Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
selamat tinggal 2008! selamat datang 2009
selamat tinggal 2008! selamat datang 2009
di jeti, lumut perjalanan dalam feri ke pangkor
sila abaikan tudung saya yang kontra dengan warna baju, dan remos tudung yang tidak menjadi itu :P
dalam boat, ke pulau impian kami, jauh dari keramaian
riang ria kami sekeluarga, juga keluarga bapa saudara saya dan anak2 kecilnya yang sangat comels
perjalanan pulang, selepas puas memanjakan diri dengan masin air laut...kami suka, riang dan gembira...:)
kami turun di stesen ampang park. had jalan2 di ampang park mall, kemudian berjalan terus ke klcc. kata mr.soulmate, dulu sebelum ada klcc ampang park la tempat tumpuan. tapi kini, agak kurang visitors la..ramai yang telah ke klcc. tapi ampang park still not bad. okeyla...had mc flurry as minum petang. ummph yummy!..huhu~
kami menonton filem seram terbaru HISTERIA. here it goes another review from me after my review on this.untuk review penuh cerita, sila lihat sini. from my 2 cents, this film is quite good. another filem seram Melayu (yg pernah saya tonton) yang dikira "menjadi" atau "kaw" laa selepas drama bersiri Kekasihku Seru tayangan TV3. filem ini mampu mebuatkan saya agak takut dan terkejut dengan adegan2 yang agak menyeramkan. saya kira diri ini agak berani, tapi rupanya sangkaan saya tersasar dan meleset kerana hampir 30 peratus daripada cerita saya terpaksa menutup muka dan memeluk erat sahabat saya. sampai dipertengahan jalan, ada rasa macam nak balik waktu tu juga. bagi saya bahagian yang menyeramkan adalah scene yang menayangkan bagaimana mereka di bunuh oleh so called the jembalang dan melihat rupa jembalang itu. would say congrats to the pengarah and all yg terlibat menjayakan filem ini dengan jayanya. filem ini juga mengupas secara saintifik disebalik kejadian berlaku. menurut doktor psikatri, perkara ini adalah semata2 kesan daripada tekanan perasaan yang dihadapi oleh seseorang. di sini, penyakit mental Paranoid Schizophrenic,menjadi rujukan. namun, bagi yang menonton, buatlah pertimbangan sewajarnya daripada kisah. dalam filem ini juga, ia mengisahkan tukang kebun yang meminta perlindungan daripada makhluk halus (atau dirujuk sebagai jin) untuk menjaga kawasan sekolah tersebut. sebetulnya, hanya kepada Allahlah tempat memohon perlindungan yang sebaiknya.
menjadi isu yang agak hangat diperkatakan adalah adegan bercium dan berpegangan tangan antara 2 pelajar perempuan (Scha dan Reana) yang memberi gambaran tidak bermoral tentang masyarakat kita. menurut kata mereka-mereka di luar sana lah. namun bagi saya ia hanyalah elemen kecil untuk melariskan filem ini dan helah yang sengaja dibuat untuk memanaskan dunia hiburan. atau apa2 agenda lain disebaliknya. jika di tonton, saya kira adegan itu telah pun disunting, dan tidak memberi sebarang impak yang keterlaluan jika dibandingkan dengan aksi melampau yang lain di filem2 lain. dan pada saya slot itu adalah sangat kecil (kurang dari 5 saat) berbanding dengan major theme perjalanan slot cerita filem ini.
sahabat saya yang terperasankan stiker ini, saya tak perasan langsung..ah! hati saya terus tak keruan. boleh kata panik seketika. bukannya apa, memikirkan apakah yang perlu saya lakukan untuk menegakkan syariat ini. dahulu, sewaktu di bangku pengajian, ilmu tentang najis mughalazhah ini cuma dipelajari secara teori. nah sekarang tiba di situasi sebenar, panik pula saya. menghubungi beberapa kenalan untuk kepastian. ya! saya harus samak anggota yang memegang bahagian bernajis ini. bagaimana pula caranya ya? teorinya di basuh dengan sekali air tanah liat dan enam kali air biasa. mana bisa jumpa tanah liat di binaan batu ini..rasa sukar sekali. tetapi hendak kan seribu daya. jadi saya jumpai tanah disini
kami bertolak menaiki keretapi tanah melayu dari stesen kajang berakhir di stesen tanjong pagar, singapura. journey ini disertai oleh my in laws inculding, the mum, younger sister, younger brother, cousin and the liltle nephew. pic above was at station tanjong pagar, singapura.
sesampainya di rumah nenda, upacara pernikahan baru sahaja selesai dijalankan. oh!rupanya ada dua pengantin. kakak dan adik, tahniah ya kalian berdua. hujung sedikit sebelah kiri dalam gambar, adalah nenda yang pertama kali saya temui sejak kami sah menjadi suami isteri setahun lalu.
malam hari, kami berjalan sendirian ke bugis. alhamdulilah ipar saya itu sudah ada pengalaman di kota singa ini, jadi dia membantu perjalanan kami. lantaran tuan rumah semuanya pasti sibuk dengan urusan kenduri. ini bugis junction, namanya persis maju junction di KL kan,..
terus, kami ke bugis street, ala-ala petaling street di KL laa...menjual segala jenis barangan termasuk pakaian, hiasan juga souvenir sebagai kenangan. harganya murah2 belaka. tapi bila convert dengan RM, kira mahallah...(oh, gelang tangan di sisi kiri dalam gambar itu membuatkan saya nyaris tertangkap kerana capture the photo di hadapan kedai)
untuk menyampaikan hajat kami berjalan2 itu, kami menaiki kendaraan awam iaitu bas. menariknya, kami menaiki bas dua tingkat (hehe teruja, sbb kat mesia takde). saya kira di kota ini mungkin jaringan Wi-Fi nya luas kerana, perasan tak dalam gambar itu ade seorang penumpang bersama lappy nya. juga perlu diketahui, menurut saudara saya itu, di singapura tidak ramai yang memiliki kenderaan. lantas pengangkutan awamnya sangat mesra penumpang, cepat dan tepat mengikut jadual juga selesa amat.
ini pula kediaman nenda saya. orang di sini memang kebanyakannya tinggal di rumah bertingkat begini (not sure it is flat or apartment or kondo). sila lihat cara mereka jemur pakaian, unik kan..khemah jamuan makan di sediakan di basement area
menjadi adat orang kota singa ini, pihak perempuan menghantar pakaian persalinan untuk majlis resepsi kepada pihak lelaki. juga bertukar lauk kenduri sesama kedua belah pihak. seperti saya beritahu tadi, rakyat di sini amat kurang yang mempunyai kenderaan sendiri, jadi yang kami naik ini adalah lori kepunyaan paman yang kebetulannya bekerja sebagai penghantar pekerja kilang ke tempat kerja mereka. jadi, kami menumpang manfaatnya juga :). gambar di atas sebelah kiri dan kanan ada lah kereta kabel ke pulau sentosa juga singapore flyers.
di sebelah petang, setelah majlis resepsi agak reda, kami berjalan2 di kota singa. melalui iklan uniknya singapura, mr.soulmate mendapat tahu tentang ini. tour di singapura menggunakan topless bus. oleh kerana kesuntukan masa melawat kota singa ini, kami manfaatkannya dengan hippo tour ini. hanya untuk $23 dolar tiket, ianya berbaloi untuk 24 jam perjalanan. tapi kami cuma manfaatkan 2 jam sahaja. itu masa yang ada, tak mengapalah...namun masih sempat melawat seluruh kota dengan dua trip perjalanan ->heritage n city<-
mengikut laluan heritage, kami melalui banyak tempat,antarnya Hindoo road. Di sini memang ramai orang India. Di KL ianya persis jalan Masjid India
dan akhirnya, tamatlah sudah cerita kami di kota singa selama tiga hari dua malam. walaupun kurang puas berjalan, tetapi mata saya puas memandang segala keindahan pemandangan di kota singapura. walau bagaimana cantik negeri orang, saya tetap suka negara saya sendiri.


credit pic: ashraflatif