::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, March 22, 2010

terbaru dan terkini

In diving to the bottom of pleasure we bring up more gravel than pearls
~Honore de Balzac

sejak berpindah ke kediaman ini, sudah jarang pula saya update. kalau nak ikut archive bulanan kat tepi tu, purata entri tidak kurang dari 5 sebulan. ini tandanya, saya banyak aktiviti di kediaman baru ini. tidak perlu tahu, apa aktiviti tersebut. kerana anda sudah pasti tahu, saya uruskan kediaman ini dengan mengemop dan mengelap. untuk nota, di sini sedang dalam fasa peralihan musim. jadi dengan itu, sand storm atau ribut pasir sering amat berlaku. impaknya memberi tugas lebih untuk saya di kediaman ini. kesihatan juga ada sedikit terjejas. saya sudah mula sakit badan, demam di pagi hari dan selsema juga sakit kepala.

terbaru, tapi tidak juga begitu baru saya ada mengikuti kelas bahasa. umum yang mengenali saya mungkin mahu gelakkan saya mengikuti kelas bahasa sedang bahasa tersebut telah saya dalami sejak sekolah menengah dan sehingga ke peringkat ijazah mempelajarinya. ya, saya juga tahu pertama kali masuk kelas, mustawanya (peringkat) semudah silibus tingkatan satu. siri-siri muhadasah yang sangat mudah sekali. lantas pasti kalian tertanya kan, mengapa harus saya ikuti kelas bahasa tersebut.

niat saya cuma satu. menuntut ilmu. di mana sahaja dan mustawa apa sahaja, menuntut ilmu martabatnya sangat tinggi. saya juga berkeyakinan untuk memahami dan belajar sesuatu bahasa supaya lebih fasih, haruslah berada di dalam konteks dan suasana bahasa tersebut. dengan harapan suatu masa nanti kemahiran berbahasa saya melalui bahasa Al-quran ini sefasih pengucapan penduduk natif (read: native speaker).

sudah beberapa kali saya menghadiri kelas tersebut. saya dapati disamping saya memperbaharui ilmu yang saya sudah sedia maklum, rupanya kehadiran saya di sana adalah pembimbing kepada rakan-rakan lain. rakan-rakan sekelas saya adalah manusia-manusia hebat. maksud saya, mereka adalah penyumbang kemajuan dunia. mereka adalah terdiri dari kalangan jurutera, jurureka dan perkerjaan-pekerjaan pakar yang lain. mereka juga adalah manusia yang tidak pernah kenal huruf hijaiyah malah langsung tidak pernah mampu melagukan Al-Quran persis bacaan imam besar Masjidil Haram. sejujurnya, kebanyakan mereka adalah expatriate yang bekerja di sini, dan bukanlah seagama dengan saya yang sedari kecilnya terdedah dengan bahasa kedua ini.

keadaan ini saya rasa berlaku sama seperti apa yang berlaku pada adinda saya yang keempat. beliau dibesarkan dengan suasana tarbiah islam yang sempurna dan menjadikan dirinya sebagai hafizah yang pertama dalam keluarga. diperingkat seterusnya, beliau memilih jurusan kejururawatan dan ditempatkan di salah sebuah kolej swasta dalam negara. abah selaku orang yang bertanggungjawab mendidik, serba salah meninggalkan dan mengizinkan adinda nan seorang itu di kolej swasta yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan islam. abah sangat risau dan rasa bersalah. namun, ketentuan Allah siapa yang dapat membacanya. adinda yang seorang itu pulang membawa berita bahawasanya beliau di sana disamping menuntut ilmu kejururawatan sepenuh hati, beliau juga adalah pembimbing rakan-rakan lain menjalani rutin harian sebagai sorang Muslimah solehah. beliau juga menjadi tempat rujukan keagamaan buat rakan-rakan. beliau memimpin solat tarawikh di bulan Ramadhan sedang di sana tiada bi'ah yang mewujudkan tuntutan fardhu kifayah tersebut. menyedari perkara itu, abah yang dahulunya rasa bersalah menempatkan anakandanya di kolej tersebut kini tersenyum bangga dengan pencapaian anakandanya. bukan pencapaian akademik yang membuatkan abah bangga dengan anakandanya, namun merasa berbaloi mempunyai serikandi sehebat adinda saya itu. dalam senyum tawa, ada seka air mata dihujung anak mata abah.

saya di sini sekali lagi, merasa lega mampu membantu rakan yang bukan berlatarbelakangkan bahasa Al-Quran mempelajari ilmu yang menjadi keagungan insan ini. rupa-rupanya saya didatangkan Allah sebagai pembantu insan-insan yang ingin mendalami bahasa agung, disamping saya sendiri menyiapkan dan melengkapkan diri dengan ilmu yang sedia ada. harapnya, dengan berkat ini Allah bantu saya dalam kehidupan akan datang dan menjadi pemangkin memudahkan saya melepasi titian sirat nanti. Ameen.

5 comments:

Marliza Radzi said...

alhamdulillah :)

sukalah entri ini.

ila nursalida said...

marliza: saya juga suka bila blogger hebat menyukainya...

mardeq said...

amin. nanti boleh yang share eh..
ila..hihih nak jugak mintak ila komen.. kat sini http://regardingmylife.blogspot.com/2010/03/apa-maksud-mimpi-ini.html (sanggup ni..) hahha
TQ darling

perantau.tt said...

heheh belajar kat mana tuh? imam uni ke naif uni? sapa pi hantar? hehe jaga kesihatan kat sana... banyakkan minum air..

ila nursalida said...

tuan perantau: belajar kat WAMY..gi ngan din ikut dia punye klas...