::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, August 16, 2011

partially gone

orang memberi kita merasa
orang berbudi kita berbahasa


masa sungguh cepat berlalu. sudah sampai pertengahan Ramadhan. nak balik dah dia lagi 15 hari. aduh, sedih pulak rasa. dan pada hari yang ke 15 ini saya tumpas pada biologi diri. kalau kat kampung halaman dulu termnya known as ABC (Allah Bagi Cuti). bila tertumpas nih, sedih tak dapat terawikh tapi still dapat catch up tadarus macam biasa. Alhamdulillah. buat yang tak tahu sila maklum ya, walaupun tumpas biologi diri yang menghalang kita dari puasa dan solat, tapi kita masih boleh mengaji tau. sila rujuk entri di sini yang saya dah tulis tahun lepas mengenai perkara ini. paling sedih, umrah memang takleh nak buat la sekalipun date telah dibook dan tiket dah dibeli :(

selepas selesai separuh purnama bulan yang mulia ini, Iftar jamaie yang dirancang juga telah berjaya dengan selamatnya. iftar jamaie pertama dengan jumlah kehadiran seramai hampir 50 orang berjalan dengan lancar. iftar jamaie kedua sekitar 20 orang juga alhamdulillah selesai. semoga pahalanya di terima seperti yang dijanjikan, insyaAllah.

Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


Ramadhan tahun ini mengeratkan hubungan saudara dengan rakan-rakan di sini. terasa ukhuwahnya bertambah erat. terasa penerimaannya lebih indah berbanding tahun awal saya di sini pada mula-mula dahulu. semakin mesra, semakin erat. sekalipun kami bukanlah biologically related, tetapi ukhwah islamiyah yang terjalin seolah-olah mengalir darah yang sama dalam badan setiap seorang dari kami. sungguh, saya amat terharu. hikmahnya bertemu dan berpisah kerana Allah. bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. walaupun ajal menjadi nokhtahnya, kerana doa seorang sahabat yang bersaudara itu terlalu istimewa biarpun tanpa ada bayangnya di depan mata. hadiah indah dari Allah, di buan Ramadhan yang mulia. syukur Alhamdulillah.

3 comments:

Mila@Rimbun said...

samalah date ABC kita.. tp oklah.. Izzah pon tengah exam, rehat2 kat rumah je lah sambil buat apa yg dibolehkan.

bila Ila ke mekah? mesti makin ramai orang disanakan, dah akhir ramadhan, tambah plak kalau weekend kat sana, hari khamis last week tuh, even lepas subuh tuh dah terlalu padat org tawaf, the day before that biasa2 jer.

ila nursalida said...

k.mila: huh, nsb baik abc slps blk mekah kan..lega la sikit...eh,tp bkn ke akk xpecting?Sy pny flight 18hb...uhuh,alamatnye sy temankn c.din jela ke sn...kitorg pg blk hr jer..smp pkl 11.30pg bertolak blk 1.00pg 19hb...

Mila@Rimbun said...

alahai ila.. akak dah lama miscarry ler, bulan 4 arituh... tp akak rasa bersyukur jugak, kalau akak tak miscarry, rasanya a.lihin tak bg akak ikut hahaha.

oo tak bermalam ler kat sana yer... mmg mahal ler hotal kat sana, yg akak duduk arituh dlm RM700++ semalam, taraf mcm bajet hotel je pun. Klu nak duduk Hilton yg betul2 depan pintu masjidilharam tuh tak taulah brp regenye kan