hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
mengikut kalender december saya, minggu lepas saya berada di ipoh perak, seterusnya ke kedah. malang sekali, saya tidak sempat ke kedah selepas usai kenduri sepupu saya di ipoh. saya menyertai family from my side having a day trip to pulau pangkor. saya kongsikan gambarnya, di lain pertemuan nnati ya!!minggu sebelumya saya dijadualkan berada di kota singa bertemu nenda from mr.soulmate side as well attending his cousin wedding di sana. seperti yang saya janjikan, kita kongsikan gambar kenangan kota singa di kesempatan ini. ya, kita benarkan gambar berbicara pula kali ini...here, it goes
kami bertolak menaiki keretapi tanah melayu dari stesen kajang berakhir di stesen tanjong pagar, singapura. journey ini disertai oleh my in laws inculding, the mum, younger sister, younger brother, cousin and the liltle nephew. pic above was at station tanjong pagar, singapura.
sesampainya di rumah nenda, upacara pernikahan baru sahaja selesai dijalankan. oh!rupanya ada dua pengantin. kakak dan adik, tahniah ya kalian berdua. hujung sedikit sebelah kiri dalam gambar, adalah nenda yang pertama kali saya temui sejak kami sah menjadi suami isteri setahun lalu.
malam hari, kami berjalan sendirian ke bugis. alhamdulilah ipar saya itu sudah ada pengalaman di kota singa ini, jadi dia membantu perjalanan kami. lantaran tuan rumah semuanya pasti sibuk dengan urusan kenduri. ini bugis junction, namanya persis maju junction di KL kan,..
terus, kami ke bugis street, ala-ala petaling street di KL laa...menjual segala jenis barangan termasuk pakaian, hiasan juga souvenir sebagai kenangan. harganya murah2 belaka. tapi bila convert dengan RM, kira mahallah...(oh, gelang tangan di sisi kiri dalam gambar itu membuatkan saya nyaris tertangkap kerana capture the photo di hadapan kedai)
untuk menyampaikan hajat kami berjalan2 itu, kami menaiki kendaraan awam iaitu bas. menariknya, kami menaiki bas dua tingkat (hehe teruja, sbb kat mesia takde). saya kira di kota ini mungkin jaringan Wi-Fi nya luas kerana, perasan tak dalam gambar itu ade seorang penumpang bersama lappy nya. juga perlu diketahui, menurut saudara saya itu, di singapura tidak ramai yang memiliki kenderaan. lantas pengangkutan awamnya sangat mesra penumpang, cepat dan tepat mengikut jadual juga selesa amat.ini pula kediaman nenda saya. orang di sini memang kebanyakannya tinggal di rumah bertingkat begini (not sure it is flat or apartment or kondo). sila lihat cara mereka jemur pakaian, unik kan..khemah jamuan makan di sediakan di basement area
menjadi adat orang kota singa ini, pihak perempuan menghantar pakaian persalinan untuk majlis resepsi kepada pihak lelaki. juga bertukar lauk kenduri sesama kedua belah pihak. seperti saya beritahu tadi, rakyat di sini amat kurang yang mempunyai kenderaan sendiri, jadi yang kami naik ini adalah lori kepunyaan paman yang kebetulannya bekerja sebagai penghantar pekerja kilang ke tempat kerja mereka. jadi, kami menumpang manfaatnya juga :). gambar di atas sebelah kiri dan kanan ada lah kereta kabel ke pulau sentosa juga singapore flyers.
di sebelah petang, setelah majlis resepsi agak reda, kami berjalan2 di kota singa. melalui iklan uniknya singapura, mr.soulmate mendapat tahu tentang ini. tour di singapura menggunakan topless bus. oleh kerana kesuntukan masa melawat kota singa ini, kami manfaatkannya dengan hippo tour ini. hanya untuk $23 dolar tiket, ianya berbaloi untuk 24 jam perjalanan. tapi kami cuma manfaatkan 2 jam sahaja. itu masa yang ada, tak mengapalah...namun masih sempat melawat seluruh kota dengan dua trip perjalanan ->heritage n city<-
mengikut laluan heritage, kami melalui banyak tempat,antarnya Hindoo road. Di sini memang ramai orang India. Di KL ianya persis jalan Masjid India
hingga seterusnya, melalui laluan city, kami menikmati pemandangan malam hari yang bergemerlapan sempena sambutan hari natal. sungguh indah dan bewarna warni
dan akhirnya, tamatlah sudah cerita kami di kota singa selama tiga hari dua malam. walaupun kurang puas berjalan, tetapi mata saya puas memandang segala keindahan pemandangan di kota singapura. walau bagaimana cantik negeri orang, saya tetap suka negara saya sendiri.
No comments:
Post a Comment