::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, June 23, 2010

kesian, kasihan

There is no surprise more magical than the surprise of being loved. It is God's finger on man's shoulder. ~Charles Morgan

sayang hari-hari. cinta tiap masa. kasih tiap ketika. gaduh selalu. tapi berjauhan sekejap pun rindu. ini perasaan,anugerah tuhan. bila rasa cinta itu hadir, tak tahu nak cerita seperti apa.

sejak di tempat baru, saya layan tv1. itu aja channel pengubat rindu tanahair. setiap hari rabu pukul 2 petang ada rancangan sehati sejiwa dihoskan oleh misha omar. rancangan ini adalah kisah pasangan selebriti. ada sekali yang terkesan di jiwa saya pasangan zami ismail (pak uda pi mai pi mai tang tu) dan isteri. ditanya tentang rahsia rumah tangga, beliau menjawab yang pentingnya ialah rasa kasihan atau kata orang kesian. pada mulanya saya kira rasa cinta dengan kesian tidak boleh disatukan. it's totally different. tapi ulasan zami ada benarnya.

menurut beliau, dalam rumahtangga atau apa-apa perhubungan tidak boleh lari dari rasa kesian. contoh, si isteri berasa kesian melihat suami kepenatan pulang mencari rezeki lantas diberi layanan yang baik di rumah. diberi minum dan dijaga makan serta pakainya. kemas rumah cantik2 dan hias diri elok2, supaya suami tenang dan hilang lelahnya. si suami pula kesiankan isteri yang menunggu lama keseorangan di rumah (kalau takda anak-anak) pulang segera dari tempat kerja dan kurangkan aktiviti lepak kedai kopi dengan kawan-kawan. bermula dari rasa kesian, natijahnya harmoni rumah tangga disulam dengan kasih, sayang dan cinta setiap hari. kesian kan anak, ibu bapa sanggup susah payah kerja hingga larut malam. sebab kerana kesian, ibu besarkan anak yang lahir kecil ditatang bagai minyak penuh. kalau dia tak kesian sudah pasti lepas lahir, dipicit hidungnya atau masuk dalam plastik dan gantung kat pagar surau atau biar tepi tong sampah kene gigit semut. kesiankan ibu bapa yang kepenatan, anak-anak membantu uruskan hal ehwal rumah. bukankah harmoni bila ahli keluarga semuanya saling tolong menolong dan bantu membantu. bermula dengan dasar kasihan. saling berkorban, tetapi tiada yang terkorban. indahkan.

orang kata, cinta itu buta. cinta itu indah segalanya. kerana cinta ramai yang terkandas dalam tuntutan nafsu dan dosa. kerana cinta ramai yang berpisah bila cinta itu tiada. kerana cinta tinggalkan ibu bapa kerana si dia. buang adik beradik buang saudara kerana cintakan dia. tapi kalau dalam cinta ada rasa kesian, sanggupkah ketepikan keluarga dan saudara hanya kerana cinta? tidak kesiankankah kepada ibu bapa yang membesarkan kita tiada hentinya? antara cinta dan kesian, mana lebih utama?

ilalliqa' maasalamah.


Friday, June 18, 2010

terputus bekalan

Deep summer is when laziness finds respectability
~Sam Keen


antara terputus bekalan elektrik dengan terputus bekalan air, mana lebih mensengsarakan? dahulu, kalau di malaysia saya kira, tidak mengapa lah setakat keputusan bekalan elektrik, jangan putus bekalan air. andai tiada bekalan elektrik jika di siang hari kita masih mampu melihat dalam terang mentari, kalau di malam hari boleh melihat dengan terang lilin atau pelita. jika tiada air, bagaimana mahu mandi, minum, berwudhuk dan bersuci?

tetapi pada hari ini, persepsi saya sudah berubah. berada di tanah gersang yang sangat kering ini, keputusan bekalan elektrik sangat mensengsarakan. walaupun saya masih mampu melihat dalam terang siang atau dalam gelap malam tanpa bekalan cahaya lampu, namun saya tidak dapat bertahan dalam keadaan berbahang kepanasan ini. al-kisahnya seawal jam 6.30 pagi yang sebenarnya tak awal sangat sebab subuh dah masuk jam 3.30 pagi, tiba-tiba sedang saya enak dibuai mimpi tidur di hujung minggu pendingin hawa di bilik tidur terpadam secara tiba-tiba.

amat jarang berlaku keputusan bekalan elektrik di sini. selepas memeriksa punca elektrik saya dapati semuanya masih seperti keadaan asal. sahlah bekalan elektrik terputus melibatkan kawasan sekitar. ya, mungkin ianya berlaku supaya saya bangkit awal, tetapi dalam keadaan jaga juga saya tidak selesa. untuk rekod, pendingin hawa sewaktu musim panas ini sangat berguna bagi menghalang bahang panas yang membakar diri walaupun di dalam bangunan binaan batu. kalau lah ada rumah binaan kayu di sini, rasanya hanguslah manusia di dalamnya. sudahnya, lenguhlah tangan saya mengipas diri sendiri dengan kertas untuk sedikit keselesaan diri.

mujurlah, ianya tidak berlarutan lama. hanya setengah jam sahaja. saya tahu panas dunia nih hanya sedikit cuma berbanding neraka. cuma mahu bercerita keadaan cuaca musim panas di sini. jika anda di negara panas yang lembap di sana rasa sungguh malang, ingatlah ada yang lebih malang dari anda. berada dalam keadaan panas membahang seperti haba ketuhar pembakar, tanpa alat pendingin hawa adalah sangat merengsakan. jika sesekali ingin menghilangkan rasa panas dengan mandi (sepertimana yang biasa saya lakukan di tanah air), adalah sesuatu yang merugikan jika dilakukan di sini. ini kerana air juga adalah panas, manakah mahu datangnya kesejukan?

owh, cukup dulu saya mengeluh atas perkara yang sangat remeh ini. lebih baik kita fikirkan betapa sengsaranya sahabat di Palestin, Iraq dan negara islam lainnya. banyakkan beristighfar dan muhasabah diri. segalanya yang berlaku terkandung hikmahnya tersendiri. percayalah.....

ilaliqa' maasalamah

Saturday, June 5, 2010

berhujung minggu

No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow ~Lin Yutang

di hujung minggu yang hening, sang suami mengajak sang isteri menikmati pemandangan indah di belakang rumah. walaupun ianya sedekat belakang rumah, namun tidaklah mampu kami sampai kepadanya dengan hanya berjalan kaki. dengan cuaca yang berhaba panas sekarang nih dan coordinatenya yang boleh menyebabkan lenguh berjalan, jadi kami pergi dengan menaiki kereta.


lokasinya ialah di Wadi Hanifah. wadi adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud lembah. sekalipun kawasan ini adalah lembah tetapi di sebabkan keadaan cuaca yang kering dan panas di negara ini, airnya telah pun tiada. kering kontang. kawasan ini ialah kota lama Riyadh yang telah dibangunkan semula untuk tujuan pelancongan.

memula masuk, kami disajikan dengan pemandangan barisan pokok kebangsaan Arab Saudi ini. lebih mesra dipanggil pokok tamar. di tanam secara berbaris di kiri dan kanan laluan sekitar kawasan wadi ini. yang masih kuncup itu, ialah pokok yang masih baru di tanam.


signage memberi makna 'Dilarang Masuk' ke kawasan kebun tanaman tamar. tidak pula saya ketahui milik siapakah hati ini kebun ini.


jurugambar telah meng'anaktiri'kan saya sebagai model asal gambar ini. lantas objek saya tidak menjadi fokus utama akan tetapi batuan dan pohon tamar sebagai ganti.



seperti sebelumnya, objek manusia di situ tidak menjadi fokus sebenar gambar

saddu bermakna empangan. sila abaikan tulisan pencemaran di bawah tanda nama empangan Wadi Hanifah tersebut.







model berefek baju kembung menyebabkan ianya kelihatan seperti expecting a baby. not yet yer kawan-kawan. masih dalam usaha, dan akan dimaklumkan kemudian. mahu lihat gambar lagi sila klik di sini.

sekian, sampai nanti kita jumpa lagi
ilalliqa' maasalamah.


Wednesday, June 2, 2010

murtabak in da house

When baking, follow directions
When cooking, go by your own taste ~
Laiko Bahrs


lama dah takde berkongsi resepi. jom belajar buat murtabak versi paling senang. mula-mula kita perlu sediakan kulit murtabaknya terlebih dahulu. kalau mahu lebih senang, guna kulit popia je, yang sedia di kedai. atau kalau rajin, boleh uli tepung untuk buat doh sama seperti roti canai.


untuk arahan selanjutnya, klik di laman mama fami nih. dia ade cerita step-by-step cara membuat roti canainya.

kalau buat kulit untuk murtabak, cukup setakat step no 10 jer. ok bila kulitnya sudah sedia, kita siapkan inti untuk murtabak pula.



gambar 1: bahan-bahan yang diperlukan

a. 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
b. 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
c. 1 atau 2 sudu besar serbuk rempah kurma (bancuh dengan air menjadikan pes)
d. 200 g atau lebih (ikut kesukaan) isi ayam (dicincang halus / dikisar dalam food processor)
e. 100g kobis bulat dan 1 batang lobak merah (diracik halus)
f. garam dan gula secukup rasa
::~tumis bahan mengikut turutan sehingga cukup masak~::

gambar 2: dalam mangkuk lain, pecahkan 4 biji telur dan dipukul sedikit bersama garam secukup rasa

gambar 3: campurkan bahan gambar 1 yang sudah siap dimasak ke dalam bahan gambar 2. kemudian, panaskan kuali dengan sedikit minyak, dan cedukkan dua senduk bancuhan ke dalam kuali dan masak seperti menyediakan telur dadar. ulang proses sehingga habis.

gambar4: canaikan satu keping doh kulit murtabak. pecahkan sebiji telur dalam mangkuk berasingan dan pukul sedikit. sapukan sedikit telur di atas kulit murtabak dan letakkan telur dadar a.k.a inti murtabak di tengah-tengah. sapukan lagi telur di atas inti.


::lipat kulit murtabak empat pejuru menutupi keseluruhan inti.
::masak di atas kuali leper yang dipanaskan dengan sedkit minyak dalam lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
::balikkan dan masak lagi sebelah.
::gunakan api sederhana kecil supaya murtabak tidak hangus.


ini dia hasil murtabak yang telah siap walaupun dengan rupa yang tidak berapa cukup segi empatnya.

potong empat bahagian dan sedia dihidangkan. in my case, masuk dalam cointainer buat bekal en. tuan suami ke pejabat.

sekian, selamat mencuba...

Monday, May 24, 2010

live updates

Katakanlah: Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya) jika mereka mengetahui.
~attaubah 81~

cepatnya masa berlalu. saya dan suami sudah pun setengah tahun berada di tanah rantau. pada mulanya sangat kekok, sekarang tidak lagi. saya sudah selesa. selesa dari segi adaptasi dengan kehidupan seharian. tapi saya tidak selesa dengan keadaan cuaca sekarang.

untuk rekod, di sini musim panas baru hendak bermula. kepanasan sudah tahap 40 darjah celcius. dijangka akan hampir 50 leih nanti. di sini panasnya beserta dengan hawa angin yang panas. tidak sama seperti di kampung saya, panas tapi lembap. impaknya basah berlecak ketiak bawah lengan dan belakang baju. di sini, kering dan tiada perpeluhan. hawa panas yang dibawa bersama angin ibarat haba oven yang menyambar muka ketika pintu dibuka untuk mengeluarkan roti yang dibakar. panas tuh. namun sesungguhnya panas api neraka tiada lagi terperinya.

cuaca yang panas ini juga menyebabkan takungan di tangki simpanan air juga menjadi panas. walau seawal jam 7 pagi, air pancuran sudah pun mulai panas. air takungan baldi sangat berguna kala begini. mandi menggunakan gayung yang sudah lama ditinggalkan sejak dahulu, kini kembali menyingkap kenangan tinggal di asrama. juga seperti mendapat sebuah kepuasan yang tiada taranya.ngeee

sinonim dengan musim panas adalah waktu siang yang panjang berbanding malam. bayangkan sahaja fajar mulai terbit jam 3.40 pagi dan terbenam pada jam 6.30 petang. jadi siang sepanjang 15 jam iaitu 3 jam lebih dari biasa. dengan cuaca yang sebegini, aktiviti luar rumah memang sangat tidak digalakkan. kulit muka yang kering seperti membakar dan hidung juga kadangkala berdarah. kebiasaannya pengakhiran bulan ini bermulalah cuti sekolah dan ramai yang mengambil peluang keluar bercuti. jika suami saya cikgu, pasti kami juga akan pulang bercuti ke kampung halaman. ohoho balik kampung ohohooo balik kampung...lalalala

sekian
ilalliqa' maasalamah

Tuesday, May 18, 2010

happy birthday ibu


dalam berjuta bintang berkelipan kau bagaikan kejora
antara ribuan mata menikam takkan ku biarkan kau tenggelam
di dalam jaga ku tercari-cari di dalam tidur termimpi-mimpi

sudah genap setengah tahun saya di sini. tulah kekdang dalam mimpi teringatkan ibu. dalam sedar pun teringatkan ibu. sms jualah pengubat rindu. dalam genap 6 bulan di sini, ibu pula sudah genap 56 tahun pada hari ini.


bertambah lagi usia ibu. saya tiada apa yang dapat nak diharapkan melainkan agar ibu terus mendapat berkat dalam kehidupannya. terus dipandang mulia oleh Allah. terus diangkat martabatnya setaraf dengan hamba-hamba kesayangan Pencipta. moga-moga segala usaha keras ibu bersengkang mata membesarkan anak-anak, berhempas pulas tenaga mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga mendapat balasan setimpal di sisi Allah taala.

saya juga berdoa agar menjadi anak yang solehah lantas doa saya diterima sebagai amalan yang berterusan untuk kredit ibu di bawa ke alam satu lagi nanti. bila dah berjauhan dengan ibu baru rasa dan teringat-ingat kenangan lalu bersama ibu. ibu tidak punya personaliti yang sama dengan abah. totally different. kalau abah selalu memberi kesan dengan kata-kata, ibu memberi kesan dengan perbuatan. dia tak selalu cakap 'i love u' macam abah, tapi dia selalu buat apa yang saya nak. dia selalu sediakan keperluan yang secukupnya bila saya memerlukan.

enough said, saya tak boleh cakap banyak dah.
HAPPY BIRTHDAY TO IBU...


Tuesday, May 11, 2010

mari menanam taugeh! heh..heh

My green thumb came only as a result of the mistakes I made while learning to see things from the plant's point of view.
~H. Fred Dale


projek terbaru di masa senggang saya yang langsung tidak memakan masa. projek ini juga bagus untuk kanak-kanak dalam mempelajari secara saintifik kaedah kehidupan tumbuh-tumbuhan.

ini kacang hijau ya, kepada sesiapa yang tidak mengenali. bahasa saintifiknya kurang saya tahu. apa boleh buat dengan kacang hijau ini? inilah dia projek penanaman kacang hijau untuk menjadi satu tanaman sayuran yang lain, yang berkhasiat dan enak.

rendam dahulu biji kacang ini dalam lebih kurang sejam atau dua jam dengan air paip biasa

kemudian sediakan tapis seperti dalam gambar atau apa-apa bekas yang serupa dengannya. letakkan kapas yang telah dibasahkan memenuhi bahagian bawah tapis sebanyak beberapa lapis. kemudian letakkan tapis tersebut di dalam bekas yang berisi sedikit air di dalamnya (sekadar mencecah bahagian bawah tapis)

taburkan kacang hijau yang sudah direndam dan ditoskan airnya, ke atas kapas basah tadi dan letakkan di bilik gelap. tanpa cahaya matahari.

hari 1: kulit kacang sudah kelihatan mengelupas

hari 2:kulit mengelupas hampir keseluruhan. badan sudah muncul

kulit mengelupas keseluruhan pada hari ke tiga. sudah boleh dituai. pada mulanya hanya sebutir biji kacang, kini berubah menjadi taugeh. yeay!


tuai atau kutip taugeh dan asingkan dari kulitnya. masukkan ke dalam bekas yang berisi air dan simpan dalam peti ais. jangan risau jika anda dapati taugeh yang baru dituai kecil dan pendek. taugeh akan membesar dengan sendirinya dan menjalar di dalam bekas berisi air tersebut. (p/s: beri ruang yang secukupnya untuk taugeh membesar dalam bekas. jangan masukkan dalam bekas yang kecil dan sempit)


untuk mendapatkan hasil yang baik, 3 hari sudah cukup untuk menyemai benih kacang menjadi taugeh. jangan tunggu sehingga hari ke 4, akarnya sudah mula panjang menjalar, dan menyusahkan untuk di asingkan kemudian nanti.

tumbuhan memerlukan air yang cukup untuk hidup. jadi, sila pastikan kapas sentiasa basah, dan periksa air dibahagian bawah tapis. tambah jika kekurangan. tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari sebagai makanan yang dinamakan klorofil. untuk mendapatkan taugeh yang putih dan cantik, letakkan biji benih kacang jauh dari matahari atau di bilik yang gelap. jika didedahkan pada cahaya matahari, hasilnya akan memperolehi taugeh hijau. pasti tidak mahu kan....

lihat, pada hari ke lima taugeh sudah pandai berdiri, dan mengeluarkan daun juga. ini petanda taugeh sudah terlebih matang. benih yang terdedah kepada cahaya matahari pula menjadikan taugeh kehijauan dan sedikit kemerahan.

ini dia taugeh yang cantik, bersih dan putih. dituai selepas 3 hari disimpan dalam bilik gelap yang jauh dari cahaya matahari. mudah senang dan cepat. taugeh hasil tanaman sendiri. yeay!!

Tuesday, May 4, 2010

semalam yang hujan

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir
- Surah Yusuf ayat 12

semalam sekali lagi hujan turun melimpah ruah. angin kuat sangat. saya yang keseorangan di rumah ini sedikit sebanyak merasa gerun. rumah sudah gelap, bunyi angin menampar pintu seperti kene gegar. menakutkan sungguh. hujan kali ini agak lama. seperti yang sedia maklum, Saudi tidak pernah menerima hujan selebat ini. kalau Malaysia tu dah biasa sangat hujan lebat dan banjir-banjir nih.




keadaan diluar jangkaan ini ditambah lagi dengan perparitan yang tidak pernah wujud dalam kotak pemikiran mereka menyebabkan air yang melimpah dari langit tidak tahu ingin menuju ke arah mana. sudahnya air-air tersebut bertakunglah dengan banyaknya di jalan-jalan raya utama dan menyebabkan kesesekan trafik yang amat teruk. berita lanjut di laporkan oleh arab news di sini. dilaporkan juga, selain berlakunya kesesakan jalan raya, turut berlaku keputusan bekalan elektrik di beberapa tempat. akhbar saudi gazet melalui laporan akhbar muka depannya hari ini melaporkan sekolah-sekolah dan kolej ditutup pada hari ini berikutan keadaan hujan dan banjir yang melanda semalam.

[pohon tamar menyembah bumi]

saya yang sedikit kegerunan tidak berani keluar dari rumah. rakan-rakan kenalan di sini memberitahu, hujan semalam membawa bersama ketulan-ketulan ais dari langit. ketulan kecil itu mampu memecehkan cermin rumah dan kereta.

[courtesy kak yan AF5]

[ketulan ais dari langit di atas rumput menghijau]

jika mahu lihat lagi paparan-paran gambar berkaitan hujan dan banjir semalam yang melanda Riyadh boleh klik di sini. menurut rakan yang telah lama menetap di sini, kejadian hujan semalam direkodkan antara yang terburuk berbanding sebelumnya. sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap sesuatu, siapkanlah amal kita sebaiknya, moga-moga kita ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.

sekian,
ilalliqa' maassalamah.