::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, May 24, 2010

live updates

Katakanlah: Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya) jika mereka mengetahui.
~attaubah 81~

cepatnya masa berlalu. saya dan suami sudah pun setengah tahun berada di tanah rantau. pada mulanya sangat kekok, sekarang tidak lagi. saya sudah selesa. selesa dari segi adaptasi dengan kehidupan seharian. tapi saya tidak selesa dengan keadaan cuaca sekarang.

untuk rekod, di sini musim panas baru hendak bermula. kepanasan sudah tahap 40 darjah celcius. dijangka akan hampir 50 leih nanti. di sini panasnya beserta dengan hawa angin yang panas. tidak sama seperti di kampung saya, panas tapi lembap. impaknya basah berlecak ketiak bawah lengan dan belakang baju. di sini, kering dan tiada perpeluhan. hawa panas yang dibawa bersama angin ibarat haba oven yang menyambar muka ketika pintu dibuka untuk mengeluarkan roti yang dibakar. panas tuh. namun sesungguhnya panas api neraka tiada lagi terperinya.

cuaca yang panas ini juga menyebabkan takungan di tangki simpanan air juga menjadi panas. walau seawal jam 7 pagi, air pancuran sudah pun mulai panas. air takungan baldi sangat berguna kala begini. mandi menggunakan gayung yang sudah lama ditinggalkan sejak dahulu, kini kembali menyingkap kenangan tinggal di asrama. juga seperti mendapat sebuah kepuasan yang tiada taranya.ngeee

sinonim dengan musim panas adalah waktu siang yang panjang berbanding malam. bayangkan sahaja fajar mulai terbit jam 3.40 pagi dan terbenam pada jam 6.30 petang. jadi siang sepanjang 15 jam iaitu 3 jam lebih dari biasa. dengan cuaca yang sebegini, aktiviti luar rumah memang sangat tidak digalakkan. kulit muka yang kering seperti membakar dan hidung juga kadangkala berdarah. kebiasaannya pengakhiran bulan ini bermulalah cuti sekolah dan ramai yang mengambil peluang keluar bercuti. jika suami saya cikgu, pasti kami juga akan pulang bercuti ke kampung halaman. ohoho balik kampung ohohooo balik kampung...lalalala

sekian
ilalliqa' maasalamah

Tuesday, May 18, 2010

happy birthday ibu


dalam berjuta bintang berkelipan kau bagaikan kejora
antara ribuan mata menikam takkan ku biarkan kau tenggelam
di dalam jaga ku tercari-cari di dalam tidur termimpi-mimpi

sudah genap setengah tahun saya di sini. tulah kekdang dalam mimpi teringatkan ibu. dalam sedar pun teringatkan ibu. sms jualah pengubat rindu. dalam genap 6 bulan di sini, ibu pula sudah genap 56 tahun pada hari ini.


bertambah lagi usia ibu. saya tiada apa yang dapat nak diharapkan melainkan agar ibu terus mendapat berkat dalam kehidupannya. terus dipandang mulia oleh Allah. terus diangkat martabatnya setaraf dengan hamba-hamba kesayangan Pencipta. moga-moga segala usaha keras ibu bersengkang mata membesarkan anak-anak, berhempas pulas tenaga mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga mendapat balasan setimpal di sisi Allah taala.

saya juga berdoa agar menjadi anak yang solehah lantas doa saya diterima sebagai amalan yang berterusan untuk kredit ibu di bawa ke alam satu lagi nanti. bila dah berjauhan dengan ibu baru rasa dan teringat-ingat kenangan lalu bersama ibu. ibu tidak punya personaliti yang sama dengan abah. totally different. kalau abah selalu memberi kesan dengan kata-kata, ibu memberi kesan dengan perbuatan. dia tak selalu cakap 'i love u' macam abah, tapi dia selalu buat apa yang saya nak. dia selalu sediakan keperluan yang secukupnya bila saya memerlukan.

enough said, saya tak boleh cakap banyak dah.
HAPPY BIRTHDAY TO IBU...


Tuesday, May 11, 2010

mari menanam taugeh! heh..heh

My green thumb came only as a result of the mistakes I made while learning to see things from the plant's point of view.
~H. Fred Dale


projek terbaru di masa senggang saya yang langsung tidak memakan masa. projek ini juga bagus untuk kanak-kanak dalam mempelajari secara saintifik kaedah kehidupan tumbuh-tumbuhan.

ini kacang hijau ya, kepada sesiapa yang tidak mengenali. bahasa saintifiknya kurang saya tahu. apa boleh buat dengan kacang hijau ini? inilah dia projek penanaman kacang hijau untuk menjadi satu tanaman sayuran yang lain, yang berkhasiat dan enak.

rendam dahulu biji kacang ini dalam lebih kurang sejam atau dua jam dengan air paip biasa

kemudian sediakan tapis seperti dalam gambar atau apa-apa bekas yang serupa dengannya. letakkan kapas yang telah dibasahkan memenuhi bahagian bawah tapis sebanyak beberapa lapis. kemudian letakkan tapis tersebut di dalam bekas yang berisi sedikit air di dalamnya (sekadar mencecah bahagian bawah tapis)

taburkan kacang hijau yang sudah direndam dan ditoskan airnya, ke atas kapas basah tadi dan letakkan di bilik gelap. tanpa cahaya matahari.

hari 1: kulit kacang sudah kelihatan mengelupas

hari 2:kulit mengelupas hampir keseluruhan. badan sudah muncul

kulit mengelupas keseluruhan pada hari ke tiga. sudah boleh dituai. pada mulanya hanya sebutir biji kacang, kini berubah menjadi taugeh. yeay!


tuai atau kutip taugeh dan asingkan dari kulitnya. masukkan ke dalam bekas yang berisi air dan simpan dalam peti ais. jangan risau jika anda dapati taugeh yang baru dituai kecil dan pendek. taugeh akan membesar dengan sendirinya dan menjalar di dalam bekas berisi air tersebut. (p/s: beri ruang yang secukupnya untuk taugeh membesar dalam bekas. jangan masukkan dalam bekas yang kecil dan sempit)


untuk mendapatkan hasil yang baik, 3 hari sudah cukup untuk menyemai benih kacang menjadi taugeh. jangan tunggu sehingga hari ke 4, akarnya sudah mula panjang menjalar, dan menyusahkan untuk di asingkan kemudian nanti.

tumbuhan memerlukan air yang cukup untuk hidup. jadi, sila pastikan kapas sentiasa basah, dan periksa air dibahagian bawah tapis. tambah jika kekurangan. tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari sebagai makanan yang dinamakan klorofil. untuk mendapatkan taugeh yang putih dan cantik, letakkan biji benih kacang jauh dari matahari atau di bilik yang gelap. jika didedahkan pada cahaya matahari, hasilnya akan memperolehi taugeh hijau. pasti tidak mahu kan....

lihat, pada hari ke lima taugeh sudah pandai berdiri, dan mengeluarkan daun juga. ini petanda taugeh sudah terlebih matang. benih yang terdedah kepada cahaya matahari pula menjadikan taugeh kehijauan dan sedikit kemerahan.

ini dia taugeh yang cantik, bersih dan putih. dituai selepas 3 hari disimpan dalam bilik gelap yang jauh dari cahaya matahari. mudah senang dan cepat. taugeh hasil tanaman sendiri. yeay!!

Tuesday, May 4, 2010

semalam yang hujan

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir
- Surah Yusuf ayat 12

semalam sekali lagi hujan turun melimpah ruah. angin kuat sangat. saya yang keseorangan di rumah ini sedikit sebanyak merasa gerun. rumah sudah gelap, bunyi angin menampar pintu seperti kene gegar. menakutkan sungguh. hujan kali ini agak lama. seperti yang sedia maklum, Saudi tidak pernah menerima hujan selebat ini. kalau Malaysia tu dah biasa sangat hujan lebat dan banjir-banjir nih.




keadaan diluar jangkaan ini ditambah lagi dengan perparitan yang tidak pernah wujud dalam kotak pemikiran mereka menyebabkan air yang melimpah dari langit tidak tahu ingin menuju ke arah mana. sudahnya air-air tersebut bertakunglah dengan banyaknya di jalan-jalan raya utama dan menyebabkan kesesekan trafik yang amat teruk. berita lanjut di laporkan oleh arab news di sini. dilaporkan juga, selain berlakunya kesesakan jalan raya, turut berlaku keputusan bekalan elektrik di beberapa tempat. akhbar saudi gazet melalui laporan akhbar muka depannya hari ini melaporkan sekolah-sekolah dan kolej ditutup pada hari ini berikutan keadaan hujan dan banjir yang melanda semalam.

[pohon tamar menyembah bumi]

saya yang sedikit kegerunan tidak berani keluar dari rumah. rakan-rakan kenalan di sini memberitahu, hujan semalam membawa bersama ketulan-ketulan ais dari langit. ketulan kecil itu mampu memecehkan cermin rumah dan kereta.

[courtesy kak yan AF5]

[ketulan ais dari langit di atas rumput menghijau]

jika mahu lihat lagi paparan-paran gambar berkaitan hujan dan banjir semalam yang melanda Riyadh boleh klik di sini. menurut rakan yang telah lama menetap di sini, kejadian hujan semalam direkodkan antara yang terburuk berbanding sebelumnya. sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap sesuatu, siapkanlah amal kita sebaiknya, moga-moga kita ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.

sekian,
ilalliqa' maassalamah.

Wednesday, April 28, 2010

tentang cuaca dan musim

Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu dan sehingga tanah Arab menjadi murujan wa anharan~Imam Muslim no. 157 dari Abu Hurairah~

sejak keadaan ingin bertukar musim nih macam-macam cuaca di bumi tempat tinggal saya ini. kejap-kejap panas sangat, kejap-kejap redup, kejap-kejap pulak hujan. adakalanya ribut pasir pula melanda. Alhamdulillah, tuan rumah sudah siap memasang penghadang di hadapan pintu maka kurang sikitlah peratus kemasukan debu ke dalam kediaman saya ini. kurang juga letihnya mengusrus debu sepanjang masa. sampai mood malas saya, saya biarkan aja debu-debu berkenanaan.

berkenaan hadist yang saya qoutekan di atas, sebagai salah satu petanda kiamat, tanah arab menjadi murujan wa anharan. sebahagian ulama' menafsirkan sebagai tanah arab itu menjadi subur dan bersungai yang mengalir. faktanya, kadangkala hujan turun jua di sini. adakalanya lebat, ada kalanya hanya gerimis. masih ingatkah lagi dari catatan lepas saya rekodkan hujan telah turun berserta angin sedikit kuat sehingga tempiasnya masuk ke dalam rumah saya. habis basah sebahagiannya. istilahnya sama seperti banjir, cuma konsepnya sedikit berbeza.

[padang pasir sudah mula subur, bersediakah kita menghadapi kiamat yang semakin hampir?]


saya petik dari laman ini-->ajaibbenar.blogspot.com<--, keadaan di mana bandar Riyadh di hujani dengan ribut debu pasir. seakan membawa gelombang pasir kan? kesudahannya, lapangan terbang ditutup, pemandangan hanya terhad sekitar kurang dari 1 km sahaja.



dengan keadaan cuaca yang kadangkala tidak menentu ini, ada ketikanya pili air berwarna biru juga mengalirkan air panas. jika pili merah, sudah pastilah memang panas benar. rakan-rakan di sini mengesyorkan air tadahan adalah amat berguna sekali untuk kegunaan kecemasan contohnya bersuci. dalam bercerita tentang air dan hujan, tiba-tiba air di pili pejabat saya a.k.a dapur sangat kecil airnya dan perlahan sekali. apa yang menghairankan seluruh pili lain dalam umah ini mengalirkan air yang cukup deras. apabila plumber datang memeriksa, rupanya pili di dapur ini tersumbat dengan sampah yang dibawa bersama dari sumber punca air. haish..sigh~!


[sampah yang menyumbat pili air saya membentuk gegelang laluan air yang sangat kecil]

mujurlah air dari pili adalah bukan sumber untuk memasak dan minum. jika tidak, entahlah. sebagai rekod, sumber air di sini adalah dari proses penyulingan air laut. jadi airnya tidak sesuai dibuat minum dan memasak. hanya boleh digunakan untuk mandi dan membasuh. khabarnya mengkonsumi air paip di sini boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang dan kesihatan badan lainnya. wallahu'alam.

sekian,
ilalliqa'maasalamah...



Tuesday, April 20, 2010

laman baru

The world is a book, and those who do not travel read only a page
~St Augustine~

saya sedang dalam proses membina satu lagi laman blog baru. laman ini menceritakan kisah perjalanan pengembaraan pahit manis yang saya lalui sepanjang kehidupan ini bermula pada penempatan saya di tempat baru ini. saya coretkan kisah pengembaraan ini sebagai tanda ingatan dan catatan kenanagan sepanjang pengembaraan yang saya lalui.


SWEET TRAVELOG nama diberi. di sana memori indah saya rekodkan. namun, ianya bukanlah tatapan untuk secara umum. makanya tiada silent readers di sana. hanya pembaca jemputan dapat mengakses laman tersebut. ini adalah dengan tujuan privasi. tetapi buat teman rapat, keluarga dan sahabat yang mengenali, saya sudi kongsikan kisah travelog saya. bukan niat berbangga, jauh sekali berbesar diri. ianya hanya untuk kenangan, juga mungkin untuk pedoman.

buat pembaca yang ingin berkongsi kisah travelog saya, tinggalkan alamat emel anda di kotak komen. akan saya daftarkan diri anda sebagai pembaca jemputan. pembaca jemputan afdalnya yang mempunyai gmail akaun. bagi yang tiada, boleh buka satu. jika tidak mahu buka akaun baru kerana takut terlupa pasword atau apa sahaja alasannya, saya sudah sediakan satu akaun gmail untuk pembaca jemputan. jadi jika anda tidak punya akaun gmail, boleh layari menggunakan akaun yang telah saya ciptakan khas itu. tinggalkan sahaja alamat emel anda di kotak ruangan komen, dan saya akan kongsikan kata laluan buat anda.


kisah permulaan untuk pengembaraan Makkah Madinah siri 1 edisi March 2010....

Saturday, April 17, 2010

ketentuanNya

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ~Surah Al-Baqrah ayat 216


benar sungguh kalimat kitab suci ini. pernahkah kita bersedih atas perkara yang berlaku? selalukah kita mengeluh atas segala ketentuan kita? pernahkah kita bersangka buruk dengan Pencipta? persis Dia tidak memberi sesuatu yang kita suka, persis Dia tidak tahu apa yang kita mahu, juga persis Dia seolah-olah tidak mendengar doa?

seringnya kita membaca Al-quran dengan penuh lagunya, tartilnya dan tarannumnya. akan tetapi sedikit dari kita yang mengetahui makna dan memahaminya dengan sepenuh penghayatannya. cantikkan ayat yang saya qoute dari surah Al-Baqarah itu. ia menyebut dengan kata lain, tidak semua yang kita suka itu adalah yang terbaik buat kita, dan tidak semua yang benci adalah yang tidak baik untuk kita. ketentuan dan ketetapan hidup semuanya telah Allah tulis, jadi Dia maha mengetahui. kenapa kita mengeluh jika tidak mendapat apa yang kita inginkan? sebagai contoh kita inginkan lelaki pendamping hidup yang tinggi lampai tapi Allah beri yang tidak setinggi mana. kita inginkan si dia berkulit putih melepak, Allah beri yang hitam manis. sekalipun Allah tidak beri semua mengikut apa yang kita inginkan, namun dia tetap memberi lelaki pendamping hidup kan. itu lebih baik dari tiada, betul?

contoh lain, dengan keadaan cuaca yang panas, kita rasa tidak selesa dan kerengsaaan. namun Allah tetap beri kepanasan itu untuk kita rasa insaf persis suasana padang mahsyar sekalipun panas di dunia adalah 70 kali ganda kecil jika dibandingkan panas api neraka. tetapi dalam pada itu, kita dikurniakan juga kesenangan dalam bentuk kehidupan dengan dapat merasa nikmat kipas angin atau juga nikmat pendingin hawa. dia beri sedikit susah kepada kita untuk kita lebih meratap dan merayu kepadanya. bila panas, kita rayu hujan.

di tempat saya berada ini, secara rekodnya adalah tanah gersang yang beriklim kering dan panas. kebelakangan ini rahmat Allah beri membasahi bumi. hampir setiap hari sepanjang minggu lalu hujan turun. kadangkala rintik, kadangkala lebat. pengalaman saya di bumi ini, saat hujan lebat tempohari, air masuk ke dalam rumah. anehnya, keadaan ini bukan kerana hujan lebat yang menyebabkan air naik meninggi lantas terus masuk ke dalam rumah. air masuk dari tingkat atas. keadaan hujan berserta dengan angin kuat menyebabkan tempias hujan masuk dibantu dengan keadaan angin yang kuat melalui celahan bawah pintu dan mengalirkan air dari tingkat atas ke bawah. melihat keadaan tersebut saya dan suami sedikit panik. sebetulnya saya dan suami mendapat jemputan jamuan makan pada malam tersebut. melihatkan keadaan rumah yangh membimbangkan itu, jemputan tersebut terpaksa kami batalkan. pintu pagar garaj automatik juga terbuka dengan sendirinya disebabkan keadaan hujan dan angin kuat itu.

begitulah, Allah sangat tahu apa yang lebih baik buat kita sekalipun kadangkala kita membencinya. selalulah bersangka baik dengan Tuhan kerana ketentuanNya pasti adalah yang terbaik untuk kita. tugas kita hanya perlu bersyukur dan sabar. ingatlah, Allah akan tambah lagi jika kita pandai mensyukuri apa yang ada dan sedang kita kecapi sekarang. moga-moga kita ditempatkan dalam golongan beriman. Ameen.



hari ini tarikh hari kelahiran adinda saya yang keempat. seorang yang cergas dan cerdas pemikirannnya. setahun lagi telah bertambah umurnya. moga-moga pertambahan umur ini lebih barakahnya berbanding tahun-tahun yang lalu. moga pertambahan umur ini menambahkan lagi kental hatinya dengan iman yang kukuh. moga-moga Allah mudahkan kehidupan beliau untuk hari mendatang dengan rentangan rahmat luas terbentang buatnya, InsyaAllah.

salam,
ilalliqa' maasalamah


Saturday, April 10, 2010

no tittle

Learn all you can from the mistakes of others
You won't have time to make them all yourself ~Alfred Sheinwold


lama benar tiada update. sedikit busy dengan rutin harian di sini. sudah masuk bulan kelima saya di rantau orang. kalau dulu sering menghitung hari jangka waktu di sini. saban waktu asyik teringatkan kampung halaman, saban waktu asyik terfikir ingin kembali.

tapi kini, segalanya semakin selesai. barangan dari tanahair dengan kontena sudah pun lama sampai dan siap disusun atur dan dikemaskan. ada beberapa barangan yang rosak dek terlalu lama dalam simpanan, namun banyak juga yang masih elok kekal seperti sediakala. barangan yang rosak mungkin juga kesilapan kami sendiri yang terlepas pandang pada cara pembungkusan. antaranya adalah kacang tanah dan udang kering. kacang tanah tersebut kami beli bungkusan dalam guni. memikirkan guni mungkin baik untuk pengudaraan, tetapi kami tersilap kerana ianya terperosok dan terperangkap dalam kotak. tambahan pula kacang tersebut tidak dibersihkan terlebih dahulu. jadi, bubuk membiak dengan penuh ghairah dan memakan sebahagian kacang-kacang tersebut. pengajaran kisah, bersihkan atau tapis kacang terlebih dahulu dan bungkuskan dengan kertas secara rapi atau dengan beg plastik kedap udara.


[bekalan tahap boleh bukak kedai runcit]

kediaman yang saya diami kini sudahpun sempurna seperti kediaman biasa. alhamdulillah sudah menerima tetamu buat imarah dan makmur kediaman. kegiatan rutin juga sudah dihadapi dengan hati gembira. jaringan rakan sudah makin bertambah lantas aktiviti harian juga semakin menceriakan. keadaan cuaca tidak menentu penangan peralihan dari musim sejuk ke musim panas. impaknya, kesihatan saya sedikit terjejas. namun masih syukur dengan kurniaan demam penghapus dosa-dosa kecil sedang saya sibuk uruskan barangan yang sampai dari tanahair tempohari. sedang entri ini ditulis juga masih ada sisa baki batuk dan kegatalan kerongkong.

kalau ade yang rindukan saya, here i am...



sudah-sudahlah cukup sampai sini dulu coretan yang kurang bermanfaat ini. hanya bebelan dan omongan kosong sahaja. maaf mengambil masa anda semua untuk membaca hingga ke akhirnya. sampai nanti kita ketemu lagi untuk sesuatu yang lebih bermakna hendaknya.

ilalliqa' maasalamah