syukur kadangkala lebih tinggi makamnya dari sabar
baru saya rasa erti berkabung yang sebenar. pernah dulu masih segar diingatan, permaisuri raja negeri Selangor mangkat, jadi kami kene berkabung. waktu tuh yang perempuan kene pakai tudung hitam, lelaki kene lilit songkok dengan reben putih. waktu tuh saya masih kecil, tak faham pun kenapa kene berkabung bila ada yang meninggal atau kalau peringkat raja kita panggil mangkat. berberapa hari lepas termasuk hari ini, saya rasa seakan berkabung dengan kehilangan seorang kenalan, walaupun saya tidak pakai tudung hitam dan suami tidak melilit songkok dengan reben putih.
dulu saya pelik kenapa sampai satu negara nak kene berkabung. setahu saya berkabung sebab nak tunjuk kita rasa sedih dan rasa kehilangan bila ada yang pergi meninggalkan kita. tapi waktu tuh saya berpendapat cukuplah cuma ahli keluarga dan kerabat aje yang berkabung takyahlah sampai satu negara dan cuti bagai kan. sekarang saya rasa, walaupun bukan ahli keluarga saya yang pergi, walau bukan kerabat saya yang dijemput Ilahi, walhal bukan sahabat rapat pun yang mengadap Rabbul Jalil tetapi kemurungannya saya tetap rasai. rasa tidak percaya dia sudah tiada, rasa seperti mimpi dia sudah pergi. hari-hari saya menjenguk ke dinding facebooknya, hari-hari saya buka laman nafastarinya seakan-akan mengharap akan ada posting terbaru dari beliau. MasyaAllah. Subhanallah.Innalillah. Astaghfirullah.
Dia yang pergi itu cuma rakan kenalan biasa. tetapi dia sungguh luar biasa. peninggalannya sangat terkesan di hati saya dan sahabat-sahabat lainnya. sedang saya yang bukan siapa-siapa dengan dia, sudah begini rasa murung, bagaimana insan-insan terapat dengan arwah? saya rasa bagaikan sukar untuk terima kenyataan bahawa tempoh peminjaman Tuhan atas seorang kenalan telah tamat tempohnya. belum puas saya bersahabat dengannya, belum puas menatap tulisannya di nafastari, belum puas menatap foto2 indah dia di tempat barunya. belum cukup puas, sudah harus dipulangkan semula dengan rasa berat kepada pemilk yang sebenar. tidak terbayang bagaimana si kecil Nada yang mungkin tercari-cari ayahnya. tidak terbayang bagaimana tabahnya adik Aini menghadapi detik-detik sukar begini.
Ya Allah, bantulah hambamu itu menghadapi cabaran hidup ini ya Allah. Kau tabahkanlah hati mereka Ya Allah. Kurniakanlah keberkatan dalam hidup insan-insan yang arwah tinggalkan Ya Allah. Bimbinglah mereka YA Allah, pimpinlah mereka ke jalan yang engkau redhai, Amiin
Allahu Akbar, Allah Maha Besar. hanya Dia lah yang menentukan perjalanan kehidupan ini. tiada siapa yang dapat menduga jangka hayatnya akan lama atau sebentar sahaja di dunia. masih saya terkenang, ada suatu masa beberapa bulan lalu, saya diamanahkan untuk mengendalikan suatu program Mukhayyam Tarbawi untuk anak-anak penduduk Malaysia di sini. sebelum saya mengenali peserta di hari program, terdahulu saya telahpun mengenali mereka di luar program yakni pada hari-hari biasa. segelintir peserta walaupun datang ke program dengan aurat tertutup penuh, tetapi di luar program saya amat mengenali mereka bukanlah seperti diri meraka di hari program. jadi, dalam salah satu sesi yang saya kendalikan saya menyentuh kepada peserta isu perubahan diri secara islami. rata-rata mereka sedar akan kehendak tuntutan cara berpakaian Muslimah, namun mereka memberi jawapan belum bersedia berubah secara total. masih mahu mengibar rambut pada agin lalu dan masih mahu mendedah lengan pada udara. jawapan mereka masih belum bersedia. mungkin mereka merasakan mereka masih muda, masih semuda 12 atau 13 tahun. tapi tuntutan itu sudah jatuh wajib ke atas mereka.
saya kesal dengan jawapan belum bersedia itu. tahukah mereka mati itu akan menjemput bila-bila masa? ia tidak menunggu persediaan yang rapi. ajal itu akan tiba bila sampai waktunya, tidak menunggu usia cukup tua. mati itu akan datang bila-bila. kenapa mahu tunggu sehingga bersedia. pada saya, bagi yang perempuan bila sudah ada teman yang setia datang setiap bulan (read: reach puberty), sudah wajib rasa bersedia menutup aurat mengikut landasan syariatnya yang betul. ibu bapa, tolonglah observe pakaian anak-anak anda. supaya nanti anda tidak gentar berhadapan dengan hari pertemuan dengan Tuhan.
owh, berbalik dengan cerita berkabung tadi. pada saya tiada salahnya kita meratapi yang pergi. agar datang insaf di hati kita akan tiba giliran kita pula suatu hari nanti. menziarahi yang pergi dijemput Ilahi itu satu tuntutan agar terbit rasa simpati dan keinsafan diri. dengan teknologi yang canggih buat masa kini, ziarah tidak terhad dengan kunjungan ke rumah. memanfaatkan teknologi dalam konteks ziarah bagi menghiburkan ahli keluarga juga adalah memadai. saya rasa bangga melihat sekumpulan kecil rakan arwah yang menyediakan tabung dana untuk keluarga anak-anak arwah, juga yang sudi menghulur bantuan buat mereka. perginya dia sebagai menguji kita bagaimana kita prihatin dengan nasib yang menimpa saudara seislam kita.
buat akhirnya, kepada yang masih bersedih dengan kehilangan arwah, mari kita sama-sama renungkan sebuah klip ringkas daripada ulama' tersohor Dr Asri Zainal Abidin seperti di bawah;
luangkanlah sedikit masa kita menghayati butir bicara beliau, moga-moga kita memperoleh ketenangan hati dan merelakan dia pergi dengan Aman. Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
4 comments:
As salam ila,
sedih bc kisah arwah..tu lah..hanan pun selalu dok singgah blog arwah jugak.mmg terasa sayu sungguh hati bila melihat anak2nya..moga mereka kuat dan tabah..
hanan: moga Allah lindungi mereka, InsyaAllah
baru first time ke blog arwah. seronok baca pelbagai pengalaman berharga dari arwah
alfatihah untuk arwah. Moga mendapat Rahmat dari Ilahi.
k.mila: amiin, insyaAllah
Post a Comment