Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
saya tidak tahu mahu bermula dari mana. awal Mac, saya dikejutkan dengan sebuah berita pemergian seorang kenalan. kenalan yang bukan setakat kenal hye-hye bye-bye. kenalan yang suatu ketika dahulu pernah bersama-sama dalam kerjasama pasukan kebajikan minggu suaikenal (read: Taaruf Week IIUM). kenalan yang kami (read: saya dan soulmate) sama-sama sifatkan sebagai seorang yang lemah lembut, sopan dan baik hati. sebelum kami berhijrah ke sini, beliau terlebih dahulu berhijrah sebagai pegawai di Islamabad, Pakistan. melalui jaringan rangkaian sosial kami sering berhubung. kadangkala saling bertukar cerita keadaan di tempat masing-masing, kadangkala juga sekadar bualan ringan.
masih segar di ingatan, Allahyarham secara peribadi meminta nombor kami di sini untuk beliau hubungi ketika beliau dan keluarga datang berziarah setahun yang lalu. sayang, dengan kesempitan waktu yang ada, kami tidak dapat bertemu. beberapa bulan selepas sekembalinya beliau dari ziarah, beliau sempat memberitahu bahawa isterinya mengandungkan anak kedua cambahan hasil dari tanah suci lantas anak tersebut diberi nama Marwa sempena nama salah sebuah bukit ibadah di sini. kami bersyukur atas limpahan rezeki sahabat ini. kami juga tumpang sama-sama gembira. seterusnya, kami sering bertukar cerita melalui tulisan-tulisan beliau di blog dan catatan-catatan beliau di jaringan sosial yang ada. dengan kemudahan teknologi yang serba ringkas dan mudah, hubungan yang jauh dan renggang terasa menjadi rapat dan dekat.
tetapi kini sudah tiba waktunya Allahyarham meninggalkan kita semua kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan sedemikian rupa. pinjaman Allah hanya diberi setakat 29 tahun. 29 tahun adalah angka yang sangat singkat. namun begitu, sebelum akhir hayatnya Allahyarham telah dibahagiakan dengan cinta seorang isteri dan kasih dua orang cahayamata. MasyaAllah. Allahyarham juga telah melalui fasa berjaya dalam pelajaran di peringkat tertinggi lantas melayakkan beliau menyandang jawatan besar dalam kerjaya. Allah Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menetapkan dan menggariskan segala sesuatu dalam ilmu pengetahuannya yang Maha Luas yang tiada dapat tercapai dek akal kita memikirkannya.
Siapa dapat tahu akhir hayatnya di atas stereng kereta disebabkan seekor kuda? siapa dapat menyangka akhir hayatnya 10km dekat dengan rumahnya sedang dia tinggal beribu batu jauh dari tanahairnya? siapa dapat menyangka jangka hayatnya tamat di negara yang aman sedangkan banyak sisa-sisa hari dihabiskan di negara bergolak di mana bom meletup merata-rata? sesungguhnya kalau mati itu dapat dijangka, nescaya tiada seorang pun yang lalai dari tikar sejadah dan zikir sepanjang masa.
“Ya Allah! Ampunilah Allahyarham Wan Ahmad Fadzil bin Wan Mohd. Angkatlah derajatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk berilah penggantinya bagi orang-orang yang ditinggalkan sesudahnya. Dan ampunilah kami dan dia wahai Tuhan seru sekalian alam. Lebarkan kuburannya dan berilah penerangan di dalamnya.”
kepada sahabat-sahabat sekalian, pemergian Allahyarham yang suka kita panggil Jay terkesan di hati kita semua. Jay seorang yang sangat baik, kita doakanlah kemudahannya di alam barzakh. sama-sama lah kita berdoa agar ingatan ini tidak hanya setakat waktu ini dan pudar ditelan zaman. kini, saat pemergiannya masih segar dan kuburannya masih merah berpusu-pusu ucapan takziah dan al-fatihah untuknya dan keluarga. pintalah pada Allah agar ingatan kita tidak pudar pada anak-anak dan keluarganya, seusai waktu berputaran dan saat itu pasti adik Aini Nurbaya, Naada dan Marwa memerlukan sokongan kita semua.
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
(sudirman hj Arsyad, salam terakhir)
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
(sudirman hj Arsyad, salam terakhir)
8 comments:
Jay.. Kawan dan sahabat yg x sombong.. Baik hati.. Senyumannya yg manis.. Etc.. Semoga rohnya dicucuri rahmah.. Amin
ikhwan: betul.ye, semoga rohnya dicucuri rahmat. aku masih terharu..T_________T:(
salam..
alfatihah untuk allahyarham Wan Ahmad Fadhil, walaupun tak mengenalinya tapi dapat rasakan arwah seorang yg penyayang.. semoga arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman..aminn..
arwah mmg baik orangnya..beliau harapan keluarga.
adik bongsu arwah.
sangat terkesan dihatiku jua..n masih terbayang2 wajah n kelibat allahyarham d zmn u dulu...
anon: amiin
wanahaf: takziah buat anda sekeluarga...
fatanah: indeed!kenangan lalu mengocak ketenangan fikiran..uhuks sedih..T____________T
Al-Fatihah, dari kami yang di didik oleh arwah semasa di akademi imigresen malaysia..
sha: sama2 kita doakan untukknya..amiin
Post a Comment