berbau tidak menyenangkan itu dan bersedia dengan lebih bersih dan (cantik). Kami ada masa lagi 7 jam sementara menunggu penerbangan seterusnya. Perut sudah mula terasa lapar semula. Mujur ada bekalan nasi kepal dari mungkin air tangan abah atau itam (saya tidak pasti) yang dibekalkan dari tanah air di lapangan terbang sebelum keberangkatan tadi. Saya menjamahnya dengan syahdu dan linangan air mata. Entah kenapa terasa sedih sangat. Mungkin kerana keletihan atau sentimental value pada bekalan yang dijamah.

7 jam di lapangan terbang Dubai, banyak yang boleh dikongsi tentangnya. Ia mempunyai jaringan internet luas tanpa wayar. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Jadinya, masa yang berbaki sangat banyak itu dimanfaatkan dengan menghubungi kaum keluarga di tanah air. Seronok dapat berhubung dengan mereka secara mudah dan percuma. Apa gunanya teknologi kalau tidak dimanfaatkan sepenunya sebaiknya.


terdapat banyak kedai-kedai di kawasan kedai bebas cukai


jaringan internet sejagat untuk kegunaan awam


letih oooo, seb baik ade kerusi ni untuk beristirehat. lega rasa dapat meluruskan kaki dan pinggang

Kami beristirehat di sini sementara, kemudiannya ke balai berlepas untuk penerbangan ke Riyadh melalui pintu 112

sekian, sampai nanti kita cerita pasal Riyadh pula ya, stay tune!


Wednesday, November 18, 2009

thank you

Barangsiapa tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah
(Riwayat Imam Tirmizi)



seperti yang diberitakan sebelum ini, kami telah selamatnya berada di tempat di mana kami akan ditempatkan (apakah makna ayat ini?). sedang dalam net surfing, saya berkunjung ke laman blog sahabat ini, dan tertarik dengan kempen ini. kempen terima kasih.

ingin saya rakamkan jutaan terima kasih buat semua sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan di tanah rantau sana atas jasa dan sumbangan kalian sepanjang kami di tanah air. lebih-lebihnya lagi buat sanak saudara dan sahabat hanndai yang bersama-sama menghantar ke lapangan terbang pada hari keberangkatan tempohari.



[row 1: ibu and abah the lovely]
[row 2: itam and maktam which have been regard as our second parent]
[row 3: the granny, my atuk and atuk from shah alam]
[row 4: mummy and the family]


[ucu and the family. thanks for the lovely kuih siput and kuih gunting.
"hari-hari ida ngan din makan sambil teringatkan ucu"]


[row1: from right, mengikut turutan nombor adik beradik]
[row 2: from right, mengikut turutan ketinggian. huh, i'm the shortest ke?]
[row 3: the lovely angels. thanks to my SIL, yang sanggup datang walaupun masih dalam confinement]


[we share love, care, and tears all together. thanks!]

[family from mr.soulmate side. thanks ya!]

[all the beloved friends of mr.soulmate which are mine too. thanks uols!. thanks to the fians for the luvly presents. thanks to sue for the very likely buku masakan istimewa raya and the diary 2010 for mr.soulmate]

----------------------------------------------------------------------

Entri ini ditulis sempena Kempen 1 Bulan 1 Adab. Dan ia perlukan saya untuk mengikut arahan ini:

  1. Sila ambil kod poster (checked!)
  2. Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda (checked!)
  3. Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi (checked!)
  4. Maklumkan kami dengan mengunjungi BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMEN untuk beritahu link entri tadi (checked!)
  5. Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda (pending!).
  6. Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama (checked mate! ahahah)
saya tag;
bie wan mai
ayin emran
ila nursyahida
semua yang berminat

Tuesday, November 17, 2009

safe and sound




saya dan suami telah selamatnya berada di rantau orang. sedang dalam usaha adaptasi diri dengan cuaca dan keadaan sekeliling. banyak mahu dicerita dan dikongsi. tapi tidak pasti mahu mula dari mana. cukuplah dulu saya beritakan kami di sini semuanya selamat dan selesa. alhamdulillah.

till then, will update later insyaAllah

Tuesday, November 10, 2009

14 hari 14 haribulan

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

masuk hari esok akan genaplah 14 hari saya menginap di laman ayahbonda sebelum keberangkatan saya pada 14 haribulan nov nanti. indahnya dapat pulang ke teratak di mana kita membesar. di tempat di mana kenangan indah tercipta.


memang indah rasa bila kenangan lalu dapat diulang semula. dapat tidur di kamar sewaktu zaman gadis. dapat tidur semula di kamar saat pertama bergelar isteri bersama suami tercinta. dapat semula mengulang rutin harian sebagai suri di teratak indah ini. kalau dulu zaman muda remaja, saya mengurus teratak ini, zaman mula alam rumahtangga juga saya uruskan teratak ayahbonda ini (read: untuk rekod,saya menetap sementara bersama ayahbonda dalam 6 bulan pertama perkahwinan kerana en.suami itu berkursus di luar) kini di zaman pertengahan rumahtangga juga saya berpeluang sekali lagi mengurus teratak ayahbonda ini.

memulai rutin harian selepas menghantar suami di depan muka pintu, saya mula ke dapur mencari apa yang patut untuk dikeluarkan dari peti ais untuk dinyah bekukan untuk bekalan hidangan tengahari nanti. jika bonda yang saya mesra panggil 'ibu' itu ada di rumah (kerana tidak berada di teratak kedua abah), ada peluang saya berbual pagi dengannya. seronoklah aktiviti itu. kemudiannya ibu akan mengurus cucu dan menantunya yang masih dalam confinement period itu dan saya akan membantu melihat sahaja.uhuhu.

masuk tengahari saya dan ibu akan berduet di dapur menyediakan hidangan tengahari. sekalipun abah tiada kerana keluar bekerja, atau berada di teratak kedua, namun hidangan tengahari amat perlu untuk nenda (lelaki) yang menetap tinggal bersama di teratak indah ini. juga hidangan tengahari perlu untuk kakak ipar saya yang sedang dalam confinement itu. owh, jangan tanya tentang seisi rumah yang lain. selain seorang adik perempuan yang berulang alik dari universiti ke rumah, adik lelaki kedua terakhir saya yang sedang bersekolah, adik-beradik yang lainnya adalah menetap di asrama. jika abah di teratak kedua, ibu akan menyiapkan pula bekalan untuknya dan dihantar kepadanya. jika abah keluar bekerja, dia akan pulang makan di teratak ini dan kembali ke terataknya selepas maghrib bersama ibu.


janganlah ada yang salah faham abah dan ibu saya tinggal berasingan. tidak ada kene mengena dengan segala makna pengasingan. hanya yang pentingnya perlu diketahui, abah saya punyai teratak kedua selain yang saya duduki kini, kerna beliau lebih selesa di situ. terletak indah dan damai di atas bukit sana dan menyenangkan jiwa.

selesai makan tenghari, saya teruskan rutin mengemas dapur. jika terdapat sedikit kerajinan, saya akan sediakan hidangan minum petang pula. hidangan minum petang penting untuk nenda yang mesra kami panggil atuk. sekalipun atuk tidak mengira atau cerewet tentang pemakanannya, cukup sekadar segelas milo (yang dibuatnya sendiri) dan beberapa keping roti atau biskut, namun bagi saya sementelah keberadaan di sini, indah rasanya saya dapat bantu atuk bancuhkan air dan bakarkan sedikit kek atau sebarang makanan sihat sebagai minum petang untuknya. dan rutin ini berulang lagi setiap hari sementara keberadaan saya dan suami di sini selama 14 hari dan berakhir 14 haribulan nanti.

selesai minum petang dalam kerehatan saya menanti suami pulang dan bersedia untuk dinner bersama. selesai makan malam, saya dan suami berehatan di kamar saya (sewaktu bergelar gadis) sambil melayari internet tanpa wayar dan menonton televisyen bersama. masih indah bercinta bersama suami walaupun bukan di rumah sendiri. laman ayahbonda adalah laman paling indah dan paling bahagia sejak mula belajar menjadi gadis hingga cantik menjadi seorang isteri dan selamanya sampai bila-bila.(apekejadahnye aku ade ayat macam ini).

ya, internet di laman ayahbonda ini sangat stabil amat dan sangat menggembirakan. sekalipun melanggan dari talian tetap tempatan bersama jaringan internet streamyx, namun saya mampu berlayaran dengan komputer riba tanpa wayar. indahkan. lebih indah bila kami (refer to adik beradik lainnya) berchatting dan ketawa di layaran internet dalam satu rumah. itu lebih sweeet.

cukuplah sampai situ dulu coretan rutin hidup harian saya di halaman ayah bonda. bila lagi dapat saya ulang detik-detik bahagia seperti ini. entah bila saya dapat pulang dan bersantai sebegitu lama di laman ayahbonda seperti ini lagi. segalanya mungkin dan segalanya mungkin tidak. saya tidak sabar menunggu kepulangan semua adik-adik saya juga sepupu-sepupu comel saya. berada bersama dalam lingkungan mereka tetap akan buat saya bahagia sampai bila-bila.

p/s 1: eh, hari ini hari lahir adik saya yang pertama. **ila nursalina**. wink, wink. tahniahlah. dengan doa, moga gembira dan ceria selalu. murah rezeki ko dan panjang umo ko untuk lebihkan ibadah. waktu aku umo macam ko, tahun depan dah kawen dah. ko pulak bile? ahahhahhhhh

p/s 2: mr.soulmate baru sahaja didiagnos mengalami 'gall stone' atau dalam bahasa pasarnya ala-ala batu karang la. setakat ini stagenya belum membahayakan lagi. tapi saya tetap dalam stage kerisauan. tolong saya doakan dia eh T_______T.

Friday, November 6, 2009

lelaki vs wanita

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya" (Ali- Imran:103)

di hari Jumaat yang mulia ini, mari kita kongsikan suatu fakta tentang manis dan indahnya Islam melalui kiriman emel dari seorang rakan.

LELAKI



Tahukah kita bahawa lelaki bujang harus menanggung dosa dirinya sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Apabila seorang lelaki itu berkahwin pula, dia menanggung dosa dirinya sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami wajib memberi nafkah untuk isteri, tetapi kewajipan ini tidak untuk isteri. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Adalah haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin si isteri. Banyak lagi yang lelaki kena tanggung, lebih-lebih lagi bagi yang bergelar suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya.


WANITA



Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak bagi lelaki. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat berbanding lelaki kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya
2. isterinya
3.anak perempuannya dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


LELAKI (suami) dan WANITA (isteri)


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri.

~Wallahu'alam~

p/s: kami belum berangkat untuk sabtu esok, kami berangkat sabtu minggu hadapan.

Monday, November 2, 2009

journey starts to begin

Never rush in love for it never runs out
Let love be the one to knock at your door, so by the time you start to fall, you know that your feeling is for sure

sekarang nih hangat menjadi bualan dan mainan tentang iklan internet jalur lebar P1 Wimax 'dah potong ke belum?' iklan yang mempunyai double meaning ini sangat memberi kesan dalam penyampaian mesejnya. mesejnya menyuruh pengguna memotong jaringan internet berwayar dan beralih kepada jaringan luas tanpa wayar. kebetulan lokasi adalah sekitar kenduri kahwin di mana adanya ramai tetangga dan sanak saudara juga pasangan pengantin. menggunakan tagline sebagai 'potong' memberikan makna yang berbeza.



bagi peneraju telekomunikasi negara, mereka merasa tercabar pula dengan iklan dari wimax tersebut dengan membalas, 'kalau bukan streamyx tak cukup bagus' dan dari iklan di radio, tagline streamyx mengatakan 'aik, dah potong pun lembap? 'ko dah potong kan, tapi kenapa lambat?' ahahah, funny!


apa-apahal pun, persaingan sihat begini sangat membina.dan digalakkan. inilah masanya kita sebagai pengguna membuat pilihan yang paling bijak. dan janganlah hendaknya syarikat2 besar ini saling memonopoli dan potong jalan pihak lain dengan cara yang tidak sihat. harapnya begitulah.

saya dan suami kini sedang menetap di halaman bonda. dari rumah bonda, saya berlayaran tanpa wayar kerna yang terbaru di rumah bonda, adalah langganan pakej kombo baru streamyx dengan pemberian modem wifi secara percuma. impaknya, seluruh isi rumah berpeluang menikmati servis internet di mana sahaja dan ianya tidak lagi hanya terhad di bilik komputer sahaja. apa yang lebih seronoknya kami adik beradik bersembang di chat room ym walaupun berada dalam satu rumah. ianya sesuatu yang menggembirakan bagi kami.ahhahahhhaa...seronoklah. tambahan pula, kini masing2 mempunyai komputer riba peribadi, jadi internet tiada masalah lagi.

bercerita tentang perpindahan, we are moving completely from our house. teratak indah yang didiami sebelum ini telah pun ditinggalkan dengan hati sayu. terima kasih kepada pihak packers yang banyak membantu dalam urusan pembungkusan semua barang keperluan kami. termasuklah barangan yang akan dihantar ke rantau orang menggunakan kontena dan barangan keperluan lain yang ditinggalkan dan ditempatkan di kampung untuk simpanan.



pihak syarikat perwakilan utama yang bekerja dengan sungguh cemerlang sekali. perkhidmatan sungguh efisyen dan syabas!

cekap sungguh mereka ini. segalanya berjalan dengan lancar. tanpa bantuan mereka, terkial-kial lah kami menjalankan aktiviti pembungkusan dan penghantaran ini sendirian. semua barang yang terlibat telah pun kami kumpulkan dan pihak packers ini tinggal menjalankan aktiviti pembungkusan dan penyimpanan. untuk keseragaman dan faktor keselamatan, barang-barang kaca termasuk barang-barang di dalam botol seperti kicap dan sos dibungkus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kotak. kemudian, kesemua barang-barang tersebut dimasukkan ke dalam kotak khas berstiker pihak syarikat.

oleh kerana mereka (packers) ini terlalu cekap, sebagai nasihat untuk diri saya di masa akan datang supaya siapkan pengumpulan sepenuhnya sebelum hari pembungkusan supaya tidak ada yang tertinggal untuk dibungkuskan. juga, meneliti setiap barang yang dimasukkan ke dalam kotak. tersilapnya, saya telah terlepas pandang pihak packers telah termasukkan kasut baru mr soulmate ke dalam kotak untuk pembungkusan. cadangnya kasut itu akan dipakai pada hari keberangkatan nanti. setelah siap semuanya tersimpan dalam kotak, baru saya teringat kasut tersebut disusun bersama barang-barang yang akan dibungkuskan untuk penghantaran menggunakan kontena. ngeee.


keseluruhan barang-barang kami adalah safe and sound di bawah jagaan pihak syarikat sebelum di hantar untuk shipment. barangan untuk simpanan telah selamat berada di kampung halaman sehari selepas pembungkusan siap dibuat. manakala shipment untuk ke tanah rantau akan mula dibuat apabila kami telahpun mendapat tempat di sana nanti. buat sementara ini, pihak syarikat menjaga dan bertanggungjawab di atas keseluruhan barangan kami. syukurlah penghantaran dibuat dengan cara dari pintu ke pintu. jadi mudahlah harapnya urusan menerimaan barangan kontena itu nanti.

sekian dulu, sampai nanti kita bicara lagi.