In the end, you're measured not by how much you undertake
but by what you finally accomplish
Donald Trump
but by what you finally accomplish
Donald Trump
sekali lagi ini adalah percubaan saya menulis secara rambang. apesal asik nak rambang, cubalah bertujuan sikit. saya tetap mahu pergi secara rambang kerana percubaan rambang yang lepas tidak berjaya. kalau ada yang tidak berapa faham istilah rambang ini, secara operasinya berdifinisi (read:operational definition) sebagai~entri caca merba~kurang hala tujuan~berbagai-bagai motif~.
rambang#1: cuaca sudah lama masuk musim panas. jadi semakin hari semakin panas dan panas. bila dalam keadaan panas dan berhawa panas ini pendingin hawa sangat penting. tiba-tiba AC yang di tamu nih wat hal plak dia. syukur, masih berfungsi seperti biasa, masih sejuk tapi ade titisan-titisan air yang nak keluar jugak bersama-sama. feeling macam salji turun tapi sebenarnya hujan dalam rumah.
rambang #2: air pula tiba-tiba tiada. ingatkan seluruh kejiranan tiada air. rupanya hanya rumah saya seorang saje yang keputusan bekalan air. alhamdullilah air takungan telah siap sedia. bukan sebab dah tahu bekalan air terputus tapi bila musim panas air takungan adalah wajib ada. rupanya fius gen set air sudah terbakar,menyebabkan air tidak naik ke tangki atas rumah. alhamdulillah bekalan terputus separuh hari, jadi saya dapat berehat-rehat sambil menambah kemalasan.
rambang#3: abah sudah beberapa hari di hospital. rasa macam mahu terbang pulang, tapi itu bukan perkara mudah. moga abah cepat sembuh, pulih seperti sedia kala.
rambang#4: saya dah tak selalu update blog, sebab saya seperti tiada masa untuk update. kalau nak update harus on laptop. saya sedang menghadkan kekerapan on laptop supaya saya lebih fokus kepada kerja-kerja laptop-less. tapi bila sekali dapat peluang, mahunye direct 4 jam saya melekat. tapi saya masih stay intact dengan teknologi maya. walau tanpa laptop saya ada gadget baru berupa telkefon pintar cap buah epal untuk capaian maklumat maya. saya suka. mudah, selesa, convenient.
rambang#5: sudah masuk bulan rejab. amboi cepatnya masa berlalu. rupanya saya dah satu tahun enam bulan di sini. rekod terlama tidak pulang kampung halaman.
rambang #6: sebab sekarang musim panas, jadi siang sungguh awal. naik matahari jam 3 pagi terbenam hampir jam 7 malam. nak start berpuasa adalah cabaran terbesar nih. moga-moga Allah bantu saya, InsyaAllah.
rambang #7: saya bercucuk tanam. dah masuk summer baru terhegeh-hegeh nak bercucuk tanam. nasib baik hidup juga pegaga saya itu. ya, mungkin sebab tangan soulmate yang tanam, so pegaga saya hidup walaupun sering disimbah terik mentari.
rambang#8: saya sudah mengantuk walaupun baru jam 9 pagi di sini. jadi saya mahu nap dulu. off laptop, bangun dan buat kerja-kerja lebih berfaedah yang laptop-less.
1 comment:
slps entri ini di tulis berita dari saluran buku muka menyatakan abah sudah pulih dari gering dan kembali ke rumah seperti biasa...sesungguhnya Allah tahu yg terbaik utk hmbanya...yg pling memaqbulkan doa meski secara lisan, tulisan atau lintasan dlm hati..alhamdulillah syukur ya allah
Post a Comment