::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, May 15, 2012

sebuah ketentuan

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut,1

umum mengetahui, rezeki, jodoh pertemuan dan ajal maut, adalah di tangan Allah yang maha berkuasa. semua aturan ini adalah antara takdir kehidupan yang telah tertulis sejak azali di luh mahfuz. tapi tanpa sedar, sebenarnya manusia umumnya seakan tidak menerima dan menafikan hakikat ini.

mudahnya untuk memahami keadaan ini, mari kita selitkan beberapa contoh. kebanyakan orang seakan-akan bersetuju atas aliran kehidupan yang normal. contoh, seorang anak bila sampai umur 7 tahun, mula masuk sekolah darjah satu, kemudian ke sekolah menengah dan ke universiti atau pust pengajian tinggi. biasanya umum menganggap lepasan universiti pasti berkerjaya kemudian berumah tangga dan mempunyai keluarga yakni beranak pinak. begitulah putaran kehidupan manusia, selepas mempunyai anak, anak itu pula mengalami putaran kehidupan yang sama. membesar, masuk sekolah, bla bla bla dan seterusnya.

itu normal. jadi apabila yang normal tidak seperti kebiasaanya, ada pula yang mempersoal. contoh dalam pusingan tadi mungkin pada satu tingkat kehidupan, let say berumah tangga atau soal jodoh tidak kunjung tiba atau lambat berlaku. mulalah ada yang mempersoalkan,


"aik dah umur 30 tahun masih belum ada pasangan? kenapa? terlalu memilih ke? itulah kamu (jika dia wanita) gaji tinggi sangat, orang lelaki pun takut nak dekat"


atau bila berpelajaran tinggi pun juga dipersoalkan hingga menjadi peyebab terhalangnya jodoh. lihat, segelintir manusia ada yang berfikiran sempit dengan mengandaikan itu dan ini. sedangkan jawapan sebenarnya adalah ianya urusan langit, hanya Allah yang tahu. mengapa dilambatkan jodoh si polan dan si polan.mengapa ditangguhkan pertemuan antara dua insan. itu bukan hak kita untuk mempersoal.



atau contoh lagi, sudah berumahtangga pada usia muda. jodohnya cepat tiba, tetapi rezeki berkembang biak keluarga itu pula masih tergantung di langit sana. kalau ikutkan mulut orang, ada yang berpendapat si isteri tidak subur, si suami mandul, mahu berbulan madu selamanya dan sebagainya. siapa tahu mereka sudah berusaha pelbagai cara. urutan tradisional sudah, ubatan moden pun sudah, suntikan itu dan ini juga sudah, ubat-ubatan jangan ceritalah dah banyak yang ditelan. tetapi masih juga tidak membuahkan hasil. percayalah semua itu adalah urusan langit hanya Allah yang tahu kapan waktu yang sesuai untuk dianugerahi. Allahu Taala A'lam






yang pentingnya percaya atas qada' dan qadar Allah. sesungguhnya Dia tahu segala yang terbaik buat kita. buat yang tidak terlibat, tugas anda hanya perlu bersabar kerana percayalah, empunya badan pasti lebih risau kalau tingkat kerisauan anda lebih tinggi dari mereka.


ilalliqa' maassalamah:D

Monday, May 14, 2012

Al-Ma'thurat

Rodhitubillahi Rabba Wabil Islami Dina
Wa bi Muhammadin Nabiya Wa Rasula
Aku Redha Allah Tuhanku Islam Agamaku
Muhammad Nabiku dan Rasulku


 








mari beramal dengan zikir Al-Ma'thurat susunan Imam Hasan Al Banna :D

Saturday, May 5, 2012

rawdhat khuraim 2012


Didiklah hati untuk merasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, 
boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Couldnt agree more. sangat benarlah yang disebut Ustaz Pahrol. Hati ini harus selalu dididik untuk merasa ikhlas berbuat baik tanpa perlu orang tahu dan saat menghadapi kritikan dididik untuk tidak membalas walaupun mampu. Kita sering melakukan kesilapan ini atas dasar menegakkan kebenaran. tapi hakikatnya, untuk harga sebuah ikhlas, tidak membalas ketika mampu adalah sebuah hadiah yang tidak ternilai. ia susah dilakukan, kerana itu didikan adalah perlu. Akan tetapi mendidik hati menjadi sabar, tenang dan ikhlas adalah sesuatu yang sukar dan itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan hidup.



kehidupan pada tahun ketiga puluh ini, azam saya untuk jadi lebih sabar. Kerana dalam usaha merubah diri orang lain, saya perlu ubah diri saya terlebih dahulu. Sukarnya mendidik diri harusnya menjadi sabar dalam mendidik orang lain.





cuaca di sini sudah mula panas. ya panas yang seperti biasa-biasanya di sini. 40 darjah ke atas. seperti catatan tahun-tahun lalu juga, masuknya musim panas, kebanyakan aktiviti hanya terhad dalam rumah sahaja. mandi sudah perlu kepada air tadahan kerana water tab yang  biru sudah sama sahaja hasilnya dengan yang merah. begitulah adanya. putaran kehidupan masih sama. subuhnya sudah sangat awal seawal jam 3 pagi dan terbenam matahari selewat jam 630 petang.


mari susuri gambar-gambar musim bunga. masih sejuk dan mendamaikan ketika itu. pada bulan mac yang lalu. sebelum basi dalam lipatan sejarah, mari kita kongsi bersama. trip kali ini bersama sahabat-sahabat pelajar. saya seorang sahaja bunga yang berjalan di samping bunga-bunga lain yang menghiasi taman.




bekalan untuk berkelah hasil pencapaian saya pada tahun ke 30 kehidupan. membikin nasi lemak di pagi hari dengan sambal tumis yang lazat pada tastebud sendiri dan membungkusnya dengan daun pisang yang sudah lama berusia di dalam freezer. heh!pencapaian nih...







sekitar pemandangan yang luas saujana mata memandang dipenuhi dengan bunga-bunga daisi





jambangan bungan untuk siapa?





 dunia lakon layar, sudah bermula





dengan pelbagai adegan dan aksi yang menghiburkan








termasuk juga aksi terbang dan stunt





mereka melawat kawasan membuat tinjauan


 
  



 

sand storm sudah datang..jadi mari pulang semua...

sekian:D

Sunday, April 22, 2012

Quick Updates

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). Al Mulk, 15

saya cuma ingin update ringkas sebagai rekod perjalanan kehidupan saya di sini. sekarang musim sejuk sudah semakin hampir berlalu. kegembiraan musim bunga juga sudah berakhir. itulah kehidupan, ibarat musim yang beredar. seketika dianugerahi cuaca yang sejuk, kemudian musim bunga yang indah dan panas semula.



sebagai manusia biasa tugas kita hanyalah beristghfar atas segala dosa dalam musim-musim yang sudah beredar.



meneruskan kehidupan dengan berbuat baik terhadap manusia dan isi alamnya.



lumrah alam.
semua koleksi gambar adalah milik peribadi winter dan spring 2012.
nanti saya kongsikan lagi momen2 indah itu.

Tuesday, April 10, 2012

promosi

ABAYA DINDA COLLECTION

salam kawan-kawan semua. syukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga. kini AbayaDinDaCollection secara rasminya telah dilancarkan. sila ke www.abayadinda.blogspot.com atau like kami di facebook https://www.facebook.com/AbayaDinda



sila beri sedikit masa untuk kami upload semua koleksi yang ada. sila juga follow AbayaDindaCollection untuk lebih promosi menarik yang akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. Untuk koleksi abaya menarik dengan harga yang berpatutan sila lawati AbayaDinDaCollection. Bagi pengunjung NarmaAdilas, ada promosi menarik untuk anda. AbayaDinDaCollection menawarkan abaya dari jenis material yang bermutu sesuai untuk pemakaian di Malaysia. Ringan dan mudah digayakan, senang disimpan dan tidak mudah berkedut. Keterangan lebih lanjut, AbayaDinDaCollection sedia membantu anda.

Abaya DinDa Collection ditubuhkan atas hasil usaha dan sokongan penuh mr.soulmate. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ahli keluarga terutamanya adinda saya Syahida Amran yang banyak membantu dari segi promosi dan pemasaran. Abaya DinDa Collection bersama membantu dalam menggarap penerapan nilai-nilai murni islam dengan pemakaian yang terbaik mengikut kadar bertepatan dengan Syariah Islam. Kesudian anda mempromosi pakaian nilai murni harapnya mendapat ganjaran di akhirat kelak, InsyaAllah.

sekian :D

Saturday, March 31, 2012

angka tiga yang berlalu dan akan tiba

fear Allah wherever you may be,
follow up a bad deed with a good deed which will wipe it out ,
behave well towards the people
~good character on 40 hadeeth of imam an nawawi~

sudah berlalu tiga bulan untuk tahun ini. tahun ini juga masuk tahun ketiga saya di sini. kehidupan ini pula pada tahun ini masuk tahun yang ketigapuluh di muka bumi.pheew!... lajunya masa berlari. segalanya terasa masih baru. sebenarnya semuanya telah lampau. sedih T____T.


.:tidakkah kamu melihat bagaimana unta diciptakan?:.
Al-ghasyiah,17

serasa seperti masih baru pulang ke kampung halaman dengan peluang menatap atuk buat kali terakhir. rasa masih baru atuk pergi. masih segar di ingatan. kadang-kadang masih selalu termimpi-mimpi. di bumi tempat orang nih pun terasa macam masih baru. tapi bila ada perjumpaan dengan rakan-rakan, ada muka-muka yang baru dikenali baru perasan diri ini sudah lama di sini. bila tersedar sudah banyak tempat dilawati, sudah banyak tempat diterokai, baru perasan peredaran masa sudah banyak berlalu di kediaman orang ini. secara rambangnya, saya suka sebenarnya di sini. samada suka atau sudah selesa. bila selak-selak semula lembaran tahun-tahun yang berlalu, ada saat-saat sukar dan getir yang pernah ditempuh. tapi untuk beberapa ketika kebelakangan ini, tahap kesukaran yang pernah berlaku dulu macam sudah hilang ditelan zaman.


.:red sand dune.:
jejak yang sudah berlalu


.:rawdhat khuraim:.
bunga yang mengembang menguntum senyum



.:ruthaban janiyya:.

beberapa orang yang saya temui mengatakan, tempat saya tinggal sekarang tidak sehebat mana. tiada pusat hiburan seperti di negara barat sana. di sini juga tidak ada sungai dan pohon rendang angin sepoi-sepoi bahasa seperti di kampung sana. di sini tidak ada kebebasan untuk pihak kaum wanita untuk memandu sendirian, untuk keluar bekerja apatah lagi berpeleseran. di sini cuma ada cuaca panas tahap melampau. ada suhu ekstrem yang mencengkam. tahap kekeringan yang tinggi. tapi kenapa perlu dihitung pada benda yang tiada. cuba hitung nikmat yang sedia terhidang di sini. di sini ada cuaca bermusim. saya suka musim sejuk, saya selesa musim bunga dan musim luruh. di sini ada padang pasir sahara. seluas saujana mata memandang. saya suka pada deru pasir halus yang membentuk alur. ia tiada di kampung saya. ajaibnya pada musim bunga pasir sahara itu ditumbuhi bunga-bungaan mengembang. subhanallah cantik sangat pada mata saya. saya suka kehidupan saya yang di sini tanpa huru-hara. saya tidak pernah fikir kesesakan jalan raya dan tidak pening memilih baju ke tempat kerja. rutin saya hanya untuk sesuatu yang membuatkan saya gembira dan suka. saya tidak kisah tidak dapat memandu, kerana saya ada suami yang setia menemankan saya ke mana-mana. dia sentiasa ada masa untuk saya. tidak dapat memandu bukan masalah bagi saya. saya tiada masalah tidak dapat bekerja di luar kerana dengan berada di rumah, saya juga mampu menjana pendapatan ekonommi sendiri. (ya, saya sedang bekerja sendiri dari rumah dan ianya antara faktor paling utama kesuntukan masa saya untuk update blog sekerap dahulu). setakat ini, Alhamdulillah untuk nikmat yang tidak terperi ini.



.:the endless fun and joy:.



nikmat kehidupan pada tahun ketiga puluh lebih dirasai. mungkin kerana kematangan diri, perhaps. saya sudah semakin pandai untuk menghitung nikmat yang sedia terhidang instead of hanya merungut atas nikmat yang belum jua kunjung datang. pada saya, kita yang corak kehidupan mengikut keadaan, bukan keadaan mempengaruhi cara kita mencorak kehidupan seharian. biar di mana pun kita berada, kita yang menentukan keselesaan dan kegembiraan buat diri kita.


.:it's me:.
stay positive and happy to stay healthy

Thursday, February 23, 2012

belasungkawa atuk 1931-2012

Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah Lailahaillallah kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak.~ummar al khattab

masih ingat lagi. masih segar lagi diingatan. hari itu hari khamis. pagi khamis tu kami dah siap-siap bangun awal. malam sebelum tu ibu dah siapkan sambal tumis. pagi nanti tinggal nak masak nasi lemaknya sahaja dan dibungkus dengan daun pisang. roti gardenia ada satu loaf. terus dicadangkan kepada ibu untuk buat sandwich sardin dan ibu bersetuju. sambil itu ibu menggoreng nasi.

bekalan macam nak pergi berkelah di air terjun. tapi sebenarnya kami ada trip ke Melaka. saja mahu jalan-jalan. kata abah nak bawa budak yang dah cuti sebulan lebih, tapi tak dapat nak berjalan ke mana. abah dah buat deal ngan atuk, akan jemput kat rumah bawah jam 9.00 pagi. atuk as a punctual person, kata abah atuk replied, "ok see u at 9.00 am sharp!". pagi itu segala persiapan telah disediakan seawal mungkin sebab janjinya akan bertolak seawal jam 9.00 pagi. tapi sesudah subuh di masjid abah mengaji dan tidur semula. bila abah masih berehat, kitorang pun ada chance untuk bertenang-tenang. dipendekkan cerita, lebih kurang jam 11.00 pagi kami sampai di rumah bawah, kediaman di mana atuk, abang dan anak-anak menginap. suatu masa dulu, kediaman kami semua juga di rumah yang sama itu.

sampai sahaja di rumah, zulfa menyambut di hadapan pintu. dhiya' yang sudah siap dari awal pagi, sudah tidur semula dan tidak mahu pula bangun bila dikejutkan. syafiq, syafie dan abah membelek-belek vespa yang baru sampai dari johor. di lorong tengah rumah berhadapan bilik atuk menuju ke dapur, ada najis bertaburan. abang menyangka mungkin dihya' sebab dia baru-baru belajar toilet training. ternyata bukan dhiya'. atuk masih terbaring di bilik. masih tidur barangkali. abang masuk ke bilik atuk membuat inspection. dalam bilik air atuk ada seluar bernajis. abang ambil baldi di dapur isi seluar atuk dan suruh saya bersihkan. kata abang "kalau nak ada anak, benda camnih kene praktis selalu. abang dah biasa". kemudian abang mencapai mop dan mengemop ruangan lorong yang bernajis tadi.

*****
SEMINGGU SEBELUMNYA

penghujung tahun 2011, tanggal 30 Disember kami pulang ke tanah air. ibu mr. soulmate didiagnos menghidap kanser. kanser tersebut telah dikesan pada awal october. mak telah menjalani sesi pembedahan dan diteruskan dengan kimoterapi. disebabkan September yang lalu kami baru sangat pulang, untuk pulang lagi pada Oktober rasanya masih terlalu awal. memandangkan keadaan mak yang agak stabil, jadi kami tangguhkan dahulu. tapi bertitik tolak dari saat itu, saban hari kami menghitung bilakah saatnya yang paling sesuai untuk pulang menjenguk mak. saudara-mara meyakinkan untuk tidak perlu pulang lagi dalam masa terdekat. dalam pada masa itu, teknologi sering menjadi penghubung. skype, viber kedua-duanya sama penting untuk mengikuti perkembangan kesihatan mak. selepas 2 bulan berlalu tiba-tiba soulmate nekad untuk pulang pada penghujung tahun. saya cuba memberi pandangan untuk pulang selepas 3hb Januari 2012 yakni selepas temujanji mak dengan doktor yang memeriksanya. soulmate berkeras mahu pulang juga 30 Disember, dan saya pastinya akur.

Seronok juga dapat pulang lagi selepas 3 bulan. lumayan sungguh. untuk kesekian kalinya saya dapat merasai kemeriahan sambutan tahun baru bersama keluarga. malam tahun baru, pihak keluarga sebelah saya sudah sediakan sedikit acara makan-makan sambil menanti percikan bunga api langsung dari KLCC dan dataran merdeka. sementelah kediaman abah tingginya tahap tanah tinggi, jadi pemandangan malam tahun baru sungguh mengujakan. kata adik, atuk pada malam itu tidak seperti biasanya. dia kelihtan lebih ceria dan lebih mesra. atuk bersama-sama diluar menemani kami membakar ayam dan ikan. lebih banyak tersenyum kepada semua. atuk kelihatan lebih gembira dari biasa. knowing atuk, dia seorang yang pendiam, tidak banyak biacara. tambah lagi selepas pemergian teman sebantalnya arwah nenek, atuk menjadi lebih pendiam. cuma akhir-akhir ini selepas hampir 7 tahun pemergian nenek, atuk sudah mula ceria seperti dahulu kala.

****
SAAT MENCEMASKAN

abah bertanya keadaan atuk, "atuk tidur lagi ke? cuba kejutkan atuk tuh suruh mandi kita nak pegi dah nih". abang menurut perintah abah dan bergegas ke bilik atuk diikuti oleh anje. tiba-tiba dari dalam bilik anje menjerit. "abah!abah! cepatla..tengok lah atuk nih". abah yang di luar dengan syafiq dan syafie bergegas selepas mendengar jeritan panik anje. atuk sudah kelihatan terduduk di sisi katil. kemudian berdengus bunyi seakan (maaf cakap) lembu selepas sembelih. panik sesaat. masing-masing angkat dan dudukkan atuk di birai katil. atuk lemah, longlai dan tidak bermaya. abah cepat memberi arahan untuk mengambil set tekanan darah (BP set). tekanan darah atuk dikira. bacaan diambil. anje yang dalam jurusan kejururawatan mengaplikasi ilmu di dada. lantas melaporkan, normal. kerusi roda disorong, abah suruh mandikan atuk di luar. di katil juga ada najis atuk. abang, abah, syafie dan syafiq bertugas memandikan atuk.

saya tukar cadar katil atuk dan mop bilik atuk keseluruhannya. bilik air atuk juga saya cuci. atuk siap di mandikan, dan disorong ke bilik. abah kata pakaikan seluar pendek sahaja, senang sikit. seluar dipakaikan, tapi tangan atuk seperti menarik-narik seluar tersebut. sangkaan kami, mungkin ketat seluar itu. kemudian ibu mengingatkan, pakaikan pampers sebab atuk berak-berak. baru je bukakan seluar atuk, najisnya terhambur lagi. sekali lagi atuk dibersihkan. selesai kemudiannya baru dipakaikan pampers dan kain pelikat dan baju kemeja. atuk kemudiannya seperti mahu muntah. bibir atuk kebiruan. saya tadah muntah atuk dengan gayung, tapi atuk tidak boleh meludah. ibu sapu dengan tisu.

ibu seorang pesara jururawat berpendapat, atuk harus segera dihantar ke hospital. abang segera menghubungi ambulan kerana menurut ibu, dengan keadaan atuk yang lemah ini perlu dimasukkan drip dengan kadar segera. abah berpendapat, atuk dijangkiti strok seperti sebelum ini. anje berpendapat, mungkin atuk keracunan makanan, kerana simptom muntah dan berak-berak sungguh sinonim. atuk disorong keluar untuk ke kereta. abah kata, lambat jika kita tunggu ambulan. jadi hantar terus sahaja. mata atuk terpejam, kepala sudah terlentok. abah panggil-panggil nama atuk. ibu membacakan kalimah syahadah di telinga atuk. anje membaca tekanan nadi di pergelangan tangan atuk sambil aplly pain untuk menguji tahap respon atuk. atuk membuka mata, dan bersuara. arrh lega.

kereta sudah sedia di masukkan dalam porch. syafie memandu. syafiq co pilot, abang meriba kepala atuk, soulmate di kaki atuk. atuk akan segera dipecut ke hospital selayang. dalam masa yang sama abang berkomunikasi dengan ambulan. alhamdulillah, ambulan juga cepat dan atuk dipindahkan ke ambulan dalam perjalanan ke hospital.

****
SEDIKIT KELEGAAN

waktu sudah menunjukkan jam 1.00 petang. ibu menghulur ubat kepada abah. masanya dah tiba untuk makan ubat. dari pagi juga abah belum makan sangat. bekalan yang tadi dibuka. abah seperti menolak. ibu menasihatkan, "makanlah, nanti kita pulak yang sakit". saya yang juga sudah mula lapar membuka nasi lemak daun pisang yang menyelerakan. menemankan ibu dan abah supaya mereka juga dapat makan sama. sambil makan, abah menghubungi saudara terdekat memaklumkan atuk tidak sihat dan dikejarkan ke hospital. adik yang di asrama juga dihubungi agar terus segera pulang. seketika mereka yang di hospital memaklumkan atuk sudah di bahagian kecemasan, triage kuning. bertanyakan juga kalau ada sesiapa yang menyusul ke hospital, bawakan bekal nasi lemak kerana perut sudah keroncong.

sesudah zohor, abah dan ibu ke hospital. ibu dah nampak macam keletihan. mungkin sebab panas. mungkin juga runsing. alhamdulillah afindi ada, ibu abah ke hospital dengan afindi. abah mengenangkan anak dan menantunya yang sedang kelaparan, jadi abah gagahkan juga ke hospital walaupun dalam keletihan fizikal dan mental yang teramat sangat. di hospital, ucu sudah tiba. termasuk adik beradik abah yang lain-lain. berita dari hospital diterima lagi, atuk sudah ke triage merah. kemudian baru anje tersedar bacaan tekanan darah atuk tadi tersilap. bukannya normal tapi sudah lemah. dalam keadaan atuk yang sudah tua dan menghidap hypertension, bacaan tersebut adalah kategori lemah.

yang di rumah ada saya, anje dan ana. kami ditugaskan mempersiapkan rumah. expecting the worst, walaupun hati saya berat untuk menerimanya. sambil berkemas, kami bersembang 3 beradik. sedikit bercerita pasal atuk, ada juga berkisar tentang keadaan semasa gosip wanita.heh. menjelang petang, abah menghubungi agar menyediakan hidangan makan malam. saya yang sudah 2 tahun lebih tidak memandu, keluar membeli bahan mentah. anje sedikit risau, lantas menemankan saya memandu. abang, soulmate dan afindi pulang dengan bekalan rojak. atuk diberitakan sudah dimasukkan ke ward dan dalam keadaan stabil. Alhamdulillah.

jam 7 malam, ibu abah, itam dan keluarga semua sampai di rumah. solat dan makan malam bersama. adik yang di asrama tiba dan menyertai makan malam. selesai makan, kami ke hospital menjenguk atuk. sekali lagi, ibu abah, itam, soulmate ke hospital. kami adik beradik perempuan yang belum menjenguk atuk mengambil kesempatan bertemu atuk.

atuk di ward 4C hospital selayang. ward 4c, dikenali juga sebagai ward kritikal. tiada kekangan waktu melawat. jadi jam 10 malam kami tiba masih boleh masuk seperti waktu melawat biasa. cuma khabarkan kepada pegawai penjaga, ward 4c dia akan memahami. bilik sebelah atuk, ramai yang hadir. kedengaran sayup-sayup bacaan yasin dibacakan kepada pesakit. saat kami tiba, ucu, atuk dan nenek shah alam juga ada bersama menemani atuk. atuk terbaring di katil. wayar ubat berserta jarum panjang tertanam di tangan atuk. ada ketikanya atuk keresahan, seperti panas. ucu mengusap tubuh atuk bertanyakan kerengsaan di bahagian mana. diadukan kepada jururawat yang bertugas, atuk seakan meresah sakit. kata jururawat ubat tahan sakit yang diberi adalah untuk 24 jam. tapi kalau atuk masih perlukan ubat tersebut, akan diberi lagi. jururawat memasukkan ubat tahan sakit 1 mg lagi ke tiub ubat atuk. waktu berdetik jam 11 malam. kami beransur pulang. sebelum pulang, saya kucup dahi atuk dan atuk genggam tangan saya. atuk seakan terkejut saya ada di sisinya mungkin atuk terlupa saya sudah seminggu bersamanya. tangan abah, ibu dan adik juga atuk genggam dan pegang erat. soulmate menolak untuk bersalaman dengan atuk. mungkin dia hiba. kami tinggalkan atuk bersama ucu, anje dan itam. itam dan anje menyusul pulang kemudian. malam itu atuk ditemani mami dan ucu.

****
PAGI ITU

saya terjaga ada orang mengetuk pintu bilik sedikit kuat. bingkas bangun dan membuka pintu. kemudian, kelibat abang melintas dari bilik belakang. abang memberitahu atuk sudah tiada. INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUUUN. atuk telah pergi selamanya. atuk pergi menemui penciptanya. pada pagi berkat hari jumaat tanggal 6 januari 2012 sebelum subuh atuk yang di sayangi pergi meninggalkan anak-anaknya, cucu- cicitnya dan semuanya yang ada di dunia. tiada apa yang dibawa bersamanya kecuali amal ibadahnya. terputus segalanya melainkan anak-anaknya yang soleh dan solehah yang berdoa untuknya, sedekah jariahnya dan ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkannya. semoga roh atuk dicucuri rahmah dan kasih sayang Allah. insyaAllah.

****
EPILOG

Sejak dulu saya sering dan sangat selalu berdoa pada Allah jangan uji saya dengan kehilangan orang-orang tersayang disekeliling saya. saya kira Allah makbulkan doa saya. pada waktu berdoa sedemikian, jiwa saya masih kecil, hati saya masih mentah. jika diuji ketika itu mungkin hati saya terhiris amat pedihnya. saya melalui kehilangan orang tersayang seperti arwah nenek 7 tahun lalu sewaktu saya tahun akhir di universiti. sudah sedikit mengerti erti kehilangan. sudah sedikit matang merelakan pemergian. kini pemergian atuk, walaupun pedih menerima hakikat atuk pergi dalam keadaan sakit yang tidak terlantar namun hati dan jiwa adalah kental untuk pasrah atas ketentuanNya. saya sungguh bersyukur Allah takdirkan saya berada di sisi atuk saat atuk melalui hari-hari terakhirnya. cuma saya ralat kurang bemesra dengan atuk selama seminggu masa yang saya ada dengan atuk.

patutlah dhiya' berkeras tidak mahu ke melaka. rupanya Allah sudah beri hint percutian itu tidak dapat terjadi. patutlah soulmate berkeras mahu pulang hujung tahun itu. Allah sudah bagi hint untuk saya ada masa bersama atuk sebelum pemergiannya. seminggu pertama pemergian atuk, kesannya amat terasa dipangkal hati. masih terbayang wajah atuk dengan jelas. masih teringatkan susuk tubuh atuk. masih terasa hangatnya tubuh atuk. sedangkan saya yang kejauhan ini masih ingatkan setiap detik bersama atuk. bagaimana abah, yang masanya seharian ditemani atuk. ke surau bersama atuk. selepas solat terpandang atuk di belakang saf. perlahan untuk bangun. abah makan bersama atuk. semuanya dengan atuk. ibu yang hariannya memasak makanan atuk, menyedia keperluan atuk. abang juga yang setiap hari akan menghantar atuk bersama anaknya ke rumah ibu abah, menyediakan makan malam atuk, mencuci pakaian juga bilik air atuk. segalanya kini sudah terhenti. dan setiap memori seakan berputar seperti layar di hadapan mata. dhiya' yang berusia 3 tahun kadangkala menyebut juga, "where's unyang?" abang mengajar anaknya yang seorang itu dengan menjawab, "unyang pass away". mungkin dia tidak faham, tapi harapnya dia akan mengerti suatu hari nanti. setelah mengalami sendiri kehilangan ahli keluarga barulah saya sedar di mana relevannya menziarah keluarga si mati. betapa besarnya signifikan ziarah pada tempoh kematian. ahli keluarga adalah sedang bersedih dengan kehilangan si mati, dengan adanya ziarah dari keluarga, sahabat handai dan kenalan keluarga si mati dapat mengubat kesedihan yang membeku di dada. indeed, kami merasainya. kehilangan itu satu kepahitan. lupa itu satu anugerah untuk menelan kepahitan. masa berputar, akan tiba jua giliran kita dijemput tuhan.

Sunday, February 12, 2012

macam takde

blog macam takde tuan


ade, ade tuan dia baru kembali

dan sekarang sedang menunggu
.
.
.
.
.
.
.
mood menulis kembali semula