::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, July 24, 2010

suratan atau kebetulan

Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan (Ghafir : 60)

entri ini saya tulis sebagai peringatan kepada diri sendiri. kalau ada yang membaca ia saham buat anda jua. saya baru selesai membaca hasil tulisan Usazt. Pahrol di sini. bercerita tentang doa, wajar dan disyorkan kepada anda jua membacanya.

Ustaz mengutarakan sebuah isu yang sudah sekian lama menjadi tanda tanya banyak orang. kalau pun tidak disebut secara jelas di mulut, sekurang-kurangnya terdetik di hati itu ada. coretan tentang permintaan yang diberi dan permintaan yang belum atau tidak dipenuhi. kepada siapalah yang layak kita pinta kalau bukan dengan Pencipta kan? tapi pernahkah ada detikan dihati,
"aku nih dah penat dah doa, dah penat dah minta tapi Allah tak bagi pun. kenapa?" atau ketika mana ditimpa sebarang susah, terdetik lagi di hati, kenapa kita yang Allah uji. sudah sering kita minta yang baik-baik dari Allah, tapi kesusahan juga yang Dia hadirkan untuk kita. Ustaz Pahrol sudah jelaskan. jadi saya syorkan anda baca, kalau anda juga selalu terdetik di hati seperti saya.



seperti yang saya sudah coretkan dalam entri sebelum ini, hidup ini suatu ketentuan dan suratan. bukan satu kebetulan. walaupun sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita, namun itulah suratan yang tertulis dalam takdir hidup. jadi ucapan nasib baik atau mujur atas sesuatu yang berlaku adalah kurang tepat. kerana nasib atau kemujuran itu datang secara tidak sengaja. tau datang dengan pertaruhan. pertaruhan kepada nasib yang akan jadi baik atau tidak baik. jadi untuk catatan kehidupan yang telah ditakdirkan ini, ucaplah Alhamdulillah.

contoh, kita keluar dari rumah dan membawa payung bersama-sama. di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya. tidak perlu disebut,
"uish nasib baik aku bawak payung" ataupun, "mujur ada payung dalam beg nih". mari kita tukar sebut, "Alhamdulillah aku bawa payung bersama-sama". kenapa kita sebut Alhamdulillah? sebab kita syukur kepada Allah yang menggerakkan hati kita untuk berbuat demikian. Allah tahu yang terbaik untuk kita. jadi syukur mesti kena ada.

berbalik pada kisah doa, Ustaz sebutkan di dalam tulisannya, sebenarnya keinginan kita untuk menyebut doa adalah gerakan atau hint daripada Allah bahawasanya dia akan memperkenankan doa itu. jadi kenapa kita nak kata, sudah penat berdoa, tapi Allah seolah-olah tidak mahu beri? kalau dia tidak mahu beri, dari awal lagi dia tidak gerakkan hati kita untuk doa. persoalannya, tidak semua yang kita minta dikabulkan dengan cara yang kita suka. Allah tahu cara mana mengkabulkan doa hambanya. yang penting doa.

doa atau meminta dengan penuh keyakinan akan termakbulnya doa tersebut adalah tugas kita. kapan ianya akan termakbul bukan tugas kita merealisasikannya. sabar adalah kunci. janji Allah itu pasti. sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

ilalliqa' maasalamah

Thursday, July 22, 2010

syukur, terima kasih

Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan? (al-baqarah; 33)

tahukah kita setiap kejadian di atas muka bumi ini adalah aturan Tuhan? tiada satupun dicipta secara kebetulan. tiada suatu pun perkara yang berlaku kalau bukan ketentuan. semuanya telah tertulis di luh mahfuz. sekalipun nasib sehelai daun yang gugur, telah tertulis takdirnya.

tak pernah pun terlintas di benak saya saat windows driver cd yang secara tidak sengaja tertinggal di dalam cd rom cpu saya sejurus selesai diformat oleh abang sebelum berangkat meninggalkan tanahair suatu ketika dahulu adalah satu titik tolak yang amat berharga. adalah diluar jangkaan saya, apabila tugas yang selalunya diambil alih oleh abang, sudah mampu saya lakukan. 'format CPU' suatu benda besar bagi insan biasa seperti saya yang tahap kecelikan ITnya rabun-rabun ayam. tetapi disebabkan cd yang tertinggal itu, Allah beri saya ilmu format CPU. pastinya saya tidak akan pandai sekelip mata selepas terjaga dari tidur. semuanya aturan Allah yang kita tidak terfikirpun akan termaktub sedemikian rupa. CD yang ditinggalkan hampir separuh tahun, dan perkenalan atas dasar ukhuwah kerana Allah menulis takdir ilmu tidak disangka-sangka. saya berterima kasih kepada saudara ini, atas usaha dan tunjuk ajar beliau. saya tidak mampu membalasnya, hanya Allah sahaja yang layak. syukur kehadrat ilahi, dan terima kasih sahabat.


benarlah kata-kata dari surah Al-Baqarah ayat 32,

Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana


kepada Allah lah yang maha mengetahui segala sesuatu perkara dan dialah yang mengajarkan ilmu kepada kita. bukti jelas terpampang di hadapan mata, kalau bukan Allah yang menyusun semua aturan ini, akan sampaikah ilmu ini kepada saya?. juga, ia sebagai sebuah petanda milik Allahlah semua yang ada dilangit dan bumi, jadi janganlah kita berlaku kedekut, sombong dan bongkak dengan apa yang kita miliki. percayalah, setiap apa yang terjadi pada detik ini adalah penentu kepada takdir masa hadapan. kita tidak mungkin akan dapat tahu apakah ia, melainkan Allah jualah yang akan menyingkapnya untuk kita kelak.

sekian,
ilalliqa' maasalamah


Saturday, July 17, 2010

min fadhli rabbi

there was a star danced and under that i was born
~william shakespeare~

'haza min fadli rabbi'
ini adalah nikmat dari tuhanku
nikmat 28 tahun kehidupan dilimpahi dengan penuh kasih sayang
diliputi dengan penuh orang tersayang
dengan penuh ucapan di dinding FB, terima kasih pada teknologi..yeay!

terima kasih Tuhan, berkatilah umurku yang berbaki dan pertemukanlah aku denganMu dalam barakah dan rahmahMu...ameeen

Wednesday, July 14, 2010

basuh kaabah


Allahumma bariklana fi rajab wa sya'ban wa ballighna fi ramadahan..
ameen

telahpun masuk bulan Sya'ban. lagi sebulan Ramadhan pula hadir. moga-moga panjang umur kita untuk Ramadhan tahun ini dan berpeluang melipat gandakan amalan di bulan pahala bonus nanti, InsyaAllah. pada 1 Sya'ban iaitu semalam bersamaan 13 Julai 2010,telah berlangsungnya 'Upacara Membasuh Kaabah'

Upacara Membasuh Kaabah nih tak sama macam basuh lantai atau basuh rumah dengan mop sabun dan detol segala. Upacara basuh Kaabah ini adalah hari dimana pintu kaabah di sebalik multazam itu dibuka, dan orang-orang besar negara akan masuk melalui pintu itu dan membasuh atau kita boleh sebut sebagai lap bahagian dalam kaabah tersebut dengan kain lembap yang direndam dengan air zam-zam dan air ros.

pintu kaabah yang dibuka, gambar hasil dari tayangan siaran langsung dari rancangan TV tempatan

Raja Khalid Al-Faisal Amir Mekah yang mengetuai upacara bagi pihak raja Arab Saudi King Abdullah; sumber dari sini dan sini


Upacara pembasuhan dihadiri oleh menteri-menteri, anggota diplomatic muslim dan jemaah yang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci. Raja Khalid dibantu oleh Sheikh Saleh bin Abdul Rahman Al-Hussien Chief of the Presidency dan sheikh Abdul Aziz Al-Sheiby Penjaga Kaaabah. Vice President-General of Holy Mosque of Makkah Affairs Sheikh Dr. Mohammed bin Naseer Al-Khozaim berkata Upacara Pembasuhan Kaabah ini adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW) setelah memperoleh kemenangan menentang kaum musyrikin pada penaklukan Kota Mekkah dan pembasuhan itu adalah sebagai tanda penyucian daripada dosa-dosa mereka. Upacara ini telah dianjurkan oleh kerajaan Arab Saudi dua tahun sekali iaitu pada bulan Muharram dan bulan Sya'ban.

Selepasa selesai Upacara Pembasuhan Kaabah itu, menteri-menteri dan orang kenamaan tersebut akan melakukan tawaf sunat, mengucup hajaraul aswad dan solat sunat dihadapan pintu kaabah.

closed up, hajaraul aswad

setelah selesai, pintu pun ditutup dan tangga di bawa keluar dari pintu

closed up pintu kaabah yang kuncinya dipegang oleh qabilah Al- Shieby penjaga kunci kaabah, keturunan sejak dari zaman Nabi SAW dahulu

gambaran pintu kaabah disebalik multazam; credit gambar dari CL

barisan tentera yang menjaga atau membuat benteng laluan bagi golongan kenamaan keluar dari kawasan kaabah

sekian sekadar perkongsian,
layari laman di sini untuk menonton siaran langsung dari Baitullah setiap hari

ilalliqa' maasalamah

Wednesday, July 7, 2010

mahu balas dendam?

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan
itu adalah dendam



kadangkala hati ini sedikit kaca. remuk jadi banyak. mulalah nak menyumpah-nyumpah berfikiran negative dalam hati dan stress tak pasal-pasal. selalunya sebabnya kecil sangat. basically it was because tidak mendapat balasan yang seperti dalam expectation. kecil sangat masalah saya ini. tetapi brain cell saya selalu membesar-besarkannya.

suami pernah kata saya kalah sebelum berperang. memula pelik juaga, tapi bila fikir semula ada benarnya. saya kalah pada emosi dan negative thinking yang dibina sendiri di sebahagian tempat dalam otak saya. benda tuh memang macam ada dari sejak dulu. contoh, saya mempunyai persepsi buruk terhadap seseorang sebelum orang tersebut menyuarakannya. sedangkan barangkali orang itu far way better than apa yang saya fikirkan. paling ketara ialah apabila conversation yang selalunya hangat ataupun hebat tiba-tiba jadi dingin. saya selalu fikir ini salah saya. salah cakap atau orang sudah mula tidak suka atau sudah mula merasakan saya seperti tiada apa lagi kepentingan untuk beramah mesra. in fact, mungkin dia sibuk atau tiada masa lapang atau mungkin juga apa sahajalah hanya dia yang tahu.

tiba-tiba dalam keresahan hati yang tidak tahu hujung pangkalnya itu, saya sampai di blog saudara ini, yang memberi sebuah damai di hati. dengan ayat quran yang dilampirkan di situ, serta kata-kata comel yang dititipkan bersamanya seperti di bawah nih;




ya hati yang remuk ini harus diserahkan kepada Tuhan agar ianya sembuh kembali. bukan dibiar belayar tanpa haluan lantas memikirkan benda-benda yang tidak ketahuan. yang lebih membawa kepada rasa hitam, gelap dan tidak bersinar.

ilalliqa' maasalamah

Tuesday, July 6, 2010

anak wati syubhah

Maka berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi
manfaat kepada orang yang beriman

pernah dengar tentang anak haram atau anak zina atau anak luar nikah? umum mengetahui anak haram dan seerti dengannya adalah anak kelahiran hasil daripada ibu bapa yang tidak berkahwin. namun begitu, ada juga halnya, anak yang lahir tanpa pernikahan ibu dan bapa, dan hukumnya dari segi syara' adalah tidak berdosa. pelikkan? baru tahu atau sudah maklum? saya baru mengetahuinya. anak tersebut dinamakan
'wati syubhah' layan penjelasan ustaz Azhar Idurs nih;




korang tak nak klik tengok ke? kliklah dan layanlah penjelasan ustaz nih. selain dari penjelasannya yang sangat jelas, ianya tersangatlah lucu. contoh yang diberikannya itu membuatkan saya gelak terguling-guling. gaya bahasanya pula membuatkan saya rindu rakan-rakan sekuliyah saya yang bercakap bahasa yang sama. ayu, tonah, ana jack dan yang seangkatan dengannya. miss them all....layanlah semua video yang ade nih. confirm menarik dan berfaedah....

ilalliqa' maasalamah

Sunday, June 27, 2010

kita minum dulu

apa yang ada jarang disyukuri apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman

kalau dah duduk jauh dari tempat kelahiran tanah tumpah darahku ini memanglah semua benda yang payah jumpa tulah dia nak kan sangat. tiba-tiba di suatu petang yang hening, ting! saya teringin sangat nak minum air soya. teringin ya, bukan mengidam...

setelah mendapat maklumat yang cukup lengkap dan berjaya memujuk housemate saya untuk keluar, kami berdua-duaan mencari kacang soya untuk memenuhi nafsu minum yang tetiba muncul tanpa diminta. untuk pengetahuan, menurut maklumat yang saya perolehi kacang soya nih di jual di pasaraya carefour satu daerah dengan rempah ratus yang dijual secara timbang kati. sekarang tak pakai kati dah, so timbang kilo.

nama saya kacang soya, selamat berkenalan kawan-kawan. saya berharga 14 riyal sekilo.hye!

mari kita lihat cara-cara menjadikan bijian kacang kepada minuman berkhasiat

memula kacang haruslah direndam semalaman. ya, memang lama tapi takyah ler tunggu. letak kacang dalam bekas, isi air sebanyak sesuka hati sampai tenggelam pastu biar je pegi tido. esok pagi, ting! kacang yang kecik tadi dah besar 3 kali ganda. mudah kan. takyah bagi ubat ke vitamin ke, dia besar dengan sendirinya. tapiskan airnya.

kemudian sukat dalam cawan, masukkan dalam blender atau pengisar

dan isi air dengan nisbah 1 cawan kacang 2 cawan air. terpulanglah nak guna air apa, yang pasti halal diminum

letakkan pengisar pada badannya, dan tekan butang on. biar dia wat keje mengisar lebih kurang seminit dua atau secukup hancur.

kemudian, sediakan tapis kain. selalunya orang guna kain muslin lah, kain kasa lah, kain cheese lah yang pastinya kain bukan plastik. kalau pening kepala sangat, kain napkin budak pon bole, tudung bawal pon boleh. tak pun cari penapis teh yang macam mamak selalu guna tuh, tapi janganlah gi rebut ngan dia. beli sendiri punya.

pastu tuang kan bancuhan ke atas penapis. jangan lupa letak tadahan bawah penapis tuh. kang habis satu rumah banjir susu.

perah kacang yang sudah dikisar untuk mendapatkan patinya. ulang proses kisar, tapis dan perah sehingga habis kacang yang sudah direndam.

ini namanya hampas kacang. lebih kurang sama ngan hampas kelapa. tapi tak sama dengan
"hampes kau". jangan buang hampas ini. selepas selesai semua kacang yang ada siap dikisar, kisarkan pula hampas-hampas ini. ambil satu cawan pati kacang, masukkan ke dalam pengisar dan campur air sehingga tenggelam. kisar dan ulang proses penapisan dan perahan.

letakkan periuk berisi pati kacang di atas dapur. letakkan daun pandan yang disimpul dan masakkan dengan kepanasan sederhana lebih kurang 20 minit. kacau selalu, dan awas jangan sampai buih membuak keluar. tangguk atau buang buih-buih yang kelihatan menggunakan tapis. jika tahap kesabaran sedikit kurang yakni nak terus minum selepas siap, letak gula secukup manis. jika mahu biarkan kosong tanpa gula juga lebih berciri menyihatkan dan digalakkan. kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. ewaaah, siap bagi tagline...

sejukkan seketika. in my case, saya pindahkan ke bekas lebih besar, dan letakkan di atas bekas yang berisi air. ini namanya kes tak sabar-sabar nak menikmati. untuk anda gunakan kreativiti tersendiri untuk proses penyejukan. nabi kan dah berpesan, jangan minum air panas-panas berasap tu, so kita suamkanlah dulu.


pindahkan ke dalam jug yang berciri presentasi menarik dan sedia diminum. terpulang ikut citarasa masing-masing mahukan yang panas atau sejuk. saya sukakan yang sejuk dari peti ais dan dicampur air gula ketika ingin dinikmati. boleh campur air gula sirap atau air gula melaka atau air gula kosong. waaaa nikmat sekali. hilang kempunan. puas, segar dari ladang, tanpa bahan pengawet dan perisa tiruan. semuanya asli.

p/s: satu cawan kacang yang belum direndam menghasilkan satu liter air kacang soya sedap buatan sendiri dan asli. selamat mencuba!

Thursday, June 24, 2010

cinta setiap hari

Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. ~Marcel Proust


cinta setiap hari, sayang tiap masa, kasih hingga hujung nyawa!