::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, January 2, 2011

coretan 2010

The Past. Its Done.
Its Unchangeable. Move On
.

tahun baru sudah pun menjenguk diri. hari demi hari berlalu, akhirnya tersingkap sudah lembaran sebanyak 365. pelbagai memori diukir, pelbagai kenangan tercipta. setiap satunya mengandungi sejarah tersendiri. hari demi hari yang terlepas, semuanya memberi impak berbeza. berakhirnya tahun, bermula pula tahun yang baru.

2010 mencatat sejarah di mana saya menjadi insan yang berbeza. 2010 mengajar saya erti hidup berkelana. jauh dari sanak saudara dan keluarga. mengenal lebih banyak hati, menyelami lebih banyak budi. saya semakin keluar dari dunia kesenangan yang sebelumnya. untuk permulaan, banyak yang saya tidak betah walau sedikit demi sedikit sudah saya cuba untuk menerima. syukur Allah kurniakan saya teman hidup paling sabar dan paling tabah yang tidak pernah jemu mendorong saat saya jatuh tersadung. saat paling payah untuk saya belajar adalah mengenal hati-hati manusia baru dalam hidup yang pada saya segalanya tidak sempurna.



quotation adopted from Sam Keen, Love and Be Loved

namun, 2010 telah mengajar saya bahawa melihat ketidaksempurnaan orang lain adalah punca hilangnya rasa bahagia. jika saya masih mengharap segala yang sempurna dari setiap manusia yang saya kenali, hidup pasti tidak pernah lengkap, hati pasti tidak akan bahagia. lebih banyak memberi adalah kunci. sedangkan secara sedar memang saya tahu, tiada siapa pun yang sempurna termasuk diri saya sendiri. mengapa diharap kesempurnaan, harapkan sahajalah kesejahteraan dan penolak ansuran. 2010
mendidik saya menjadi lebih sabar, lebih rendah diri, lebih tabah dan lebih cekal hati. meletakkan kekurangan manusia di belakang dan memandang kebaikannya sahaja, saya percaya ia menjadikan hati lebih tenang. 2010 turut mendekatkan saya lebih hampir dengan Tuhan. saat saya banyak diuji dengan ujian. ujian kesenangan juga ujian kesusahan.

2010 di tempat orang menguatkan lagi cinta saya dengan yang tersayang. dialah teman bual, dialah teman gurau, dialah teman bercakaran. 2010 selepas 3 tahun diambang perkahwinan, membuatkan kami lebih kenal satu sama lain. dengan 1000 satu mehnah dan badai rumah tangga melanda, kami selesaikan seperti pasangan biasa. 3 tahun berlalu yang masih sama, kami masih berdua. sedikit cemburu mendengar berita sahabat-sahabat menimang cahaya mata, namun disudut hati merasa bahagia bila sahabat juga bahagia. moga untuk kami, habuannya akan sampai jua,InsyaAllah. minta teman-teman lain juga panjangkan doanya. Amiin.

moga pelajaran 2010 akan terus berkekalan membawa pengharapan sinar buat 2011. membuat catatan keinsafan pada bulan masihi bukan bermakna saya lupa yang islami, cuma secara praktisnya catatan masihi lebih banyak digunapakai dalam kehidupan sehari-hari.

9 comments:

CI_ said...

InsyaAllah,
akan ada rezekinya untuk
kamu berdua pula. Amin.

ila nursalida said...

ian: mekasih doanya...

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

kak ila tau tak... tak lama dulu la kalau tak silap azie mase bulan Nov kot azie ade mimpi kak ila bgtau yang kak ila dah mengandung...mmg mcm real bgn2 esk terus tanya azral, en khairudin ade bgtau berita gembira ke dr riyahd...tapi baru tersedar tu hanya mimpi yang insyaALLAH menjadi petanda habuan yg dimaksudkan kak ila akan tiba jua dengan izinNya... InsyaALLAH

blog kak ila kali ni betol2 terkena kat azie jugak...azie menghadapi situasi same mcm kak ila skrg...dan membuatkan azie rase duduk di riyadh lebih aman dan bahagia... huhuhuhu

ila nursalida said...

azie: insyaAllah..semoga doa2 dimakbulkan...terima kasih juga kerana blog picisan ini mampu menjadi manfaat

FirJah said...

Selamat tahun baru acik ila n p.cik din..

Acik ila,
Genap 3 tahun prkhwinn mama baba dulu barulah bermulanya kehidupn ishraqi di alam rahim mama...

Selepas sekian lama mama menitiskan airmata mengenang nasib diri,mendambakan kehadiran ishraqi,tambah pula apbla mndngar perkhabarn org2 disekeliling mama yg peknen.hati mama betul2 tertekan..

Tp dlm kesedihan n tertekan itu,mama x putus2 berdoa,berusaha,mengharap n terus mengharap sehinggalah dpt result tu mama hampir putus asa n berserah pada yg Maha Berkuasa.. MasyaAllah tabarakallah , wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin... Hadiah yg plg bermkna ketika dpt tau ..

Acik ila sabar banyak2 ye.. InsyaAllah ada rezeki utk acik ila..ishraqi selalu dengar Mama doa utk acik ila moga cepat2 dikurniakan zuriat yg soleh,tabah n sabar hadapi ujian ini sptmana mama lalui dulu.. Acik ila jgn stress2 ye.. Moga 2011 membawa sinar bahagia buat acik ila n p.cik din... Aminn ya rabb..

Mama kim salam rindu buat acik ila..
UMmmmuuuaAhhhh dari Ishraqi...

ila nursalida said...

mama isyraqi: thanks fren..aku taktau nak cakap macammana..terharu

FirJah said...

acik ila..
di pagi hari ini sekali lagi mama menitiskan airmata apabila mendapat msg dari kawan jqaf sama maktab dgn mama, yang mana 3 tahun mendambakan zuriat penyeri keluarga seperti mama..

3 tahun penntian itu..akhirnya Allah makbulkn jua doa mereka..

3 DIS kwn mama selamat melahirkan baby boy TAPI dugaan yang maha berat yang harus ditempuhi apabila anakandanya disahkan menghidap jantung berlubang & saluran darah sempit n terpaksa dibawa ke IJN n di tahan di hospital kuantan. Mengikut perancangan 28 jan perlu dibawa semula ke IJN ...

benarlah janji Allah .."Kita merancang , Allah juga merancang tp sebaik2 perancangan adalah perancanganNya"

Ya kita hanya merancang...TAPI Allah lebih menyayangi anakanda yang dikasihinya..

semalam 4 JANUARI ,5.15ptg dgn penuh redha dan pasrah pinjaman Allah yang sementara itu telah diambil semula olehNya..

3 TAHUN menanti
39 MINGGU anakanda itu smpat bersama2 di alam rahim mamanya,
SEBULAN SEHARI smpat bersama mama & babanya melihat dunia..
Akhirnya anakanda yang dikasihi & disayangi pergi jua mengadap Rabbul Jalil..

Sesunggunya setiap yang berlaku itu pasti terkandung 1001 hikmah disebaliknya...

perit n pilu mama mndengar perkhabaran itu.. pastinya lebih perit lagi Ammi Naim & Ammati Izyani yang menanggungnya..

Semoga Allah mengurniakan SETINGGI2 kekuatan & ketabahan utk mereka melaluinya...

AL-FATIHAH

ila nursalida said...

mama isyraqi: ouch..innalillah...

Akshay said...

Father's Day is celebrated for a special person of the family - father. All the sun and daughter are express love feeling with their dad and make a day extremely special. fathers day greetings If you want to celebrate this Father Day with your father, then you need to some Beautiful Fathers Day Images, Fathers day Wallpapers, and Fathers Day GIF. Here we collect best Fathers Day Quotes Images for you. Father's Day is celebrated in all over the world on the different days.