::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, May 5, 2012

rawdhat khuraim 2012


Didiklah hati untuk merasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, 
boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Couldnt agree more. sangat benarlah yang disebut Ustaz Pahrol. Hati ini harus selalu dididik untuk merasa ikhlas berbuat baik tanpa perlu orang tahu dan saat menghadapi kritikan dididik untuk tidak membalas walaupun mampu. Kita sering melakukan kesilapan ini atas dasar menegakkan kebenaran. tapi hakikatnya, untuk harga sebuah ikhlas, tidak membalas ketika mampu adalah sebuah hadiah yang tidak ternilai. ia susah dilakukan, kerana itu didikan adalah perlu. Akan tetapi mendidik hati menjadi sabar, tenang dan ikhlas adalah sesuatu yang sukar dan itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan hidup.



kehidupan pada tahun ketiga puluh ini, azam saya untuk jadi lebih sabar. Kerana dalam usaha merubah diri orang lain, saya perlu ubah diri saya terlebih dahulu. Sukarnya mendidik diri harusnya menjadi sabar dalam mendidik orang lain.





cuaca di sini sudah mula panas. ya panas yang seperti biasa-biasanya di sini. 40 darjah ke atas. seperti catatan tahun-tahun lalu juga, masuknya musim panas, kebanyakan aktiviti hanya terhad dalam rumah sahaja. mandi sudah perlu kepada air tadahan kerana water tab yang  biru sudah sama sahaja hasilnya dengan yang merah. begitulah adanya. putaran kehidupan masih sama. subuhnya sudah sangat awal seawal jam 3 pagi dan terbenam matahari selewat jam 630 petang.


mari susuri gambar-gambar musim bunga. masih sejuk dan mendamaikan ketika itu. pada bulan mac yang lalu. sebelum basi dalam lipatan sejarah, mari kita kongsi bersama. trip kali ini bersama sahabat-sahabat pelajar. saya seorang sahaja bunga yang berjalan di samping bunga-bunga lain yang menghiasi taman.




bekalan untuk berkelah hasil pencapaian saya pada tahun ke 30 kehidupan. membikin nasi lemak di pagi hari dengan sambal tumis yang lazat pada tastebud sendiri dan membungkusnya dengan daun pisang yang sudah lama berusia di dalam freezer. heh!pencapaian nih...







sekitar pemandangan yang luas saujana mata memandang dipenuhi dengan bunga-bunga daisi





jambangan bungan untuk siapa?





 dunia lakon layar, sudah bermula





dengan pelbagai adegan dan aksi yang menghiburkan








termasuk juga aksi terbang dan stunt





mereka melawat kawasan membuat tinjauan


 
  



 

sand storm sudah datang..jadi mari pulang semua...

sekian:D

5 comments:

Karamah said...

Aku umur 30 masih tak dapat bikin nasi lemak yg sedap... Haha. Tahniah! pencapaian yg memberangsangkan ;-)

ila nursalida said...

karamah: hanya kerana aku tercampak di bumi asing tanpa nasi lemak jadi haruslah kene tahu membuatnye..hahah, berjaya pon pada tastebud aku jer, kalau jual ntah2 tak laku..heheh

~Zila Zul~ said...

Ila!!!! Lama gila tak bukak blog. Sangat jeles tak dpt pegi rawdhat khuraim dah. Bila cuti?

ila nursalida said...

zila: yup, dah lame kite tunggu entri baru pasal kehidupan baru kat sane tau...balik cuti hajatnye raye. tapi masih belum ade tarikh n tiketnye

~Zila Zul~ said...

Sibuklah ila, rindu sangat zaman jadi housewife tu. inshaallah, ada masa nanti boleh cerita pasal life skrg. So far, takde yg menarik sbb dah lama tak masak! Heh