::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, June 21, 2012

pau mawar

sekuntum mawar merah
sebuah puisi


lama sungguh tidak berkongsi resepi. bukannya dapur tak berasap. berasap selalu. bukannya dah lama tak ambil gambar. selalu sangat, asal ade masakan signature terbaru, mesti ambil gambar. memang dah niat nak masuk blog untuk rujukan. tetapi selalunya mood menulis itu kurang sangat.

ok, hentikanlah pelbagai alasan kan..hari ini saya nak kongsikan resepi PAU MAWAR. kenapa namanya mawar?sebab rupa parasnya sebegitu. sudah lama dicuba oleh blogger masakan terhebat. saya jer yang baru ade mood nak buat. dari kak azlita masam manis dan ramai lagi. link pau kak azlita boleh klik sini

PAU MAWAR PUTIH







BAHAN-BAHAN PAU

300 gram tepung gandum 
6 gram baking powder
6 gram yis kering
30 gram gula
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil ovallete
2 sudu besar minyak
120 ml air suam
inti secukupnya
(saya guna inti kacang merah ~ DIY kacang merah menggunakan 1 tin kacang merah, masak dengan api sederhana, tambah gula secukup manis dan lecek hingga hancur. sejukkan)

CARA MEMBUAT PAU

gaulkan semua bahan-bahan kecuali air sehingga rata
masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sebati
rehatkan doh lebih kurang sejam atau naik 2 kali ganda


kebanyakan resepi pau mawar nih semuanya warna merah. yelah baru kena dengan bunga mawar kan. menurut kajian pembacaan, diorang guna keledek manis unggu untuk bagi efek warna pada pau tersebut. dilaporkan juga teksturnya lebih gebu. pau saya jadi mawar putih sebab sebenarnya saya takde plan pun nak buat pau bunga nih. cumanya di suatu petang yang hening, setelah request sekian lama dari teman sebilik yang asyik nak makan pau, saya buatlah. tetiba rasa nak kreatif pula. memula dok pintal-pintal juga sana sini, tapi tak jadi pun kelopaknya. akhirnya kene mintak tolong pakcik google jugaklah. tuh yang jumpa entri blogger2 masakan hebat yang pernah buat pau bentuk bunga nih.




sambil mencari-cari cara nak buat kelopak bunga tuh, terjumpalah resepi dari kak azlita masam manis dan rakan-rakan lain. rupanya saya dah pernah baca resepi dia tuh. katanya riwayat asal datang dari miss wendy. dia nih juara masterchef blogger. huh hebat memang hebat. pertama kali baca dulu, ingatkan susah sangat membuatnya. rupanya mudah sahaja. lihat ilustrasi di bawah. ini versi revisi sayalah. kalau mahu yang lebih sahih, boleh rujuk riwayat sanad resepi yang pertama.




untuk mendapatkan dua kuntum mawar, menurut ilustrasi paling kiri, memula saya bahagikan doh pada  2 bahagian kecil seberat 30 gram setiap satu (#1). kemudian ambil 1doh 30 gram itu  dan gelek memanjang (#2). kemudian bahagikan kepada 3 bahagian kecil (#3). ulang step yang sama untuk doh 30 gram yang satu lagi.


ok, sekarang kita berpindah ke ilustrasi tengah pula. gelek setiap satu doh kecil yang telah dibahagi 3 tadi. gelek menggunakan rolling pin, senipis 1/2 cm. menjadikan semuanya 6 keping doh bulat yang nipis. susun semua kepingan doh bulat tadi seperti dalam ilustrasi tengah. gelek susunan doh dengan rolling pin supaya ianya melekat antara satu sama lain.


seterusnya,  berpandukan ilustrasi paling kanan, letakkan 2 biji inti sebesar biji guli kiri dan kanan, di atas lapisan pertama. saya guna inti kacang merah. senang nak gentel. kemudian gulung kemas. kalau tak nak nampakkan isi, boleh balut tepi macam gulung popia sebelum memulakan penggulungan hingga hujung.






#1) doh yang siap digulung
#2) bahagikan kepada 2 bahagian menggunakan cutter atau chopstik (supaya dasarnya membulat).
#3) terhasillah 2 kuntum mawar. kemaskan kuntuman kelopak mawar.

sediakan periuk kukusan.
lapik setiap kuntum mawar dengan kertas minyak, atau daun pisang atau cup cake.
kukus lebih kurang 7-10 minit. 
untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas pau, lapik tudung kukusan dengan kain.




sekian, 
selamat mencuba!

1 comment:

Anonymous said...

What is a casino site? | Lucky Club Live
A casino is a game of chance and luck. Each game has a chance to win prizes, often including free spins. In addition, luckyclub.live it has certain special