::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, November 3, 2008

hujan...

Selembut hujan bercurahan Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata

Bersama pedih, bersama rindu

Kau datang dan kau pergi jua

Rindu lagi...

Di luar sana hujan turun dengan lebat, tapi telah mulai rebas
disambut dengan laungan azan Maghrib

Aku sedang menunggu Mr.soulmate menjemput pulang
Mungkin jalan jem agaknya....
Masih lagi dalam mood peperiksaan

harus ada lagi 2 paper yang akan diduduki
dan juga lagi dua asignment yang perlu disiapkan





Mr.Soulmate akan keluar bekerja (kursus) bermula 9 nov ini
setelah 20 hari usai kerja kursus itu
nanti baru pulang ke pangkuan ku semula
dalam menghitung hari agar dia cepat kembali
kerana perhubungan akan terputus seketika
alat telekomunikasi itu nanti harus disimpan pihak pengurusan
doakan aku tabah menghadapi rindu itu nanti...
juga sedia dengan peperiksaan yang bakal ditempuhi...