::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, August 2, 2010

hujan beberapa minit

hujan yang turun bagaikan mutiara

sudah 21 Sha'ban pada hari ini. tinggal lagi seminggu, Ramadhan akan tiba. moga2, Allah jumpakan saya dengan Ramdhan tahun ini amiiin. dalam kepanasan summer menanti Ramadhan ini, hujan rahmat mencucuri bumi yang saya diami ini selama beberapa minit petang tadi. walaupun ianya bebrapa minit, hujan tersebut umpama mutiara kerana kehadirannya amat berharga. Alhamdulillah.

summer di sini menjadikan bumi panas dari biasa. namun kebelakangan ini, kepanasannya tidak seteruk awal summer pada bulan June yang lalu. mari kita kongsikan beberapa fakta sepanjang summer yang saya lalui di sini;

1. angin berhawa panas macam oven.
tapi kata orang alah bisa, tegal biasa. memula dulu jer macam shock sikit, sekarang dah okay.

2. hidup dengan pendingin hawa sentiasa.
bila tak on itu aircond, rasa cam sesak nafas sikit. yelah, haba panas ada di mana-mana. impkanya, bil elektrik melambung 3 kali ganda berbanding kadar winter.

3. laundry
kain baju yang di basuh, 2 jam sudah kering. itupun jemuran dalam rumah, kalau kat luar, confirm garing baju-baju tuh. tapi kat sini memang tak practical nak jemur di luar dan tak pernah dibuat orang. kalau nak jugak, saksikanlah jemuran bertukar warna nanti. dari putih melepak, jadi kuning berdebu.

4. wardrobe
jangan sangka baju di dalam rumah tidak mendapat zat kepanasan mentari. sedangkan yang sudah siap berlipat dalam almari pun saat memakainya terasa macam baru diangkat dari ampaian di malaysia. baju pon panas. kalau ada kanak-kanak di kediaman saya ini, pasti wardrobe bukan tempat persembunyian yang digemari.

5. sand storm
jangan cerita pasal debu pasir ini. tak kira musim apa, dia tetap akan melanda. sedang enak menonton peti tv, tiba-tiba bau debu menusuk hidung. jangan jadi hairan, sudah pasti debuan telah menghiasi lantai kediaman berdekatan pintu yang tidak berpermaidani itu. mr.soulmate sudah pesan sendalkan bawah pintu dengan kertas supaya, jumlah debuan yang masuk berkurangan, tapi saya masih belum berkerajinan melakukannya lagi. nggeee.

6. air
disebabkan kepanasan yang melanda, air di pili juga mengalirkan air yang panas tidak kira di tab biru atau merah. harusnya air tadahan sangat diperlukan di saat-saat seperti musim ini.

**update

7. tandas
apa kene mengenanya dengan tandas pula di musim panas nih? pelik atau tidak, air dalam takungan lubang tandas juga mampu kering (jika lama tidak digunapakai) oleh kerana proses penyejatan. huh, pelik tapi benar.

sekian dulu,
ilalliqa' maassalamah

2 comments:

ilasya said...

nikmat tu..
kalo kat malesya tadek nk marase..
barakallah lakuma

ila nursalida said...

ilasya: memang la...mensyukurilah sebab di tulis, supaya tetap ingat sampai bile2..uhuh