::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, May 15, 2012

sebuah ketentuan

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut,1

umum mengetahui, rezeki, jodoh pertemuan dan ajal maut, adalah di tangan Allah yang maha berkuasa. semua aturan ini adalah antara takdir kehidupan yang telah tertulis sejak azali di luh mahfuz. tapi tanpa sedar, sebenarnya manusia umumnya seakan tidak menerima dan menafikan hakikat ini.

mudahnya untuk memahami keadaan ini, mari kita selitkan beberapa contoh. kebanyakan orang seakan-akan bersetuju atas aliran kehidupan yang normal. contoh, seorang anak bila sampai umur 7 tahun, mula masuk sekolah darjah satu, kemudian ke sekolah menengah dan ke universiti atau pust pengajian tinggi. biasanya umum menganggap lepasan universiti pasti berkerjaya kemudian berumah tangga dan mempunyai keluarga yakni beranak pinak. begitulah putaran kehidupan manusia, selepas mempunyai anak, anak itu pula mengalami putaran kehidupan yang sama. membesar, masuk sekolah, bla bla bla dan seterusnya.

itu normal. jadi apabila yang normal tidak seperti kebiasaanya, ada pula yang mempersoal. contoh dalam pusingan tadi mungkin pada satu tingkat kehidupan, let say berumah tangga atau soal jodoh tidak kunjung tiba atau lambat berlaku. mulalah ada yang mempersoalkan,


"aik dah umur 30 tahun masih belum ada pasangan? kenapa? terlalu memilih ke? itulah kamu (jika dia wanita) gaji tinggi sangat, orang lelaki pun takut nak dekat"


atau bila berpelajaran tinggi pun juga dipersoalkan hingga menjadi peyebab terhalangnya jodoh. lihat, segelintir manusia ada yang berfikiran sempit dengan mengandaikan itu dan ini. sedangkan jawapan sebenarnya adalah ianya urusan langit, hanya Allah yang tahu. mengapa dilambatkan jodoh si polan dan si polan.mengapa ditangguhkan pertemuan antara dua insan. itu bukan hak kita untuk mempersoal.



atau contoh lagi, sudah berumahtangga pada usia muda. jodohnya cepat tiba, tetapi rezeki berkembang biak keluarga itu pula masih tergantung di langit sana. kalau ikutkan mulut orang, ada yang berpendapat si isteri tidak subur, si suami mandul, mahu berbulan madu selamanya dan sebagainya. siapa tahu mereka sudah berusaha pelbagai cara. urutan tradisional sudah, ubatan moden pun sudah, suntikan itu dan ini juga sudah, ubat-ubatan jangan ceritalah dah banyak yang ditelan. tetapi masih juga tidak membuahkan hasil. percayalah semua itu adalah urusan langit hanya Allah yang tahu kapan waktu yang sesuai untuk dianugerahi. Allahu Taala A'lam






yang pentingnya percaya atas qada' dan qadar Allah. sesungguhnya Dia tahu segala yang terbaik buat kita. buat yang tidak terlibat, tugas anda hanya perlu bersabar kerana percayalah, empunya badan pasti lebih risau kalau tingkat kerisauan anda lebih tinggi dari mereka.


ilalliqa' maassalamah:D

3 comments:

Mila@Rimbun said...

Akak pun kekadang terasa hati kalau org perli2 bila anak sorang jer... dgn bermacam2 anggapan, tapi Allah itu maha kuasa, Allah mungkin kurangkan satu rezeki kat kita tapi Allah bg rezeki yang lain yang berganda2.... mungkin apa yang kita pinta itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Urusan pemberian nyawa bukan urusan kita, tak kisahlah bagaimana hebat teknologi manusia, tapi dari Allah jua ia datang dan kepada Allah jua ia kembali..

princesssaf said...

Nice post. You are right, Allah is the one who decides everything. :)

ila nursalida said...

kak mila & safiya: indeed it is true..:D