::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, February 23, 2010

tabah dan sabar

You've got a lot of choices
If getting out of bed in the morning is a chore and you're not smiling on a regular basis, try another choice
~Steven D. Woodhull


baru-baru nih jumpa sahabat lama. owh, maksud saya bukan jumpa di sini. biasanya jumpa kembali on the net la. dunia serba canggih kan sekarang. hi tech bak kata orang. seronok dapat bersua semula dengan kawan lama, saling bertukar cerita dan perkembangan masing2. kalau perkembangan saya tak yah ceritalah. memang kembang.ahah

selalunya mereka akan tanya lokasi saya. dan mereka akan kata bestlah saya di tempat orang. seronoklah dapat dok obersi. ahah, bagi diri saya sendiri, kalau nak cakap tak seronok kang kufur nikmat lak kan kata gitu. hmm i can say, it is so so jelah kat tempat orang. not exactly is so seronok and not exactly is so bad. sebab tempat sendiri kan lagi best. tak semua yang kita suka di tempat kita boleh dapat kat sini. dan tak semua yang kita tak suka kat tempat kita ada kat sini. so, in balance la semuanya.

secara detailnya, kegembiraan di sini sebenarnya belum saya discover sepenuhnya lagi. mungkin masih baru. mungkin masih fresh banyak yang masih belum diteroka. tapi keseronokan di sini saya cuma dapat tafsirkan bila kita bandingkan dengan sesuatu yang sukar didapati di tempat sendiri. contohnya pengalaman hidup di rantau orang, jauh dari zon-zon selamat. bukannya saya nak kata seronok tidak berada di zon selamat itu, cuma cuba dalam usaha mempositifkan diri. seronoklah kalau kita boleh belajar cara hidup berdikari kan, sebab sebelum nih macam tak berapa berdikari. seronoklah boleh cuba untuk jadi tabah kan, sebab sebelum nih tak berapa nak tabah. seronoklah jugak boleh belajar nak survive walaupun payah sebab sebelum nih senang je nak survive kat tempat sendiri.

tapi dalam pada nak mencapai rasa seronok tuh, kekadang disulam juga dengan kesedihan sedikit. biasalah orang perempuan macam saya nih, berhati kaca dan berhati tisu, mudah sangat tersentuhnya dengan ujian-ujian kat tempat orang nih. kadang-kadang rumah tak siap2 nih pun leh jadi tension. sedangkan takyah tension pun sebenarnya takpa. bawak-bawak jer bersabar. menunggu barang kontena tak sampai-sampai pun tension. seadngkan benda tuh nak sampai dah tak lama lagi (dah sampai kang baru kau tahu betapa penatnya menguruskan barang-barang itu). internet tak berapa stabil macam kat kampung halaman pun nak tension. sedangkan tak lama lagi soulmate dah janji nak tukar internt baru. urusan kenderaan yang tak settle2 pun rase nak tension. sedangkan yang susah payahnya soulmate yang sorang tuh. tak pun menunggu mr.soulmate pulang dari pejabat sebab sibuk bekerja pun rasa nak tension guling-guling. sedangkan orang tu bukannya pergi ke mana. pergi kerja je pun. kawan-kawan baru kat sini yang dianggap kawan selepas janji nak ajak kalau ke mana-mana tapi sebenarnya tak pernah pun rasa nak mengajak bila diorang ke mana-mana pun rasa nak tension. sedangkan tak sedarkah kita siapa,hanya kerang-kerangan ditepian, buat apa diorang nak ajak kan. itulah, kalau nak tension tak pasal2 kan susah. pastu mulalah rasa nak balik kampung halaman. cepat sangat putus asa kan.

sebenarnya, inilah keseronokan berada di tempat orang. merasa seronok atas kesusahan yang dilalui. untuk perempuan comel (bulat) yang fragile sangat macam saya nih, dapat melalui ujian-ujian perasaan macam nih dengan tabah memang satu kejayaan yang membanggakan. menjadi seorang yang lebih tabah dan lebih banyak bersyukur adalah suatu keseronokan. lupakanlah seketika kepahitan yang sementara itu. segala-galanya akan berakhir jua. semuanya akan settle tak lama lagi. kalau kita asyik selalu merungut dengan segala kesusahan, kita akan mudah lupa akan kesenangan yang Allah kurniakan kepada kita. doakan saya ya kawan, doakan saya moga lebih kuat, lebih tabah dan lebih matang. doa please...

sekian kawan,
ilalliqa' maasalamah

Sunday, February 21, 2010

zaman itu

The most beautiful discovery true friends make is
that they can grow separately without growing apart
~Elisabeth Foley

sepanjang hari semalam langsung tiada produktiviti dihasilkan di kediaman ini. kitchen kabinet telahpun halfway siap dipasang. halfway jea ok. masih belum siap sepenuhnya. kalau nak ikutkan, tugas saya untuk semalam ialah mengelap sume habuk2 dalam kabinet2 kat kitchen yang baru separuh siap pasang tuh. tetapi tidak. tiada produktiviti langsung semalam.

sekalipun begitu, produktiviti saya terhasil di tanah air. wah wah, dapat pulang ke tanahair dalam masa sehari kah? ahah, jangan tertipu. saya berproduktiviti dengan kecanggihan teknologi. sepanjang suami keluar berkerjaya, saya yang di kediaman ini berada di tanah air melalui hujung jari jela. batin je dah sampai. zahir masih di sini. membantu adinda yang sedang dalam kekocohan menyelesaikan assignmentnya yang sudah hampir kepada deadline nya. memula saya membantu keseorangan, setelah soulmate pulang, dia pula melahirkan idea-idea bernasnya. sudah lama rasanya meninggalkan alam -assignment-dan-presentation-. dapat membantu adinda nan seorang itu memberi makna otak saya dan soulmate masih belum berkarat lagi. lega rasa dapat membantu. siap dapat semak slide presentation dia lagi. uhhh such a big relieve!.

dalam pada itu saya dapat imbau kembali zaman getar menghadapi deadline -assignment-dan-presentation-. saat getir bersama rakan seperjuangan study dan menelaah. dalam menghadapi liku-liku zaman itu dahulu, masih segar lagi diingatan saya insan-insan sahabat yang bersama-sama mengharung malam dan siang menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi.

[zaman saya masih kecil (read: kurus), masih kehulu kehilir dengan porch kecil]

perjalanan menghadapi masa itu kadangkala juga diserikan dengan karenah manusia yang berbagai. sekalipun kita anggap mereka sebagai sahabat karib dan kawan rapat (sebab tu boleh jadi team member), sesekali terselit juga perangai dan sifat masing-masing yang sambil lewa dan ambil tidak endah (read: nota ini terkecuali untuk lima sekawan). saat itu sebagai ketua atau pun sebagai seorang yang memberi usaha lebih (kalau nak diiukutkan hati) mahu saja reportkan kepada lecturer yang si polan dan si polan tidak memberi sebarang sumbangan. namun apabila mereka-mereka datang semula dan memberi sumbangan seadanya, sakit di hati dan penat lelah bersengkang mata hilang sudah. sama-sama meraih genggam menghantar hasil tugasan dengan bangga dan senyuman kelegaan.


[salah satu assignment berkenaan alam sekitar, dalam subject environmental psychology]

begitulah di alam belajar. indah sangat-sangat. zaman yang setiap seorangnya sangat berhati suci. sangat tulus dan murni. tiada terselit sebarang agenda untuk mendengki atau membenci. sama-sama berganding bahu, sama-sama bersengkang mata dengan satu cita, untuk berjaya. zaman yang hanya tinggal dalam lipatan kenangan. zaman yang tidak mampu diulang. zaman yang hanya sesekali berlaku lagi dalam mimpi. kemudian buat kita rindu pada teman-teman seperjuangan, pada taman ilmu dan budi itu dan buat kita terfikir-fikir untuk kembali semula di zaman itu. namun sedikit hampa kerana jika sekalipun kita kembali lagi, senarionya pasti tidak sama lagi kerana uniknya ada pada sahabat-sahabat yang jalinan persahabatnnya terbina atas dasar suci.


p/s; catatan versi rindukan sahabat lima sekawan, buku-buku dan kuliyah, serta merindukan taman ilmu dan budi.

illalliqa' maasalamah

[all pictures are credit to mrs. khadijah, the mom-to-be]

Thursday, February 18, 2010

benda baru

Home is not where you live but where they understand you
~Christian Morgenstern

kadangkala untuk berubah bukannya mudah. berada dalam zon selesa menjadi kesukaan semua orang. benda lama sudah serasi dan sudah sangat biasa. benda baru, mungkin ada baiknya namun untuk menghadapi risikonya masih perlu dalam keadaan berjaga-jaga dan hati-hati.

kalau anda pengunjung yang kerap datang, anda perasan pembaharuan blog saya. memang sudah lama ingin tukarkan dengan template wajah baru seprti ini. namun ada sesuatu yang menghalang. sesuatu itu adalah yang saya sayang. apakah dia, jawapannya ialah anda. macam pelik kan. bila masa pula anda duduk dalam blog saya kan?

okey, begini mari saya terangkan. saya sayangkan komen-komen yang anda tinggalkan sama seperti saya sayang anda. saya punya ramai silent reader. kadangkala apabila silent reader dare to leave comment, saya teruja amat. ~gembira~ ^__^. jadi sayang rasanya menghilangkan komen yang julung2 kali ditinggalkan itu. untuk yang selalu komen, lagilah saya sayang selamanya.

namun apa daya saya, teknologi ini bukan di bawah bidang kuasa saya sepenuhnya. harus akur dengan perubahan teknologi yang tanpa sempadan ini. provider ruang komen saya yang sebelum ini sudah menamatkan perkhidmatannya seraya membawa pergi komen-komen anda sekali. saya sedikit sedih di situ. jadi saya ceriakan diri dengan layout baru ini dan hadiahkan sebiji kek cawan yang comel buat anda semua yang sudi meninggalkan jejak di kotak komen. terima kasih dari saya. sila jangan kecewa, komen2 anda sudah tiada. ia cuma hilang dari pandangan mata, tidak hilang dari sudut hati kecil saya.

sekian, sampai kita berinteraksi lagi. sampai kita berceloteh lagi. terima kasih untuk luangan masa anda melawat 'rumah' saya dan terima kasih atas sokongan anda yang tidak bertepi untuk saya setiap masa.

ilallliqa' maasalamah


Sunday, February 14, 2010

CNY holiday, tapi kami tak cuti

fabiaiyi aalaai rabbikuma tukazziban...
maka nikmat tuhanmu yang mana lagi hendak kamu dustakan?~quran, ar-rahman~

dengan teknologi nih terasa dunia sebagai kecik sahaja. sebagaimana orang di kampung halaman saya merasai kemeriahan cuti Tahun Baru Cina, saya di sini juga sedang merasainya. setiap hari dihidangkan dengan ucapan demi ucapan buat warga kaum Tiong Hua yang menyambutnya. sekalipun di tempat saya berada langsung tiada sambutan ini diraikan.

saya juga seperti merasai kemeriahan pulang ke kampung sempena cuti yang panjang bila setiap hari selama dua hari ini saya dihidangkan dengan laporan-laporan trafik di sepanjang lebuhraya utama utara selatan dan pantai timur. segalanya saya dapat melalui khidmat piring hitam besar yang boleh buat kawah kenduri di tingkat atas kediaman yang saya duduki ini. ini baru cuti perayaan masyarakat Tiong Hua, macammna agaknya kalau perayaan masyarakat kaum saya? uhh, mahunya bengkak la mata saya pergi sembahyang raya nanti. tabahkah hati saya meniti hari demi hari kelak apabila berjauhan dengan keluarga dan sahabat handai buat pertama kali menjelang Aidilfitri. aik belum pun habis ganti puasa, dah terbayang nak pulang berhari raya? camne tuh...ngee

namun begitu, setakat sekarang saya masih seperti selalu. berhati gembira dan riang selalu. sekalipun ada gundah gulana rindukan tanahair. itu perkara biasa. saya masih seperti selalu berada sendirian sementara suami keluar bekerja. bila beliau pulang semula kepangkuan saya, kami kembali berdua seperti keadaan biasanya. lihat, rutin saya yang menggembirakan, lantas peningkatan berat badan sedikit ketara. tanpa perlu ada masalah kerjaya, masalah rutin sibuk harian atau masalah hidup lainnya. saya gembira hidup dengan cara seperti saya sekarang ini. tidak kisah ada sedikit peningkatan berat, asalkan saya masih sihat. tapi kenapa ada yang macam tak puas hati sahaja. kenapa mahu perli2. muka bulat lah, macam pau lah, bulan penuh lah. itu petanda saya gembira, jadi kenapa ada yang seperti tidak gembira. saya tidak berapa suka nak dengar bila ada yang banyak bunyi nih sedang mereka tidak tahu apa-apa tentang saya. takkan lagi suka saya yang cekeding macam jerangkung, muka berpetak sebab nampak tulang rangka baru nak puas hati? pastu gastrik guling-guling baru suka hati? haish....sigh


[penampilan baru (yang dah lama) semakin membulat seperti kata semua orang ^_^]

kami masih lagi dengan takdir berdua. masih belum bertiga. akan saya beritakan sampai masanya kelak. harap semuanya bersabar. kalau kami masih mampu bersabar kenapa tidak anda? jangan tanya lagi selagi saya tidak beritahu. cuba diam-diam dahulu. sebab saya sudah usaha dan saya selalu doa Allah hadirkan insan ketiga hasil benih cinta bila masanya sesuai. cepat atau lambat hanya Allah sahaja yang tahu. saya cuma doa agar diberi kurnia bila masanya sesuai. nak mintak cepat2, bukannya kita tahu apa yang Allah dah takdirkan dalam perjalanan hidup ini. kalau nak mintak supaya lambat hadirnya manusia dalam perut, takut nanti sudah terlambat benar. jadi saya pinta Allah anugerahkan saya hasil benih cinta sesuai pada masanya.


ramai yang sebut, saya bertuah kerana masih berdua. jadi boleh jalan puas-puas di bumi penempatan baru ini. jadi boleh lebih lama berkhidmat sepenuh masa untuk suami, jadi boleh sepenuh masa memberi masa untuk diri sendiri. kenapa perlu tergesa-gesa mendesak Tuhan untuk lebih memberi. setakat yang ada pun belum habis disyukuri, mahu minta lagi...

sekian dulu,
ilalliqa' maassalamah



Sunday, February 7, 2010

a week after

I am thankful for a lawn that needs mowing, windows that need cleaning and gutters that need fixing because it means I have a home
~Nancie J. Carmody

sudah 7 hari berlalunya satu bulan di tahun 2010. sudah 7 hari juga berlangsungnya bulan kedua untuk tahun ini. makanya sudah 7 hari jugalah saya menghuni kediaman baru secara tetap di bumi bertuah tempat saya berada di sini selapas kurang lebih dua bulan kami menginap di hotel sewaan buat tempat berlindung dari kesejukan cuaca dan keterikan mentari.

dalam masa 7 hari di kediaman ini, segalanya masih belum cukup sempurna. tetapi kebanyakannya telah hampir mencukupi. untuk rekod, semua keperluan asas rumah disediakan sepenuhnya oleh tuan rumah termasuklah alat perabot, langsir dan beberapa alatan elektrik asas yang lain. cukuplah setakat ini kami sudah disediakan set katil tempat untuk merehatkan letih di badan setelah penat mengemop seharian. tidaklah perlu tidur di lantai yang berdebu dan sejuk tahap ais. juga sudah punya set meja makan walaupun tidak sepanjang tempat duduk untuk 20 orang, namun masih mampu menempatkan sebilangan tetamu yang akan hadir suatu ketika nanti. syukur, kami tidak perlu bersantap sambil juga bersila di lantai sesejuk ais ini. syukur juga, set-set sofa telah pun memenuhi ruangan-ruangan santai tempat menghilangkan penat dan merehatkan minda sambil menonton siaran televisyen yang ke udara. sekalipun segala plastik-plastik di sofa masih belum dibuka sepenuhnya, namun duduk sambil menonton rancangan kerinduan tanah air sangat melegakan hati. sekalipun rancangan yang ditonton adalah paling jarang ditonton sewaktu di tanahair dahulu, namun dapat menikmati siaran itu pun dapat menghilangkan rindu dendam yang terbuku di hati.



terima kasih kepada cakera besar ini yang memberi laluan kepada saya dan suami menikmati siaran dari tanah air sendiri. saya syukur, walau hanya satu siaran yang dapat kami tontoni, walau tidak sebanyak yang ada di tempat sendiri, namun yang ada itu sudah lebih baik dan mencukupi. ini adalah kerana saya punya 800 channel lain lagi yang boleh diberi pilihan untuk tontonan.

kediaman yang telah 7 hari didiami ini belum lengkap sepenuhnya kerana kami masih menunggu pihak tuan rumah memasang kabinet dapur lantas saya boleh memasak dengan secara sempurna. tidak perlulah lagi saya memasak seperti waktu di asrama dahulu menggunakan periuk nasi elektrik yang kecil comel. ada juga suami belikan untuk saya dapur elektrik yang kecil, namun dapur comel yang indah dari segi rupa parasnya itu penggunaannya hanya pada tahap yang sangat minimum. biarlah saya betah lagi menggunakan periuk nasi elektrik comel itu dari dapur elektrik yang hanya terbatas untuk fungsi pemanasan sahaja, tidak sampai tahap memasak.

selama 7 hari ini juga rutin saya banyak berkisar pada tahap cleaning and dusting. hari-hari saya mop lantai yang sangat selalunya berdebu. mengikut tunjuk ajar yang diperturunkan ibu, mop lantai harus dengan air bersih dahulu untuk beberapa kali bilasan sebelum diakhiri nanti dengan bilasan akhir pencuci lantai tanpa bilas. di ruangan atas telah saya selesaikan dengan bilasan akhir pencuci lantai tanpa bilas. cuma di tingkat bawah ini cukuplah bilasan penghilang debu sahaja dahulu saya buat. tunggu sehingga tukang rumah siapkan kabinet dapur dan pemasangan langsir dahulu, baru saya sudahkan dengan bilasan akhir pencuci lantai. jika tidak, usaha saya cuma mendatangkan penat, kerana mereka-mereka ini bukannya tahu nak buka kasut sebelum masuk rumah, ditambah pula debu-debu yang akan mereka hasilkan hasil daripada kerja-kerja pemasangan itu nanti.


atas dasar rasa kasih, suami hadiahkan saya 'super mop' yang penggunaannya lebih mudah dari mop biasa. syukur juga, saya tidak perlu guna cara tradisi seperti kisah cinderella yang rasanya terdera pinggang dan tulang belakang mengemop menggunakan kain secara manual terduduk-duduk. alhamdulillah, syukur. membasuh juga adalah dalam sedikit kesukaran buat masa sekarang. yelah, sudah terdidik sejak kecil dibantu oleh mesin dalam aktiviti mendobi. jadi kini sedikit terganggu bukan kerana mesinnya tiada, mesinnya sudah ada tapi tidak boleh diguna. harus menunggu tuan rumah juga untuk setelkan semuanya. bukannya en.suami tidak boleh memasangnya, tetapi kepala paip dan saluran paip mesin adalah tidak sama. takkan kami yang mahu selesaikannya sedang ianya adalah tugas tuan rumah, serahkan sahaja padanya.

namun masalah dengan tuan rumah dan pekerja-pekerjanya bukan sesuatu yang mudah di terima. sedang kita dalam keadaan terdesak di sini dengan kebanyakannya yang kurang sempurna, mereka boleh membuat sambil lewa. kalau dikatakan janji melayu itu yang paling terburuk, janji dengan kaum yang di sini jauh lebih buruk. janji melayu paling kurang lewatnya 2-3 jam, janji masyarakat di sini mahunya makan 2-3 hari baru sempat ditunaikan. sigh....

berkenaan dengan cuaca, semakin hari semakin sejuk. dan kesejukan di sini (kediaman ini) lebih amatnya terasa berbanding dengan di hotel dahulu. di kediaman ini barangkali tanpa lengkap berpermaidani dan dengan struktur binaan batuan penuhnya tidak menjadi agen penebat haba yang baik. lantas setiap hari selama 7 hari ini saya dan suami kesejukan yang amat di pagi hari dengan kadar cuaca serendah bawah 10 darjah selsius.

akhirnya, saya berdoa agar sedikit kesusahan dalam kesenangan ini akan segera berakhir. saya dan suami kini sedang menanti sampainya barangan dari tanah air yang akan memulakan perjalanannya pada esok hari (8hb) dan tiba kepangkuan kami dengan selamatnya. InsyaAllah. Amiin.

Saturday, January 30, 2010

TAG

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you

seperti cik ian, saya jugak lama dah tak wat asignment kat blog nih. tiada sesiapa yang ingin memberi assignment kat saya. seb baik jumpa kat blog cik ian neh... eheh, wat TAG di blog nih adalah salah satu cara untuk kita bercerita tentang perkara random secara lebih sistematik. mudah saja, jawab soalan yang diberi berdasarkan situasi dan keadaan anda. tiada salah atau betul, cuma perlu jujur. kalau tak jujur pun sebenarnya takda masalah. ikut sukalah nak jawab cemana. janji menjawab persoalan. tiada sesiapa yang akan judge anda atas jawapan anda. melainkan makhluk2 toksik je yang suka mengkonem orang. so, if u are being TAG kat bawah neh nanti, silalah jawab dengan hati dan jiwa raga yang lapang, okay!

HERE WE GO!

1) Where is your cell phone?
dua-dua dalam bilik. yang line CELCOM baru je on kan pagi tadi. sebabnya, bateri phone tuh dah kong, jadi gilir2 on dengan phone mr.soulmate. seb baik phone model yang sama leh share2 bateri. phone yang line STC pun dalam bilik atas katil.

2) Relationship?
i am having a serious relationship -undoubted- i can say, with my love and the only soulmate. setakat sekarang, dialah teman saya nak ajak gaduh, ajak main, ajak bergurau, tempat mengadu, tempat membebel dan the list on and on.

3) Your hair?
dulu, adik beradik saya lebih tepat -abang- selalu kata rambut saya macam 'lion king'. pernah tengok citer kartun neh? al-kisah, rambut saya agak sangat kering and resulted mengerbang. kat sini pulak, disebabkan cuaca yang sangat kering, rambut kering saya sangatlah menjadi kering (apadah banyaknye kering) dan akibat tindak balas atom berserta cas positif dan negatifnya, rambut2 saya neh sering tertarik antara satu sama lain menghasilkan cas-cas elektrik yang lebih sesuai dinamakan elektrik statik. pernah belajar cara-cara wat elektrik statik waktu dalam kelas sains dulu? kat sini elektrik statik sangat mudahnya berlaku. we have to create special enrty untuk ceritakan pasal elektrik statik kat sini. okay, berbalik kisah rambut, saya sekarang sudah punyai hobi baru iaitu meminyakkan rambut. bukan setakat ianya tidak mengerbang lagi, rambut saya sudah jadi ikal menawan, sudah cantik hitam berkilat. tiada lagi rambut seperti lion king itu dan pastinya elektrik statik juga tidak berlaku. moralnya, kepada yang inginkan rambut sihat dan menawan, sila minyakkan selalu rambut anda.



4) Work?
i am domestic engineer. saya bekerja secara domestic -internal- di dunia saya. sayalah bos dalam ini rumah, dan saya juga kuli. saya akan arahkan diri saya memasak, lalu saya akan memasak. bila mendapat arahan mencuci saya akan jadi tukang cuci, bila mendapat arahan berehat, saya akan berehat goyang kaki like no body business. saya hidup dengan gaya yang saya suka, dengan cara saya tersendiri. sila jangan banyak bunyi.

5) Your sisters?
i regard my lovely sisters as my dearly angels. kami seakan sebaya walaupun dari segi umur ada jauh jarak beza. kami punyai nama yang hampir sama, cuma ada sedikit beza di akhirnya. masing-masing punya kerektor tersendiri as their own uniqueness. masing-masing punya mood tersendiri, as their own weaknesses. kadangkala kami happy bila bersama, kadangkala kami juga boleh jadi tidak sekepala. they are my dearly angels, they are my dearly enemies.ahahah...


6) Your favorite thing?
internet surfing, chatting, blogging, cooking and doing whatever i like as i wish to do.

7) Your dream last night?
semalam punye mimpi dah tak ingat dah. tentang apa tak tahu. tapi kalau ade mimpi yang macam menakutkan, mesti je bangun-bangun tidur terus share dengan teman sekatil saya. mesti cerita sebab konon-konon dibayangi lar..ahaha funny!

8) Your favorite drink?
saya suka minum air masak. kalau pergi mana-mana mesti kene bawa air. tak kisahlah walaupun botol saya tuh besar, tapi saya nak bawa juga.

[saya yang healthy bersama botol air biru kesayangan]
picture credit to lan, cpd

9) Your dream car?
saya takde dreaming any car. asal boleh membawa saya berjalan-jalan cukuplah. asal mampu memberi keselesaan untuk perjalanan yang jauh dengan angan-angan nak ke mekah dan madinah bila dah dapat kereta nanti. angan2 juga nak bawa atuk ibu dan abah naik kereta ke mekah satu hari nanti. bila diorang nak datang neh? sekarang dalam usaha sedang mencari kereta. tapi itu semua tugasan soulmate. targetnya by minggu nih bolehlah dapat kereta. walaupun bukan kereta idaman.

10) Your shoes?
asalkan yang sedap dan selesa dipakai. setakat neh, my second original crocs sangat tidak menghampakan kaki. best giler. my newly hush puppies sport pun sangat mendamaikan. manage to get it at the cheaper price kat sini. happy okay!

11) Your fears?
saya takut kene tinggal sensorang. fears to be alone.

12) What do you want to be in 10 years?
adorable mother kepada anak-anak dan isteri yang solehah untuk suami yang nan seorang.

13) Who did you hang out with last weekend?
pastinya dengan seorang teman yang sentiasa setia bersama saya ini. saya sedang rindukan masa-masa lalu saya hangout dengan sahabat zaman lampau saya...uhuhu, miss it!

14) What are you not good at?
aktiviti kesenian. memang sangat tidak lah ngerti membuatnya. memang dasar tangan tak berbedung.

15) One of your wish list items?
new camera, dslr if it can be with the small, cute, not pricey and handy. olympus e450 in my mind now.

16) Where you grew up?
gombak and utara malaysia

17) Last thing you did?
my morning breakfast with milk and croissant

18) What are you wearing?
stokin pink belang-belang. sejouk kakiku ini

19) What aren’t you wearing?
scarft. ape kehalnya pulak saya nak pakai tudung sorang-sorang bile dalam umah nih?

20) Your pet?
ade kat happy pet facebook tuh yang dah lama tak bagi makan. sebab bila bagi makan nanti dia berak dalam bekas makanan bila dia lapar. seb baik dia tak makan t**k die tuh. tapi mesti dia lapar giler sekarang neh, jap gi kite bagi dia makan lah.

21) Your computer?
my own desktop dah arwah. betul2 selepas saya selesai semua sesi pengajian saya dari 1st degree, 2nd degree dan master. hampir 10 tahun umur dia. seb baik abang saya yang bijaksana dah selamatkan data-data kat hard disk dan transfer ke new desktop yang dalam perjalanan dari malaysia untuk datang ke sini. now on, saya sedang guna laptop kepunyaan mr.soulmate yang dah jadi macam hak milik saya..ahahah...

22) Your life?
happy but kekadang membosankan juga. tanpa kawan-kawan yang ramai dan spesifik agenda to be stick with.

23) Missing?
i am always missing all my flesh and blood in my home country, my frens and cliques.

24) What are you thinking about right now?
nak kemas kain baju, nak packing barang2 di dapur. we are heading to our permanent house soon. lemau dah duduk hotel lama-lama walaupun gembira sebab tak perlu vacuum sana sini dan tak perlu cuci bathroom. gembira juga sebab selalu dapat wi-fi free tapi bosanlah, nak duduk rumah sendiri dan ada jiran-jiran baru happy.

25) Your car?
saya tiada sebarang kereta, walaupun hakikatnya saya boleh memandu, tetapi tidak boleh memandu di sini. it is not allowed for women to drive here.

26) Your kitchen?
salah satu tempat favorite where kerajinan bermula di situ. my kitchen at the new house to be is adorable. thanks to encik-encik di saudi aluminium kitchen. [i love your design]. design jelah, hasilnya belum tahu bagaimana, we will check out later bila dah siap. hope sama cantik macam dalam layout design.

27) Your favorite color?
biru.

28) Last time you laughed?
entah semalam kot. mungkin waktu menonton cerita apa ya? ke waktu mr.soulmate buat lawak tak boleh blah? sudah lupaaa

29) Last time you cried?
beberapa hari yang lalu kerana rindukan ibu dan abah dan semua orang

30) Love?
sesuatu yang mampu mengubah sesuatu
Maher zain says in the lyric Always be There,
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe


31) So who wants to share their ONEs?? How about?
saya kurang paham soalan ini. mungkin kalau anda faham, boleh jawab.

32)Tag dak2 neh dengan ucapan, andalah insan terpilih:
  • ila nursayahida
  • ila nursalina
  • afida ayu
  • mardeq
  • wan maisarah
ilalliqa' maasalamah

Tuesday, January 26, 2010

chicken soup of the soul

sesuatu yang pada penerimaan kita
adalah bukan seperti yang diingini
tetapi dalam rancangan Tuhan, ia adalah yang terbaik

kadang-kala untuk meluaskan lagi arena pembacaan, saya habiskan waktu senggang dengan majalah sisipan dari akhbar Saudi Gazette, majalah Funtime. adakalanya funtime junior, adakalanya juga Funtime teens. sekalipun mengikut umur saya tidak lagi tergolong dalam golongan junior ataupun teens, namun begitu saya suka kerana bahan bacaannya adalah santai dan ringan tidak kurang juga banyak manfaatnya. funtime junior saya suka pada sisipan aktiviti menyambung titik, spot the different, crossword puzzle dan berbagai lagi. cuma aktiviti mewarna jer saya tak kuasa nak melayan. ini adalah tanda wanita bosan tapi bahagia beraktiviti sendirian di ruang hotel...eheks

tambah seronoknya pada part aktiviti tuh bersama karektor kartun kegemaran saya dan suami, tom and jerry. siri tom and jerry menjadi kegemaran kami sejak dahulu dan since di sini kartun tersebut sangat popular. sampaikan ada di sesetengah shopping mall di sini, disediakan sebuah ruangan khas untuk kanak-kanak lengkap dengan plasma tv yang sangat besar dengan tayangan siri kartun tersebut. dapatlah para ibu membeli belah dengan senang hati sedang anak-anak leka dihiburkan di ruangan tersebut. bagi kami pula, kerektor tom and jerry yang persis seperti pasangan kami suami isteri (read: gaduh-gaduh sayang) mampu mengorak senyum dan mampu memecahkan ketawa walaupun muncung sedang sedepa (read: gara-gara merajuk dengan pihak satu lagi heh) uhuh.



funtime teens pulak biasanya agak more to teenagers lifestyle. ada sekali tuh saya baca under kolum 'chicken soup of the soul' tentang cerita seorang gadis dan sepasang kasut turquoise. alkisahnya, si gadis
ingin memiliki sepasang kasut turquoise atau boleh jugak konsider sebagai warna biru laut kalau mengikut term orang kampung macam saya. kebetulan juga kasut yang diidam itu sedang dalam promosi jualannya. tetapi, pada ketika itu dia berada jauh dengan kedai dan tidak berupaya mendapatkannya di kedai. jadi dia pun dengan segeranya membuka laman web yang menjual kasut tersebut untuk membuat pembelian secara online. namun begitu dia berasa sedikit kehampaan kerana harga promosi hanya untuk pembelian di kedai sahaja, tidak pembelian secara online.

si gadis berasa kecewa namun tidak berputus asa. selang beberapa minggu, dia mendapati kasut tersebut sedang dalam promosi semula. dalam hati si gadis dia menjerit kegirangan. kebetulan juga untuk kali ini, dia berada berdekatan dengan kedai dan terus meluru masuk mendapatkan kasut yang diidam-idamkannya. sekali lagi kegembiraan yang tadinya berbunga bertukar hampa apabila kasut yang diidamkan itu hanya tinggal warna hitam, merah dan putih. warna turquoise atau biru laut yang diimpikan itu adalah sudah habis dijual.

pulang ke rumah, sekali lagi si gadis membuka laman web kasut tersebut dan kegembiraannya memuncak apabila dia mendapati kasut tersebut sedang dalam jualan harga promosi dan boleh diperolehi secara online. dengan rasa girang tak terkira, dia mengisi segala borang dan memasukkan nombor kad kreditnya dan diakhiri dengan butang 'beli'. malang sekali, paparan menunjukkan 'kasut yang ada inginkan telah habis dijual'. gadis yang kehampaan ini tidak berputus asa dan kembali lagi memeriksa laman web tersebutt saban minggu, dengan harapan hajatnya akan tercapai.

kesudahannya, selepas beberapa minggu, si gadis berjaya mendapatkan kasut turquoise idamannya dengan harga jualan promosi seperti yang diinginkan. dia merasakan keseronokan yang tidak terhingga. namun, sekali lagi dia berasa hampa kerana sepasang kasut idamannya yang dianggap sempurna itu tidak seperti yang diharapkan. kasut tersebut adalah yang paling tidak selesa dipakai dalam kebanyakan kasut turquoise yang dia miliki. baru setengah jam memakainya, kakinya sudah melecet dan sangat tidak menyamankan.

begitulah, pernahkah sebenarnya dalam hidup ini kita mengabaikan bentuk-bentuk amaran tentang sesuatu? sedarkah kita sebenarnya halangan-halangan yang mendatang tatkala kita inginkan sesuatu sebenarnya adalah amaran atau peringatan kepada kita secara tidak langsung? pernahkah anda berasa kecewa bila botol kicap kegemaran yang anda baru sahaja buka dan guna setitik dua kemudiannya pecah, sedang susah mendapatkan kicap di tempat anda berada? tetapi tidak terfikirkah, mungkin jika anda terus dapat menikmati kicap tersebut mungkin anda akan keracunan barangkali. atau juga kisah percintaan pelakon terkemuka tanahair, fahrin ahmad yang gagal beberapa kali dan kini ditimpa pula dengan tuduhan terhadap dirinya oleh bekas2 kekasihnya sendiri, adalah juga sedikit amaran dari Tuhan? baca berita lanjut di sini.


[set katil idaman, sudah tiada di pasaran]

saya sedikit ada rasa kecewa tidak dapat memiliki set katil biru yang bukan biru laut yang telah dipilih sebagai salah satu set katil untuk rumah baru kerana ianya telah habis dijual sekalipun ianya telah saya dan suami tempah. saya amat suka set katil yang simple dan dijual dengan haraga promosi tersebut. namun saya tidaklah begitu obses untuk terus ke laman web hari demi hari minggu demi minggu kerana saya percaya, ada hikmahnya saya memiliki set lain yang lebih indah berbanding set katil bukan turquoise yang comel dan simple. tidak mengapa, saya rela T____T melepaskannya walau dengan hati yang berat....apa yang pentingnya ialah, be still and listen to the guidance that we received from Allah, he knows best for us.

ilalliqa' maassalamah

Friday, January 22, 2010

apa sudah jadi...

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan

Matahari


bila dah jauh, dah takde baru ler nak terkenang-kenang. resulted, both of us were stayed up at wee hour riyadh time listening to the HotFm Am krew through the net. eheh, sebenarnya mata tak ngantuk sebab biasalah ujung minggu, dah lewat bangun pagi harinya dan di petang hari sudah tidur juga lagi. mana taknya malam hari mata tak maunye nak pejam? siap pekena sup lagi di dini hari tuh sebab lapor. maklumlah, winter..grrrr

mr.soulmate lah yang banyak kenangan dengan HotFm Am krew. waktu di tempat kami dahulunya, setiap pagi soulmate membelah lebuh raya lingkaran tengah menuju ke pejabat untuk 50km perjalanan. jadi, Hotfm Am krew sering menjadi temannya untuk perjalanan tersebut setiap hari selama lebih kurang dua tahun.

dalam pada kami bersama melayan HotFm Am krew pagi tadi, saya tersentuh dengan topik pagi yang dikendalikan oleh dua juruhebah tersebut. mengulas berita mengenai cerita si tenggang zaman moden ini. kalau ada yang tak tahu perihal si tenggang, ia menceritakan kisah seorang anak yang tidak mengaku perempuan yang mengandungnya 9 bulan dengan jerit perih dan membesarkannya dengan susah payah adalah ibunya. gara-gara dia sudah berjaya, kaya dan berkahwin dengan wanita cantik dari kalangan bangsawan.

kalau minggu lalu saya tersentap oleh kisah seorang pemuda dari Kangar yang membuang bapanya kerana tidak serasi dan (mungkin juga bapanya miskin) hari ini pula saya sedih lagi dengan berita seorang anak perempuan yang tidak menerima ibunya yang datang jauh dari seberang laut Malaysia untuk bertemu dengannya melepaskan rindu di dada selepas tiga tahun tidak bertemu. ibu yang bersusah payah berusaha meminjam wang ringgit dan tenaga menyeberang laut demi seorang anak, namun menerima balasan yang di luar jangkaannya. baca lanjut di sini.


apa sudah jadi dengan umat zaman sekarang? saya kira kisah ini cuma mainan di dalam filem sahaja. adakah mereka teralalu terpengaruh dengan filem lantas menirunya bulat-bulat? tiada terkesankah di hati mereka akan kesudahan cerita yang ditayangkan di dalam filem itu? yang selalunya menunjukkan balasan anak yang derhaka kepada ibu bapa?

sudah lupakah umat zaman sekarang setelah hanyut dengan kemewahan dunia? mereka lupakah siapa yang menjadikan mereka seorang insan yang berjaya? lupakah mereka siapa yang menyuapkan mereka kala kecil, lupakah mereka siapa yang menjaga mereka sewaktu sakit di zaman kanak-kanak dahulu? lupakah mereka siapa yang sanggup berhujan berpanas mencari rezeki demi sesuap nasi untuk mereka? cepat sangatlah umat sekarang ini menjadi lupa dan alpa.

saya ingin katakan kepada insan-insan sombong yang lupa jasa ibu bapa;
  • ingatlah walau sehebat mana anda sekarang, anda tidak akan pasti jadi hebat tanpa ibu bapa anda
  • ingatlah walau sekaya mana anda sekarang, anda tidak akan pasti jadi kaya tanpa ibu bapa anda
  • ingatlah walau secantik mana isteri atau sekacak mana suami anda hari ini, hari esok atau lusa mungkin mereka bukan lagi pasangan anda.
  • tetapi tidakkah anda tahu, walau semiskin mana ibu bapa anda, seburuk mana rupa paras ibu bapa anda, sampai bila-bila mereka tetap akan jadi ibu bapa anda.
----****----

saya tidak dapat bayangkan, siapa yang akan uruskan hal ehwal rumah tangga kalau bukan ibu walaupun beliau bekerja mengikut shif kadangkala pagi, kadangkala petang kadangkala juga malam, tidak tentu masa. saya juga tidak tahu siapakah yang akan menjadi insan paling sibuk mengalahkan chef di hotel memasak pelbagai jenis lauk dan pelbagai jenis kek buat bekalan untuk saya pulang ke asrama kalau bukan ibu. saya masih lagi ingat khidmat jasa ibu. dan saya berdoa saya tidak lupa jasa ibu. saya juga berdoa supaya saya tidak membalas jasa ibu dengan membuangnya atau tiba-tiba tidak mengiktiraf dia sebagai ibu saya. tanpa ibu, saya tidak kuat seperti sekarang, tanpa ibu saya bukan wanita seperti sekarang.



Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan nasihat supaya hidup supaya hidup kita akan selamat