::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, June 25, 2012

petua mencukupkan rezeki

dan ingatlah nama TuhanMu di waktu pagi dan petang. sujudlah kepadanya di malam hari,dan bertasbihlah memujinya pada malam yang panjang 
(Ad dhar,25-26)

maaf, dengan entry yang sebelum ini. eh, maaf? ya, maaf kepada individu yang belum menjalani kehidupan berumahtangga. untuk sahabat yang mungkin offended membaca catatan ulang tahun kami yang ke 5 kerana mereka masih belum, saya pohon maaf.

mungkin ada yang berkata, hidup masing-masing lah kan. kenapa perlu ungkapan maaf pula. masakan ada yang akan berkecil hati melihat kebahagiaan orang lain. ya, secara zahir mungkin tiada, tetapi secara batinnya kalau ada hati yang menangis siapa tahu kan. kalaulah ada, (ya memang ada) sahabat seusia saya, masih belum bertemu jodohnya, sedangkan saya sudah separuh dekad Allah kurniakan hidup sempurna. mungkin mereka sedikit terguris mengenang nasib diri. secara positivenya mungkin dia boleh rasa rileks-rileks sahaja, tapi jauh di sudut hatinya, siapa tahu dia sedang rasa apa kan...

saya menulis atas dasar keperihatinan yang sama. saya selalu rasakan lambatnya rezeki saya bercahaya mata sama dengan lambatnya jodoh seseorang tiba. pelbagai usaha telah dilakukan untuk melekatkan jodoh tapi tidak berjaya, sama juga pelbagai usaha bagi melekatkan kandungan juga masih belum berjaya. pada saya keadaan itu sama. itu sebab saya rasa saya mungkin berkongsi rasa yang sama dengan mereka. saya bisa rasa gembira dengan berita sahabat atau saudara yang murah rezekinya. belum sempat setahun berumahtangga sudah dikurnia cahaya mata. namun ada satu sudut lain di celah hati saya, merasa sedikit sedih mendengar berita bahagia itu.

walaubagaimanapun, saya tetap percaya dengan takdir Allah. masing-masing ada bahagian rezeki masing-masing. kalau ada yang terkecewa membaca berita bahagia saya, ketahuilah jauh di sudut lain, kamu juga bahagia. kamu masih bahagia bersama lingkungan sahabat handai. kamu masih bahagia dalam lingkungan keluarga. masih mampu berada di bawah ketiak bonda setiap masa, persis usiamu masih di awal remaja. kamu juga masih bahagia dengan kerjaya. hanya tumpuan itu sahaja, tiada perlu pening memasak atau mengurus rumah tangga. mari kita syukur dengan apa yang kita ada. serahkan sahaja takdir yang lain itu pada yang Esa. antara tanda syukur kita adalah bersedekah. dan sedakah itu tidaklah semata-mata terhad pada wang ringgit sahaja.

Rasullullah SAW bersabda,
"setiap sendi tubuh kamu mempunyai sedekahnya tersendiri. setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid pun adalah sedekah. setiap tahlil sedekah setiap amar makruf sedekah, nahi mungkar juga sedekah dan semuanya boleh diperoleh dalam dua rakaat Solat Sunat Dhuha" (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

mudah sahaja bersyukur dengan sedekah iaitu konsisten dengan Solat Dhuha. salah satu solat sunat yang sangat dituntut oleh nabi. fadhilatnya bisa mencukupkan rezeki yang kita ada, InsyaAllah. lazimnya solat sunat dhuha waktunya adalah setengah jam selepas matahari terbit sehingga satu jam sebelum masuknya zohor.  menurut riwayat, solat dhuha bilangan rakaatnya paling kurang sebanyak 2 rakaat, pertengahannya 4 rakaat manakala utamanya 8 rakaat. tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali org2 yg bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. 





mari beramal kerana Allah.
 moga Allah cukupkan rezekinya untuk kita, Amin. 


2 comments:

~Zila Zul~ said...

Suka! :)

ila nursalida said...

zila: baguslah suka..mari amalkan same2 ek