::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, November 10, 2009

14 hari 14 haribulan

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

masuk hari esok akan genaplah 14 hari saya menginap di laman ayahbonda sebelum keberangkatan saya pada 14 haribulan nov nanti. indahnya dapat pulang ke teratak di mana kita membesar. di tempat di mana kenangan indah tercipta.


memang indah rasa bila kenangan lalu dapat diulang semula. dapat tidur di kamar sewaktu zaman gadis. dapat tidur semula di kamar saat pertama bergelar isteri bersama suami tercinta. dapat semula mengulang rutin harian sebagai suri di teratak indah ini. kalau dulu zaman muda remaja, saya mengurus teratak ini, zaman mula alam rumahtangga juga saya uruskan teratak ayahbonda ini (read: untuk rekod,saya menetap sementara bersama ayahbonda dalam 6 bulan pertama perkahwinan kerana en.suami itu berkursus di luar) kini di zaman pertengahan rumahtangga juga saya berpeluang sekali lagi mengurus teratak ayahbonda ini.

memulai rutin harian selepas menghantar suami di depan muka pintu, saya mula ke dapur mencari apa yang patut untuk dikeluarkan dari peti ais untuk dinyah bekukan untuk bekalan hidangan tengahari nanti. jika bonda yang saya mesra panggil 'ibu' itu ada di rumah (kerana tidak berada di teratak kedua abah), ada peluang saya berbual pagi dengannya. seronoklah aktiviti itu. kemudiannya ibu akan mengurus cucu dan menantunya yang masih dalam confinement period itu dan saya akan membantu melihat sahaja.uhuhu.

masuk tengahari saya dan ibu akan berduet di dapur menyediakan hidangan tengahari. sekalipun abah tiada kerana keluar bekerja, atau berada di teratak kedua, namun hidangan tengahari amat perlu untuk nenda (lelaki) yang menetap tinggal bersama di teratak indah ini. juga hidangan tengahari perlu untuk kakak ipar saya yang sedang dalam confinement itu. owh, jangan tanya tentang seisi rumah yang lain. selain seorang adik perempuan yang berulang alik dari universiti ke rumah, adik lelaki kedua terakhir saya yang sedang bersekolah, adik-beradik yang lainnya adalah menetap di asrama. jika abah di teratak kedua, ibu akan menyiapkan pula bekalan untuknya dan dihantar kepadanya. jika abah keluar bekerja, dia akan pulang makan di teratak ini dan kembali ke terataknya selepas maghrib bersama ibu.


janganlah ada yang salah faham abah dan ibu saya tinggal berasingan. tidak ada kene mengena dengan segala makna pengasingan. hanya yang pentingnya perlu diketahui, abah saya punyai teratak kedua selain yang saya duduki kini, kerna beliau lebih selesa di situ. terletak indah dan damai di atas bukit sana dan menyenangkan jiwa.

selesai makan tenghari, saya teruskan rutin mengemas dapur. jika terdapat sedikit kerajinan, saya akan sediakan hidangan minum petang pula. hidangan minum petang penting untuk nenda yang mesra kami panggil atuk. sekalipun atuk tidak mengira atau cerewet tentang pemakanannya, cukup sekadar segelas milo (yang dibuatnya sendiri) dan beberapa keping roti atau biskut, namun bagi saya sementelah keberadaan di sini, indah rasanya saya dapat bantu atuk bancuhkan air dan bakarkan sedikit kek atau sebarang makanan sihat sebagai minum petang untuknya. dan rutin ini berulang lagi setiap hari sementara keberadaan saya dan suami di sini selama 14 hari dan berakhir 14 haribulan nanti.

selesai minum petang dalam kerehatan saya menanti suami pulang dan bersedia untuk dinner bersama. selesai makan malam, saya dan suami berehatan di kamar saya (sewaktu bergelar gadis) sambil melayari internet tanpa wayar dan menonton televisyen bersama. masih indah bercinta bersama suami walaupun bukan di rumah sendiri. laman ayahbonda adalah laman paling indah dan paling bahagia sejak mula belajar menjadi gadis hingga cantik menjadi seorang isteri dan selamanya sampai bila-bila.(apekejadahnye aku ade ayat macam ini).

ya, internet di laman ayahbonda ini sangat stabil amat dan sangat menggembirakan. sekalipun melanggan dari talian tetap tempatan bersama jaringan internet streamyx, namun saya mampu berlayaran dengan komputer riba tanpa wayar. indahkan. lebih indah bila kami (refer to adik beradik lainnya) berchatting dan ketawa di layaran internet dalam satu rumah. itu lebih sweeet.

cukuplah sampai situ dulu coretan rutin hidup harian saya di halaman ayah bonda. bila lagi dapat saya ulang detik-detik bahagia seperti ini. entah bila saya dapat pulang dan bersantai sebegitu lama di laman ayahbonda seperti ini lagi. segalanya mungkin dan segalanya mungkin tidak. saya tidak sabar menunggu kepulangan semua adik-adik saya juga sepupu-sepupu comel saya. berada bersama dalam lingkungan mereka tetap akan buat saya bahagia sampai bila-bila.

p/s 1: eh, hari ini hari lahir adik saya yang pertama. **ila nursalina**. wink, wink. tahniahlah. dengan doa, moga gembira dan ceria selalu. murah rezeki ko dan panjang umo ko untuk lebihkan ibadah. waktu aku umo macam ko, tahun depan dah kawen dah. ko pulak bile? ahahhahhhhh

p/s 2: mr.soulmate baru sahaja didiagnos mengalami 'gall stone' atau dalam bahasa pasarnya ala-ala batu karang la. setakat ini stagenya belum membahayakan lagi. tapi saya tetap dalam stage kerisauan. tolong saya doakan dia eh T_______T.

No comments: